Sabtu, 22 Ogos 2015

Cerita #DEIG - Apa Yang Anda Perlu Tahu.


Dalam masa beberapa hari je cerita DEIG dihebahkan menerusi laporan berita, terus viral sehingga berjaya mensenyapkan skandal 1MDB. Hebat tak hebat juga la cerita DEIG Azmin kau neh.

Ramai dikalangan penyokong pembangkang sendiri menolak kewujudan DEIG. Kecuali yang memang tegar atau penyokong setia Azmin. Mungkin ini disebabkan beberapa adun dari PAS dan DAP sendiri mengkritik kewibawaan dan keupayaan DEIG yang diwujudkan untuk menguruskan aset2 bawah MBI.

DEIG dijangka mula beroperasi pada tahun 2016. Tetapi skandal DEIG dah kecoh di media sosial meskipun belum ada apa2 salahlaku lagi. Yang dipertikaikan kini ialah kewujudan DEIG mungkin jalan keluar bagi menyedut wang kerajaan negeri untuk diserahkan kepada pihak berkepentingan. Dalam erti kata lain, kaedah untuk menyeleweng cara jenayah kolar putih. Ini yang depa hebohkan sekarang. Jawapan dari kerajaan negeri tentang DEIG sebelum ini sangat tidak menyakinkan dan aku harap kerajaan negeri boleh soal jawab sikit dengan penyebaran2 di laman sosial. Lebih2 lagi isu pembayaran zakat. Isu zakat ditimbulkan oleh adun dap, Bee Yin. Katanya jika DEIG belum beroperasi, kenapa bayar zakat 5 juta? Dan satu lagi. Adun dari DAP juga, Lau Weng San mempersoalkan kenapa iklan mengenai RFP & RFI dibawah DEIG dan bukan dibawah MBI jika ;

- DEIG dibawah MBI
- DEIG belum beroperasi

Turut dipersoalkan pembayaran gaji kepada kakitangan DEIG. Sudah bermula atau belum. Untuk rekod, adun PAS, Shaari Sungip sendiri bentang usul agar pelaksanaan DEIG ditangguhkan di persidangan DUN. So, aku harap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Azmin dapat menjawab sebaik2nya persoalan yang dibangkitkan dan dibahaskan di media sosial seperti sebaran2 kat bawah neh hah. Jelas menyebabkan kami terkeliru siapa benar siapa menipu. Jujur cakap. Rakyat memang goyang bila geng2 pembangkang sendiri dok sebar, pertikai dan persoalkan isu DEIG neh tau. Bukan setakat geng2 pro pembangkang bahkan adun2 depa sendiri.

Baca key ;

Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi
1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.

2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor

3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-


a) Raja Shahreen Raja Othman
b) Soffan Affendi Aminuddin

4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.

5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-


a) Kumpulan Perangsang 
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 
d) Kumpulan Hartanah Selangor 

6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.

7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?

9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.

--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia



Episod 2 - Profil & Biodata Soffan Affendi Aminuddin

1. Bukan anak Selangor, anak kelahiran negeri Perak dan mengundi juga di Perak iaitu di DUN Manjoi dan Parlimen Tambun.
2. Isteri - Fadzlina Binti Ismail (No K/P: 76022314****)
3. Kenderaan - AGB96**, WDP13**, AJY14** (Berdaftar atas nama Soffan)
- BFL93**, WNT57** (Berdaftar atas nama Isteri Soffan)
4. Tidak ramai rakyat Malaysia hidup mewah sehingga mampu memiliki 5 buah kenderaan seperti keluarga Soffan.
5. FBI Malaysia masih memegang beberapa maklumat seperti identiti adik-beradik, jenis kenderaan dan lain-lain.
6. FBI Malaysia tidak teragak-agak untuk melepaskan maklumat penuh yang diperolehi jika Azmin Ali tidak menerangkan mengapa Soffan diberi banyak jawatan besar di Selangor.
7. Jawatan Soffan sebagai COO di MBI dan DEIG dan seterusnya Ahli Lembaga Pengarah di 4 buah GLC Selangor menunjukkan amalan favoritism yang diamalkan oleh Azmin Ali.
8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jati dan ahli korporatnya sendiri sehingga Soffan diberi keistimewaan untuk membolot jawatan di negeri Selangor?
9. Nantikan pendedahan #DedahDEIG untuk maklumat lanjut. Untuk Raja Shahreen Raja Othman, tunggu giliran anda!
--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia


Ini pula sebaran wassap di kalangan group penyokong2 pembangkang sendiri ;

Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor

1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP Yeo Bee Yin).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri.

Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.

Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.

Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.

Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat.

Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.

Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ?

Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ?

Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?

Untuk perbincangan yang lebih menyeluruh, berikut disertakan jawapan kerajaan negeri tentang isu DEIG. Dan siri penerangan mengenai DEIG juga akan diadakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat Selangor kenapa ia harus diwujudkan.

DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP BERHAD (DEIG)

DEIG adalah milikan penuh (100%) oleh MBI dan mempunyai modal berbayar sejumlah RM10 juta. Carian terkini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuktikan fakta ini.

Dari segi operasi,DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan professional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.

Asas Penubuhan

MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.
Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing- masing.

Justeru itu, aset-aset milik MBI harus dirasionalisasi dan konsolidasi untuk mengelakkan pertindihan serta untuk mendapat pulangan hasil yang baik. Sebelum ini, MBI bertindak sebagai pentadbir dan pengurus pelaburan untuk membuat keuntungan serta melaksanakan aktiviti CSR.

Sehubungan dengan itu, aktiviti anak syarikat harus mempunyai pengkhususan (core business).

Contoh : Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan.

Inilah yang berlaku di dalam MBI di mana pertindihan core business berlaku di antara anak syarikat. Ada anak syarikat melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan dan tanggungjawab sosial mengakibatkan fokus yang tidak tetap.

Tahap Akauntabiliti Tinggi

PAC dan Jawatankuasa Pilihan ABAS (Anak Syarikat Kerajaan Negeri) mempunyai akses untuk meneliti pengurusan dan kewangan DEIG sepertimana anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain.

Laporan kewangan DEIG akan dikonsolidasikan diperingkat MBI. Maksudnya segala perincian kewangan di peringkat DEIG akan direkod doperingkat MBI melalui kaedah ‘Consolidated Account’.

Contoh : Sekiranya DEIG mempunyai 1,000 ekar tanah, ia akan direkod di Consolidated Account MBI.

10. DEIG didaftarakan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi laman web SSM.

11.Diperingkat MBI, Enakmen No. 3 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994 akan ditambah baik untuk memastikan segala laporan kewangan termasuk DEIG yang telah dikonsolidasikan di peringkat MBI akan dibentang di Dewan.

12.Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan.

13.DEIG akan mempunyai struktur tatakelola dan “check and balance” yang menurut best practice industri korporat.

14.Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tatakelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance.

Falsafah Kerajaan

15.Falsafah yang menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam bisnes tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Kerajaan harus juga melibatkan diri dalam bidang-bidang strategik seperti perumahan mampu milik, kesihatan awam, pembekalan air bersih dan sebagainya.

16.Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes.

17.Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb).

18.Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

Satu perkara menarik dalam isu DEIG ini ialah, bila yang start mempersoalkan kredibliti DEIG ialah datangnya dari adun2 PR itu sendiri. Bukannya dari adun2 BN. Adun2 BN selepas itu sekadar jadi tukang tambah cerita je. Buat bagi sedap kekononnya. Aku suka tengok situasi yang mana adun2 PR ini mempersoalkan DEIG dalam memerangi penyelewengan yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan. DEIG tiada skandal/konspirasi penyelewengan ye. Jangan salah faham. Tetapi sesetengahnya mempercayai ia akan mendorong ke arah proses melakukan penyelewengan. So nak anggap ia skandal seperti 1MDB sama sekali tidak bertepatan. Apa pun kita tengokla diskusi mereka nanti macam mana. Harap2 semua dun sepakat demi kebaikan rakyat. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...