Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Demo Besar-Besaran Di Kasino Genting - Umat Islam Mahu Hapuskan Kasino!!!!

Terkini.

Sensasi lagi berapi.



Geng2 pro PAS Wilayah Persekutuan. Geng pro PAS Takiri. Geng2 pro UMNO. Bloggers UMNO. Geng2 pro JAKIM. Geng2 pro MAIS. Geng2 pro mufti. Geng2 pro monarki. Geng2 pejuang Islam. Geng2 pro PERKASA, ISMA, PEKIDA semua cukup asalkan mereka melayu, muslim, pejuang Islam tulen mereka semua ikut serta. Mereka telah melancarkan satu demo besar-besaran. 

Demo yang julung2 kalinya diadakan. Demo ini membawa satu tujuan. Demi memartabatkan Islam di negara neh. Sesuai dengan label yang Malaysia selalu jaja. Negara Islam contoh. Hasil pujian barat dan timur. Arab dan non arab.

Apa yang mereka nak buat?

DEMO DEPAN KASINO GENTING.
KASINO GENTING IALAH PUSAT JUDI YANG DIBERIKAN LESENNYA OLEH BN. NAMUN. PEJUANG2 ISLAM neh lebih takutkan Allah dari manusia ataupun pemimpin.

Bagi mereka. DUIT BOLEH PERGI MAMPOS. KAPITALIS JUDI pun boleh pergi mampos. Apa yang ada hanyalah ISLAM. ROH ISLAM. ALLAH. FIRMAN ALLAH. ALQURAN. KEBENARAN. DAN ISLAM MELARANG PERJUDIAN. BUMI INI MILIK MELAYU ISLAM. MALAYSIA NEH NEGARA ISLAM CONTOH. Maka. Sebarang bentuk amalan yang menyanggah ayat Allah tak patut wujud kat negara neh.

Begitulah hebatnya mereka2 itu. Kasih sayang terhadap Allah yang tidak berbelah bagi. Demi memartabatkan ISLAM sepertimana yang ISLAM mahu ia dimartabatkan.

Mereka akan duduk berhimpun di depan kasino. Takan balik sampai bila2 selagi mana kasino tidak ditumbangkan. Perniagaan tidak dihentikan. Lesen tidak ditarikbalik.

Ura2 mengatakan. Pihak kasino akan menggunakan anjing bagi menakutkan umat2 Islam yang berani itu. Namun. Umat2 Islam yang berani itu telah bersedia. Anjing atau babi. Hanya hal remeh. Demi memamposkan kasino, mereka akan meredah segala2nya biarpun terpaksa melawan dengan anjing.

Betapa tekadnya mereka. Telah membuatkan aku terharu. Aku. Walaupun hanya duduk di rumah dan hanya layan drama. Tak pergi berjuang macam pejuang2 Islam itu, aku tetap rasa bangga. Kerana. Biarpun terpaksa mempertaruhkan jawatan, kuasa, pangkat, duit, hatta nyawa sekalipun, mereka2 itu tetap tekad melawan demi menegakkan larangan Allah SWT.

Hebat gile. Tahniah untuk kamu semua. Respect kot aku.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Jumaat, 24 Oktober 2014

Bantah Hukuman Penjara Untuk Muslim Yang Tidak Menunaikan Solat Jumaat 3 Hari Berturut2.

YES.

Aku bantah.


Kelantan. Buat satu undang2 mengarut. Ramai orang Islam tipikal memuji undang2 karut yang dibuat oleh Kelantan. Kerana pada mereka Kelantan ialah kerajaan Islam contoh. Sebenarnya. Bukan. Sama sekali bukan. Kelantan ialah sebuah negeri yang baik yang ditadbir oleh parti yang memperjuangkan idelogism islam tetapi pemimpin2 kepada parti itu ada yang seringkali jual agama untuk nampak macho dan cool bila bercakap soal Islam.

PAS. Parti penjual agama.

Selagi mana PAS tidak membersihkan tuduhan penyelewengan yang terpalit ke atas parti mereka, samada dalam skala besar atau kecil, kes tertutup atau tersorok, PAS ialah parti penjual agama pada aku.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil kepada kerajaan negeri Kelantan baru2 neh ;

- Kelantan akan mengenakan denda rm1,000

- Ataupun penjara setahun

- Kepada lelaki muslim yang tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut2. Itupun secara sengaja ataupun tanpa alasan kukuh.

Ada orang fikir. Kelantan menuju ke sebuah negara militan. Ektremis. Pengganas. Kuku besi. 

Sebenarnya. Aku takde masalah pun jika Kelantan mahu menghukum lelaki2 yang enggan menunaikan solat fardhu ataupun solat jumaat. Tetapi bila aku nampak duit rm1,000 sebagai denda tue aku jadi meluat. Sebagai kerajaan yang suka pongpang pasal Islam kau juga gila duit. Stail kapitalism juga yang kau heret.

Apa yang islamiknya dengan undang2 macam neh? Undang2 kau tak islamik langsung. Undang2 bersadur dengan elemen2 kapitalism kononnya nak menghukum pesalah2 agama tapi menyelitkan elemen2 yang Islam tegah.

Maksudnya apa?

Ko merogol. Ko kena tangkap. Hukuman kau ialah adik kau kena rogol.

Kau ingat, ini betul? Ini tak kena dengan apa yang Islam anjurkan.

Point aku.

- Bagi aku orang kaya. RM1,000 boleh dicari pada bila2 masa. Kalau pun kena tangkap dan dakwa, setakat bayar rm1,000 apa la dorang nak heran. Orang kaya ma.

- Bahkan terbuka kepada penyelewengan kuasa. Andaikata kerajaan perlu menambahkan pendapatan, boleh jadi mereka akan beria2 siasat mana2 lelaki muslim yang sengaja tinggalkan solat jumaat 3 hari berturut2 bagi mendapatkan duit denda2 banyak untuk dimasukkan ke dalam kantung negeri atau negara. Aku taktau sangat bagaimana protokol undang2. Ini sekadar contoh. 

-  Orang yang malas bersolat menindas pembayar cukai. Sudah la malas bersolat, pembayar cukai nak tanggung kehidupan mereka dalam penjara selama setahun? What the hell. Kau sapa? Ko malas bersolat dan apa kaitan rakyat dengan tindakan kau sampai nak tanggung hidup kau selama setahun?

Dah malas sorang2 aje la.
Tak denda pun lagi bagus dari denda.
Sudah la pemalas nak solat nak mampos.
Lepas tue heret rakyat dalam kemalasan kau pula.
Apa punya bodoh gile la undang2 neh.
Dari tanggung hidup orang2 pemalas macam tue baik kumpul duit dan laburkan bagi membina prasarana2 di Kelantan.

Bekalkan air yang bersih.
Saliran air yang tersusun.
Bersihkan Kelantan.
Bina jalanraya.
Sediakan sistem pengangkutan yang effisen.

Ini lebih baik. Rakyat Kelantan gak yang untung bila prasarana Kelantan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Yang neh apa yang untungnya kalau pembayar cukai p tanggung makan hidup berak kencing seorang pemalas solat jumaat?

Satu sen pun takde faedah. Hukuman yang bangang neh perlu dilawan. Meskipun aku tak nafikan. Ada banyak hukuman2 bangang kat negara neh yang aku lawan. Tapi aku hurai bab neh dulu la. Untuk dijadikan contoh.

Nak mendenda tue tak salah. Tapi ketika mengenakan denda jangan sampai melakukan diskriminasi miskin kaya. Dan jangan sampai menyusahkan hak orang lain.

Denda yang sepatutnya untuk pemalas2 neh ialah khidmat masyarakat. Cuci longkang ka. Tandas ka. Buat kerja2 berat ka. Jadi buruh sementara ka. Apa2 je la. Janji dorang rasa terseksa ketika menjalani denda. Sekaligus akan membantu dorang rasa serik dan fobia untuk lawan undang2 lagi. Didik, dapat. Tak rugi duit untuk tanggung pesalah2 tue. Dorang pun reti serik. Miskin atau kaya, rasa cuak. Sebab tanpa elemen diskriminasi duit kat situ.

Bahkan. Banyak jenis hukuman yang kat negara neh kalau kita pinda satu persatu kepada khidmat masyarakat, taubat la pesalah2 neh akan main langgar jek lain kali. Polis nak makan rasuah pun susah la sikit la walaupun boleh. Sebab dah ramai2 tak berani langgar undang2. Macam mana polis kau nak makan rasuah kan.

KAH KAH KAH

Yes. Aku lawan jenis hukuman pada undang2 neh. Lantak korang la nak cakap apa pun.

Kbai.

Khamis, 23 Oktober 2014

Kronologi Penyebaran Video Intim UAI - Fakta Kes Yang Anda Mesti Tahu.

Aku sebenarnya dah sebut banyak kali. Itu hal peribadi yang satu sen takde kaitan dengan hidup kita semua. Tapi sekarang ada sesuatu yang gila sedang berlaku. Ada satu patern. Kalau korang perasan patern tue ialah di mana blogger2 UMNO neh dok sebarkan satu persepsi seolah2 video lucah yang tersebar tue adalah dari geng2 pembangkang untuk meraih sokongan terhadap kes perbicaraan Anwar Ibrahim.

Ini lagi satu macam celaka. Sapa yang mula2 sebar dan sapa pula yang kena tuduh tak pasal2 neh? 

Lihat ;




Nampak? Apa patern neh?

- Menyebarkan satu persepsi seolah2 video itu adalah sebaran dari geng2 PKR.

- Menyebarkan persepsi bahawa geng2 PKR la yang mahu menganiaya UAI bagi mendapatkan simpati umum.

- Menyebarkan persepsi bahawa geng2 PKR sebarkan video tersebut atas tujuan menanam kebencian terhadap UMNO sekaligus rakyat akan kembali menyokong Anwar dalam perbicaraan kes liwat II.

Rata2 geng2 BN menyebarkan persepsi yang sama. Persepsi yang sama turun ditanam oleh page pemfitnah tegar FOBN. Kau tue dah la berbayar. Jangan la buat kerja rosakkan imej berbayar kau tue. Nanti orang akan kritik pembayaran ke atas kau tak berbaloi akibat sebarkan fitnah. Hadoi.

Lihat ;


DS Zaienal tue pemimpin UMNO. Ada tak dia tapis muka orang sebelum sebar? Main sebar aje kan?

Tengok pula gambar yang disebarkan oleh FOBN. Nampak tak dorang blurkan watermark. Mahu tahu kenapa?

Sebab ini ;


Point penting ;

- Blogger UMNO cili padi = PK.

- Menulis di CP sebagai watak pendua. Konon2 orang tatau la dia owner blog tu.

- Mula sebarkan pada jam 1.04 pagi tadi.

- Dan viral. FOBN petik, blurkan watermark dan tuduh RBA yang tak wujud. Seolah2 nak membayangkan ini kerja pembangkang. Kerana RBA seringkali dikaitkan sebagai agent pembangkang. Padahal RBA tue pun watak ciptaan mereka. Fitnah atas fitnah. Berlapis-lapis dah fitnah dorang neh.

Yes. gambar kat atas tue dah kena blur wajah. Kenapa? Mula2 aku ingatkan trolling. Tu sebab sebaran pertama aku, aku tak blurkan wajah UAI. Tapi dalam thread neh better aku blur je la. Gambar yang disebarkan oleh CP tak diblurkan oke. Boleh buka sendiri blog tersebut dan tengok beberapa gambar lain yang dia sebarkan sama macam yang FOBN sebar untuk fitnah pembangkang.

Dan. Tengok pula bawah neh ;


Point penting ;

- Suaratv = blog pro UMNO. Tak payah minta bukti la. Ko pergi analisa portal tersebut dan dapatkan jawapan sendiri. Kadang2 meluat gak nak ajar satu persatu macam orang takde akal jek nak fikir sendiri.

- Dia sebarkan video lucah. Lihat gambar.

- Sebaran menggunakan platform DM. DM = Daily Motion.

- Ini bukti dia sebarkan waktu pagi. 


- Kemudian sapa tah p download dan sebarkan di wassap.

- Akhirnya tersebar di wassap ke satu wassap group.

Sapa mula2 sebarkan gambar di blog? 

BLOGGER UMNO.

Sapa mula2 sebarkan video 38 saat?

PORTAL PRO UMNO.

Sapa yang mula2 sebarkan gambar TANPA TAPISAN di facebook?

Pemimpin UMNO.

Sapa yang kena tuduh?

PEMBANGKANG.

Memang celaka perangai puak2 neh. Sudah la sebarkan video lucah. Siap pin post lagi kat FB supaya video tersebut viral.

Tengok ;


727 manusia yang takde otak pergi sebarkan link video lucah. Yes. Penyebar pertama memang bersalah. Tapi kalau takde penyebar kedua, takan wujud penyebar ketiga. Korang lepas tengok pergi sebar buat apa. Apa motifnya kalau bukan nak menyebarkan fitnah puak2 gila tue.

Kalau nak dijadikan perbahasan pun cover la yang mana patut. Ini main sebar tanpa tapisan langsung. Macam orang hilang akal. Puak2 gila neh la yang dok kecam melayu pegang anjing. Dan puak2 yang sama juga dok sebar video lucah orang. Ini semua geng2 korang yang anti anjing la. Satu brand. Jenis otak senget.

Oke. Yang penting segala macam bukti yang menunjukkan video neh mula disebarkan oleh puak2 UMNO dah jelas.

Nak kata puak2 UMNO tue dibayar oleh pembangkang? Bagi bukti. Buat laporan polis dan biar polis siasat 3 penyebar utama di atas.

Blogger CP.
Pemimpin UMNO.
Suara.tv

Dari mana dorang dapatkan video tersebut itu polis boleh siasat dan dedahkan hasil siasatan selepas selesai.

Kandungan video tue tulen atau fitnah kedua2nya takde kepentingan untuk disebarkan dan tak perlu menjadi isu.

Kalau fitnah, maka buat apa nak sebar?
Kalau tulen, maka apa keperluan nak sebar dah tue bini dia?

Kau main dengan bini kau jadi isu negara ka?
BODOH TANPA HAD ADA BAIKNYA MAMPOS. 

Orang yang menyebarkan tue ada masalah otak yang jelas. Fitnah atas fitnah. Mula2 sebarkan fitnah atas UAI (tuduhan berzina). Kemudian kaitkan pembangkang dalam sebaran fitnah tadinya tue supaya terbentuk satu jalan cerita yang mana jalan cerita itu akan memperdayakan umat Malaysia supaya mereka benci pembangkang dan mula memberikan sokongan kepada BN.

Memang betul kempen RAKYAT HAKIM NEGARA tak mendapat sambutan mengalakkan dari rakyat. Ini kerana masing2 sakit ahti dan hilang mood untuk bersolidariti selepas apa yang berlaku sejak beberapa bulan yang lepas. Bagi aku hak masing2 la. Nak sokong atau taknak sokong itu kau punya pasal. Badan kau, pemikiran kau. Ikut suka kau la.

Dan cubaan mengaitkan perkara itu dengan video yang tersebar juga merupakan satu jalan cerita yang boleh menyakiti ahti orang2 PAS. Sekaligus orang2 PAS akan masukkan perkara tersebut ke dalam senarai sedia ada mereka kenapa PAS perlu keluar dari PR.

PAS makin meluat dengan PR kalau fikir itu agenda PKR.
Dan PKR pula makin meluat dengan PAS sebab PAS senada dengan apa yang disebarkan oleh UMNO.

Makin kemas. Makin berstrategik. Makin bersistematik dorang punya propaganda dan fitnah. Apa pun lucah tetap ada. Tapi kan, in lucah we don't trust la UMNO. P cari modal lagi la woi.

KAH KAH KAH

Bai.

Ini Jawapan Wakil Ustaz Azhar Idrus Isu Skandal Video Intim.

Jawapan pun macam celaka. Tak perlu la babitkan program2 atau hal2 yang tak berkaitan. Terus ulas kepada topik yang dibahaskan sudah. Respon isu video dan jangan la dok heret perkara2 lain yang tak berkaitan sampai buat orang rasa meluat. Dari simpati terus orang jadi menyampah. Jangan nak mengarut sangat la.

Sapa yang dah tengok video tu akan fikir sendiri. Tulen atau edit. Tu aku taknak ulas. Cukup aku kata. Ini hal laki bini. Hal privacy orang. Hal dalam kain. Hidup jangan jadi bangang dok ceroboh orang punya privacy.

Titik.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini. "Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

 "Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini. “Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.

Video Seks Ustaz Azhar Idrus Pula Tersebar Meluas Di Wassap.

Oh my Allah. Macam setan puak2 neh. Macam setan.

Mula2 tengok gambar. Rasa trolling. Lepas tengok video. Aku memang dah yakin. Puak2 SETAN tue sebenarnya sedang MENYETAN lagi. 


Pertama. Video rakaman aksi seks mirip UAI tersebar di laman sosial sejak pagi tadi. Durasi rakaman 38 saat. Dipercayai ada rakaman penuh. Dipercayai jika UAI nafi, rakaman penuh akan tersebar untuk kritik kredibliti UAI.

Kedua. Wajah wanita tue pula mirip isteri dia yang no 3.

Ketiga. Selalunya, UAI kalau ke KL, akan sering check-in kat hotel yang sama.

Keempat. Zoom in dan zoom out boleh dibuat selepas rakaman asli di extract. Maksudnya ko boleh buat dalam proses editing. 

Kelima. Hidden camera ada kat mana2. Tak pelik kalau dia tertengok ke sesuatu arah tertentu.

Keenam. Privacy kehidupan UAI telah dicerobohi dengan begitu ganas dan zalim sekali.

Ketujuh. Perbuatan si penyebar perlu dikecam.

Video tue samada fitnah atau tulen. Kita kena kecam. Sebab kalau ia fitnah, ia mengaibkan dan fitnah. Kalau tulen sekalipun, ia bukan sahaja mengaibkan bahkan mencerobohi private life UAI.

Persoalannya. Kenapa sibuk nak sebar orang punya private life? Adat la orang bersuami isteri berada atas katil. Ada laki bini yang tak beromen ke? Yang bukan laki bini pun bersepah2 yang beromen woi.

Sudah2 la buat perangai SETAN. Yang mula2 sebar tue memang SETAN. POLIS kena bertindak atas SETAN2 tue. Ini SETAN punya KERJA. Motif takde. Matlamat tak jelas. Sejak bila kita sibuk urusan romen laki bini orang? SETAN betul la.

10 Kebaikan Program Pegang Anjing Yang Umat Islam Mesti Tahu.


Baru2 neh program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) telah mendapat kecaman dan kritikan melampau dari pejuang2 Islam (sekumpulan manusia yang tunjuk alim depan orang ramai untuk bajet bagus) dan berikutan itu ramai pihak mahu tindakan keras di ambil ke atas penganjur.

- Yang suruh taubat kaw2 pun ada

- Yang hukum melampau pun ada.

- Yang tuduh orang pegang anjing ada masalah akidah  pun ada.

- Yang nak siasat dan ambil tindakan tegas pun ada.

- Yang nak bunuh dan ugut macam2 pun ada.

- Yang kena label liberal, sesat, fikir guna akal, blbalbal pun ada.

Antara isi kandungan program I Want To Touch A dog yang mendapat kecaman orang ramai ialah ;

- Menerangkan pandangan Islam tentang anjing. Dari segi kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

- Menerangan kepelbagaian pandangan ulama2 Islam tentang anjing.

- Menganjurkan sesi soal jawab berhubung masalah berkenaan anjing dan bagaimana umat Islam harus menanggani anjing.

- Mengajar tentang kaedah sertu yang betul.

- Memberikan ruang kepada umat Islam yang risau, takut dengan anjing untuk mendekati anjing bagi memecahkan tembok fobia dan diskriminasi.

- Memberikan peluang kepada non muslim (yang bawa anjing2 peliharaan mereka) untuk memahami persepktif Islam tentang anjing dan kenapa sesetengah umat Islam memilih untuk menjauhi anjing.

- Memberikan peluang kepada muslim dan non muslim untuk saling faham memahami kepelbagaian hukum mengenai perihal anjing dan mematahkan salah faham non muslim yang kononnya Islam menganjurkan untuk benci anjing.

- Mendekatkan rakyat Malaysia yang berbeza agama dan bangsa untuk saling faham memahami mengenai cara hidup masing2.

- Memberikan peluang kepada umat Islam yang mahu membela anjing atas sesuatu tujuan (bukan sebagai haiwan peliharaan) untuk lebih memahami bagaimana dia harus menguruskan anjing agar konsep kesihatan, keselamatan dan kebersihan dapat dipatuhi selaras dengan apa yang Islam anjurkan.

Inila antara isi kandungan program yang buat orang marah. Lebih tepat. Orang Islam marah. Atau lebih lebih lebih tepat. UMAT ISLAM YANG BAJET ALIM. Marah.

Berikut adalah 10 kebaikan program pegang anjing yang perlu diketahui. Oleh kerana dia ada banyak kebaikan aku syorkan anjur tiap2 bulan di setiap negeri. Lagi ramai umat Islam yang tersentap tanpa usul periksa lagi bagus. Syiah. Komunis. Yahudi. Dan kini anjing. Benda yang umat Islam fobia. BEST KOT.

KAH KAH KAH

1. Program ini bagus sebab membuka mata rakyat betapa agensi2 penguatkuasa berkaitan agama bersikap double stantard dalam melaksanakan tindakan. Hal berkaitan rakyat ada je masalah di mata mereka. Selagi mana ia tak menyentuh golongan tertinggi di negara neh. Kalau hal ketua agama Islam anjurkan majlis hari jadi arak. Pergh. Krik krik krik.

2. Program ini bagus sebab membuktikan mufti2 di negara ini bersekedudukan dengan pemimpin tanpa kira betul atau salah sebaliknya mengabaikan rakyat walaupun dalam banyak hal tindakan rakyat adalah betul berbanding tindakan pemimpin.

3. Program ini bagus sebab mengalakkan perbahasan mengenai hukum dan pandangan Islam mengenai anjing. Sekaligus membantu kita mendalami, memahami dan memperkemaskan ilmu kita tentang Islam dari masa ke masa.

4. Program ini bagus sebab kita melihat ramai ulama2 yang tampil berhujah menyatakan terdapat kepelbagaian pandangan dalam Islam. Dan kepelbagaian itu harus diwajarkan secara terbuka seperti yang dianjurkan oleh MAZA dan UZAR.

5. Program ini bagus kerana kita melihat terdapatnya umat islam yang bersikap double standard dalam meraikan kepelbagaian. Kalau dalam hiburan, untuk halalkan tindakan sesetengah pihak, mereka bersikap terbuka meraikan pandangan dalam Maliki. Tapi kalau dalam perihal anjing, mereka menganggap kita murtad dan sesat kerana ikut pandangan Maliki. Jika 4 mazhab yang diiktirafkan oleh ulama Islam adalah sebahagian dari Islam kenapa ia menjadi satu masalah untuk sesetengah umat Islam mengamalkan salah satu mazhab darinya? Shafie' pun tak paksa orang ambil pandangan dia dan siapa pula penganut Shafie' untuk paksa kita amal apa yang dianjurkan oleh Shafie'?

6. Program ini bagus kerana mendedahkan kepada masyarakat bahawa hal2 picisan dan remeh seringkali mendapat tempat di media atas sebab itulah yang majoriti masyarakat inginkan. Mereka salahkan media yang lapor tetapi media juga bukan bodoh untuk terus lapor dan lapor isu2 yang tak mendatangkan hits ataupun pulangan yang tinggi dari segi feedback. Media lapor apa yang pembaca mahu. Pembaca mahu cerita bodoh kerana majoritinya masyarakat di negara neh memang bodoh.

7. Terdapat ramai aktivis yang sebar dan upload gambar2 perkampungan Chubadak hampir kena roboh, DBKL nak robohkan rumah, rumah baru  TAK diberi, pampasan tiada, main halau orang macam halau binatang2, tapi masyarakat tak peduli, JAKIM tak peduli, MAIS tak peduli, segala macam agensi penguatkuasa agama tak peduli, pejuang2 Islamis pun tak peduli, takde fatwa, takde kecaman, takde kritikan, media pun tak peduli, semua tak peduli. Sebab? Hukum orang yang pegang anjing lebih bermanfaat dari membantu umat yang tertindas. Itu perangai umat Islam Malaysia. Bagus kerana kita dapat lihat patern masyarakat kita berfikir.

8. Kegagalan umat Islam untuk analisa baik dan buruk satu2 perkara dengan tepat kerana kegagalan mereka untuk memahami apakah perkara2 yang mungkar ataupun apakah perkara2 yang khilaf dalam Islam. Dalam Islam. Bina kasino adalah perkara yang mungkar. Terbukti. Judi tidak ada tempat dalam Islam. Takde khilaf. Cari la ruang kebaikan judi waima atas nama mengutip cukai pun salah kerana ia menyuruh manusia untuk buang duit tanpa sebab, tanpa kerja keras dan menguntungkan kapitalis. Tapi penentangan dan perlawanan mereka terhadap kasino sangat kurang, sangat tidak mengalakkan, sangat tidak mendapat perhatian berbanding melawan umat Islam yang pegang anjing. Bagus. Kerana akhirnya kita tahu masalah sebenar kita mendapat pemimpin yang bodoh bermula dari rakyat yang bodoh.

9. Program ini juga bagus kerana akhirnya kita tahu apa2 perkara yang berkaitan perbezaan agama ataupun bangsa akan terus dijadikan alat politik untuk pemecahbelah bagi mengekalkan kekuasaan BARISAN NASIONAL.

10. Program ini juga tersangatlah bagus kerana kita nampak betapa mudahnya masyarakat muslim terperangkap dengan propaganda bajet alim geng2 UMNO. Beria2nya geng2 UMNO dok sembang bab hukum agama bila berkaitan anjing tapi bab judi, bab fitnah, bab menindas rakyat, bab kapitalis, bab polisi berat sebelah, bab penyelewengan, bab rasuah, bab ketidakadilan, dorang campak hukum Islam ke mana2 hala tah. Mereka hanya guna Islam bila mereka mahu. Islam ialah perhiasan untuk mencantikkan hujah. Islam adalah display untuk bajet alim. Dan ramai la malaon2 yang terperangkap dengan propaganda UMNO dalam mempolitikkan program anjing konon2nya atas nama agama. Ini buktinya malaon2 muslim senang kena jual beli hanya perlu selit2 dengan unsur2 islamis untuk memperdayakan dorang.

PERGH.

Aku rasa nak jual agama juga la. BORING kena maki kot. Buat2 alim dan dapat pujian pun bagus juga.

KAH KAH KAH

Apa2 pun teruskan sokong program pegang anjing. Pegang anjing bukan buat benda mungkar. Benda mungkar tue ialah kutip zakat tapi tak agih dengan telus, amalkan polisi double standard yang menindas rakyat miskin, amalkan rasuah dalam pentadbiran, tutup penyelewengan pemimpin2 negara, bazirkan wang rakyat untuk projek gajah putih atas nama nak mengkayakan kroni, agihan tender yang tidak telus dan tidak amanah, jual rumah mahal2 demi kayakan kapitalis dan mendapatkan cukai tinggi, menindas rakyat dengan undang2 yang berpihak dan macam2 lagi kemungkaran yang BARISAN NASIONAL buat kat negara neh. Setakat pegang anjing pun lue semua memekak. Pegang. Cium. Peluk. Pun tak guna tubuh badan lue. Itupun nak kecoh. Teruskan pegang anjing.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Selasa, 21 Oktober 2014

Saya Umat Islam Yang Sokong Program Pegang Anjing - JAKIM & MUFTI, Taknak Siasat Ke?


Umat Islam yang bodoh ialah umat Islam yang biarkan sentimen politik menguasai pemikiran dia berbanding menganalisa kronologi kejadian. Jika kita akalnya waras, otaknya cerdik, maka kita dapat tangkap sekali imbas bagaimana UMNO telah menggunakan isu anjing untuk menyerang pembangkang di Selangor.

Akidah tidak pernah menjadi penanda aras kepada UMNO dalam mengambil apa2 tindakan. Jika agama ialah guideline, kau takan nampak kasino dan kilang arak di Malaysia. Bahkan kelab malam dan amalan riba juga sesuatu yang mustahil di negara ini jika AGAMA ialah penentu kepada setiap keputusan yang diambil oleh pentadbiran di negara ini.

Kenapa benci sangat pada program I want to touch a dog?

Kerana sentimen. Ada pelbagai orang yang datang dengan pelbagai alasan.

- PAS dengan alasan nanti program neh jadi pembuka jalan kepada program maksiat yang lain.

- Umat Islam dengan alasan sindir dan perli. Ada yang sebut tentang kesihatan. Ada yang cakap tentang keselamatan. Tak kurang yang mengutuk kenapa taknak pegang anjing terbiar.

- Ada yang trolling dengan program i want to touch babi la, bra la, tetek la dan blabla..

Dorang semua neh mis-informed. Missing the real reason. Setiap kebencian, kalau ia perlu pun untuk benci program neh sekurang2nya faham dulu perkara sebenar sebelum tuduh melulu. 

Program ini bagus dan betul pada aku.

Ia untuk mendidik umat Islam apa itu perspektif anjing dalam sudut ISLAM. Bukan anjing yang Allah cipta itu Allah suruh kita benci. Allah tak suruh kita benci anjing. Tapi ada perkara2 yang berkaitan anjing yang perlu kita ambek peduli atas nama kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

Dengan mengetahui akan perkara2 yang dianjurkan oleh Allah berkenaan perihal anjing, maka kita tahu bagaimana patut kita uruskan product ciptaan Allah itu. Pengurusan yang betul tentang anjing akan mematikan salah faham dan kebencian melulu (tanpa pengetahuan) kita tentang anjing.


Kepada PAS.

Program pegang anjing takan jadi pembuka jalan kepada maksiat. Pembuka jalan kepada maksiat ialah mereka yang sembunyikan kemungkaran dan penyelewengan dalam parti sendiri seperti PAS. Bila kita gagal bersihkan dan betulkan kesilapan parti kita, itu adalah pembuka jalan kepada maksiat dan kejahatan kerana PAS mendorong orang ramai untuk undi PAS dengan bertopeng agama & memperdayakan masyarakat konon2nya kita pejuang agama tapi hakikatnya kita tak seperti yang kita cuba gambarkan pada orang awam. Orang2 awam yang terpedaya akan berperang dengan orang2 awam yang tidak terpedaya dan kita membuka jalan kepada permusuhan atas kemungkaran yang kita cuba tutup dalam parti kita.

Itu lebih teruk. Bahkan sangat teruk. Terlalu teruk. Kita tipu orang dengan nama Allah. Kita tipu orang dengan jual agama. Kita lakonkan watak depan orang seolah2 kita neh betul tapi hakikatnya kita tak betul. Kita munafiq. Kita hipokrit. Kita jual Islam untuk raih undi dan sokongan. 

Kepada UMNO dan mufti pelbagai negeri yang perasan alim nak mampos ;

Berhenti berpura2. Ia terlalu meluat untuk aku tenung sekalipun. Kerana terlalu lama. Semua tahu. Secara fakta. Hakikat. Dan realiti. Akidah bukan pakaian korang. Tak perlu tunjuk bagus dalam isu anjing sedangkan kemungkaran sebenar pun korang buat2 buta. Pegang anjing bukan kemungkaran. Ia adalah satu tindakan. Dan bagaimana tindakan itu akan memutuskan proses seterusnya adalah merujuk kepada kronologi tindakan itu berdasarkan kepada perkara2 yang telah diputuskan mengikut hukum Islam. Itu saja. Tapi rasuah, ialah kemungkaran. Riba, juga adalah kemungkaran. Kelab malam. Judi. Kasino. Judi lumba kuda. Jual arak secara terbuka. Pengadilan yang mendiskriminasi taraf. Itu semua kemungkaran. Tapi itu semua korang tak benci kuat2 macam kau semua benci anjing.

Korang semua benci orang yang pegang anjing sebab yang pegang itu rakyat. Rakyat. Rakyat yang berada di tangga paling bawah. Rakyat entiti yang paling senang kena bashing, kena hukum, kena tuduh, kena label kerana RAKYAT.

Cuba kalau yang pegang anjing tu Najib? Ataupun sultan. Ada tak korang semua nak memekak? Takan memekak. Beza rakyat dengan pemimpin ialah meletakkan seseorang di posisi tertentu. Rakyat takde kemampuan untuk letakkan siapa yang patut jadi mufti. Rakyat cuma ada kemampuan untuk mengundi pemimpin aje di negara ini. Atas sebab kemampuan yang terhad itulah rakyat kena buli dengan semua jenis parti politik. Dan kepada rakyat juga la yang harus dipersalahkan kerana mereka tak sedar betapa teruknya mereka dibuli kat negara neh.

Kita tengok banyak kali gambar anak sultan minum arak. Kita ada tengok video sultan menganjurkan majlis hari jadi dengan arak. Kita tengok ada kasino besar di Pahang. Kita tahu akan ada pembinaan kasino kedua atas nama pelaburan dan pelancongan. Kita nampak kelab malam bersepah. Tapi kita semua buat2 tatau perkara2 itu adalah lebih berat kesannya dalam masyarakat kita berbanding pegang anjing. Jika kita buat2 tau ko ingat mufti ada masa nak peduli tentang program pegang anjing? Baik dia pergi bashing ketua agama Islam yang memalukan nama jawatan lagi bagus.

Bila kita jual arak secara terbuka, dan tanpa kawalan. Anak2 kita dan anak2 kawan kita, anak2 jiran kita, anak2 adik beradik kita, anak2 sedara mara kita semua berisiko mendapatkan arak dan minum sehingga mendedahkan kepada kemungkinan menghilangkan kewarasan akal fikiran mereka yang mengakibatkan mendorong kepada tindakan yang di luar kawalan. Contoh kes atlet yang rogol pegawai SUKMA baru2 neh. Mereka semua adik2 yang masih muda remaja. Usia muda mereka mungkin pendorong kepada kegagalan untuk nafsu. Tapi jangan double standard. Ia adalah diri kita yang membenarkan keadaan itu kerana buat tatau aje dengan penjualan arak secara terbuka. Bukan kah ke begitu?

Undang2 tidak wujud kerana rakyat suka berbuat kebaikan. Ia wujud kerana rakyat memang cenderung melakukan kesalahan. Apa perkara yang kita buat untuk melindungi anak2 kita dari terjebak dengan semua kemungkaran2 itu? Oke. Anjing haram. Jangan dekat. Jangan pegang. Sila benci sampai mati. Ia berdosa besar. Dan kalau ko pegang, sila bertaubat nasuha.

Ini berlaku di Malaysia dan perkara ini sangat2 buat aku meluat. Meluat sampai taktau nak cakap macam mana dia punya meluat. Pokoknya aku memang meluat sebab kita gagal pecahkan, asingkan, tentukan apa perkara yang penting, wajib, patut kita cegah dan perbetulkan terlebih dahulu berbanding perihal anjing yang sebenarnya ia bukan la isu apa pun.

Kau cakap umat Islam yang pegang anjing2 comel mereka mengada2. Berapa ramai yang sanggup pegang ular? Berapa ramai yang sanggup pegang katak (untuk rekod aku pernah pegang ular dan katak)? Ko boleh geli dengan cacing. Ko boleh geli dengan buaya. Ko boleh geli dengan ulat? Orang lain tak boleh geli dengan anjing yang kotor? Orang lain tak boleh geli dengan anjing liar dan terbiar?

NAMPAK TAK BETAPA DISKRIMINASI DAN BIASNYA KORANG DALAM MEMBUAT HUKUMAN?

Konteks anjing liar dan terbiar. Jangan la salah faham. Ia tak boleh berlaku kat negara neh. Ia salah penguatkuasa. Mereka perlu diuruskan secara sistematik. Kita semua neh dah merampas habitat mereka. Kita musnahkan hutan. Kita bina rumah kita. Dalam masa yang sama, kita merampas rumah mereka. Dan bila mereka terbiar, kita benci, kutuk, tindas, ejek dan sindir. Itula kita. Manusia. 

Anjing2 tak boleh dibiarkan menjadi liar dan terbiar kerana ia boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang awam. Tak aneh mereka risau untuk dekat. Tapi untuk anjing yang dijaga, jika orang pegang ia bukan perkara yang pelik kerana mereka terjaga. Bersih. Lain la kalau ko tahu bagaimana nak menguruskan anjing2 yang terbiar. Maka memang la berani kau pegang atas sebab ilmu yang ada atas diri kau. Jika kau takde ilmu usah kata nak uruskan anjing, nak makan nasi pun belum tentu ko tahu.

Bukan kah begitu?

Lepas tue berlakon macam sayang Islam lebih2. Kononnya nak jaga akidah la sangat. Aku bukan pejuang Islam. Dan aku tak selesa nak mengaku begitu sebab memang bukan begitu pun. Aku tak la begitu cintakan Islam. Aku bukan berbangga tetapi aku mahu merealitikan sikap sebenar aku. Hanya jika aku berani terima realiti maka baru la aku tahu apakah ubat sebenar untuk membantu aku. Tak guna aku tipu diri aku, sebab Allah takan tertipu. Ada banyak tindakan2 aku yang sangat contradiks dari apa yang sepatutnya di anjurkan Islam dan ini perkara yang aku kena akui. Aku memang tak begitu cintakan Islam. Aku sedang mencari jalan bagaimana bukan saja perlu cinta bahkan faham serta amal apa perkara2 yang terkandung dalam Islam.

Itulah aku. Aku sedang mencari destinasi. Perjelaskan kefahaman. Jika salah, aku mahu ditunjukkan arah yang benar.

Sebab tue aku tak boleh terima umat Islam yang beria2 lawan isu anjing tapi meninggalkan kemungkaran sebenar yang kita sepatutnya kena lawan pagi petang siang malam tanpa henti. Kerana mereka penipu. Mereka penjual agama. Mereka bising atas nama sentimen politik dan menjaga kepentingan. Mereka tidak bermula dengan akidah. Islam bukan matlamat mereka. Mereka heret nama Allah sana sini hanya untuk tunjuk macam mereka tue betul.

Ini kerana. Jika kau benar2 cintakan Islam dan bencikan kemungkaran kenapa kau tak lawan benda yang terbukti jelas, salah, haram, berdosa dalam Islam berbanding PEGANG ANJING?

Hal berkenaan anjing mempunyai pelbagai pandangan dan ianya diraikan. Ia. Diraikan. Maksudnya ko tak boleh paksa orang untuk ikut apa yang ko sangka betul. Ia adalah hak setiap orang untuk ikut mana2 pandangan yang mereka mahu akur kepadanya.  

Jika kau mahu melawan. Dan perlu untuk melawan.

Kau lawan kasino tue dulu. Cakap banyak jangan. Lawan dulu rasuah dan penyelewengan dalam agensi kerajaan. Kembalikan hak rakyat tertindas. Betulkan perkara2 yang rosak kat negara neh ikut tangga kepentingan. Ada terlalu banyak penganiayaan dan perkara2 yang menyedihkan berlaku kat negara neh namun tidak mendapat perhatian yang begitu ketara berbanding isu2 tertentu. Orang susah dan tertindas kat negara neh bersepah. Ada orang yang bekerja tapi tak dapat gaji dekat 3 bulan. Masuk paper pun mufti buat tak peduli. Aku tatau nak tolong dorang semua macam mana. Dan aku marah diri aku kerana aku bukan pemimpin. Macam mana nak dorang nak bayar bil. Nak bayar duit makan. Nak tanggung anak. Bayar ansurans. Owh lupa. Mereka hanyalah pekerja yang mengutip sampah sarap kita. Jadi jangan la kita simpati atau kesian. Nanti settle la masalah tu. Kalau perlu, tunggu mereka mati baru kita buat2 simpati. Jika perlu, tunggu mereka merompak untuk makan, maka baru2 kita buat2 peduli dan cari jalan macam mana nak bashing kerajaan dalam hal berkenaan. Itulah kita. Diskriminasi dan bias gila.

Ia terlalu menyakitkan ahti aku untuk melihat kita tak bergaduh bagai nak rak demi mencari jalan untuk membantu yang tertindas, menyelamatkan yang terjejas, ataupun menghulurkan tangan pada yang memerlukan. Sebaliknya kita hanya bergaduh tentang anjing. Anjing. Dan anjing. Sampai bila atau apa benda yang aku boleh buat untuk ubah pemikiran korang bahawa di luar sana terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian yang khusus daripada korang semua memekak pasal anjing? 

Tolongla beri petunjuk. Tanpa kenakan faedah. Tanpa kenakan riba. Jika sekalipun kau mahu menuntut bayaran.

Kbai.  


http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/523925-menyentuh-anjing-hukumnya-haram-itu-kesimpulan-yang-cetek-dr-asri.html

Isnin, 20 Oktober 2014

BRIM Bentuk Kupon Untuk Beli Barangan Dapur Sahaja.


Tadi ada baca kat TMI. 

Rujuk sini.

Artikel itu membayangkan bahawa menteri akan menyalurkan BRIM dalam bentuk kupon. Bukan lagi dalam bentuk wang tunai seperti tahun2 sebelumnya. Maknanya wang kupon itu hanya boleh ditebus kat tempat2 tertentu dan mendapatkan barang-barangan dapur aje.

Ini adalah perlu bagi memastikan tiada mana2 pemohon BRIM menyalahgunakan dana tersebut untuk tujuan mendapatkan barangan2 mengarut dan mewah.

Oke.

Aku faham kebimbangan kerajaan. Sebab memang ada point dan pernah berlaku. Tapi bukan melibatkan BRIM family. Atau BRIM warga emas. Sebaliknya BRIM bujang. So kalau dorang nak kuponkan BRIM bujang aku setuju sangat. Aku meluat tengok budak2 bujang yang dapat BRIM dok enjoy sakan malam minggu. Bukan aku negatif pada semua budak2 bujang ek. Ada yang bagus. Tapi ada juga perangai serupa setan. 

Dapat BRIM dok enjoy belanja awek la, wayang la, minum la, beli tiket konsert la apa la. Then bangga tayang kat facebook.

Macam lancau.

Baik bagi duit tue kat mak bapak.

Sebab tue BRIM bujang aku setuju sangat2 dihapuskan. Walaupun ini tidak adil kepada mereka yang benar2 gunakan wang tue untuk menampung keperluan mereka.

Bagi aku BRIM family dan warga emas tak boleh dan tak patut dikuponkan. Ada banyak sebab. Dan tak perlu la kerajaan over-protected nak make sure family mendapatkan barangan dapur aje dengan BRIM tersebut.

Pada awal tahun 2013. Ada family kenalan aku dapat BRIM. Dorang bagi aku duit tue. Untuk belikan zink bagi ganti bumbung rumah mereka yang dah teruk.

So dorang tak beli barangan dapur. Beli zink. Aku yang cari dan banding harga (sebab family tue takde transport) dan berjaya la ganti beberapa bahagian yang sepatutnya diganti walaupun tak menyeluruh. 

Sebab tue bila kerajaan bagi 3x dengan 300 blabla tue aku rasa meluat.

Bayangkan. Kalau kat tempat lain ada family nak ganti zink. 300 tue tak boleh cover sangat. Kita hidup kena fikir jauh dan pelbagaikan situasi. Jangan fikir diri sendiri je.

Aku harap kerajaan boleh tarik balik keputusan gila dia untuk bayar brim 3 kali.
Dan jika sungguh kerajaan ada keputusan gila nak ganti duit tunai kepada kupon pun aku tak setuju.

Itula.

Orang ajak mai turun tempat orang susah taknak. Sekarang buat keputusan syok sendiri. Nak jumpa orang susah baca la blog neh ke jumpa aku ke boleh la aku bawakan.

Ini dok tanya penasihat2 gila babi, gila kuasa, gila pangkat tue buat apa?

Menteri2 kat Malaysia neh memang taraf bingai2 pun ye. Kau ingat penasihat2 tue nak bagi nasihat jujur ke? Nasihat depa bersulamkan duit la. Ngok betul la.

Ibu Dyana Tampil Jelaskan Zairil Bukan Kekasih Dyana, FB Dyana & Zairil Kena Serang.


Susulan kes penyebaran gambar2 yang mirip Dyana dan Zairil.

- Ibu Dyana tampil menafikan Zairil kekasih Dyana. Dyana ada seseorang tetapi bukan Zairil. Dan ibu Dyana percaya gambar2 yang tersebar itu bukanla Dyana. Sebaliknya gambar2 palsu bagi mencemarkan maruah Dyana.

- Sehingga kini Dyana & Zairil belum membuat laporan polis secara rasmi (ketika artikel ini ditulis).

- Sekadar cadangan. Apa kata Dyana & Zairil buat laporan polis terlebih dahulu.

- Dan biar polis jalankan siasatan. Bila siasatan berjalan baru la boleh buktikan gambar2 tue palsu. Kalau tak orang akan memperkatakan ia.

- Macam di facebook Dyana & Zairil. Dah mula menjadi sasaran untuk serangan.

- Ada yang suruh sumpah laknat. Ada yang suruh kawin segera la. Apa la.

- Bagi aku hal neh antara dua orang punya fucking mucking. Kalau betul sekalipun, kalau betul, dan dorang terperangkap atas nama kecanggihan teknologi, bagi aku itu urusan dorang dan dorang perlu selesaikan tanpa campur tangan orang luar. Bukan dorang berbangga2 nak upload. Atau sebar.

- Kalau tak betul? Fitnah? Buat laporan polis sudah. Biar polis jalankan siasatan. Kalau polis yang tak siasat sampai bagi satu keputusan yang pasti kepada polis la dorang kena serang. Sebab Dyana & Zairil dah patuhi ruang undang2 untuk bersihkan nama dan maruah mereka.

PETALING JAYA: "Saya tahu siapa cinta hati Dyana, tetapi bukan Zairil."

Demikian kata Yammy Samat, ibu kepada bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas mengenai insiden penyebaran gambar intim anaknya itu dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, pagi Ahad.


Yammy berkata, beliau tahu sejauh mana hubungan Zairil dan Dyana yang disifatkan tidak lebih daripada sekadar teman rapat di dalam DAP.
  "Memang mereka rapat tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan seperjuangan di dalam parti. Mereka tidak bercinta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

 
Malah, Yammy juga yakin gambar tersebut adalah palsu dan sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier anaknya.
  "Sebagai seorang ibu, saya percaya itu bukan Dyana. Gambar seumpama itu juga pernah tersebar semasa Dyana bertanding di Teluk Intan," katanya.

 
Yammy berkata, beliau tidak marah dengan tindakan tersebut tetapi menganggap ia cabaran yang perlu diharungi Dyana sebagai individu yang bergelar ahli politik.

"Saya tidak marah. Apabila sudah jadi ahli politik dia (Dyana) perlu mengharungi semua fitnah yang dilemparkan. Yang penting dia  perlu tenang dan berjuang mengharunginya," kata Yammy.

 
Pada Ahad, gambar memaparkan aksi mesra dan intim di antara Zairil dan Dyana yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad.

 
Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu.
  Zairil menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka.

 
Sementara itu, Dyana pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang.
  "Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya.

Ahad, 19 Oktober 2014

Isu Gambar Intim - Ini Penjelasan Dyana Sofea & Zairil Khir Johari.


Seperti yang kita tahu sejak pagi tadi telah tersebarnya beberapa gambar yang memaparkan aksi seorang wanita yang menyerupai Dyana Sofea dan seorang lelaki yang menyerupai Zairil Khir Johari, ahli parlimen DAP di laman maya yang bermula di facebook sebelum viral di wassap, twitter, blog dan portal2 berita.

Berikut adalah penjelasan mereka ;

1. Zairil berkata penyebaran gambar2 tersebut merupakan amalan politik longkang pada tahap yang sangat melampau (rendah/menjijikkan).

2. Gambar2 yang tersebar kelihatannya seperti diupload oleh account fb milik Zairil namun Zairil enggan mengulas lanjut tentangnya samada ia kerja hacker (penggodam cyber) ataupun account media sosial itu palsu (fake).

3. Zairil menjelaskan dia enggan melayan perkara (penyebaran) tersebut dengan lebih lanjut.

4. Dyana pula memberikan respon bahawa perkara (penyebaran) itu sangat menjijikkan dan seringkali amalan politik longkang digunakan untuk menyerang pembangkang.

5. Dyana beranggapan dia dijadikan sasaran mudah kerana dia seorang wanita. 

6. Dyana juga enggan menghurai perkara ini dengan lebih lanjut dan tidak berminat untuk melayan amalan politik longkang dengan memberikan respon lanjut pada masa2 akan datang.

7. Dyana juga menjelaskan bahawa amalan politik longkang akan terus digunakan untuk menyerang peribadi dan perkara seperti ini tidak berhenti memandangkan ini bukan kali pertama dia diserang dengan menggunakan gambar super impose. (dulu, Dyana dituduh berbikini).

Sumber : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/19/Zairil-Khir-Dyana/

Aku cuma nak sentuh beberapa perkara.

- Cakap tentang serangan peribadi. Ia berlaku dalam mana2 partisan sekali. Tiada yang lebih atau kurang. Semuanya sama aje. 

- Tolong set security pada account facebook masing2.

- Zaman kecanggihan teknologi, komputer sesiapa pun boleh dicerobohi hanya menggunakan medium internet ataupun bila kau hantar pergi repair.

- So jaga2.

Tue je la.

Kbai.

Gambar Skandal Dyana Bersama Zairil Kecoh Di Media Sosial.

Pagi neh aku mendapat satu sebaran di media sosial. Mengenai beberapa keping gambar yang tak sepatutnya diupload untuk paparan public. Sebaran ini agak mengejutkan kerana ia membabitkan ahli parlimen dari DAP, Zairil Khir Johari dan juga duta DAP yang cantik, iaitu Dyana Sofea.

Setakat neh sebaran hanya membabitkan medium facebook dan wassap. Rata2 tidak tahu samada gambar yang tersebar ini membawakan apa2 maksud tertentu.

Cuma. Kalau diperhatikan pada masa ketika gambar ini discreenshot ialah 6.30 pagi.

Gambar yang tersebar ;


Dan mula menjadi sebaran awam ;


Pertama. Aku tatau gambar2 yang tersebar itu adalah benar ataupun palsu.

Kedua. Andaikata palsu, memang biadap la si penyebar yang cuba mengada2kan fitnah.

Ketiga. Jika benar, maka kenapa ia diuploadkan ke facebook?

Keempat. Adakah account facebooknya dihack oleh pihak tertentu atas tujuan tertentu?

Kelima. Adakah komputer2 milik Zairil boleh diakses oleh pihak tertentu atas tujuan pencerobohan dan kecurian maklumat?

Ini beberapa perkara yang perlu difikirkan. Buat permulaan. Jangan buat sebarang spekulasi. Adalah lebih baik untuk kita duduk dan dengar penjelasan dari pihak2 yang terbabit. Tak perlu buat andaian melulu. 

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...