Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Julai 2016

Kalau Betul FAM Rasuah Serahkan Bukti Kepada SPRM, Bukannya Bergambar Di FB, TMJ.


Ini sekadar satu pandangan sahaja. Bukan cacian, kutukan atau hinaan yang melayakkan tuan punya badan diheret ke lokap atas nama siasatan. Harapnya TMJ berlapang dada pada pandangan kami. Cuak juga kami kalau besok lusa tetiba celik mata berada di dalam kawasan balai polis di Johor.

KAHKAHKAH

Dan TMJ menulis ;


JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek. 

Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

---------------------

1. Aku menyokong sepenuhnya usaha TMJ dalam memartabatkan sukan bola sepak tanahair.

2. Suka tak suka, TMJ sebenarnya dah mengangkat sukan bola sepak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Ini sesuatu yang FAM sendiri gagal laksanakan. Aku tahu terdapat beberapa pihak yang anti TMJ dalam isu-isu tertentu tapi bagi aku, TMJ agak cool dalam isu bola sepak. Dalam hal2 lain, hehe.

3. Di Johor sendiri ada sekolah sukan yang memang sekolah kebangsaan pun kalah dari segi kualiti dan fasiliti. Sedangkan duit kerajaan dibanding dengan kewangan Johor jauh berbeza kot.

4. Berbalik kepada isu asal, TMJ mengkritik FAM tentang isu persaraan 2 pemain dari skuad kebangsaan negara iaitu Safiq Rahim dan Aidil Zakuan. Kedua-dua pemain tersebut membuat pengumuman berkenaan secara mengejut pada minggu lepas dan selanjutnya mendapat respon negatif dari beberapa pihak dalam FAM.

5. TMJ kemudiannya membalas kritikan tersebut dengan cara menyindir FAM di laman sosial berkaitan bukti rasuah FAM dalam pendrive tahun.

6. Katanya diberikan oleh kenalan-kenalannya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

7. Tak pasti bila TMJ memperolehi bukti tersebut. Tetapi apakah dengan cara bergambar di facebook akan dapat menghukum FAM yang terlibat dalam pelbagai jenis perlakuan babitkan penyelewengan?

8. Tidak hanya itu, TMJ juga telah disindir oleh beberapa netizens atas kenyataan pendrivenya itu.




9. Tak. Memang tak. Mereka yang membuat sindiran neh bukannya memperkecilkan TMJ sebaliknya mempersoalkan kerelevanan kita mengupload gambar senyum bersama bukti rasuah FAM. 

10. Jika kita ada bukti rasuah FAM dan menyakini ianya bukti yang bertaraf bukti, bukannya fitnah ataupun manipulasi mengapakah tidak salurkan kepada SPRM untuk proceed kepada tindakan susulan?

11. TMJ bukan orang biasa. Dia berketurunan raja. Siapa berani kacau dia. Lainla kalau aku yang ada bukti rasuah FAM. Tak mustahil aku ada banyak sebab kenapa takut membawanya kepada SPRM. Silap2 esok jumpa mayat dalam tong. Takut. Sebab kita tahu nilai nyawa rakyat pada dorang neh taraf sampah je. Tapi ini TMJ kot. Siapa berani dekat, ugut, tembak, bunuh apatah lagi kacau? Baru troll dalam isu bola sepak pun kena angkut ke balai. Rasa-rasa nak bercuti di lokap, boleh la buat perangai gila kat efbi.

12. Kalau TMJ tak yakin dengan ketelusan SPRM pun tiada masalah. Bawa dulu bukti rasuah ke SPRM untuk dorang siasat dakwaan berkenaan. Yang penting protokol pertama tu TMJ dah buat. Samada SPRM nak ambik tindakan ke apa ke itu dorang punya pasal. Masyarakat yang akan menilai disebalik tindakan-tindakan SPRM terhadap FAM. FAM pun dah hilang kepercayaan dan rasa hormat masyarakat. Yang penting TMJ dah bagi bukti. Tak siasat atau kes tergantung, masyarakat akan kritik SPRM bukannya TMJ.

13. Ini main 'ugut-ugut' dalam efbi, apa kita neh yang melihat.

14. Ada bukti perlakuan rasuah, tak pula lapor ke SPRM.. kenapa? Ada apa-apa ke..

15. Nampak tak? Jika sungguh TMJ nak mengubah FAM, inila masanya. TMJ ada peluru. Tembak kasi pecah. Biar mampos FAM. Jangan hold-hold lagi. FAM dah memang lebih dari patut diajar. Jangan bagi muka. Jika TMJ tak serah ke badan-badan berauthoriti, mungkin akan ada pihak2 yang mempersoalkan kesahihan bukti yang ada dalam gengaman TMJ.

16. Peminat2 sukan bola sepak berhak tahu kebenarannya. TMJ jangan simpan atau rahsiakan hal ini dari kita. Mari kita bersama-sama BETULKAN FAM. You can do it TMJ. Chewahh.

Rujukan kita ;


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...