Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Februari 2018

MAZA Bimbang Dengan Sikap Timbalan Setiausaha DAP, P.Ramasamy Andai Berkuasa Kelak..

MENULIS di Facebook rasminya, Mufti Perlis, Doktor Asri Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai MAZA menzahirkan kebimbangannya dengan Timbalan Setiausaha DAP andai mempunyai kedudukan politik penting dalam negara.


Menurut MAZA, beliau bimbang dengan masa depan negara kerana pemimpin rasis berupaya menganggu kestabilan kaum dan agama di Malaysia.

"Kita tidak pasti apakah akan terjadi kepada masa depan keharmonian kaum dan agama jika individu seperti Timbalan Setiausaha DAP ini mempunyai kedudukan politik yang penting dalam Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. 

Jelas MAZA lagi, adalah menjadi kewajipan semua untuk untuk menjaga keamanan yang telah dinikmati negara dan setiap dari kita bertanggungjawab untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dengan terus mengamalkan sikap-sikap seperti sopan santun dan meraikan kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia.

MAZA bimbang jika dengan terus mengamalkan sikap tegang dan memusuhi seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah rakyat dalam isu agama akan merosakkan keharmonian negara.

"Keharmonian antara rakyat di negara ini hendaklah dipelihara. Tersilap langkah kita akan kehilangan segala keamanan yang telah kita nikmati. Kita wajib mengukuhkan hubungan antara kita secara harmoni, santun dan memahami latar sejarah negara ini. 

Kita amat bimbang dengan sikap tegang dan permusuhan yang ditunjukkan oleh sebahagian kalangan rakyat berkaitan isu agama. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Ya Allah! Selamat negara ini dari permusuhan antara rakyat tanpa sebab yang benar," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...