Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 November 2017

Terus Buat Kerja, Tak Perlu Layan Perangai Penyokong PH Kata Naib Presiden PAS.

Kenyataan Media

Tugas kita bekerja dan merancang untuk kejayaan. Kalah menang serah kepada Allah SWT. Jika kita tidak bekerja, bermakna kita merancang untuk kegagalan.  Perkukuhkan jati diri ahli dan parti. Yakin kepada prinsip perjuangan, patuh dan wala' kepada arahan parti. Inilah rahsia kejayaan parti.

Biar orang hina kerana kita berpegang dengan prinsip Islam. Jangan orang benci dengan peribadi kita yang buruk. Kita bukan maksum dan suci daripada dosa.

Walau pun orang kata kita parti suci, biarlah orang kata. Kita tidak pernah kata. Suci lawannya kotor. Antara kotor dan suci, sudah pasti orang yang waras akan pilih yang suci.

PRU sudah tidak lama lagi. Ia menjadi tanda tanya dan teka teki. Inilah hebatnya negara yang merdeka lebih 60 tahun tetapi tarikh pilihanraya menjadi rahsia. Diandaikan pilihanraya didalam bulan Mac 2018, bermakna masa hanya tinggal 14 kali Jumaat lagi. 



Ertinya bukan lama mana dah pilihanraya akan berlangsung. Pejam celik, pejam celik sampailah waktu dan ketikanya.

Pilihanraya memerlukan jentera yang kuat. PAS sebagai sebuah parti Islam dan pembangkang sudah tentu memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan pimpinan. PAS bukan ada 3 M ( money,media, machinery) seperti yang dimiliki oleh Umno BN. Tetapi PAS ada ahli yang komited dan ikhlas.

InsyaAllah PAS kaya semangat ,walau pun kita miskin harta. Sebagaimana Nabi SAW  bersabda bermaksud " Bukanlah kaya, kaya harta. Tetapi kaya dengan semangat".  Inilah rahsia kekuatan PAS sejak 66 tahun dan 13 kali pilihanraya. PAS mampu bersaing dengan umno.

Pilihanraya tidak cukup dengan hero di media sosial sahaja. Kita masih menghadapi masalah pengundi yang buta maklumat dan tidak berapa kisah dengan media sosial. Masih bergantung dengan media konvensional televisyen.

Pengundi perlu disantuni untuk bersama dengan PAS. Kena mengetahui pantang larang. Sosial budaya pengundi berbeza antara satu bangsa dan kaum. Pengundi bandar dan kampung juga berbeza  antara satu sama lain. Latar belakang pendidikan  juga berbeza mempengaruhi pola pengundi

Kalau orang berpendapat pilihanraya hanya berasas kepada sentimen semata- mata maka ini pandangan yang silap. Gelombang berlaku hanya bermusim seperti perpecahan di dalam umno. Ia bukan selalu, itu pun hanya mempengaruhi setempat tidak menyeluruh.  Tetapi kekuatan jentera adalah perkara yang paling penting. Ia tidak bergantung kepada isu semata- mata.

Teras politik Malaysia ialah melayu. Tembok khurafat hanya umno sahaja yang boleh jaga melayu perlu diroboh. Mesti yakinkan bahawa PAS mampu menjaga melayu. Oleh itu isu yang mengguris perasaan orang melayu perlu dielakkan. Kena maklumkan bahawa melayu boleh diselamatkan dengan Islam.

Pengundi bukan Melayu terutama cina, mereka tidak ada parti.  Pola undi mereka lebih kepada arahan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan. NGO inilah yang berperanan menentu kepada mana-mana sokongan.  Tumpuan lebih mereka ialah kepada ekonomi. Orang Cina marah kepada BN di bawah kepimpinan DS Najib kerana kos sara hidup yang meningkat.

Oleh itu musuh PAS membuat fitnah kononnya PAS bersama umno. Gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin umno disebar dalam masyarakat cina. Ini yang menyebabkan orang cina marah kepada PAS. Apabila kita tunjuk gambar pemimpin Dap bersama dengan pemimpin Umno, mereka terkejut. Tapi kita tidak katalah pemimpin Dap mahu masuk BN.

Bukan setakat gambar berlaga pipi malahan berlaga perut pun ada. Oh akan adalah cyber trooper mereka akan bela, ini gambar kerajaan dengan kerajaan. Kalau pemimpin PAS tak boleh, kalau mereka boleh.  Walau pun pemimpin PAS hadir program kerajaan tetap juga dikatakan PAS bersama umno.  Biarlah dengan mereka . Teruskan buat kerja. Tidak perlu habis masa melayan golongan ini. Banyak lagi kerja kita.


Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
Naib Presiden PAS.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...