Baca : Dah Bagi, Ambil Balik - Buruk Siku Kau Pengurus Felda!
Hari ini pihak kami menerima laporan bahawanya sekumpulan warga Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan telah mengadakan satu protes terbuka menuntut beberapa pihak meletak jawatan kerana didakwa terlibat dalam perbuatan salah-laku.
Himpunan dilakukan oleh generasi kedua Felda yang menuntut Pengurus Felda, Encik Abas, Ketua Kampung, Encik Nosali dan Ahli Lembaga Pengarah Puan Ramlah untuk meletak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menarik balik bantuan barangan kering ke atas mangsa-mangsa ribut.
Perkara itu menjadi kontroversi di laman sosial apatah lagi beberapa gambar dan rakaman video turut disebarkan bagi menyokong dakwaan tersebut. Bantuan makanan pada awalnya diserahkan kepada mangsa namun selepas wartawan TV3 mengambil gambar dan merakamkan video, bantuan tersebut diambil semula oleh Pengurus Felda.
Semasa berdemo, ada di antara mereka yang turut mendakwa terdapatnya amalan penyelewengan hasil peneroka dan wujudnya unsur kronisme maka ketiga-tiga yang dinamakan juga dituntut untuk meletak jawatan.
Perhimpunan yang diadakan pada jam 1 tengahari tadi berlangsung aman di hadapan pejabat Felda Jelai 2, Gemas.
Sebelum ini pihak kami telah menghubungi pihak berkaitan untuk memberikan maklum-balas tentang penarikbalikkan bantuan makanan kering ke atas mangsa ribut namun tiada sebarang respon diberikan.