Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Ogos 2016

Adakah Filem Melayu Begitu Hina Sehingga Perlu Wujudkan Kategori Baru, FFM?

Kronologi ringkas.

FFM ataupun Festival Filem Malaysia pada tahun ini mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak samada orang dalam industri mahupun orang di luar industri. Ini gara-gara tindakan mereka yang mewujudkan segeration ataupun pengasingan di antara filem berbahasa melayu dan filem bukan berbahasa melayu.

Tindakan FFM itu pada awalnya dikritik oleh PENULIS - Presiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur Dan Selangor, Alfie Palermo.

Menurut Alfie, pengwujudan kategori seperti Filem Bukan Bahasa Melayu adalah sangat memalukan dan bersifat perkauman. Gejala itu sangat membimbangkan dan tindakan FFM28 itu tersangatlah tidak masuk akal. Alfie turut mempersoalkan peranan FFM dan FINAS dalam menyemai semangat perpaduan menerusi filem apabila mewujudkan kategori yang racis.

Afdlin kemudian tampil membela kenyataan Alfie. Afdlin tampil dengan lebih garang apabila melakukan pengisytiharan terbuka bahawa dia memboikot FFM28 atas alasan yang sama seperti yang disuarakan oleh Aflie. (rujuk)

Namun kontroversi ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Di saat FFM gasak diserang netizens atas alasan mewujudkan kategori yang menyemai semangat perkauman, Yusof Haslam tampil membela FFM. 

Yusof dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Afdlin perlu menghormati identiti negara ini dan kategori baru tidak diwujudkan kerana perkauman. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara dan kita tidak wajar korbankan nilai demi menghalalkan cara. 

Yusof Haslam ialah individu yang berkepentingan dalam FFM28, dua filem terbitan SKOP PRODUCTION antara filem yang tercalon disamping menjadi presiden kepada FINAS. (rujuk)

FFM turut menegaskan bahawa tindakan pengasingan itu tepat kerana syarat utama bagi filem Malaysia ialah yang menggunakan bahasa kebangsaan. 70% bahasa yang digunakan dalam filem tempatan mestilah menggunakan bahasa melayu atas alasan memartabatkan bahasa melayu yang juga menjadi bahasa rasmi negara.

Meskipun dikecam pelbagai pihak, FFM28 tetap ada penyokongnya tersendiri. PERKASA dan KARYAWAN tampil membela tindakan FFM28 dan mengatakan kaedah penjurian FFM28 adalah tepat.

PERKASA ialah satu NGO yang terkenal dengan agenda racisma.

Susulan dari kontroversi yang melanda FFM28, pengarah Mohd Noor Kassim bertindak memulangkan trofi yang diterimanya di tong sampah (rujuk) dan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM), Hafiz Ibrahim meletakkan jawatan (rujuk).

MIC dan DAP turut mengambil kesempatan mengkritik penganjuran FFM28. Menjadikan isu neh berbaur political. 

Susulan dari kritikan demi kritikan dan kecaman orang awam ke atas penganjuran FFM28, Menteri Komunikasi, Salleh Said Keruak akhirnya membuat keputusan ;
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memutuskan penyertaan bagi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini. 
Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian itu turut mewujudkan kategori baru Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FMM ke-28 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.

"Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

Isu itu timbul berikutan keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival kali ini.

Filem Ola Bola dan Jagat yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.

-Bernama
-----------------------

Antara netizen yang mengkritik FFM

1. Pada awalnya FFM memutuskan filem bukan bahasa melayu 70% tak layak dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

2. Diwujudkan filem bukan bahasa melayu terbaik.

3. Pengwujudan kategori itu membuktikan bahawa filem bukan bahasa melayu yang sedia ada telah menandingi filem bahasa melayu yang dicalonkan. Jika tidak, mane mungkin wujud pengasingan sebegitu.

4. Setelah dikritik dan menteri yang telah mengambil pandangan semua pihak (kononnya) akhirnya memutuskan semua filem samada berbahasa melayu 70% ataupun kurang layak dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

5. Namun kategori filem terbaik berbahasa melayu pula wujud.

6. Dasar cikai. Nampak sangat kategori filem terbaik tidak akan dimenangi oleh filem bahasa melayu. Awal2 dah tunjukkan betapa lemah dan hinanya filem2 bahasa melayu yang tercalon. Bangang.

7. Sungguhpun filem bukan berbahasa melayu 70% akhirnya dibenar untuk dicalonkan, tetapi ianya tidak menyelesaikan masalah berbangkit juga.

8. Nak taknak, nak juga juri FFM28 meletakkan filem terbaik salah satunya mestinya diiktirafkan dari filem berbahasa melayu lebih dari 70%.

9. Disitulah kesakaian penyokong2 FFM28 neh bermula.

10. Mereka tidak mahu menerima kelemahan dan kegagalan pembikin2 filem melayu yang rata2nya bertaraf sampah sarap.

11. Tidak salah mencari keuntungan tetapi filem memandangkan kita sedang melakukan pelaburan tetapi biarlah sesuatu yang mampu membuatkan masyarakat kita berfikir dan menjadi cerdik. Bukannya memperbodohkan masyarakat dengan cerita2 cinta palsu tak berkesudahan. Satu dua filem cinta takpe lagi. Ini rata2 filem kita sebegitu. Macam ikut trend. Orang buat filem hantu, nanti sederet filem hantu yang keluar. Orang buat filem hantu kelakar, nanti sederet filem hantu kelakar yang keluar. Orang buat filem motor, nanti sederet filem bab motor keluar. Ape neh. Takde idea sangat ke apa? BODOH.

12. Aku dah bertahun tak jejak wayang tengok cerita2 melayu neh. Aku p wayang pun tengok animasi. Tapi baru2 neh ada keinginan nak tengok Redha. Cuma tak berkesempatan. Bagi aku genre filem sebegitu rare di Malaysia tetapi sayangnya ia kurang mendapat sambutan. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Mungkin juga kerana itu pembikin2 filem kita membuat filem berdasarkan kepada kecenderungan masyarakat. Sebenarnya, lagi dibuat sebegitu, lagi la tak terdidik masyarakat kita. Jika pembikin2 filem bertegas hanya mengeluarkan filem yang bermutu tinggi, lama-kelamaan masyarakat kita akan tertarik nak menghayati. Atau mungkin juga industri filem kita hanya diminati oleh golongan remaja. Sebab tu genre2 filem seperti Redha takde sokongan. Yang dah berusia apa semua malas nak p wayang. Tengok free kat internet sudah. Huhu.

13. Meskipun begitu, aneh juga apabila filem2 bukan berbahasa melayu yang tidak memaparkan genre cinta seperti Ola Bola boleh mendapat sambutan luar biasa masyarakat.

14. Sejak kebelakangan ini pengiat2 seni tanah air bukan melayu rajin betul membuat filem2 yang bermutu dan mempelbagaikan genre filem mereka. Ini bermaksud mereka menjadi trend setter. Orang yang melakukan perubahan tanpa mempedulikan kecederungan masyarakat dan lama kelamaan masyarakat akan terdorong untuk menonton disebabkan terpengaruh dengan perubahan.

15. Mungkin disebabkan itu pengiat2 seni tanah air melayu rasa terancam apabila industri yang dikuasai oleh mereka secara majoriti bakal diambilalih. 

16. Persaingan tak patut ditutup. Raikan ia secara positif.

17. Untuk membuktikan pembikin2 filem melayu bermaruah, elok FFM28 mahsuhkan sahaja kategori filem berbahasa melayu terbaik. 

18. Jangan manjakan dan momokkan mereka dengan anugerah2 yang tak selayaknya mereka terima.

19. Kalau amek juga anugerah bagi kategori tu nampak sangat terdesak. Sangat memalukan. Nampak sangat takde maruah.

20. Apabila filem kita selayaknya menjadi yang terbaik, filem kita terbaik. Apabila filem kita bukan terbaik perlu kita akui filem kita bukan terbaik. Kualiti kerja kita, kita lebih tahu. Kualiti kerja orang lain pun kita boleh tahu memandangkan kita bekerja dalam industri. Kita ada pengalaman dan faham kenapa satu2 filem itu layak menjadi yang terbaik. Bukannya kita tak belajar untuk sampai ke peringkat ini sungguh pun hasil kerja kita kadangkala cincai sebab perlu cari makan, ye tak?

Sebenarnya, sejak tahun-tahun kebelakangan ini perpecahan antara kaum semakin teruk. Kita bincang tentang pemahsuhan sekolah jenis cina, tamil dikatakan racist kerana mahu mewujudkan sekolah satu malaysia, kita bincang tentang penghapusan sekolah agama dan satukan dengan sekolah kebangsaan agar murid tidak merasa letih ke dua sekolah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dikatakan sedang menyebarkan ajaran liberal, pendek kata isu-isu yang membabitkan kaum dan agama cukup meletihkan bagi mereka2 yang cuba mendamaikan semua kaum di Malaysia dengan memupuk semangat perpaduan. 

Tambahan pula parti2 politik elit gemar juga mempergunakan sentimen masyarakat yang berbilang bangsa bagi menyemarakkan api perkauman. Itu semua mewujudkan jurang perpecahan di antara kaum di Malaysia. FFM tidak sepatutnya menambahkan masalah perkauman yang semakin teruk di era pemerintahan Najib. Cukup2la dengan masalah sedia ada, jadila sesuatu yang memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat memandangkan sikap kita pada hari ini akan menjadi rujukan bagi generasi mendatang. Kita nak membina generasi yang bagaimana, adalah tertakluk kepada pendirian kita pada masa kini. Nak hancurkan negara dengan sentimen perkauman atau memupuk semangat perpaduan dan sikap tolenrasi antara kaum, terserah. Apa yang pasti kita tidak hidup selamanya. Generasi akan datang pasti akan menilai keputusan kita kelak. Fikir-fikirkanla ya. 

Logo Parti BERSATU Seakan Sama Dengan Logo Klinik Kecantikan.

Belum pun berusia seminggu parti baru yang ditubuhkan oleh Mahathir bersama Muhyiddin Yassin, dah pun dilanda kontroversi.

Ia adalah berkenaan logo parti tersebut yang dikenali dengan nama Pribumi Bersatu Malaysia ataupun shortformnya sebagai BERSATU.


Berikut di bawah ialah logo parti BERSATU.




Manakala gambar berikutnya pula ialah gambar yang disebarkan oleh geng2 UMNO secara meluas di alam maya bagi mengkritik logo parti BERSATU.

Memang nampak persamaan itu.

Setelah digoogle, klinik tersebut benar-benar wujud dan masih beroperasi.


[rujuk]

[rujuk]

Oleh kerana benda neh sebaran puak2 UMNO maka terpaksala rajinkan diri menggoogle kebenarannya. Kalau diperhatikan, memang sama je logo kedua-duanya. Just tambah tangkai bunga raya, titik-titik dan satu kelopak. 4 kelopak asal dibiarkan begitu. Hak eley. Ini kerja berbayar ke free? Kalau parti BERSATU bayar orang yang reka logo cenggini, sah-sah kena tipu. Ciplak terang-terangan kot. Sama macam kes parti AMANAH dengan logo station tv Imayam (tak silap aku la, aku pun dah lupa ejaan dia cam mana, haha).


Warna pun merah.

Parti pun pribumi.
Macam copy paste UMNO punya je aku tengok misi dan visi.

Tapi lantakle. Aku peduli hape. UMNO berpecah dua ke tiga ke mampos korang la.


KAHKAHKAH


Btw, dorang siap tunjukkan tutorial cam mana nak buat logo parti BERSATU.


Lihat video ;


 

Bila tengok je video neh, tetiba aku rasa macam senang sangat dorang manipulate logo asal. Tapi tetap tak boleh lawan logo Amanah. Itu lagi sebijik punya copy paste. Lepas tu boleh plak sound yang mengkritik. Betui2 taktau malu punya olang. Lepas tu cop yang kritik tu pro PAS. Lagi jahanam. Ingatkan marah pada PAS yang tak boleh terima kritikan rupa2nya dorang pun sama je dua kali lima dengan yang dikutuknya. Hampeh.

Btw, aku sekarang tengah fikir2kan satu benda. BERSATU neh nanti akan join PH ke tak? Kalau join PH mampuih la. Aku dah la tak suka Mahathir, Muhyiddin apa bagai tu. Aku harap pimpinan PH tak la buat kerja gila p ajak BERSATU join PEMBANGKANG (atau PEMBANGANG) tapi ikut report card puak2 pembangkang kau neh, ada harapan dorang akan invite BERSATU join dorang. 

Kalau tak invite pun mungkin BERSATU akan pelawa diri sendiri kerana BERSATU sedia maklum, mereka kalau bertanding sendiri2 pun akan kalah memandangkan undi pecah bila satu2 kerusi ditandingi oleh banyak sangat calon. Apetah lagi diri tu parti baru. Tambahan pula penubuhan parti baru dibuat selepas segala usaha menjatuhkan Najib gagal. Sudahla gagal, sokongan rakyat pun suram. Pendek kata dah habis ikhtiar la neh tu pasal buat juga parti baru. Yang UMNO pun tak berapa sokong Mahathir walaupun pendedahan demi pendedahan tentang Najib dibuat secara berterusan. Jika Mahathir jv dengan pembangkang, aku rasa yang piaw pembangkang pun angkat kaki. UMNO berpecah dua, pembangkang ntah berpecah berapa agaknya ye kalau mereka dilanda krisis lagi.

Hehe.

Kbai.

Selasa, 9 Ogos 2016

Sudah Ada Bukti Ke PAS Dibayar 90 Juta?


Kenapa orang PAN macam neh. Sejak tersebarnya laporan Sarawak Report yang mengatakan PAS terima dana 90 juta dari Najib, berapi2 pula penyokong2 PAN mempersoalkan PAS agar membuktikan laporan tersebut adalah palsu.

Laporan tersebut disiarkan pada 6 August. Ianya bertajuk " Di Saat Najib Menafikan Segala Dakwaan Tentang 1MDB, Jangan Lupakan Kesalahan2 Najib Yang Lain".

Rujuk sini.

Ini petikan tentang laporan tersebut ;

Najib has worked to exploit the leaderless situation confronting the opposition ever since and BN/UMNO smugly talk of divisions faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap).


To sugar matters further for PAS, Najib has gone on a crusade to show himself ‘more holy than thou’ on every PAS religious agenda, stirring up extremism in Malaysia and undermining civil law and institutions, without turning a single hair over the destabilising, divisive and dangerous consequences to his country and his own party.

---------------------

Dalam satu jawapan balas, Claire Newcastle Brown memperjelaskan bahawa laporan tersebut bersandarkan kepada 'syak-wasangka'.

Yakni, belum lagi menemui bukti yang konklusif bagi menyokong dakwaan.

Ini bermaksud, para penyokong PAN/PH seharusnya bersabar sehingga bukti berjaya dikemukakan. Dalam mana-mana pertuduhan ke atas pembangkang oleh mana-mana pihak, pandai pula mereka mempersoalkan mana-mana pihak yang gagal mengemukakan bukti jelas sebenarnya sedang melakukan fitnah ke atas pihak yang dituduh tetapi kenapa pula dalam soal PAS menerima bayaran 90 juta, mereka tidak berpegang kepada prinsip yang sama? Flip flop apekah ini? Kita patut bincang perkara ini secara mendalam hanya selepas bukti dihadirkan di hadapan kita terlebih dahulu.

Tidak dinafikan dakwaan itu sedikit sebanyak ada asasnya apabila kita menilai kepada tindakan Hadi sejak akhir-akhir ini. Tetapi syak wasangka bukan bukti dan tidak boleh dijadikan bukti.

Kenapa tidak kita tunggu bukti selanjutnya atau mendesak sahaja Claire untuk mengemukakan bukti yang menyokong dakwaannya itu? Pun begitu, Claire sendiri mengakui bahawa kenyataannya bertitik tolak atas perasaan syak wasangka. Ianya tidak berpandukan kepada bukti. 

90 juta kot. Apakah Najib mahu beri 90 juta kepada PAS? Dengan wang sebanyak itu lebih baik dia upah team propaganda bagi meranapkan Pakatan Pembangkang termasuklah PAS.

Jika kita teliti kepada laporan itu, ditulisnya Claire bahawa sejak beberapa bulan kebelakangan ini, wang disalurkan kepada beberapa pihak berkepentingan dalam PAS.

Pertama. Disalurkan bagaimana? Cash, bank in, cash deposit? Ada tak dinyatakan oleh Claire? 

Kedua. Siapa pemimpin2 yang dimaksudkan? Kenapa tidak dinamakan? 

Ketiga. Tujuan disalurkan bagi memecahkan Pakatan Pembangkang. 

Hello, Pakatan Pembangang kita neh dah berpecah sejak tahun 2013 lagi. Babak-babak pra perpecahan ialah sebelum PRU ke 13. Selepas PRU ke 13, pertindihan kerusi, hudud, isu Anwar, Khalid, Azmin dan Kajang Movie ialah isu2 yang menyebabkan Pakatan Pembangang semakin bergolak dari sehari ke sehari.

Tak perlu Najib bayar 90 juta pun.

Bodoh-bodoh watak2 tertentu dalam pembangkang pergi ranapkan kerjasama di antara mereka.

Beberapa bulan yang akhir ini tidak pula PAS bersama PH. Bahkan semakin menjauh selepas tertubuhnya PAN.

Maksud aku kat sini ialah, alasan pembayaran 90 juta itu tidak cukup kuat.

Jika dibayar 90 juta bagi memastikan PAS melakukan tindakan2 yang membuatkan umat Islam akan membenci PH, ada logiknya disitu.

Tetapi sekali lagi, syak wasangka bukannya bukti.

Dan pihak yang dituduh tidak pula patut dipertanggungjawabkan untuk membuktikan apa yang dituduh ke atas mereka.

Yang menuduh la patut membuktikan dakwaan tersebut.

Apakah Claire akan memperolehi bukti2 tersebut pada masa-masa mendatang? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Apa pun buat masa sekarang malas la nak bercerita macam ye ye sangat PAS terima 90 juta. Benda terawang2an macam neh nak pegang sebagai fakta apakah logik.

Dan PAN, tak payah la tunjuk sangat sikap dengki korang tu. Nak jadi wakil PAS dalam menyaman Sarawak Report konon. Sedar la sikit buat masa sekarang tumpuan korang ialah menambat kepercayaan dan keyakinan pengundi.

Bagaimana?

Kurangkan buat kerja2 kontroversi yang tak mendatangkan faedah ke atas imej parti, tingkatkan prestasi parti, buktikan kemampuan bahawanya korang parti yang berkelayakan untuk dipangkah rakyat pada PRU ke 14 kelak bagi menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Masalah PAS dibayar 90 juta atau tak dibayar neh, biarlah dorang bertekak dengan Sarawak Report sampai mati. Korang tak payah semak kat situ. Bukan masalah korang. Telah dinoktahkan dalam ahti bahawa kedudukan PAS ialah pembangkang pada PH sama seperti kedudukan BN. Bukan kah itu yang menjadi pendirian korang? Najib yang membayar tak pula diperli diserang tetapi yang menerima je korang ratah sakan? Kebencian ini berdasarkan dendam peribadi ke?

Tindakan korang tu sebenarnya buatkan ketawa Najib makin besar. Ya, makin besar. Tak boleh fikir ke?

Berita dilaporkan pada hari sabtu brader.
Hari sabtu.

Najib bayar 90 juta. Kepada PAS.
Yang kontroversi dan jadi keutamaan ialah pihak yang terima bayaran. PAS.

Najib yang membayar, macam mana?
Disenyapkan pula? Yang membayar bukan isu ka?

Kenapa tak laju2 pula peguamnya menafikan?
Keluarkan kenyataan rasmi, kenapa?

Hadoi.

Jauhla lagi la puak2 pembangkang neh nak tadbir Malaysia. Geleng kepala je tengok kebodohan mereka neh. Menyesal plak terikut2 dulu. Nampak sangat kebebalan aku disitu.

Kbai.

** Ejaan pembangang pada pembangkang adalah disengajakan. Bukannya typo. Sekian dimaklumkan.

Isnin, 8 Ogos 2016

Pokemon Go & Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Game Diharamkan.


Pokemon Go. Ialah sejenis permainan baru yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh dunia. Ianya baru dilancarkan di Malaysia pada beberapa hari yang lepas. Isu Pokemon Go rancak dibahaskan di kalangan kita hanya disebabkan satu insiden. 

Insiden tersebut membuatkan dari yang tidak tahu kepada tahu. Dari yang tidak minat kepada cuba minat.

Insiden itu ialah tindakan beberapa pihak termasuklah mufti yang telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan 'masa depan' Pokemon Go di Malaysia.

Susulan dari perjumpaan tersebut, disebarkan hasil pertemuan dengan media melaporkan secara berleluasa bahawanya Mufti Wilayah mengharamkan Pokemon Go, mufti yang pertama yang meletakkan fatwa tentang Pokemon Go. Kononnya.

Disebabkan itu ;

1. Mereka yang tak pernah minat nak download game Pokemon Go, download semata2 nak sindir keputusan mufti (aku le tu).

2. Ada yang galak memaki hamun mufti.

3. Dikatakan ada yang serang peribadi mufti, tetapi aku tak pernah baca lagi komen sebegitu.

Cuma tak dinafikan ada satu posting screenshot dari pembangkang tegar yang tersebar secara meluas kerana memaki hamun Mufti Wilayah. Tindakan dia, didorong oleh laporan yang salah. Tetapi bukan hanya dia, ramai juga membaca laporan berita yang sama, cuma kepelbagaian reaksi itu wujud disebabkan kepelbagaian sikap dan level of kesabaran.

Review Pokemon Go.

1. First time main game neh. Aku pun tak faham sebenarnya apa yang addictted gila.

2. Selepas bermain dan berjaya tangkap 2 Pokemon yang ada dalam rumah, still tak rasa macam nak addictted pun. Maybe masih baru atau boleh jadi minat belum ada.

3. Ya juga tak tau nak main. Bila tanya pada kekawan, rupanya kena cari Pokemon kat luar. Aku macam 'WHAT'? tak penat ke? Patutlah kena on GPS. Aku sebetulnya suka game relax-relax macam tanam2 ke, kuiz2 ke, sodoku ke layan juga janji simple2. 

4. Setelah memahami cara permainan ini, baru la aku faham serba sedikit kenapa dibincangkan tentang permainan Pokemon Go. 

5. Ini kerana terdapat pemain2 yang hampir merosakkan diri sendiri dan orang lain disebabkan Pokemon Go. (rujuk sini).

6. Dalam link berita yang dirujuk aku itu, seorang peniaga telah ditahan polis kerana sambil memandu sambil bermain Pokemon Go. What the hell la kau neh. Game aje pon. Perlu ke bahayakan diri. Kalau diri sendiri mampos takpe juga. Buatnya terlanggar orang lain, macam mana? BODOH NAK MAMPOS.

7. Dalam insiden yang berbeza pula, (rujuk sini) pemain Pokemon Go turut menyebabkan ketakutan pada orang lain apabila tiba2 muncul dan berlegar2 kat rumah orang semata2 nak tangkap Pokemon Go. Aiyooo.

8. Nampak sangat di kalangan kita, taksub gamers memang taksub tak tentu arah.

9. Jadi, tidak menjadi aneh kenapa ianya dibincangkan oleh sesetengah pihak secara berleluasa, bagi menanggani sikap gamers yang taksub.

10. Pendapat Mufti Wilayah secara mudahnya dibaca begini. Game itu haram pada yang merosakkan diri. Kalau korang rasa diri korang terjejas, merosakkan diri sendiri dan orang lain, lalai dan sewaktu dengannya, maka haramla kau bermain game tersebut. Sebab kau taksub, bodoh, gile dan bengap. 

11. Dan ya, aku setuju dengan pendapat Mufti Wilayah. Bukan haramkan game tapi pengharaman (actually tak haram pun just gunakan perkataan mudarat) ke atas individu disebabkan masalah sikap dan penerimaan.

Selain itu sikap individu yang taksub, game Pokemon Go turut menjadi highlight disebabkan ada orang masuk masjid semata-mata nak tangkap Pokemon. Bukan masjid je, kuil, tokong pun ada. Gereja pun ada. 

Di Singapura, badan agama di sana menasihatkan orang awam yang nak masuk masjid untuk tangkap Pokemon mestilah ;

i. Tidak boleh berbuat bising.

ii. Jangan kotorkan masjid.

iii. Jangan lupa solat (jika belum/bagi muslim).

iv. Sila tinggalkan masjid dalam keadaan aman selepas menangkap Pokemon.

Pendekatan tidak menghukum dan lembut ini disambut baik oleh pengemar2 game Pokemon Go. Bahkan jadi perbandingan dengan institusi keagamaan di Malaysia.

Kenapa orang kita menyindir institusi keagamaan, fatwa dan mufti disebabkan penegasan dan pendapat mereka dalam soal Pokemon Go? Boleh ke syurga ke dengan Pokemon Go? Boleh tolong bayar GST ke?

Hehe.

Jangan begitu mudah meletakkan kesalahan pada orang awam. Ini kerana apa yang terjadi pada hari ini adalah apa yang institusi keagamaan usahakan sendiri. Bagaimana pokok, begitulah tuannya.

Pokok yang berbuah lebat, sudah tentu dijaga elok oleh tuannya.

Pokok yang rosak dan mati tanpa hasil, sudah tentula juga disebabkan kegagalan tuannya.

Masyarakat pada hari ini tipikal dan negatif pada institusi keagamaan adalah disebabkan mereka2 yang berauthoriti selama ini seringkali melakukan amalan double standard ketika menghukum.

Umum tahu game Pokemon Go melibatkan satu permainan yang dimainkan oleh rakyat jelata. Dan badan keagamaan begitu laju dalam memutuskan hukum tentangnya.

Umum juga tahu bahawanya Najib terpalit kontroversi 1MDB dan terkini isu tuntutan harta dek saman DOJ (dan pelbagai lagi skandal, permasalah lainnya) tetapi umum tidak melihat pula badan keagamaan laju2 mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kemaslahatan rakyat disitu.

Kenapa? Amalan double standard ini menyakiti rakyat hingga ke akar ahti mereka. Terlalu sakit. Mereka jadi marah, memberontak dan melawan.

Jadi mereka tak fikir mereka patut bersikap rasional melalui kata-kata dan tindakan terhadap pihak2 tertentu yang mempergunakan agama bagi memperkukuhkan kuasa pemimpin yang bermasalah (yakni, isu ini lebih besar dan mendatangkan kemudaratan yang teruk ke atas masyarakat) dan menghukum rakyat yang mendatangkan mudarat disebabkan permainan.

Bukan. Bukan fatwa yang laju2 diminta rakyat. Bukan fatwa yang rakyat mahu badan keagamaan keluarkan. Kerana kita tahu dalam Islam, amalan seperti rasuah, merompak, pemimpin zalim, tidak amanah, cuai hukuman telah tersedia ada. 

Tetapi, kita minta sebagai badan keagamaan, sila tunjukkan perlawanan yang tegas dengan menolak kemungkaran secara nyata lagi terbuka terhadap pihak2 tertentu yang menyeleweng dari tugas pemimpin.

Jangan nampak rakyat buat salah kau tegur laju2.

Bila pemimpin buat salah kau arr errr arrhh errhhh oorrrkk.. macam tercekik tulang. Berkira2, playsafe dan sebagainya.

Kata kau sayangkan agama kau.
Kata kau takutkan Tuhan kau.
Kata kau follow Islam dalam denyutan nadi dan darah.

Tapi kenapa tindakan tak selari dengan kata-kata?

Itu yang orang marah.

Aku simpulkan disini ialah, aku memahami kenapa orang kita persoalkan hukum tentang permainan Pokemon Go dan aku tak nafikan juga addicted pada Pokemon Go merupakan ancaman. Ia babitkan masalah tentang keselamatan juga bila gamers asyik sangat. Sambil memandu pun main game. Gilew.

Tetapi, aku tidak meletakkan kesalahan ke atas rakyat. Kesalahan terletak di atas badan keagamaan di negara kita. Kegagalan mereka memainkan peranan mencegah kemungkaran dan kejahatan yang terserlah dilarang oleh Islam seperti riba, rasuah, pecah amanah, seleweng dan sebagainya menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat. 

Masyarakat kelas atasan yang tidak tahu erti kesusahan mungkin berbeza cara mereka berfikir dengan masyarakat yang ditindas oleh sistem kelas dan karenah biokrasi. 

Itu tak masuk lagi jika wujudnya campurtangan politik dan kuasa dalam menentukan hala tuju kehidupan sesuatu kelas masyarakat (kasta alaf baru).

Sebab itu ada baiknya badan keagamaan cermin kelemahan diri sendiri. Kerosakkan apa yang korang dah bawa kepada masyarakat kita sehinggakan masyarakat kita menjadi sebegini rebel hanya disebabkan Pokemon Go.

Gambar : Free Malaysia Today.

Ahad, 7 Ogos 2016

Mufti Wilayah Nafi Haramkan Pokemon Go, Media Tersalah Lapor Kerana Tidak Faham.


Aku petik penjelasan Mufti Wilayah daripada Razif Fuad. Dalam penjelasan itu menafikan bahawanya Mufti Wilayah telah bertindak mengharamkan Pokemon Go. Penjelasan itu juga hanya mensasarkan Malaysiakini sebagai media yang tersalah lapor.

Adakah ini adil? Petikla semua media yang tersalah lapor juga. Aku baca suratkhabar fizikal Berita Harian front page terbitan sabtu 6 Ogos (semalam) yang terang-terang lapor Mufti Wilayah haramkan Pokemon Go.

Aku akan bagi bukti lepas dapat pegang paper tu nanti. Sekarang baca la penafian Mufti Wilayah tentang pengharaman Pokemon Go. Dan, ya aku setuju dengan point Mufti Wilayah yang terbaru neh.

------------

"SAYA TIDAK PERNAH KATAKAN POKEMON GO HARAM. ITU KERJA SEGELINTIR MEDIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" - MUFTI WP

Kenali Mufti Wilayah di sini [https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri]

Artikel asal Bayan Linnas di sini [http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go]

Sebentar tadi saya sempat berbual isu kontroversi ini.

Beliau cuma tersenyum dan sama sekali tidak menampakkan riak sedih walaupun diserang oleh beberapa media alternatif dan masyarakat awam yang tidak mengenali beliau ataupun baru sahaja nak mengenali beliau.

Malah, beliau baru sahaja ditelefon oleh pihak media yang meminta izin untuk menemubual secara atas talian berhubung Fatwa Pokemon Go malam ni. Beliau menolak untuk ditemubual kerana amat khuatir fatwa ini menenggelamkan isu lain yang lebih wajar dibuat liputan menyeluruh oleh media :) Beliau membetulkan kerusi dan menarik nafas panjang sebelum mula melantunkan kata. Saya, Man Ana Man Anta dan Muhamad Hashim dengar dengan berhati-hati.

"Kalau teliti betul-betul dalam artikel Bayan Linnas, ana sama sekali tak mengharamkan Pokemon Go secara total. Sebab utama adalah ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah. Pendekatan yang ana pakai adalah menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan ana CENDERUNG ke arah keharamannya.

Ana guna ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." Ini antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka).

Beliau tak kata haram, harus dan lain-lain secara jelas. Kalau guna perkataan haram, ia adakalanya beri impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Ana nak masyarakat faham bahawa ana AMAT KURANG GEMAR masyarakat kita terlalu asyik dengan Pokemon Go berdasarkan beberapa hujah yang diberikan.

Bagi yang betul-betul baca dan faham artikel tu, akan faham pendirian ana. Kita jangan terpengaruh dengan media-media yang nak ambil kesempatan. Tak apalah. Kita terus jalan.

Banyak lagi kerja kita. Bulan September ni ada satu isu yang lebih penting ana akan kupaskan." Selepas bersalam, beliau pun berlalu.

 =========================

Lihat betapa halus dan telitinya beliau dalam memilih perkataan yang sesuai bagi proses mengeluarkan fatwa. Ini kerana, setiap istilah memberi makna faham yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Alhamdulillah.

Walaupun pertemuan hanya 5 minit namun buah-buah ilmu yang segar sentiasa diperoleh. Mufti WP tidak semberono menghukum ianya haram. Harap faham Malaysiakini (BM Version) Malaysiakini. *Gambar sebelah kanan adalah buku 'Istilah-Istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab' yang ditulis oleh beliau sendiri.

Bagus kalau persatuan mahasiswa di IPT panggil beliau bedah buku ini. Sangat bermanfaat. Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan 2.10 PM

 #MalaysiakiniTakAkanCerita

Razif Fuad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...