Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 November 2016

Pembohong Punya Harakah, Hampir Kesemua Orang Asli Yang Ditahan Dari Kelantan, Bukannya Dari Pahang & Perak!

Kalau yang hari-hari istiqomah tentang Islam, tentang agama, tentang amanah, tentang Allah pun boleh melakukan penipuan apa lah yang kita boleh harapkan dalam dunia neh.

Sesungguhnya kerosakan dalam dunia neh terlalu dalam dan parah merentasi agama, bangsa dan juga negara.

Semalam kerajaan negeri Kelantan menerusi Jabatan Perhutanan Negeri telah meminta bantuan dari Polis bagi merobohkan halangan yang dibina oleh sekumpulan orang asli yang bertujuan mendesak kerajaan negeri menghentikan operasi pembalakan di kawasan mereka.

Dan kerajaan negeri telah mengeluarkan beberapa kenyataan untuk menepis kecaman dan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap mereka.

Salah satunya adalah ini ;


Namun rekod yang diterima oleh aku adalah ini ;




Sekurang2nya 25 dari 30 yang ditahan mempunyai no ic 03 yang merujuk kepada kod negeri kelahiran Kelantan.

Apekah maksudnya ini?

Satu lagi jika korang perasan laporan berita yang discreenshotkan di atas, ia merujuk kepada kawasan hutan simpan kan?

Hutan simpan > pembalakan = bagaimana?

Jika mahu. Jika berkeupayaan. Kerajaan negeri boleh terokai bidang lagi bagi menambahkan pendapatan. Bagaimana dengan negeri/negara yang tiada hutan? Adakah mereka akan mati kelaparan kerana tidak mempunyai pokok untuk ditebang? Ahh.. nanti dulu. Kerajaan ulama tidak boleh dikritik bukan? Setiap kritikan bermaksud fitnah, betul? Ye la tu..

Kah Kah Kah!

----------
Berikut maklumat yang pihak kami terima dari laporan Syam Ghaz.

41 - lahir di Kelantan.
5 - lahir di Perak.
1 - lahir di Selangor.

Temubual saya sendiri dengan seorang wanita Asli Gua Musang, suaminya orang Perak (kod 08) dan menetap di Gua Musang, Kelantan.

Jika ikut kenyataan Harakahdaily, menyebut "HAMPIR SEMUA YANG DITAHAN BUKAN PENDUDUK TEMPATAN DAN BERASAL DARI PERAK DAN PAHANG".

Sebenarnya dari senarai orang yang ditahan, tiada langsung dari Pahang dan hampir semua dari negeri Kelantan.

Nampak tak permainan LIDAH RASMI PARTI ISLAM SEMALAYSIA?

Kah Kah Kah!     

Dikemaskini ; 30/11 jam 6.45 petang.
  Sumber gambar : WhatsApp ROYALTI.

Selasa, 29 November 2016

"Adik Aku Hanya Orang Biasa, Baru Jadi Ayah & Sibuk Nak Main Forex Tetapi Tiba-Tiba Ditahan SOSMA Kononnya Terlibat Dalam IS.."

Diluahkan oleh Mahathir Rahman. Abang kandung kepada seorang anggota polis yang bernama Mustaza Rahman, yang telah ditahan tanpa bicara di bawah SOSMA kerana didakwa terlibat sebagai militan IS.

Kami kongsikan luahan abangnya di mukabuku.



Menurut Mahathir, adiknya bukanlah seorang pengganas. Sebaliknya seorang rakyat biasa yang sibuk melakukan pelbagai jenis kerja dan usaha bagi menambahkan pendapatan yang tak seberapa.

Namun segala-galanya berubah sejak beberapa bulan yang lepas apabila adiknya telah ditahan dibawah SOSMA atas alasan terlibat dalam militan IS dan dipaksa untuk mengakui terlibat dalam aktiviti keganasan.

Keluarga Mustaza tidak berdiam diri.
Mereka berusaha keluarkan Mustaza dari penjara dan menyakini Mustaza sebenarnya tidak bersalah.

Bapa Mustaza pada Ogos lepas pernah berkongsikan cerita tentang Mustaza di laman FBnya ;



"Zaman ini zaman fitnah. Mustaza anak yang baik dan pemurah. Kami selalu membantunya dari segi kewangan" - bapa Mustaza.





Dalam pada itu, Suaram sebentar tadi berkongsikan salah seorang mangsa akta SOSMA. 


Ini kenyataan Suaram seperti yang dipetik menerusi FB rasmi mereka.

MANSUH SEGERA TAHAN TANPA BICARA 

Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama. 

Hal ini kerana, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan. Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan. 

SUARAM sudahpun menfailkan aduan kepada SUHAKAM dan EAIC pada 21 Oktober 2016. Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016 (Sabtu lalu). 

Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu. 

#MansuhTahanTanpaBicara

Walaupun gagal dibuktikan memiliki buku yang diharamkan kerajaan, penahanan Siti Aishah langsung tidak boleh diundur kembali.

7 bulan kerana SOSMA.
2 bulan kerana POCA.
Selepas bebas dipakaikan peranti elektronik.
Atas jenis kesalahan yang masih lagi bersifat samar-samar pembuktiannya.

Mustaza pula dituduh memberikan sokongan dengan niat kepada kumpulan yang beridelogi tertentu (dalam kes ini melibatkan IS) menerusi aplikasi Telegram. Ya, dengan hanya menyokong sesuatu (idelogi) atau menaip komen yang berkecenderungan seperti menyokong sesuatu (idelogi) kita semua boleh duduk di bawah SOSMA pada bila-bila masa.

Mustaza mempunyai dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama dia boleh dipenjarakan seumur hidup atau sehingga 30 tahun manakala bagi pertuduhan kedua dia boleh dipenjarakan sehingga 7 tahun dan harta-hartanya boleh dirampas.

SOSMA ialah rebranding ISA.
Nampaknya undang-undang ini lebih extreme dari apa yang kita semua sangkakan.

Peniaga Thailand Tampal Notis Enggan Terima Wang Malaysia - Najib Perlu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar, Kenapa Ringgit Semakin Jatuh.

Apa sudah jadi?

Berikut adalah notis yang sedang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan rata-ratanya diperkatakan oleh netizens dengan pelbagai jenis teori dan spekulasi dikemukakan.



Menurut maklumat yang sedang viral, gambar ini merujuk kepada salah sebuah kedai yang berada di Thailand. Ia menampalkan notis bahawanya mulai 29 November 2016, pihak pekedai enggan lagi menerima Ringgit Malaysia dalam urusniaga jual beli yang melibatkan premis perniagaan mereka.

Sumber gambar tidak dapat dipastikan siapa buat masa ini.

Sebelum ini gambar di bawah juga pernah viral di laman sosial.



Ia merujuk kepada nilai ringgit Malaysia yang digunakan di Thailand. Jika rakyat Malaysia enggan menukar kepada wang Bath maka inilah nilainya di Thailand melainkan mereka menukarnya sendiri terus kepada matawang Thailand.

Difahamkan, matawang Malaysia tidak stabil sejak tahun 2015. Nilai matawang itu yang adakalanya jatuh mendadak menyebabkan peniaga-peniaga Thailand enggan mengambil sebarang risiko kerana dibimbangi akan menanggung kerugian.

Dan berikut dibawah aku sertakan penulisan dari Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kau semua baca dan hadamkan.

Kejatuhan Ringgit 

Pada 12 April 2016, ketika nilai Ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata: “Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. 

Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar.”(http://www.barisannasional.org.my/news/ringgit-mata-wang-terbaik-di-asia-pm-najib

Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu? 

Kini, para penganalisa ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5. 

Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu. 

Ketika nilai Ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai Ringgit. Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai Ringgit hari ini? 

Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini? Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan? 

Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan segala penarikan balik subsidi? PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai Ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF). 

Rizab BNM berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai. 

Pada 14 Ogos 2015, rizab antarabangsa BNM jatuh di bawah AS$100 bilion kepada AS$94.5 bilion kerana aktiviti menyokong nilai Ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu. Setakat 15 Nov 2016, rizab antarabangsa BNM masih di bawah AS$100 bilion iaitu pada AS$98.3 bilion. 

Melihat pada data-data ini, PAS khuatir sekiranya langkah-langkah yang diambil BNM ini tidak berkesan, apakah rizab antarabangsa yang ada hari ini dapat menampung nilai Ringgit sekiranya ia terus menyusut seperti yang dijangkakan para penganalisa ekonomi? 

BNM dan kerajaan perlu jujur dalam mencari sebab mengapa nilai ringgit paling terjejas di rantau Asia. Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai Ringgit. 

Tuan Ibrahim Tuan Man 
Timbalan Presiden PAS 
28 November 2016

Dituduh Macai Kerana Ucapan Berapi Memuji Najib, Mahasiswa Tampil Jelaskan Perkara Sebenar.

Nama Wan Mahusin tiba-tiba menjadi glamer sejak semalam. Ini berikutan tersebarkan satu rakaman yang memuatkan aksi Wan Mahusin yang berapi-api memuji kepimpinan Najib Razak dalam satu program yang dinamakan Pemanas 4.0.


Mahusin Bersama Rosmah
Disebabkan ucapan itulah, Mahusin telah dikecam teruk oleh netizens di laman sosial terutamanya oleh golongan muda dan kelompok mahasiswa. (rujuk)

Pelbagai kata-kata nista, kejian, kritikan dan tak kurang juga sindiran ditujukan kepada Wan Mahusin kerana memuji Najib Razak di atas pentas.

Pun begitu, masih ada di kalangan netizens yang menyebelahi tindakan Mahusin dan menyifatkan ia sebagai demokrasi dan netizens perlu meraikan hak kebebasan bersuara. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menyokong pihak kerajaan mahupun pembangkang dan sesiapa pun tak berhak nak memarahi pilihan-pilihan yang telah dibuat. Begitulah antara respon penyokong-penyokong Mahusin.



Sebenarnya, kenyataan itu memang benar.
Tetapi yang suka, mula ataupun seringkali langgar hukum demokrasi itu adalah dari pihak kerajaan sendiri. Usahla penyokong-penyokong kerajaan nak temberang dengan mengarang ayat-ayat lakon suci.
Meluat pula aku baca.

Berbalik dalam isu Mahusin tadinya tu.
Selepas dikritik berikutan ucapan berkenaan, ahli kumpulan Mahusin tampil membela Mahusin dan atas nama demokrasi dan meraikan juga hak pembaca yang mempunyai akal fikiran yang bijak-bijak belaka, maka aku siarkan kenyataan tersebut untuk dinilaikan bersama. Mesti aku cakap, aku terima penjelasan tersebut tetapi aku tak bersetuju langsung dengan isi kandungannya. Cakap aje la korang memang pro kerajaan. Apa nak basa basi begitu begini. Adehh..

Nah baca ;


[ISU UCAPAN WAKlL MAHASISWA NASIONAL WAN MAHUSIN DI PEMANAS 4.0] 

Hari ini viral sebuah video ucapan oleh wakil mahasiswa, Wan Mahussin b Wan Zain dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dirakam di dalam Majlis Perasmian Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 4.0 yang berlangsung di Menara Felda semalam yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib b Tun Hj Abdul Razak. 

Saya berasa kesal kerana Hussin dituduh seolah-olah beliau seorang 'macai' atau 'penjilat' kerajaan kerana beliau mengajak rakan-rakan mahasiswa lain supaya memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan bersama-sama dalam kepimpinan YAB PM. Saya ingin menjelaskan tentang apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Hussin ini. 

Tahukah anda yang berada diluar sana, bahawasanya PEMANAS 4.0 ini telah berlangsung selama 4 hari dan hari terakhir PEMANAS ini kami mahasiswa IPTA/IPTS seramai lebih 250 orang telah membahaskan usul-usul berkaitan politik, agama, ekonomi dan pendidikan. Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membahaskan usul-usul ini dan saya merupakan orang yang sekumpulan dengan Hussin ini. 

Kumpulan kami telah mendapat tajuk ekonomi iaitu Bajet 2017: Implikasi kepada survivaliti mahasiswa yang mana kumpulan kami yang diwakili oleh Hussin selaku pembahas usul telah mencadangkan beberapa perkara kepada pihak kerajaan untuk dibawa ke dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. 

Pertama, Hussin telah memberitahu kerajaan agar menyelaraskan semula pemotongan bajet IPT yang dilihat telah membebankan pelajar dari sudut menjalankan aktiviti di universiti dan juga pengangkutan bas. 

Kedua, Hussin juga telah menegur kerajaan tentang bantuan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) yang diberikan lewat kepada pelajar sehingga tujuan pemberian BB1M dilihat lari dari matlamat asal dan harus dilakukan penambahbaikan segera. Ketiga, Hussin juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menyediakan peruntukkan khas kepada mahasiswa untuk menjalankan aktiviti keusahawanan di universiti kerana melihat minat keusahawanan sudah mula mekar dalam diri mahasiswa di universiti. 

Saya sudah menjelaskan tentang apa yang telah kami bawakan dalam Persidangan dan mengenai ucapan Hussin, itu adalah hak beliau kerana saya percaya beliau adalah mahasiswa yang jujur dan berani untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan. Mengapa perlu dijadikan isu tentang ucapan ini sedangkan ada juga mahasiswa yang menyatakan sokongan kepada pembangkang dan berucap di pentas politik pembangkang namun tidak pula diberi perhatian oleh kita semua namun ucapan Hussin juga yang ingin dijadikan isu. 

Jangan pernah menuduh mahasiswa yang menyokong kerajaan ini sebagai 'macai' atau 'penjilat' dan mendapat dedak dari kerajaan kerana kami juga membawakan masalah mahasiswa ini secara IKHLAS tanpa mengharap apa-apa balasan dari sesiapa pun kepada peringkat tertinggi dan malahan kami menggunakan mekanisme yang lebih baik dalam menyatakan suara kami kepada pihak kerajaan berbanding memilih kaedah lain seperti protes jalanan. Sekian terima kasih. 

Tengku Izwan Fareed b Tengku Ismail. 
Peserta PEMANAS 4.0 dan juga Pembahas Terbaik PEMANAS 2.0 ( 2014)
 

Menteri Cadang Wujudkan MRSM Berbayar - Asal Boleh Jadi Duit - Cadangan Dikritik Netizens.

Laporan Bernama ;
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar.
Beliau berkata, ini kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah terutama dari luar bandar.
“Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.
“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Sementara itu semasa berucap pada perhimpunan itu, Ismail Sabri berkata, pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan memasuki MRSM mulai tahun depan.
----------------------





Cadangan menteri kat Malaysia neh cuma berpaksi kepada 3 keadaan je. Iaitu ;

1. Boleh buat duit ke?

2. Macam mana nak dapatkan duit tu?
nak buat duit?

3. Dan selama mana benda tu boleh menghasilkan duit?
 

Aku tak suka idea menteri neh. Berapa banyak sangatlah anak-anak orang kaya yang buat permintaan tersebut? 10 orang? 100 orang? 1,000 orang?

Kalau setakat seorang dua tak payah sembang macam permintaan tu datangnya dari majoriti la.

Tambahan pula, ye ke anak-anak orang kaya tak berapa layak masuk ke MRSM meskipun keputusan mereka cemerlang? Sejak bila?

Sembang..

Ahad, 27 November 2016

Dan Ini Kisah-Kisah Lama Azwandin Hamzah Yang Beria Desak MAIJ Siasat Skandal Zina Muhyiddin.

So, tadi aku buat semakan sikit tentang Azwandin Hamzah. 

Menurut laporan berita Buletin Utama tadi, Azwandin Hamzah melalui JMM - Jaringan Melayu Malaysia, telah menyerahkan bukti-bukti dokumen berkaitan skandal seks Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita cina kepada Majlis Islam Agama Johor bagi mendesak agensi tersebut mengambil tindakan sewajarnya ke atas Muhyiddin Yassin.

Azwandin Hamzah membuat laporan meminta MAIJ menjalankan siasatan susulan pengakuan bersumpah Standley Clement Augustin dalam kes penceraiannya dengan Nika Ghee Siew Yee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



(Sumber SD : RPK)

Azwandin dilaporkan mendakwa, dalam akaun bersumpah sewaktu proses penceraian dibuat oleh Standly di mahkamah sebelum ini, dia secara jelas menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, di mana ketika itu Muhyiddin memegang jawatan Menteri Besar Johor sekitar 20 tahun yang lalu.

Azwandin turut memberi tempoh selama tujuh hari kepada MAIJ untuk menyiasat dakwaan tersebut termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan (milosuam). 
 
Pun begitu, Muhyiddin ada menafikan dakwaan tersebut.


Namun setakat ini, tiada lagi tindakan saman diambil terhadap pihak-pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut.

Cuma nak kongsikan sikit penulisan blogger UMNO - The Flying Kick tentang Azwandin Hamzah suatu ketika dahulu. 

Korang boleh baca sini dan sini, sebelum dorang delete laju-laju. Aku screenshot untuk bacaan korang tetapi kalau nak jelas boleh pergi ke blog-blog yang aku dah beri kat atas tu.
 



 
Skandal Muhyiddin dengan Nika Gee boleh jadi betul boleh jadi tak betul meskipun aku sedikit ragu-ragu yang Muhyiddin bayar sehingga 20,000 sebulan kepada Nika Gee. Samada transaksi itu by cash atau by bank, bukti mesti ada. Bukti Muhyiddin memiliki wang sebanyak itu untuk disalurkan kepada Nika Gee dan sebagainya. Tak mungkin takde satu bukti pun. 20,000 bukan amount yang kecik lebih-lebih lagi jika kita bercakap tentang 10,20 tahun yang lepas.
 
Pun begitu, aku berharap Muhyiddin mengambil tindakan saman bagi mengekang persepsi serong. 
 
Dan tentang Azwandin Hamzah. Ia adalah bloggers UMNO sendiri yang mendedahkan bahawanya dirinya seorang opportunitist. Bukannya aku. So dengan mengambilkira inilah sikapnya, maka pandai-pandai la korang fikir samada dia wajar dipercayai atau sebaliknya.

Apandi Ali Cuba Jadi Hero Dalam Isu Penguatkuasa MBSA Yang Diganggu Pasangan Suami Isteri - Isu 1MDB Taknak Pula Bantu Siasat!

Apa masalah Apandi Ali korang neh tah.

Isu remeh-temeh macam neh yang dia sibuk nak tunjukkan keheroan dia. Sedangkan isu tersebut dah diselesaikan secara baik. Pasangan suami isteri tersebut dah mengaku salah dan telah pun menerima hukuman. Penjara 14 hari dengan denda 3,000 adalah setimpal dengan jenis kesalahan mereka. 


Namun Jabatan Peguam Negara tidak berpuas ahti. Menurut mereka, pasangan tersebut perlu dihukum dengan lebih berat. Mereka akan membuat rayuan. Dan berikut adalah apa yang dilaporkan menerusi portal Malaysiakini ;

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan bagi membolehkan pasangan suami isteri yang mengganggu dan menakut-nakutkan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dikenakan hukuman lebih berat.
Dalam kenyataan media hari ini Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 yang diputuskan Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat lalu adalah terlampau ringan berbanding kesalahan dilakukan mereka.
"Walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah, hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan ini," katanya.
Pada 25 November lalu Lor Ka Hoo dan isterinya, Tan Sit Fun, dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan ekoran klip video yang tersebar melibatkan mereka dengan seorang penguat kuasa MBSA. (Malaysiakini)
Sebenarnya, isu tersebut remeh aje. Ia nampak macam disensasikan. Kerana telah dipolitikan. Kononnya MP DAP backup pasangan suami isteri tersebut la. Kononnya MBSA arah tarik balik laporan polis la. Kerana pasangan suami isteri itu cina, yang sokong BERSIH pula tu. Dan yang diganggu itu pula melayu. Memang la jadi sensasi tak pasal-pasal.
Sebelum ini portal Reuters menyatakan kerajaan Malaysia (melalui Pejabat Peguam Negara) sekali lagi menolak permintaan daripada Jabatan Pendakwaanraya Swiss untuk menyalurkan beberapa maklumat penting berhubung siasatan mereka dalam isu 1MDB.
Sungguh pun Malaysia enggan membantu menyalurkan maklumat-maklumat tentang 1MDB kepada kerajaan Switzerland, namun kerajaan Malaysia bebas menggunakan semua maklumat yang mereka (Switzerland) ada bagi membantu siasatan 1MDB.
Mereka hormati keputusan Malaysia tentang hal ini. Ia antara intipati laporan dari Reuters.
Point aku kat sini ialah, 1MDB neh isu penyelewengan. Kehilangan wang jutaan ringgit. Bukan ribuan, ratusan mahupun puluhan. Tetapi ratusan jutaan ringgit.
Negara lain pun siasat isu neh. 
Bukan jadi polemik kat negara kita jek.
Ia juga merupakan satu kesalahan jenayah kewangan di negara lain.
Ada kah Apandi Ali patut ambik pendirian seperti ENGGAN MEMBANTU DALAM SIASATAN KERAJAAN SWISS DALAM ISU 1MDB?
Sudah tentu tidak!
Sebaliknya. Apandi sibuk hal isu remeh temeh macam pasangan suami isteri kacau penguatkuasa MBSA tu.
Sohai betul la.
Sesiapa saja yang ada otak pun boleh fikir. Mana satu isu yang patut Jabatan Peguam Negara pentingkan dan mana satu isu yang Jabatan Peguam Negara langsung tak payah amek port.
Cakap bangang kang marah.
Tetapi memang nampak macam bangang pula.
Kah Kah Kah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...