Oleh : Shabudin Dot Com.
Menarik sekali untuk menunggu perkembangan seterusya berkenaan saman Pas terhadap Sarawak Report berkaitan artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib Razak.
Menarik sekali untuk menunggu perkembangan seterusya berkenaan saman Pas terhadap Sarawak Report berkaitan artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib Razak.
Pada 13 Disember, Pas sudah menghantar notis tuntutan tujuh hari yang mengandungi tiga permintaan kepada Sarawak Report:-
- menarik balik artitel berkaitan dakwaan RM90 juta yang disiarkan pada 6 Ogos 2016.
- membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh parti.
- membuat akujanji untuk tidak menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.
Tempoh
tuntutan itu telah berakhir pada 20 Disember lalu di mana Claire Brown
dan Sarawak Report tidak mengendahkan langsung tuntutan yang diminta Pas
itu, sekaligus memberi makna beliau bersedia untuk berdepan dengan Pas
dan Hadi Awang di mahkamah.
Hari ini pula sudah 30 Disember, sepuluh hari telah berlalu daripada tarikh tuntutan itu berakhir.
Namun, masih tidak kedengaran khabar berita sama ada Pas mahu meneruskan saman atau sebaliknya.
Claire
Brown, ketika ditanya mengesahkan masih tidak menerima sebarang writ
saman atau apa-apa dokumen yang menunjukkan beliau dan Pas akan bertemu
di mahkamah.
Bekas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dalam blognya minggu
lalu ada menasihatkan Pas agar tidak cuba-cuba mahu membawa kes itu ke
mahkamah.
Kata
Zaid, kos guaman bagi saman fitnah di London adalah terlalu mahal iaitu
£250 ribu atau bersamaan RM1.5 juta dan wang itu sebaiknya digunakan
oleh Pas untuk kegunaan PRU 14 akan datang.
Selain
itu, tambah beliau, jika kes dibawa ke mahkamah, Claire sudah tentu
akan memanggil Najib untuk memberi keterangan di mana keadaan itu boleh
meruntuhkan hubungan kemesraannya dengan Hadi Awang dan Pas yang
terjalin selama ini.
Sediakah Najib hadir ke mahkamah?
Apakah
notis tuntutan Pas itu akhirnya sama seperti tuntutan penjelasan Najib
kepada WSJ berkaitan dakwaan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun
peribadinya sebelum ini, tetapi tidak berani pun diteruskan sehingga ke
mahkamah?