Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Jun 2017

Kini Anda Perlukan Nombor Mykad Untuk Tambah Nilai Simkad.

2 Jun lepas, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia - SKMM mengumumkan ia telah mengemaskini beberapa peraturan berkaitan pemilikan, pendaftaran dan tambah nilai simkad (prepaid) di website rasmi mereka. 

Satu salinan media turut dikeluarkan bagi menerangkan beberapa pembaharuan yang telah dilakukan.



Menurut SKMM ;

1. Setiap pembeli yang membeli simkad baru perlu disahkan identitinya pada ketika itu dengan menggunakan Mykad ataupun pasport atau lain-lain yang sama seerti dengannya dan perlu didaftarkan terus pada ketika itu.

2. Ini adalah untuk mengelak dari penggunaan identiti palsu. Pengguna yang berusia kurang dari 12 tahun juga dilarang membeli dan mendaftar prepaid.

3. Setiap pengguna hanya berhak untuk memiliki 5 simkad (nombor) berdaftar sahaja pada satu-satu masa. Sebelum ini, mengikut peraturan lama setiap pengguna boleh memiliki sehingga 10 nombor yang berbeza pada satu-satu masa. 

4. Kad pengenalan atau apa-apa berkaitan perlu dilampirkan ketika menambah-nilai.

5. Penyedia rangkaian juga diminta untuk menyediakan mekanisme terbaik bagi mengelak dari pendaftaran palsu simkad oleh individu tertentu dan menghalang mereka dari berdaftar lebih dari 5 nombor yang berbeza pada satu-satu masa. Penyedia rangkaian juga perlu menyediakan mekanisme untuk membolehkan pengguna tambah nilai melampirkan Mykad (atau lain-lain seertinya) ketika membuat proses tambah-nilai. 

6. Bagaimanapun SKMM tidak menjelaskan jika peraturan baru turut merangkumi ke atas pengguna sedia ada. 

7. SKMM juga tidak menjelaskan secara terperinci tentang keperluan (mekanisme) melampirkan Mykad bagi menambah-nilai simkad.

8. Tarikh penguatkuasaan peraturan juga tidak diterangkan secara lanjut; adakah pengguna & peniaga akan dikenakan denda jika tidak mematuhi larangan tersebut turut tidak dijelaskan lanjut oleh SKMM dalam website berkenaan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...