Selasa, 18 Ogos 2015

Shahrir Samad Dapat 1 Juta & Ahmad Maslan Dapat 2 Juta Dari Najib Razak.


FMT melaporkan ;
Integriti Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad sebagai pemimpin berprinsip boleh dipersoalkan kerana gagal menafikan telah menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, Shahrir gagal menafikan pendedahan yang dibuat Sarawak Report itu. “Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan UMNO kini amat diragui. 

“Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Tan Sri Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Katanya, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu perlu menjawab tiga persoalan susulan kegagalan beliau menyangkal pendedahan yang dibuat Sarawak Report. 

1.Adakah Tan Sri tidak terasa terhutang budi kepada Dato’ Seri Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Dato’ Seri Najib bagi membolehkan Tan Sri menerima sumbangan RM 1 juta ini?. 

2. Jika Tan Sri menganggap sumbangan peribadi Dato’ Seri Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah Tan Sri memberi jaminan bahawa Tan Sri mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Dato’ Seri Najib Razak?,” soalnya. 

3.Adakah derma yang diterima Tan Sri sebanyak RM1 juta telah dibayar cukai? 

Akmal berkata, jika benar beliau menerima sumbangan tersebut daripada Perdana Menteri, ia jelas mengecewakan rakyat Johor terutamanya rakyat kawasan Johor Baharu yang mengundinya. “Saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Bahru amat kecewa. Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu-isu rakyat dan kini hanya menjadi suara ‘yes-man’,” katanya. 

--------------------------------------

- Najib, Ahmad Maslan dan Shahrir kena jawab. Samada pendedahan itu benar atau fitnah.

- Dana 2.6b kata SR. Jika benar, bukan kah ianya sepatutnya untuk tujuan PRU. Apesal pula Shahrir dapat sejuta dan Ahmad Maslan dapat 2 juta dari situ? Kesemua wang tersebut diterima selepas PRU berakhir.

- Pendedahan derma ini dibuat oleh Sarawak Report. Bahkan bukan ini sahaja. SR turut melaporkan bagaimanakah baki wang dari 2.6b itu telah dipindahkan ke SG.

- Namun account berkenaan telah dibekukan di SG. Atas 'kesalahan undang2'.

- Berulang kali Najib ke SG untuk mendapatkan semula wang derma tersebut namun gagal.

- Tujuan derma kepada Najib atas nama mengekang kegiatan keganasan aka ISIS di Malaysia. Tapi kenapa guna untuk PRU pula? Dana PRU lepas menggunakan kos USD 100 juta. So memang ada baki. Baki itulah dipindahkan semula ke account Tanore Finance Corporation (BVI)  di SG dan kemudiannya acc tersebut dibekukan.

- Ketika wang tersebut berada di Malaysia, Najib sempat menderma kepada beberapa individu. Antaranya ; Shahrir, Ahmad Maslan dan Mas Ermieyanti. Mas terima 50k.

Jika korang perasan, ketiga2 individu di atas memang pembekap kuat Najib dalam isu 1MDB. Dan sampai sekarang, berbanding saman, kerajaan lebih selesa block website Sarawak Report dari diakses oleh rakyat Malaysia. Kenapa agaknya ek? Lue fikirlah sendiri sementara tunggu respon dari penerima2 derma Najib Razak k.

KAH KAH KAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...