Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Ogos 2016

Menteri Mangkok Hayonkan Najib. - Beraninya Dia..


Dan Menteri Kewangan II yang baru dilantik dilaporkan berkata ;

SHAH ALAM - Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban. Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar.

 "Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan. "Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini. Jelas Johari lagi, kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.

"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara. "Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.

Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah. "Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah. "Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya - SH.

-----

Dan berikut merupakan senarai 'Mangkuk Hayun' yang dimaksudkan oleh menteri berkenaan ;

Senarai Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada Oktober 2015 mengikut Laporan PAC muka surat 15. 

a) Tan Sri Dato’ Seri Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi) dilantik pada 20 Oktober 2009 

b) Tan Sri Dato’ Paduka Ismee Ismail (Pengarah Bukan Eksekutif) dilantik pada 23 Mac 2009* 

c) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (Pengarah Bukan Eksekutif) dilantik pada 23 Mac 2009* 

d) Tan Sri Dato’ Ong Gim Huat (Pengarah Bukan Eksekutif) dilantik pada 12 Januari 2010 

e) Ashvin Jethanand Valiram (Pengarah Bukan Eksekutif) dilantik pada 2 Februari 2010 

f) Arul Kanda Kandasamy (Presiden & Pengarah Eksekutif) dilantik pada 5 

Januari 2015 Senarai Ahli Pengurusan Tertinggi 1MDB pada Oktober 2015 mengikut Laporan PAC di muka surat 16 ;

a) Arul Kanda Kandasamy - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 

b) Azmi Tahir - Ketua Pegawai Kewangan 

c) Ivan Chen - General Counsel 

d) Vincent Koh Beng Huat - Ketua Pegawai Pelaburan 

e) Badrul Hisham Abdul Karim - Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 

f) Terence Geh Choh Heng - Pengarah Eksekutif Kewangan

Jika kita lihat nama2 yang berada dalam Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi, kita dapati nama2 mereka ini juga berada di dalam beberapa GLC Kerajaan yang lain contohnya Tan Sri Dato Seri Che Lodin Wok Kamaruddin yang sekarang masih lagi Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atas lantikan Menteri. 

Jika Johari kata mereka mangkuk hayun, kenapa masih dibiarkan mereka berada di dalam 1MDB dan GLC2 lain? Lebih teruk dari itu ialah yang melantik mangkuk hayun ini. Siapa yang melantik mangkuk2 hayun ini di dalam 1MDB? Yang melantik mangkuk hayun semestinya lebih hayun dari mangkuk2 yang ada. 

Artikel 117 Memorandum Syarikat 1MDB menyatakan apa juga tindakan dari segi perlantikan pengurusan dan sebagainya hendaklah dirujuk kepada Perdana Menteri. 

 Maka Perdana Menteri adalah mangkuk paling besar dalam Malaysia. Sanggup lagi ka kita berada di bawah pentadbiran mangkuk? (Petikan dari Peguam Zulhazmi, Ahli DAP).

----

Pertama. Menteri Kewangan II buat kenyataan terbuka bahawa 1MDB ialah sebuah syarikat yang gagal. Inila kenyataan yang kita pertahankan, tegaskan secara berulang2 selama ini namun kita dikatakan sedang melakukan fitnah.

Kedua. Menteri yang sama juga menyatakan kegagalan 1MDB berpunca dari pihak pengurusan tertinggi. Pihak pengurusan tertinggi ini tidak bertanggungjawab katanya.

Ketiga. Siapa bos kepada pihak2 pengurusan tersebut kalau bukan Najib Razak? Bukan pula mereka mampu melantik diri sendiri kan? Dari proses lantikan sampai kepada penentuan gaji semuanya dibawah bidang kuasa & pengetahuan Najib sebab dia big boss 1MDB. Dia harus dihadapkan semua laporan berkaitan kewangan & pengurusan syarikat. So, Najib tak baca betul-betul ke semua laporan berkaitan? Tak periksa ke atau tengok sambil lalu & main sign aje?? 

Dan kalau ketua begitu mudah diperdayakan, layak ke pun jadi ketua lagi? Kalau sekalipun tak bersalah kerana mencuri tetapi tetap patut dipertanggungjawabkan kerana menyebabkan kerugian bila tak pantau operasi syarikat dengan baik dan teliti.

Keempat. Muka2 pengurusan bekas dan masih 1MDB turut dilantik ke dalam syarikat GLC yang lain. Menteri Kewangan II neh sedar ke tak sedar percakapan dia semasa membuat ucapan di hadapan ahli UMNO yang lain?

Kelima. Oleh kerana Najib juga apart of pihak pengurusan tertinggi 1MDB, ini bermaksud Najib juga dimangkok-hayonkan menteri kewangan II. Samada sengaja atau tidak itu tak penting tetapi memangkok-hayonkan orang memang tak menyelesaikan masalah. Dah tau salah pihak pengurusan tertinggi dah kenapa diam-diam saja? Buatla laporan berserta bukti supaya Apandi boleh dakwa. Ke, berani sembang ja? Maklumla. Jawatan baru upgrade. Tu yang nampak riuh membela, ye tak?

Kahkahkahkahkahkahkahkah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...