Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Mei 2017

Lobi Kerajaan Amerika, Rafizi Dedah Shahrir, Jazlan Kenal Florence Goh.

Oleh : Rafizi Ramli

SHAHRIR SAMAD ADALAH PENASIHAT KEPADA NGO YANG DIKETUAI OLEH FLORENCE GOH, PENGARAH GODFREY GROUP YANG TERLIBAT DALAM KONTRAK MELOBI KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT


Sehingga kini, pihak-pihak yang dinamakan terlibat di dalam satu kontrak untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat masih belum tampil memberi penjelasan. Hanya satu penafian dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, itu pun cukup sekadar menyatakan Pejabat Perdana Menteri tidak melantik mana-mana syarikat itu mewakilinya melobi Kerajaan Amerika Syarikat.

Ini bermakna Pejabat Perdana Menteri tidak pun menafikan kesahihan pengisytiharan yang difailkan di Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang menunjukkan satu kontrak melobi telah ditandatangani dengan syarikat Godfrey Group Limited yang mewakili Pejabat Perdana Menteri. Malah nama Perdana Menteri diisytiharkan sebagai pegawai Kerajaan Malaysia yang berurusan dengan pelobi yang dilantik di Amerika Syarikat.

Saya telah memohon bantuan jentera KEADILAN Johor Bahru yang diketuai Saudara Akmal Nasir untuk menjejaki Florence Goh dan syarikat Godfrey Group Limited.

Kami dapat mengesahkan bahawa alamat surat menyurat Godfrey Group Limited seperti yang disenaraikan di dalam pengisytiharan yang difailkan adalah benar; iaitu di 42, Jalan Molek 2/3 Taman Molek, Johor Bahru.

Lebih penting lagi, semakan kami menunjukkan individu bernama Florence Goh ini mengenali dua tokoh besar Umno Johor iaitu Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ Nurjazlan Mohamad.

Saya sertakan keratan media dan gambar-gambar yang menunjukkan kedua-dua tokoh Umno Johor ini mengenali Florence Goh secara dekat:

1) Tan Sri Shahrir Samad adalah penasihat kepada NGO Care United Johor Bahru (lihat http://www.theiskandarian.com/web/care-uniteds-golden-years-celebration/care-uniteds-golden-years-celebration/)

2) Tan Sri Shahri Samad dan Dato’ Nurjazlan Mohamad hadir ke majlis penyampaian sumbangan yang melibatkan Care United Johor Bahru (lihat https://www.sunway.com.my/elderly-guests-celebrate-the-year-end-with-sunway-and-care-united/)

3) Dato’ Nurjazlan Mohamad menyampaikan sumbangan “Back To School” anjuran Care United Johor Bahru (lihat mukasurat 18 https://issuu.com/waveslifestyle/docs/issue_27_the_iskandarian_nov_2014_w)

4) Dato’ Nurjazlan Mohamad bergambar bersama-sama Florence Goh (lihat http://www.thestar.com.my/metro/community/2015/10/13/backtoschool-gifts-for-needy-students/)

Oleh yang demikian, jelas bahawa Florence Goh dikenali oleh Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ NurJazlan Mohamad.

Saya menyeru supaya Tan Sri Shahrir Samad memberi kenyataan sama ada beliau ada kena mengena dengan usaha menggunakan Godfrey Group Limited sebagai orang tengah untuk berurusan bagi pihak Pejabat Perdana Menteri menggunakan khidmat pelobi di Amerika Syarikat.

Saya juga menyeru supaya Dato’ Nurjazlan Mohamad juga membuat kenyataan kerana rakyat berhak tahu apakah perkaitan di antara Florence Goh dengan pimpinan politik negara sehingga beliau boleh mengaku mewakili Kerajaan Malaysia berurusan dengan pelobi di Amerika Syarikat?

Jika beliau benar-benar menggunakan nama Kerajaan Malaysia seperti di dalam penafian Pejabat Perdana Menteri, maka Dato’ Nurjazlan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sepatutnya menjadi orang yang pertama mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap Florence Goh.

Jangan Politikkan Aktiviti Berbuka Puasa, TITM Tegur Ahli PAS.

Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man

Jaga tulisan sepanjang masa


Sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera, PAS mengingatkan ahli, terutamanya pimpinan agar mengawasi setiap tulisan dalam apa jua media sosial. Disiplin tulisan ini perlu dijaga sentiasa.

Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti. Tulisan yang tidak menepati dasar ini sudah tentunya bukan pendirian parti dan hanyalah pandangan peribadi.

PAS meraikan hubungan yang baik dengan masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Oleh itu, PAS sebagai sebuah gerakan dakwah mesti mampu mendekatkan masyarakat non-Muslim bagi memahami Islam, walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama.

Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama.

Berikut Senarai Menteri BN Beragama Kristian, Adakah Mereka Juga Perjuangkan Agenda Kristian, Prof?

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

BERIKUT SENARAI MENTERI BN YANG BERAGAMA KRISTIAN, YANG MACAM INI BAGAIMANA PULA DR KAMARULZAMAN?



MENTERI :

1. Joseph Kurup, Minister in the PM's Department In Charge of National Unity.

2. Maximus Ongkili, Minister of Energy, Green Technology and Water.

3. Wilfred Madius Tangau, Minister of Science, Technology and Innovation.

4. Douglas Uggah Embas, Deputy Chief Minister of Sarawak.

5. Joseph Pairin Kitingan, Deputy Chief Minister of Sabah.

6. Richard Riot Jaem, Minister of Human Resources.

7. Joseph Entulu, Minister in the PM's Department In Charge of the Administrative Modernisation and Management Planning Unit.

The list of political parties:
1. Parti Bersatu Sabah (PBS)
2. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
3. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)
4. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
5. Sarawak United People's Party (SUPP)
6. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Berhati-hatilah dengan UMNO BN. 

Mereka menuduh dan memfitnah PH liberal dan tunggangan DAP. Lebih pelik, PAS pun turut menuduh PH begitu. Mereka kata mereka nak satukan Melayu dan Islam.

Tapi wakil kepala-kepala Kristian diberi kedudukan yang kukuh dalam kementerian, kepimpinan negara oleh mereka.

Tetapi untuk memburukkan DAP sebab DAP jadi ancaman nyata kpd BN, maka ada ahli akademik upahan membuat kesimpulan DAP ada agenda Kristian sebab Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh penganut Kristian. Apa punya Dr PhD lah sebebal ini. Patutlah setia wala dgn parti suci pemegang kunci sorga. 

#PakatanHarapan

Ya, DAP Perjuangkan Agenda Kristian - Ini Jawapan Pensyarah Yang Pertahankan Dakwaan.

Oleh : Prof Kamarul Yusof

JAWAPAN KEPADA LIM KIT SIANG: BENAR KAMU BUKAN KRISTIAN, TETAPI DAP DIKUASAI OLEH KRISTIAN


Sungguh melucukan sekali melihat Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bergelut untuk memisahkan DAP dari agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh.

Dua kali, pada 18 Mei dan 27 Mei, Lim Kit Siang menekankan betapa beliau bukan seorang Kristian (“I am not a Christian”) seolah-olah Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang.

Walhal dunia, termasuk Dr Zulqarnain  Lukman dari KANUN AMANAH, tahu bahawa kuasa eksekutif di dalam DAP terletak di tangan Setiausaha Agung DAP, bukannya Penasihat atau Pengerusi DAP.

Ramai yang berspekulasi bahawa Setiausaha Agung DAP sejak 2004, Lim Guan Eng, adalah seorang Kristian, tetapi tidak ada yang benar-benar mampu memberikan bukti konkrit mengenainya.

Sebagai seorang pembaca tegar, saya berpeluang membaca pengakuan sensasi Lim Guan Eng mengenai bagaimana beliau memeluk agama Kristian sewaktu berada di dalam Penjara Kajang pada 1998.

Pengakuan Lim Guan Eng ini terdapat di dalam wawancara bertajuk “Lim Guan Eng: The Prison to Parliament Leader” di dalam buku “Heart to Heart with Asian Leaders: Exclusive Interviews on Crisis, Comebacks & Character”.

Di antara pengakuan Lim Guan Eng ini ialah:

1. “However, I had to take a leap of faith, which was not a forethought but an afterthought. That came when I converted to Christianity very late in my years, when I was searching for answers. I found them in the Bible.”

2. “I read the Bible cover to cover. Three times. I requested for the Bible when I was in prison in 1998... During my second imprisonment in Kajang Prison in 1998, being a family man, I had to worry about my wife and children. So it was much more painful. You realized suffering. Then I looked at the suffering that Christ endured... The suffering that he endured gave me strength. What was my suffering compared to His?”

3. “I kept telling my family to just look at the Bible, look at the characters in the Bible... That’s why you need to read the Bible... I kept telling myself that the people in the Bible suffered much more...”

Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng turut menyebut nama dua pemimpin DAP yang beliau jadikan tempat pergantungan, iaitu Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Mengikut Lim Guan Eng, dengan kedua-dua pemimpin DAP yang beragama Kristian inilah beliau duduk untuk berbincang dan berstrategi.

Dedah Lim Guan Eng: “Right now, I rely on a younger group of people, like Tony (Pua Kiam Wee) and Anthony (Loke Siew Fook), to get things done. We sit down to talk and strategize.”

Lim Kit Siang juga berkata, tidak terdapat agenda Kristian di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP (“There is no such “Christian agenda” in the DAP or among any DAP MP or State Assembly representative.”)

Bagaimanapun, sehingga kini beliau atau mana-mana pemimpin DAP belum mampu menafikan tiga pengakuan Hannah Yeoh ini, iaitu bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; bahawa penganut Kristian perlu membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Ini adalah contoh agenda Kristian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu Hannah Yeoh.

Saya juga boleh berikan contoh agenda Kristian seorang Ahli Parlimen DAP yang juga Strategis Pilihan Raya DAP, iaitu Dr Ong Kian Ming.

Di dalam satu kenyataan Facebook beliau pada 4 Februari 2014, Dr Ong Kian Ming jelas menulis, “Di gereja saya di SIBKL, kami telah berdoa semoga satu kebangkitan semula Kristian berlaku di dalam negara kita” (“In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian revival to take place in our country”.)

Di dalam satu tulisan beliau pada 19 Mac 2014, Penyelidik Parlimen Dr Ong Kian Ming bernama Sharon W H Ling menyebut: “To hope for a better tomorrow is only human; perhaps, to commit to realizing that dream is something more. For some, it is a calling, a conviction. For my boss, a Christian, it is a higher power; for myself, a secularist, it is humanity.” 

Bagaimana mungkin Dr Ong Kian Ming boleh memperjuangkan agenda sekular bila Penyelidik Parlimen beliau sendiri menyifatkan beliau bukan sekularis?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Subang Jaya pada 10 Januari 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Pulau Pinang pada 22 Mac 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri, dan bila pelancaran buku ini dan forum mengenainya dianjurkan oleh Wanita DAP Pulau Pinang?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila, terbaru, Lim Kit Siang sendiri yang mati-matian mempertahankannya, termasuk di dalam “Bicara Buku Becoming Hannah” di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei lalu?

Dan bagaimana mungkin Lim Kit Siang boleh mengatakan bahawa, sebab beliau bukan seorang Kristian, agenda Kristianisasi tidak terdapat di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sedangkan yang benar-benar berkuasa di dalam DAP adalah Lim Guan Eng yang beragama Kristian?

Mengapa Lim Kit Siang hanya menonjolkan hakikat bahawa beliau, yang hanyalah merupakan Penasihat DAP, bukan seorang Kristian, tetapi tidak ditonjolkan hakikat bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian?

Silap mata apakah yang cuba kamu mainkan, wahai Lim Kit Siang?

Selasa, 30 Mei 2017

Pengarang Kanan The Star Digantung Tugas.

DUA pengarang kanan The Star digantung tugas susulan kontroversi laporan muka depan akhbar itu pada 27 Mei lalu lapor The Star Online


Portal itu melaporkan, Ketua Pengarangnya, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan Pengarang Eksekutif Dorairaj Nadason digantung tugas sehingga diberitahu kelak. 

Mereka digantung daripada tugas masing-masing dan siasatan terhadap isu itu akan dijalankan tidak lama lagi. 

Pengarah Urusan Kumpulan Star Media yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi editorial dalam tempoh itu. 

Pengarang yang terbabit dan Kumpulan Star Media akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan siasatan isu itu, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

Selepas Lapor Polis, NGO Jumpa JAIS kerana Sivarasa Masuk Masjid Sampaikan Bantuan.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil penduduk di Parlimen Subang akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini susulan insiden ahli politik bukan Islam yang memasuki masjid untuk menyampaikan sumbangan.

Wakil penduduk, Mohd Yusri Ismail berkata pertemuan yang dijangka berlangsung dengan Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim bertujuan membuat aduan rasmi serta meminta penjelasan.

“Selain itu kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil ke atas nazir dan jawatankuasa masjid dalam isu ini. “Dan kita mahu JAIS perjelaskan garis panduan (SOP) berkenaan orang bukan Islam atau Islam memasuki ruang solat untuk berpolitik,” katanya.

Pada Rabu lepas, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam.

Sivarasa dipercayai menyampaikan kata-kata aluan di hadapan mimbar masjid berkenaan berdasarkan kepada gambar yang viral di media sosial sejak minggu lalu.

Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang bukan beragama Islam yang duduk di saf bersama jemaah lain.


Pada masa yang sama Yusri turut mempertikaikan tindakan pengurusan masjid memberikan peluang kepada Sivarasa berucap.
“Majlis sumbangan itu boleh sahaja dilakukan di perkarangan masjid. Lagipun, mustahil tiada orang Melayu yang boleh menjadi wakil Menteri Besar ketika itu,” dakwanya lagi.

Terdahulu tiga laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Kesatuan Melayu Nasional dan wakil penduduk di Balai Polis Sungai Buloh pada Sabtu lalu.


Mereka mendakwa Naib Presiden PKR itu mengingkari arahan Sultan Selangor yang melarang kesucian masjid di negeri ini terpelihara daripada unsur-unsur politik dan menuntut permohonan maaf.

Sementara itu memetik The Malaysian Insight, Sivarasa dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kekecohan berkenaan yang didakwa kali pertama ditimbulkan.

Naib Presiden PKR itu menjelaskan bahawa beliau sudah berpuluh kali memasuki masjid sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu selepas memenangi kerusi Parlimen Subang pada PRU-12.

YDP PAS Gombak Fitnah Pemimpin DAP Buat Pesta Onani.

"Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang islam. Menyibuk je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh," begitulah kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Sallehhudin Nasir yang dipetik menerusi status Facebooknya.

Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan sesetengah pemimpin DAP yang meneruskan amalan berbuka puasa dengan rakyat meskipun sebelum ini terdapat satu NGO yang mendesak agar Lim Guan Eng tidak dibenarkan untuk berbuka puasa selagi beliau tidak memeluk agama Islam.


Sebelum ini tular di media sosial kononnya kerajaan negeri DAP terlibat dalam penganjuran pesta seks dan onani di hotel tertentu. Poster tentangnya juga tular di laman sosial. 

Dakwaan berkenaan bagaimanapun didapati fitnah selepas pengesahan dilakukan dengan wakil hotel dan kerajaan negeri.


Tuduhan Ustaz Solehhudin Nasir terhadap pemimpin DAP dipercayai ada kaitan dengan penyebaran poster berkenaan. 

Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan di atas status Ustaz Solehhudin mendapati rata-rata pengomen meminta beliau memadamkan status berkenaan kerana memalukan PAS.

Nasihat yang sama turut dilontarkan oleh penyokong-penyokong PAS namun dilihat ia tidak mendapat respon dari YDP berkenaan. 

Isnin, 29 Mei 2017

Maaf, Lim Guan Eng Akan Tetap Berbuka Puasa Walau Ada Yang Tak Suka!

KENYATAAN MEDIA

YB Dato’ Abdul Malik Kassim.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
29 Mei 2017

MELARANG ‘NON MUSLIM’ HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA, BUKANNYA AJARAN ISLAM

Umat Islam dan ‘non muslim’ dinasihatkan jangan terkeliru dengan Islam yang cuba dibawa melalui fahaman Pengerusi NGO Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Hafiz Nordin yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.  
.
Melarang ‘non muslim’ hadir bersama umat Islam dalam majlis berbuka puasa, adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.  Apatah lagi, dengan perbuatan penyokongnya yang berdemo Jumaat lepas di Masjid Simpang Enam telah memukul Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi Ahmad.  Padahal, beliau yang mengikuti demo antara 10-15 orang itu, sekadar bertanya soalan kepada Hafiz tentang beberapa tohmahan berbangkit terhadap kerajaan Negeri dan Ketua Menteri seperti diucapkan oleh Hafiz semasa berdemo pada hari itu.
.
Walaupun dipukul kerana bertanyakan soalan, Zaidi telah menunjukkan sikap Islam yang terpuji dengan  memaafkan individu yang memukulnya, sebagai menghormati semangat Ramadan.  
.
Pada demo itu, selain mentohmah Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, Hafiz turut menggesa Ketua Menteri dilarang daripada hadir majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. Itu adalah perbuatan taksub melampau.  Rakyat Pulau Pinang  yang mencintai kedamaian menolak sifat pelampau agama sebegitu. 

Hidup dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia, pengalaman menahan lapar dan dahaga sepanjang hari turut sama dirasai oleh masyarakat daripada agama lain. Ternyata terdapat non muslim tertarik dengan amalan berpuasa pada bulan Ramadan, malah ada orang bukan Islam yang mencuba berpuasa menahan lapar dan dahaga . Hidayah boleh menjadi milik sesiapa sahaja.


Seperti kelaziman setiap tahun sejak 2008, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama umat Islam di seluruh Pulau Pinang. Malahan, beberapa bantuan terhadap perkembangan Islam sumbangan kerajaan negeri dicetuskan oleh Ketua Menteri sendiri sewaktu beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini.

Bodohnya Syed Saddiq, Patut Ke Jaja Masalah PPBM kepada Umum Kata Khairuddin.

Oleh : Khairuddin Abu Hassan

SYED SADDIQ TERLALU BODOH UNTUK TUNJUK PERBALAHAN DALAMAN PARTI PPBM KEPADA KESELURUHAN RAKYAT SECARA TERBUKA!!



Budak hingusan ini tak faham bahasa!! Jangan terlalu angkuh dengan pencapaiannya yang tak seberapa itu!!

Saya berani kata bahawa wadah perjuangan serta gerak kerja Armada PPBM di peringkat akar umbi tak semacam mana pun!!

Bukan saya nak masuk campur dalam hal ehwal konflik parti Bersatu tetapi kita kena jaminkan agar parti ini kuat untuk memainkan peranannya menarik undi umno sekurang-kurangnya sejumlah 10% bagi Pakatan Harapan tawan putrajaya pada pru14 kelak!!

Kalau PPBM lemah maka secara tidak langsung Pakatan Harapan itu juga akan menjadi goyah dan kelihatan lemah pada kacamata keseluruhan rakyat di tanahair kita.

Syed saddiq mempunyai platform yang terbaik di dalam majlis tertinggi parti Bersatu. Apa saja yang beliau tak puashati tolong tegur dato hamidah osman melalui saluran dalaman!!

Umur bukan kayu pengukur untuk seseorang itu menjadi politikus yang baik tetapi dalam isu beliau kecam naib presiden partinya sendiri secara terbuka menunjukkan syed saddiq tidak pandai serta kurang bijaksana!!

Tolong bagi tahu syed saddiq kalau saya dipertanggungjawabkan sepertimana beliau; saya akan mampu buat lebih baik dari apa yang dia buat pada masa ini.

Jangan terlalu angkuh dan syok sendiri!! Sayap Armada parti PPBM tidak sehebat mana pun!!

Kalau syed saddiq yang menjawat jawatan ketua Armada setaraf dengan naib presiden mengatakan beliau berhak mengecam dato hamidah osman secara terbuka macam itu maka bagi saya tetap katakan budak hingusan ini bodoh!!

Banyak lagi ilmu politik yang syed saddiq harus timba dan pelajari untuk menjadi politikus yang matang!!

Yakinilah sifat angkuh akan bunuh kareer politik seseorang itu serta menghancurkan sesebuah institusi berpartian itu sendiri!!

Gambar Orang Solat & Headline Teroris : Ini Penjelasan The Star.

Tular satu gambar front page yang merujuk kepada akhbar The Star di laman sosial, kononnya ia menghina umat Islam kerana mengaitkan gambar orang solat dengan laporan berita terorisma. 

Tajuk berita itu; "Rakyat Malaysia Kini Ketua Terorisma" namun di bawah laporan berita itu memaparkan gambar umat Islam yang sedang bersolat terawikh. 



Gambar itu tersebar di laman sosial dengan caption menuntut supaya akhbar itu memohon maaf kerana mengusik sentimen umat Islam. Rata-rata netizens beranggapan gambar tersebut ada kaitan dengan tajuk berita. 

Malahan sejak tersebar, terdapat umat Islam yang memberikan respon secara racist dan mengutuk bukan Islam di ruangan komen media sosial. Ada juga yang mempolitikkan isu berkenaan. Ada yang menyalahkan MCA dan ada juga yang menyalahkan DAP serta tak kurang juga yang menyalahkan orang cina.

The Star dalam satu kenyataan menjelaskan paparan gambar tersebut tiada kaitan dengan headline berita utama. Sudah menjadi kebiasaan akhbar itu untuk melaporkan terawikh pertama (bergambar) sejak 10 tahun yang lepas. Tajuk berita dan gambar sebenarnya merujuk kepada dua laporan yang berbeza. Untuk rekod front page yang tersebar adalah merujuk The Star bercetak terbitan hari sabtu, 26 Mei lalu.

Bagaimanapun pihak The Star tetap meminta maaf kerana mencetuskan salah faham di kalangan umat Islam. 

Dalam pada itu, KDN melalui Ketua Setiausahanya juga memanggil pihak The Star bagi membuat penjelasan berkenaan atas 1isu tersebut.r

Ahad, 28 Mei 2017

Identiti Pakcik Yang Tampar Mejar Zaidi Terdedah.

Tular satu penulisan yang menjelaskan kononnya Mejar Zaidi ditampar kerana melakukan provokasi dan ganguan fizikal. Tulisan itu juga mengkritik Hannah Yeoh dan DAP kerana mengaitkan kumpulan yang berdemo sebagai pro kepada PAS dan UMNO. 

Babi, lembu yang ditujukan pada orang bukan kata-kata kesat rupanya.

Bagaimanapun, individu yang mengakui menampar Mejar Zaidi memberitahu perkara yang sebaliknya kepada pihak media. 


Mejar Zaidi, menurut individu tersebut, bersikap kurang ajar dan membuat provokasi hingga menyebabkan beliau diserang. 

Tiada ganguan fizikal dilaporkan berlaku namun Mejar Zaidi diserang kerana mengatakan sesuatu kepada Ustaz Hafiz Nordin.

Kenyataan individu tersebut dipetik dari portal berita Harian Metro. 

“DIA (Zaidi) tidak perlu jadi kurang ajar dan membuat provokasi sebegitu... saya memang berang dan terus menampar mukanya," katanya. 

Ramly Mad Ismail, 64, ketika ditemui turut berkata, kehadiran mereka untuk mengadakan perhimpunan secara aman selepas solat Jumaat bagi membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa.

Menurutnya lagi, beliau hadir bersama beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganggotai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM).

Katanya ketika kejadian, Pengerusi JMPP, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin sedang memberi ucapan dan secara tiba-tiba datang lelaki yang tidak dikenalinya dari arah belakang dan mengeluarkan satu kenyataan terhadap Mohamed Hafiz.


"Kami datang bukannya nak gaduh dengan sesiapa tetapi sikap dia sudah cukup melampau dan biadap. Kami akan mengadakan perbincangan sama ada akan membuat laporan polis atau sebaliknya," katanya lagi dalam petikan temubual itu. 

Sabtu, 27 Mei 2017

Ini Penjelasan Mejar Zaidi Isu Kena Tampar Dekat Masjid.

KENYATAAN MEJAR ZAIDI AHMAD ISU DI TAMPAR DI DEPAN MASJID

Semalam selepas solat Jumaat saya telah hadir meninjau satu himpunan berhubung isu fatwa di Pulau Pinang.  


Terdahulu jemputan mengajak umat Islam menghadiri himpunan tersebut ditularkan melalui aplikasi whattsapp tanpa diberitahu siapa penganjurnya. 

Sampai di sana saya lihat bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang kini aktif dalam NGO, Ustaz Hafiz Nordin (UHN) sedang menyampaikan ucapan. Peserta perhimpunan saya lihat sekitar 10 ke 15 orang, ada antaranya ahli/penyokong umno yang saya kenal, ada juga 2-3 orang yang memegang sepanduk medesak ADUN tunggal PAS, YB Salleh Man agar pindah kerusi (dalam DUN ke bahagian pembangkang bersama2 UMNO). 

Dalam ucapannya UHN menyatakan "SEKAT FATWA TUAN-TUAN, FATWA NI BUKAN MAK BAPAK HANG PUNYA, FATWA NI ORANG ISLAM PUNYA". Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang serius terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, sedangkan Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang telah berkali-kali menyatakan bahawa tiada campurtangan kerajaan negeri dalam isu fatwa dan kerajaan negeri tidak pernah menyekat mana-mana fatwa dari diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang. 

Saya lalu menghampiri beliau bermaksud meminta beliau menjelaskan lebih lanjut fatwa manakah yang disekat kerana nampaknya beliau lebih tahu dari SS Tuan Mufti sendiri. Apa yang mengejutkan sebaik saja mendengar soalan saya beliau memberi respon dengan menyatakan "INI MEJAR ZAIDI, INI ORANG KECEWA".

Beberapa orang penyokongnya telah menyerang saya dan salah seorang yang saya tidak kenal telah menampar muka saya sambil beliau dan yang lain-lain mengeluarkan kata-kata kesat seperti "MAKAN DEDAK BABI", "ANJING DAP" dan sebagainya lagi. Selepas itu saya terus berada di situ mendengar ucapannya sehingga habis. Dalam ucapannya juga UHN menggesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang menghentikan amalannya berbuka puasa bersama-sama umat Islam kerana bagi beliau tindakan itu adalah memperolok-olokkan Islam. 

Saya tidak pernah mendengar mana-mana ulama mengeluarkan fatwa sedemikian malah SS Mufti-Mufti di seluruh negara malah seluruh dunia, tidak ada seorang pun yang pernah mengeluarkan fatwa menghalang seorang non muslim, apatah lagi seorang pemimpin untuk berbuka puasa bersama-sama rakyatnya sambil meninjau masalah-masalah yang di hadapi rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan juga kepada masjid dan surau.

Selepas beliau habis menyampaikan ucapan saya menghampiri UHN untuk bersalam dan mengulangi soalan saya yang sama iaitu "FATWA MANA YANG DISEKAT? (OLEH KERAJAAN NEGERI)", malangnya beliau enggan menjawab soalan saya. Seterusnya saya telah ditolak dengan kasar oleh penyokong-penyokong beliau dan bila saya mengulangi soalan saya mereka menjawab "PI (PERGI) TANYA MUFTI HANG (KAMU)" (Rujuk video kejadian). 

Bagi saya seorang ulama yang dihormati seperti UHN tidak sepatutnya melemparkan tuduhan liar kepada kerajaan negeri tanpa memberikan bukti yg kukuh. Paling saya kesalkan ialah di akhir ucapan beliau mengajak hadirin untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan negeri yang ada sekarang. 

Persoalannya adakah dengan satu tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti, malah SS Mufti Pulau Pinang sendiri telah menafikannya, hendak dijadikan alasan untuk menolak kerajaan negeri Pakatan Harapan sedangkan terbukti kerajaan negeri di bawah Pakatan jauh lebih baik berbanding kerajaan BN. Berikut antara buktinya:

1. Peruntukan untuk agama Islam (lebih RM400 juta) meningkat 84% berbanding semasa BN bagi tempoh yang sama.

2. KN telah memberikan sebidang tanah bernilai kira-kira RM80 juta untuk pembinaan sebuah kompleks Mahkamah Syariah yang lengkap.

3. Memberikan bantuan kewangan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pusat Tahfiz, Pondok-Pondok dan Tadika Islam sedangkan semasa BN memerintah tiada langsung bantuan diberikan.

4. Memberikan bantuan Ehya Ramadan kepada masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang.

www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/08/mufti-sekali-lagi-nafi-campurtangan-kerajaan-dalam-fatwa/

Hj Zaidi bin Ahmad 
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan 
Pejabat Ketua Menteri 
Pulau Pinang 
Ahli DAP 

1,000 Ahli BERSATU Keluar Parti.

Oleh : Bernama

Lebih 1,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak diketuai ketua penaja bahagian BERSATU Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja bahagian BERSATU Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa semalam.





Tindakan itu susulan dakwaan kegagalan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau. 


Bercakap dalam satu sidang media di Ipoh, Azrul Suhadi berkata, rata-rata anggota yang bertindak meninggalkan parti itu juga merupakan penggerak asal selain telah banyak bersusah payah mewujudkan PPBM di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Penyelaras PPBM Pasir Salak Mohamad Hasan pula berkata tindakan keluar parti itu bersifat rela hati tanpa didorong mana-mana pihak tidak berkepentingan.

Beliau berkata amalan kronisme yang semakin ketara dalam PPBM turut menjadi penyumbang kepada tindakannya itu.

"Saya MP Yang Bodoh Sebab Tak Gunakan AP", Rafizi Sindir Zuraidah.

Baca : Bodohlah Tak Guna AP Kata Zuraidah! 

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kenyataan Zuraidah bahawanya bodohla beliau jika tidak menggunakan AP yang diperuntukkan untuk Ahli Parlimen untuk membeli kenderaan mewah. 

Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dalam kenyataan itu. 

Mungkin terasa dengan kenyataan itu dua Ahli Parlimen yang diketahui tidak menggunakan AP kemudiannya tampil memberikan reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Ampang itu. 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, "Saya antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan, ".


Kenyataan itu ditulis Rafizi di akaun Twitternya petang semalam. Kenyataan itu juga mendapat sokongan padu dari para penyokong Rafizi. 

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj pula berkata beliau tidak menggunakan AP miliknya, sebaliknya berkata beliau menjualnya dan wang daripada penjualan itu digunakan untuk kerjanya sebagai wakil rakyat di Sungai Siput seperti membayar staf dan sukarelawan. Kenyataan itu disiarkan menerusi portal Free Malaysia Today, ketika dihubungi oleh wartawan media tersebut.

Beliau dipetik sebagai berkata, “Sukarelawan saya semua tahu, mereka lihat ahli Parlimen mereka dapat kemudahan ini tapi dia pakai untuk mereka.

“Jadi mereka lebih bersemangat untuk kerja kuat. Dari segi politik, lebih pandai untuk buat macam saya. 

Sukarelawan dia akan banyak korbankan masanya dan memberi sumbangan tanpa mengharapkan ganjaran material yang saya tidak sendiri tidak boleh bayar,”.

Beliau turut dilaporkan berkata, sekiranya beliau menggunakan AP miliknya, ia akan melunturkan semangat sukarelawan dan kakitangannya untuk bekerja.

Jumaat, 26 Mei 2017

Lim Guan Eng, Jangan Buka Puasa Selagi Kamu Belum Muslim - NGO

Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini. 

“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,”.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pimpinan PAS yang juga Pengerusi NGO Jaringan Muslim Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin. 


Beliau mahu Ketua Menteri itu dihalang dari berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini kerana ujarnya Lim Guan Eng bukannya penganut Islam.

Kumpulan itu turut mendakwa Lim Guan Eng adalah anti Islam oleh kerana itu tiada gunanya untuk beliau berbuka puasa. 

"Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam,” kata pemimpin kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, pemimpin kumpulan itu turut menyeru agar bersama-sama berjuang bagi menjatuhkan kerajaan DAP.

"Bersama-sama dengan kami untuk jatuhkan kerajaan DAP boleh atau tidak? 

Kita jatuhkan DAP sebab DAP lah yang bawah unsur-unsur jahat, DAP lah yang membawa unsur-unsur pencerobohan, kepada Hal Ehwal umat Islam, boleh atau tidak?" Tanya ketua kumpulan terbabit sambil disahut dengan jeritan "boleh!" oleh pengikut-pengikutnya.

Lihat video di bawah; 


Mejar Zaidi Ditampar Geng PAS-UMNO Di Kawasan Masjid (Video Inside)

Siang tadi sekumpulan NGO yang pro kepada PAS dan UMNO telah mengadakan satu perhimpunan aman selepas solat jumaat.

Perhimpunan itu diadakan di perkarangan Masjid Simpang Enam, Georgetown. Ia diadakan sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwa masuk campur dalam urusan fatwa di Pulau Pinang walaupun isu berkenaan telah dijawab dan dinafikan oleh pihak Mufti Pulau Pinang itu sendiri, Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor. 

Pada awalnya ia berlangsung secara aman namun ketegangan mulai tercetus apabila Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi cuba berkomunikasi dengan seorang bekas pemimpin muda PAS yang pada ketika itu sedang bercakap di khalayak ramai.

Mejar Zaidi dilihat telah ditolak ke belakang dan dihalang dari menyampaikan sesuatu kepada individu yang sedang berucap oleh sekumpulan peserta yang turut menyertai perhimpunan itu.

"Fatwa ini bukan mak bapak awak punya Lim Guan Eng. Fatwa ini orang Islam punya, " katanya dalam ucapan tersebut.

Mejar Zaidi dipercayai mahu membetulkan salah faham namun dihalang dari memberikan penjelasan berhubung isu yang dituduh oleh kumpulan berkenaan. 

"Dia tuduh kerajaan negeri, tu yang aku nak tanya, fatwa apa yang dihalang, " kata Mejar Zaidi dalam kejadian tersebut. 

Selepas ditolak, salah seorang peserta perhimpunan itu juga dilihat bertindak menampar Mejar Zaidi sambil mengatakan sesuatu.


Selain dari ditampar dan ditolak, Mejar Zaidi juga dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika mahu meninggalkan perkarangan masjid. 

"Bodoh punya tentera", "makan dedak babi banyak sangat", "hei lembu", "bangang", antara kata-kata kesat yang dilontarkan oleh kumpulan itu terhadap Mejar Zaidi. Mejar Zaidi meninggalkan tempat kejadian dengan diiringi seorang anggota keselamatan bagi mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Mejar Zaidi suatu ketika dahulu pernah diangkat sebagai wira oleh PAS kerana bertindak melaporkan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Namun selepas keluar meninggalkan PAS dan bekerja dengan Lim Guan Eng, Mejar Zaidi seringkali dikritik dengan teruk oleh penyokong-penyokong parti berkenaan di laman sosial.

Klik sini jika video gagal load.

Bodohlah Saya Jika Tak Guna AP Beli Kereta Mewah Kata Zuraidah.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai ahli Parlimen Ampang yang diperuntukkan permit import (AP) lapor Sinar Harian



Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya. 


Ahli Parlimen itu juga mengakui gemar memilih barangan berkualiti kerana ianya lebih tahan lama kerana itu beliau lebih gemar membeli kereta import.

Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya dalam kenyataan itu. 

Respon Zuraidah adalah bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan beliau dengan kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah. 

Selain itu Zuraidah juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya. 

Zuraida turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa. Beliau juga menegaskan bahawanya beliau mendokong amalan intergriti yang tinggi disebabkan itu musuh beliau tiada isu untuk menyerangnya. 

Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,”.

Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya lagi. 

Khamis, 25 Mei 2017

Ini Bezanya Projek Saya & Projek Najib Kata Mahathir.

Membandingkan pelaburan kerajaan hari ini yang disifatkannya sebagai hanya membebankan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelaburan dan projek ketika zamannya mendatangkan keuntungan kepada negara.

Bekas perdana menteri itu berkata, ia juga dibuat berdasarkan keperluan negara dan bukan untuk populariti.

“Kebanyakannya dibuat berdasarkan pulangan, bukan untuk ‘membodek’ rakyat atau menjadi popular.

“Ia digunakan untuk sesuatu yang produktif, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam wawancara eksklusif, lapor Free Malaysia Today pada semalam.

Mahathir
Memberikan Litar Antarabangsa Sepang sebagai contoh, beliau berkata ia memakan kos sebanyak RM230 juta tetapi memberikan pulangan yang tidak ternilai kepada negara.

“Nilainya dari segi mengangkat (nama) Malaysia ke dunia. Perlumbaan Formula 1 selama 3 hari mendapat liputan lebih 39 stesen televisyen seluruh dunia, dan nilai ‘iklan’ itu berbilion ringgit.

“Ia penting untuk meningkatkan kedatangan pelancong, yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Ia adalah pelaburan, bukan untuk suka-suka,” katanya.

Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Formula 1 bermula tahun depan atas sebab kos yang terlalu tinggi dan tidak mendatangkan pulangan memadai kepada negara.

Berhubung KLIA yang pernah diramal bakal menjadi “gajah putih”, Dr Mahathir berkata ia terbukti salah, dan berkata lapangan terbang besar seumpama itu perlu kerana “industri perjalanan udara berkembang dengan pantas”.

“Dalam masa hampir 20 tahun (sejak KLIA beroperasi), pertambahan (penumpang) meningkat daripada 18 juta kepada 42 juta setahun.

“Jadi kita menyediakan 25,000 ekar tanah untuk lapangan terbang. Jika tiada (tanah) apa akan terjadi? Mungkin lapangan terbang (terpaksa dibina) di Terengganu.”

Menurut laporan tahunan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) 2016, jumlah pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik bagi KLIA pada tahun itu adalah 52.6 juta, meningkat 7.6% berbanding 2015 iaitu pada 48.9 juta.

“Jika tidak memandang jauh ke hadapan, tidak boleh membuat perancangan,” katanya.

Projek Mahathir vs projek Najib

Di akhir dekad 1990-an, istilah “projek mega” – dengan konotasi negatif – digunakan pengkritik Dr Mahathir bagi menggambarkan projek berbelanja besar ketika itu.

Litar Sepang, KLIA, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan pusat pentadbiran baru di Putrajaya dikritik hebat dan disifatkan sebagai pembaziran.

Apatah lagi sebahagiannya dibina ketika negara dilanda krisis ekonomi bermula 1997.

“Kebanyakannya dibina tidak melebihi kemampuan negara, dan tanpa meminjam. Jika ada pun (pinjaman) jumlahnya kecil, tidak melebihi RM1 bilion,” kata Dr Mahathir.

Bukan seperti projek sekarang, katanya, di mana kerajaan meminjam dengan jumlah yang besar yang menurutnya tidak sihat untuk negara.

Sebagai contoh, beliau menyebut projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600km menghubungkan Lembah Klang ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi projek itu, kerajaan membuat pinjaman mudah dengan Export Import Bank of China (China Exim Bank) berjumlah RM55 bilion, dan bakal dibina oleh China Construction Communications Company seperti yang ditetapkan Beijing.

Dr Mahathir mendakwa kerajaan akan menanggung kerugian untuk 30 tahun akan datang menerusi projek itu.

“Di pantai timur, untuk apa? Di pantai barat pun anda tidak dapat membuat keuntungan menerusi kereta api.

“Rakyat mahu menggunakan jalan raya, dan kita telah bina jalan raya yang baik untuk mereka,” katanya.

Dalam 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dalam membangunkan negara, sesuatu yang menurutnya gagal dicontohi Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan kita. Jangan naikkan (atau memperkenalkan) cukai sebab kita terlebih belanja,” katanya, dipercayai merujuk kepada sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2014.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/23/saya-sudah-bakar-jambatan-dengan-umno-dr-mahathir/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/23/di-satu-sudut-kota-yang-dibinanya-dr-mahathir-terus-gigih/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/24/whats-wrong-with-protecting-proton-asks-mahathir/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...