Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 Ogos 2015

Update #BERSIH4 - Zahid Pantau Setiap Perkataan Pendemo - 10 Lagi Ditahan - Pendemo Dituduh Pijak Gambar TGHH.

Memantau setiap perkataan yang disampaikan oleh para pendemo dan jika perkataan2 tersebut mengundang provokasi, tindakan akan diambil berdasarkan akta perhimpunan aman.

Peh. Zahid tunjuk kuasa.

Laporan ;
Pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas terhadap dalang yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4, kata Datuk Seri Zahid Hamidi, lapor Bernama.

Menteri dalam negeri juga berkata pihak berkuasa memantau "setiap perkataan" yang disampaikan dalam perhimpunan tersebut, dijadual selama 34 jam sehingga tengah malam ini.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat agung Umno Ipoh Timur hari ini, Zahid berkata tindakan terhadap mereka boleh diambil menggunakan Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis.

Kat Melaka pula, 10 dilaporkan ditahan kerana menyertai perhimpunan BERSIH4.

Bandar Melaka - Sepuluh lagi penyokong BERSIH yang memakai baju kuning dengan logo BERSIH 4 ditahan polis di Dataran Pahlawan, Bandar Melaka sekitar jam 11.45 pagi ini.

Menurut salah seorang peserta yang ditahan semalam, Lee Ling Kit, 34, mereka kini dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

"Seorang daripada mereka berumur 16 tahun," kata Lee kepada Malaysiakini. Polis semalam menahan 20 orang individu yang memakai baju kuning dengan logo BERSIH 4. -Mkini.

Dan sekarang neh kat wassap, viral gambar peserta BERSIH4 yang kekononnya mereka pijak gambar Najib & Hadi.

Tengok ;


- Aku tengok yang start mengviralkan gambar2 neh ialah geng2 UMNO. Menggunakan medium media sosial seperti facebook & twitter.

- Then dipetik pula oleh geng2 PAS. Mungkin untuk hebahan atau pertanyaan. Boleh jadi nak sahihkan apa yang tersebar juga.

- Dan, ada juga ahli2 PAS yang nampaknya semacam marah dengan tindakan peserta tersebut.

- Pendapat aku, bertenang. Tak perlu kelam kelibut p maki hamun bagai.

- Oleh kerana yang menyebarkan ialah puak2 UMNO, kemungkinan tinggi gambar tersebut adalah palsu dan fitnah adalah sangat tinggi.

Aku, UMNO neh terus terang cakap. Aku tak percaya. Jadi aku tak fikir juga yang geng2 PAS patut sentap dengan penyebaran yang tidak sahih. Tunggu la kepastian dulu. 

Dan, kat Perth pula. Ini yang berlaku ;

Eh, eh, eh. Mula2 Mahathir. Now Ling Liong Sik.

Apa yang berlaku neh?

- Pada aku, aku tak kisah jika rakyat mengambil kesempatan menggunakan sokongan bekas2 pimpinan VVIP dalam BN untuk menarik perhatian dan sokongan ke atas entiti BERSIH4.

- Tetapi apa yang aku nampak adalah sebaliknya.

- Seolah2 BERSIH4 semacam berbangga pula bila bekas2 pimpinan VVIP BN menyertai perhimpunan tersebut meskipun dalam tempoh yang singkat.

- Tak pernah ke BERSIH4 terfikir bahawa Mahathir dan LLS mahu menjatuhkan Najib semata2 untuk menyelamatkan jangka hayat BN di arena politik Malaysia?

- BERSIH4 menggunakan pengaruh Mahathir dan LLS atau mereka berdua yang menggunakan pengaruh BERSIH4?

- Ramai juga yang gempar, turun bersalam, tangkap gambar dan update ketika Mahathir turun BERSIH4.

- Nampak sangat Mahathir memang berpengaruh dan dihormati walaupun di kelilingi oleh penyokong2 pembangkang. 

- Jangan lupa LLS antara nama penting yang meranapkan projek PKFZ.

- Mahathir lagi la kau jangan sebut. 

- So takpayah la beria2 sangat.

Semalam juga kelab Che Det teruk kena sindir dengan pengguna media sosial apabila pada awalnya para admin page tersebut mengkritik perhimpunan bersih. Kata mereka setiap kali berdemo, peniaga akan kerugian.

Pada siang kritik BERSIH4.
Pada malam, Mahathir sendiri menghadiri BERSIH4.


Di ruangan komen, hampir 1,200 komen memenuhi thread dengan mengkritik admin KDC. Kesian gak tengok. Tak terjawab admin kau dibuatnya. Tapi kira hebat gak daya tahan dorang sebab tak ban. Kalau FOBN, pantang kena kritik laju2 kena ban. Tak pun update citer kucing untuk alih topic.


KAH KAH KAH

Rujukan.


Yang ini peserta2 demo BERSIH bukan setakat berebut nak tangkap gambar, siap selfie lagi pun ada. 

Hadoi.

Last but no least, setakat neh stastistik menunjukkan majoriti yang menghadiri perhimpunan BERSIH4 ialah 90% cina. Sumber Malaysiakini. Cuba pakat2 fikir kenapa melayu yang rajin turun demo selama neh menjadi paling minoriti dalam demo BERSIH sedangkan entiti BERSIH itu sendiri dihasilkan oleh orang MELAYU. Cina adalah terkemudian dalam BERSIH. PAS adalah pelobi dan pesenjarah BERSIH. Jangan salahkan cina. Pada aku itu tidak tepat. Tapi kalau nak menyalahkan keretakan Pakatan Rakyat punca kepada melayu merajuk dan jauh ahti, aku rasa ia mungkin salah satu faktor yang mempengaruhi juga. Apa2 pun post mortem BERSIH perlu dilakukan segera oleh partisan pembangkang jika seriyus nak tawan Malaysia. Melayu juga merupakan pengundi di negara ini dan berupaya menjadi faktor kepada kemenangan mana-mana parti. Jangan abaikan peranan mereka.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...