Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Jun 2018

Projek ECRL Diteruskan, HSR Dikaji Semula - Lim Guan Eng.

PUTRAJAYA akan meneruskan projek membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) namun perlu berbincang semula berkenan kos pembinaannya, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng lapor The Malaysian Insight hari ini dalam satu wawancara khas bersama menteri itu.



Beliau turut mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan disemak semula namun belum diputuskan sama ada akan diteruskan atau tidak.

"Untuk projek ECRL, kita sudah bayar RM20 bilion, jadi tak masuk akal untuk kita mansuhkan begitu sahaja. Kadi kita akan runding semula," katanya dalam wawancara itu.

Laluan sepanjang 688km itu dijangka akan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor, di Kelantan.

Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak mencetuskan kontroversi ekoran kosnya yang mencecah sehingga RM70 bilion.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini nekad menolak projek ECRL dengan menyifatkannya sebagai kontrak yang "pelik".

Ini kerana selain mengupah kontraktor China, Malaysia juga perlu membiayai projek itu dengan pinjaman dari negara tembok besar tu.

Semetara itu, Lim yang juga ahli Parlimen Bagan juga mengesahkan beliau telah mengarahkan peguam negara meneliti aspek perundangan dalam perjanjian kontrak HSR untuk membolehkan Putrajaya berbincang dengan Singapura.

"Kita sudah semak angka, ada aspek kewangan, kejuruteraan, dan undang-undang. Kami telah kaji kedua-duanya dan kini hanya menunggu aspek perundangan daripada beliau," katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan dijangka perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta bagi pembatalan projek HSR.

Projek itu dijangka menelan kos sebanyak RM100 bilion namun Najib dalam kenyataannya menafikan angka itu.

Tegasnya, kosnya hanyalah kira-kira RM72 bilion termasuk proses pengambilan tanah yang dibayar kepada rakyat Malaysia. - 23 Jun 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...