Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Pendedahan - Oktoberfest Untuk Tingkatkan Industri Pelancongan Selangor!

Maka, berpasang2an la kita dalam sokong menyokong antara satu lama lain. MCA dan DAP akhirnya menjalin hubungan UG. 

KAH KAH KAH

Lihat gambar ;

 
Rujukan penuh : http://www.therakyatpost.com/news/2014/10/07/oktoberfest-brewed-non-muslims-pas-umno-need-respect/

Penganjur adalah Carlsberg's Malaysia.

Disokong padu oleh kementerian pelancongan dan geng2 MCA. Dan selepas mereka memasang satu papan iklan yang sangat kontroversi, yang mana mereka semua tahu boleh mencetuskan polemik politik di negeri Selangor, papan iklan itu dicabut.

MCA maklumkan. Event itu untuk merancakkan industri pelancongan di Selangor. Atas sebab itu la geng2 DAP p sibuk jadi duta promosi kepada event tersebut. 

Elok la tue.

Geng2 BN dok anjur.
Geng2 DAP dok sokong, promote, jadi duta lagi.

Lihat gambar ;


MCA dan DAP UG. 

Ye. Jika PAS membahaskan usul berkaitan hudud. Tetiba ada mana2 wakil rakyat UMNO pun sibuk menyokong. PAS dan UMNO UG nak meranapkan PR. Tapi bila MCA dan DAP berpadu tenaga dan bersokong-sokongan antara satu sama lain dalam perkara2 yang merosakkan gaya hidup yang sihat, takde pula orang nak memekak UG.

Yang aku heran. Umat Islam sayang umat Islam aje ka? Kesihatan dan kesedaran adalah untuk semua. Sepertimana kita sayang sedara2 kita dan menegur mereka agar mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti itu la kita kena sayang non muslim agar mereka menerapkan gaya hidup yang sihat. Takpe ke mereka mampos dan mati menderita akibat arak?

Itu bukan racist dan diskriminasi kah?

Oke.

UMNO buat kilang arak. UMNO bagi lesen arak. BN dok sibuk jual arak. DAP dok sibuk promote event arak. Lepas promote p beli arak. Dan penyokong2 mereka melalak macam orang gila.

UMNO buat kilang arak, geng2 PR dok balon tak kira siang malam. Dok kutuk sultan itu sultan ini.

Tapi bila DAP sendiri dok sokong pesta arak, depa kata takpe.

Sebab DAP non muslim. Tiada masalah. Walaupun mempromosikan gaya hidup tidak sihat. Tapi dalam waktu yang sama, ko tak nampak bagaimana DAP berperanan menyokong industri kapitalis arak yang sangat mesra BN.

Pemimpin2 PAS bergambar dengan PERKASA kena kutuk kaw2. Gambar aje kot. Gambar.
Tapi bila pemimpin2 DAP dok beli / promote dan kayakan kapitalis2 arak pro BN, takde sapa2 nak pergi kutuk dan sindir ka?

Nanti bila kiraan cukai, di dapati cukai arak meningkat dari tahun ke tahun, geng2 PR juga dok memekak dan sebarkan betapa teruknya kerajaan.

Padahal yang beli arak tue geng2 PR gak.

BODOH NAK MAMPOS.

KIRAAN CUKAI dikira melalui keuntungan. Makin banyak barang dia yang ko beli, makin ko tolong kerajaan kutip cukai keuntungan hasil jualan arak banyak2. Bila dah kutip banyak2, malaon2 PR neh dok pergi kutuk BN balik. Tapi hello. Customer Carslberg, adalah pemimpin2 PR juga. Kau sedar tak kitaran dia macam mana?

Sebab tue aku nasihatkan. Fikir elok2 dulu. Letak satu pendirian yang konsisten. Apa2 hal kena tetapkan dulu pendirian kita macam mana baru sibuk dok bahas nak sokong atau taknak sokong. 

Pesta arak neh baik atau tak baik. Kalau tak baik, kenapa wakil2 rakyat dengan megah p promosi masuk dalam FB? 

Andaikata yang promosi bagai tue ialah wakil2 rakyat dari BN, agak2 PR akan sokong, terbuka ataupun kutuk kaw2?

Tanya diri sendiri la. Diri sendiri lebih jelas tentang apa yang korang sokong dan berdasarkan apa perjuangan kau kat atas dunia neh.

Aku memang takan sokong kapitalis arak neh. Tak kira la dia pro BN atau PR. Pada aku kapitalis arak telah membentuk satu cara hidup yang tidak sihat untuk merosakkan kelas masyarakat yang sihat. Selepas mereka membudayakan arak sebagai gaya hidup (atas tujuan mendapatkan keuntungan), dan rakyat terjejas dengan cara memudaratkan diri sendiri ataupun orang awam, mereka tidak akan sesekali tampil untuk bertanggungjawab. Sebaliknya mereka akan salahkan kau sebab tak ber-ahti2 dalam pengambilan alkohol. Ingat mereka nak peduli sangat ke dengan kesihatan dan tubuh badan kau. Yang mereka peduli ialah bagaimana nak merancakkan perniagaan mereka supaya lebih ramai minum arak dan membudayakan perkara tersebut atas tujuan menambahkan keuntungan dari tahun ke tahun.

Dan bila jumlah penghidap alkoholic bertambah, pejuang2 humanisme neh akan tampil melalak salahkan kerajaan. Tapi bila geng2 gila tue buat promosi pesta arak, korang sokong pula.

Dan bila penghidap2 alkoholic, terbiar, terbuang dan jadi gelandangan, kerajaan pula kena keluarkan macam2 duit, dana dan sediakan macam2 keperluan bagi membantu mereka supaya tidak merosakkan persekitaran. Dan puak2 humanisme neh juga akan melalak kata kerajaan tak peka dengan mereka. Tapi dalam waktu yang sama puak2 humanisme ini juga la yang membantu merancakkan perniagaan syarikat2 kapitalis arak. Yang mana mereka2 ini la yang menyulitkan lagi kerajaan untuk tidak menutup premis arak ataupun perniagaan berasaskan arak. Kerana industri tersebut mendapat sokongan dan rancak pula bisnes mereka.

Nampak?

Kalau bisnes takde orang, adakah peluang kerajaan dapat membuat cukai darinya?

Mereka saling tolong menolong antara satu sama lain dalam membuat kemungkaran tapi bila terjadinya masalah mereka saling salah menyalahkan pula antara satu sama lain. 

Betul kah caranya?

Kalau minyak naik, kos sara hidup meningkat, tahu pula geng2 DAP dok ajak boikot PETRONAS. Ajak boikot atas sentimen politik. Kalau boikot PETRONAS, nak isi minyak kat syarikat mana? Syarikat minyak apa pula yang dapat keuntungan nanti? Boleh proses petrol sendiri ke? Satu lagi idea bangang.

Tapi bila pemabok2 rogol anak orang, ada depa ajak boikot syarikat arak kapitalis pro BN? Minyak naik 20sen. DAP masih ada duit enjoy beli arak. Arak, ialah keperluan der? Kalau ada banyak duit beli arak, dah sah2 dorang sikit pun tak terjejas dengan kenaikan harga minyak. Sekadar pongpang2 depan media untuk raih millage politik macam hidup susah sangat padahal dalam waktu yang sama dok gila meroyan up keuntungan syarikat arak kapitalis pro BN.

Nampak tak betapa tidak konsistennya mereka dalam menentukan dasar dan hala tuju perjuangan?

Lompang. Double standard. Bias. Tidak amanah. Racist. Senget. DAP pada aku akan terus menerus melakukan agenda provokasi dua tiga tahun neh. Tahun2 terakhir PRU, mereka akan mula ambil ahti orang muslim dan berlakon jadi baik. Tiba2 masa tue LGE kata dia ikut Umar. Tiba2 ketika itu pemimpin2 DAP dok petik ayat2 Alquran. Aku tatau apa nak jadi dengan penyokong2 politician yang taksub neh. 

Banding membanding antara syaitan dengan iblis bagi mereka ialah perkara yang unik dan perlu dipilih antara syaitan dan iblis. Aku sendiri sejujurnya tidak akan ikut syaitan, dan tidak akan ikut iblis. 

Aku dah sebut banyak kali. Hidup neh memang perlu membuat pilihan. Dan tak pernah Allah paksa kau buat pilihan untuk pilih pilihan yang jahat. Kau ada pilihan untuk tidak ikut mana2 satu pilihan yang tidak baik. Kau tak perlu sokong kemungkaran PR sama seperti kau menolak kemungkaran BN. Apabila kau menolak kemungkaran BN dan PR maka itulah pilihan kau. Bukan dengan cara bila orang dedahkan kepincangan PR, kau dok tepek kemungkaran BN seolah2 memaksa masyarakat untuk membuat pilihan antara dua. Itu bukan stail akal manusia yang waras. 

Akal manusia yang waras ialah dia tolak kemungkaran atas nama kemungkaran dan apabila masyarakat itu bersatu menolak kemungkaran ada kemungkinan yang besar bahawa wakil rakyat akan mula berfikir dan bermuhasabah diri semula untuk mengkaji kelemahan masing2. Ini la pilihan yang betul. Persoalannya, berapa ramai muslim yang mahu membuat pilihan begini? Tanpa berlandaskan emosi dan sentimen kepartisan? Jika dari awal penilaian kita silap, maka pengakhiran kita juga akan terpesong. 

Renung2kan la.

Bai.

Wakil Rakyat DAP Promote Pesta Arak Kaw2 - Dari Wakil Rakyat Kepada Promoter Arak!


Dari wakil rakyat kepada promoter arak syarikat kapitalis pro BN. Bila aku sebut kapitalis ada sebab kenapa aku sebut kapitalis. Aku rasa semua orang tahu aku bukan jenis orang yang akan cakap lebih2 isu moral dan akhlak. 

Isu arak pada aku bukan sekadar isu moral tetapi ia merujuk kepada satu industri. Aku akan terangkan citer tentang industri kejap lagi. 

Tapi.

Kita buka citer tentang kronologi kejadian terlebih dahulu ;

- Octoberfest bermula tahun 2010. Tahun di mana Selangor sudah bernaung di bawah Pakatan Rakyat. 

- Octoberfest ketika dahulunya mengadakan promosi secara tertutup kerana kita semua tahu pesta arak bukan untuk tujuan promosi dan galakan. 

- Pesta arak tarafnya sama seperti pesta seks, pesta dadah dan segala macam pesta2 yang memudaratkan. Kita semua setuju arak memudaratkan tubuh badan. Kita juga semua setuju sebarang promosi ke arah perkara yang memudaratkan ditegah. Sebab tue ko takan jumpa iklan ajak kau merokok atau iklan ajak kau buat seks bebas, atau iklan ajak kau hisap dadah atau iklan yang suruh kau beronani dan sebagainya.

- Jika dahulu ia dibuat secara tertutup tetapi tahun neh ia bermula secara terbuka dengan menjadikan beberapa negeri sebagai lokasi promosi.

- Ia mula menjadi kecoh apabila satu bandar yang dihuni majoriti umat Islam menjadi lokasi untuk mempromosikan pesta arak tersebut. Bukan soal sensitiviti tapi soal kenapa promosi satu gaya hidup yang tidak sihat secara terbuka?

- Iklan tersebut menjadi polemik antara PAS vs PAS pada mulanya sebelum menjadi kontroversi antara PAS vs sesetengah pimpinan dalam PAS, PKR & DAP pada akhirnya.

- Yang kita tekankan banyak kali ialah soal galakan dan gaya hidup yang tidak sihat.

- Tidak kita larang non muslim untuk minum arak. Mereka bahkan pada bila2 masa, di mana2 saja kawasan yang sepatutnya, boleh minum arak sesuka ahti biarpun sampai mabuk2 hingga memudaratkan diri sendiri tidak menjadi halangan kepada kita. Ia menjadi isu andaikata perbuatan mabuk mereka ini menyusahkan orang ramai. Tetapi dari 0 kepada mabuk, kita umat Islam tidak pernah marah. Yang kita runsing dari mabuk kepada kacau orang. Jika mabuk tak kacau orang kita umat Islam juga tak pernah peduli hak privacy masing2.

- Kemudian wakil2 rakyat dari DAP khususnya seolah2 mengambarkan pesta arak dan gaya hidup tidak sihat ialah cara hidup non muslim. Ini boleh dilihat bagaimana mereka mislead dari subjek sebenar. 

Subjek sebenar gaya hidup yang tidak sihat. <-- ini yang umat Islam tekankan.

Subjek mislead oleh DAP ialah umat Islam larang non muslim minum arak. <-- ini yang wakil rakyat DAP serapkan supaya non muslim jadi benci dan marah kepada muslim sekaligus membangkitkan elemen2 perkauman bagi mengapi2kan umat islam dan non muslim.

Kenapa DAP begitu bertegas sekali mempertahankan satu event anjuran kapitalis arak yang kita semua rata2 tahu proksi kuat kepada Barisan Nasional di Selangor? Adakah syarikat arak kapitalis pro BN itu telah atau pernah melaburkan dana bagi tujuan politiking di negeri Selangor?

Kenapa daripada seorang wakil rakyat yang sepatutnya menekankan ciri2 hidup yang sihat dan bermoral bertukar menjadi seorang promoter arak dan promoter kepada pesta mabuk2?

Berapa agaknya jumlah wang yang DAP terima/mendapat manfaat dari peniaga2 kapitalis arak sehingga sebegini rendah mereka pergi untuk mempromosikan satu event gaya hidup tidak sihat?

Atau sepertimana yang dikatakan oleh editor Malaysiakini versi BM, abang Fathi Omar ketika aku berbahas dengan dia pada semalam di wall abang Arif Atan, bahawa tindakan PKR dan DAP promosi pesta arak adalah untuk secure undi dan sokongan dari kalangan non muslim yang merasakan cara hidup mereka telah dihijack oleh umat2 Islam dalam PAS?

Adakah sebegini rendah nya taraf pemikiran non muslim yang lebih mementingkan kelangsungan mereka untuk mabuk2 berbanding jika ahli2 parlimen mereka menyediakan solusi untuk menyelesaikan masalah2 berbangkit seperti isu perumahan, tangga gaji, kos sara hidup, sistem pengangkutan yang cekap, patahkan tembok diskriminasi, hapuskan elemen2 racist dan prejudis dalam sistem pendidikan negara dan sebagainya? Ia sesuatu yang sukar untuk aku percaya kerana bagi aku non muslim sejujurnya tahu mereka boleh berpesta arak sekalipun tanpa promosi di mana2 pub dan disco2 yang disukai walaupun dengan halangan dan kritikan PAS. Jadi apa yang ingin ditunjukkan oleh DAP bukan la untuk SECURE votes dari non muslim.

Aku tidak percaya.

Penaakulan aku ialah DAP sedang melakukan ;

- PROVOKASI kepada PAS, UMAT ISLAM dan ISLAM.

- Yang menjadi masalah bila DAP gagal fahamkan bahawa bukan semua umat Islam itu terlibat dan terbabit dengan arak macam monarki dan mereka2 yang bina kilang arak dan mengutip cukai darinya. DAP sikit pun tak jaga sentimen pada sesetengah umat Islam yang benar2 patuh pada larangan agama. Jika sekalipun ada umat2 Islam yang jahat, racist dan bias, tetapi dalam waktu yang sama disitu juga ada umat islam yang baik.

- DAP mungkin atau telah mendapat maafaat berupa dana/sokongan/atau apa2 sahaja dalam PRU yang lepas hingga memastikan mereka perlu SECURE HAK kapitalis2 arak di Selangor.

Gaya hidup tidak sihat adalah bukan untuk tujuan promosi. Satu komen kawan aku Benz Ali yang aku suka nak kongsikan disini ;



Jika apa yang dilakukan oleh wakil2 rakyat PKR & DAP itu bagus apa kata lepas neh kita biar aje iklan2 yang mengalakkan budaya merokok, mabuk2, melacur, meliwat, hisap dadah tersiar di kaca tv dan terpacak atas jalan.

Why double standard? Cara hidup wakil rakyat DAP ialah mabuk2 dan ia diraikan. Atas sebab apa cara hidup orang yang hisap dadah tidak boleh diraikan?

Nampak?

Yakni. DAP harus terlebih dahulu mengambil satu ketetapan yang konsisten. Pesta arak baik atau tak baik. Jika baik kita promosi satu Malaysia dan biar ia masuk kat tv, dan kat sekolah2 sampai ke dalam kelas2 sekolah venacular kesayangan ahli2 DAP ini. Perkara yang baik jangan kita simpan makan sendiri ia adalah untuk promosi dan mari la kita semua mabuk bersama2. Jika ia tidak baik kenapa wakil2 rakyat DAP dan PKR lancau sangat pergi promosi satu gaya hidup yang tidak sihat kepada masyarakat sedangkan kamu itu wakil rakyat? 

Oke. Bercakap tentang industri. Kita semua kena berbalik kepada sistem kapitalis apabila berbahas isu tentang perniagaan arak. Perniagaan arak ini telah dijenamakan sebagai satu perniagaan yang tidak sihat sebab arak tidak ditarifkan sebagai minuman. Tarifan bagi arak ialah sama seperti tarifan bagi rokok. Minum atas hak sendiri. Kerana ia memudaratkan tubuh badan. Risiko tanggung sendiri macam kau tanggung risiko hisap rokok.

Sebab itu di mana2 sahaja kau boleh tengok kempen2 kesedaran tentang pengambilan alkohol tak kira la dalam negara atau luar negara kerana ia berkait langsung dengan kesihatan dan kempen gaya hidup sihat. Malaysia telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan pesakit2 alkoholic. Meskipun Malaysia juga mendapat cukai / manfaat dari kapitalis2 arak tetapi lebih banyak yang dilaburkan untuk rawatan dan kempen kesedaran. Cukai yang diterima sebenarnya tidak berbaloi malahan merugikan. Ada orang mati dan terjejas dengan arak. Sesuatu yang kau tak boleh betulkan walau berapa banyak duit yang kau ada.

Bagi memastikan perniagaan arak ini laris, maka kapitalis2 arak ini telah membina satu jaringan industri hiburan untuk menarik perhatian orang ramai bagi mendapatkan arak. Ingat. Arak akan mati tanpa pembeli. Maka kapitalis2 arak ini aimnya ialah wang ringgit. Apa guna arak jika tiada pelanggan. Maka mereka bina kelab2 malam, pub2 hiburan dan menggunakan wanita2 ataupun lelaki2 sebagai daya tarikan seksual bagi mendorong masyarakat untuk mengunjungi perniagaan mereka. Ini la cara mereka cari makan.

Dan bila ada yang terlalu ketagihan sehingga merosakkan tubuh badan sendiri dan akhirnya berpenyakit, peminum2 arak ini akan berubah daripada bergantung kepada kapitalis arak kepada kapitalis perubatan.

Kapitalis2 arak neh tak peduli pun jika akhirnya kau sakit, merosakkan tubuh badan sendiri, merosakkan sistem masyarakat ataupun menyusahkan orang ramai. Mereka hanya peduli bila kau bagi mereka duit ketika kau minum arak.

Punya la gila sesetengah masyarakat yang beria2 membela perniagaan2 kapitalis arak dan itupun perniagaan kapitalis2 arak pro BN.

  Sudah la begitu mereka tatau bagaimana perniagaan kapitalis2 arak ini juga digunakan untuk menyebarkan budaya2 yang tidak sihat seperti pelacuran dan dadah. Ini semua satu jaringan industri yang merosakkan kelas masyarakat yang sihat. Supaya kita semua menjadi rosak dan berpenyakit. Belajar la dari zaman candu ketika China berada di era penjajahan BRITISH. Bagaimana BRITISH melalaikan masyarakat CHINA agar tidak bangkit melawan penjajahan apabila mengalakkan budaya khayal dengan candu (sejenis dadah). Melemahkan masyarakat CHINA agar mereka tiada daya untuk berjuang mempertahankan tanah air. Seperti itulah kapitalis2 arak ini menyuburkan industri penjualan arak bagi merosakkan kelas masyarakat yang sihat.

Urusan kapitalis arak dengan kita adalah wang semata2.

Jangan la berfikir lebih2 sampai nak sayangi arak sampai mati. Mereka tidak berada di sana ketika kau semua sakit atau mati. Mereka juga tidak peduli jika mabuk2 kau akan merosakkan diri kau ataupun orang lain. Jauh sekali mereka kesah jika kau terlibat dalam kegiatan jenayah akibat perbuatan mabuk2 tadinya tue. Berhentilah bekap syarikat kapitalis arak macam dorang nak peduli apa yang akan jadi dengan hidup kau pula.

Dan orang2 Islam tak payah nak ceramah pongpang2 pasal kaitan sultan dengan arak blabla.. kilang arak UMNO rasmi, jadikan isu neh isu politik dan buka subjek2 yang tiada kaitan dengan topic perbahasan.

Memang bodoh korang neh. Bodoh. Merogol jenayah, membunuh pun jenayah. Kita lawan jenayah kerana dia jenayah bukan kita peduli siapa pelaku jenayah. Hanya kerana sultan buat majlis arak2 kau rasa pesta arak2 neh tak boleh dikritik? Kita kena lawan majlis arak dan pesta arak2. Kita tak perlu bodoh2 berada di antara salah satu kalau sebenarnya kita boleh buat pilihan untuk tidak menyokong kedua2nya.

Umat2 Islam di negara neh terlalu ramai yang bodoh2 kalau mereka sanggup memperbodohkan diri mereka bukan sahaja untuk mempertahankan tindakan bodoh wakil2 rakyat DAP dan PKR bahkan sanggup mempertahankan syarikat kapitalis arak pro BN. Bodoh dan layak la pergi mati. Jauh2 dari aku. Aku taknak tercemar dengan kebodohan korang semua. 

Tambahan pula. AKu tak sanggup bela politikus2 PR dan BN lebih2 sampai perlu pecah otak depan Allah di akhirat nanti pula. Bukan dorang nak bagi aku makan atau tanggung kehidupan aku selama neh sampai aku perlu berlebih2an membela kebodohan mereka. 

Jumaat, 10 Oktober 2014

Peruntukkan 711juta Untuk PERMATA - Kakitangan PERMATA Luahkan Rasa Kecewa.

Wow....

PERMATA antara agensi yang tidak terlepas dari mendapat perhatian Najib dalam pembentangan bajet 2015 siang tadi.

Ini ulasan berkaitan bajet untuk PERMATA ;



Rujukan : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buatrakyat_Bonussetengahbulangajipenjawatawam/Article?Bajet15

Oke.

Bajet 711juta untuk kementerian pendidikan, Tadika KEMAS, PERMATA, Tadika PERPADUAN atas tujuan pendidikan awal kanak2.

Maksudnya PERMATA pun ada saham la sekali untuk 711juta tue.

Dan ini pula luahan salah seorang kakitangan PERMATA.



Kami di PERMATA langsung tidak mendapat peruntukan berupa kewangan daripada pihak atasan. Nak buat majlis itu ini kena dapatkan sumbangan orang ramai.

WOWWWW..

Apa sudah terjadi neh?

Ce citer. Ce citer.

Peruntukan dari kerajaan ada. Tapi tak masuk sampai ke agensi ka? Hilang tengah jalan? Atau berakhir di lautan Hindi?

Lue fikirlah sendiri. Pasal aku pun tatau jawapannya.

KAH KAH KAH

Kbai.

Sesi Mengumpat Admin FOBN Beramai2 Di Alam Maya.

Tah hapa2 la page FOBN tue. FOBN ialah satu page pro BN yang berbayar. Ia dikendalikan oleh satu syarikat. Aku taknak ulas la bab dia punya bayaran ke apa ke itu lantak dorang. Ini bisnes punya citer so tak penting pun cerita kat sini.

Untuk rekod, setiap yang berpolitik tak kira PR mahupun BN memang kadang2 ada buat kempen berbayar untuk sebarkan propaganda dan sentimen secara konsisten.

Ini dorang punya strategi untuk market dorang punya parti. 

Biasalah tue.

Sekarang aku nak ulas satu cerita yang membuatkan seorang akak kena maki kaw2 kat dalam page FOBN tue. Ada dekat 10,000 komen dah.

Gila ah. 

Apa salah akak tue? Salah dia sebab jadi prihatin dengan golongan kelas tertindas.

Ini gambar yang depa dok sebar atas tujuan nak kutuk dia ;


Pertama. Akak Sally (nama akak tue) tak makan pasir.

Kedua. Akak tue punya point = Mahu bagi RAKYAT MAKAN PASIR kah???

Maksudnya, adakah BN mahu buat sampai rakyat dari makan nasi ke makan pasir. Bukannya dia tengah makan pasir sekarang neh. BM reti ke tak reti? NGOK NGEK betul la.

Lainkali p sekolah time belajar bahasa, belajar la betul2. Buat malu je.

Ketiga. Akak Sally pejuang untuk golongan tertindas. Miskin. Terdesak. Tak semestinya orang2 miskin je boleh berdemo. Orang2 kaya yang berdemo untuk orang2 miskin pun ramai juga. Macam ahli2 parlimen yang ada vellfire. Dorang solidariti. Salah ke buat macam tue sekarang neh?

Keempat. Hanya berdasarkan satu gambar, tak zoom pun, macam mana admin FOBN neh boleh tahu itu HP SAMSUNG? POWER GILE MATA KAU. Dan macam mana dia yakin itu hp baru?

Nampak?

Nampakk?

Agak2 la fitnah orang. Padahal kat page berapi2 tulis ;


Anti fitnah?

Anti fitnah dengan cara fitnah orang ka?

Anti fitnah la sangat.

KAH KAH KAH 

Yang kedua.

Lihat gambar ;


Admin FOBN sebar dengan niat nak kutuk perbuatan biadap pakcik neh. Biadap ke dia letak selipar kat poster? Bukan kat muka Najib betul2 pun. Dengan pakcik tua yang tak berdaya, takde harta benda dan kuasa pun korang nak cari pasal?

Biar la. Orang tua. Tertekan dengan masalah dan polisi double standard kat negara neh. Tak payah nak terasa sangat. Najib pun tak kecoh2, korang plak kecoh lebih2 dah kenapa? Kalau la gambar kau kat poster tue dan kena makan selipar, ingat Najib nak heran untuk bela2 kau?

BANGANG tak sudah. Reti la sedar diri woi. Dengan orang yang hopeless pun nak cari pasal. Macam takde isu jek aku tengok.

Yang ketiga.

Dia pergi sebarkan gambar kat bawah neh ;


Kat dalam posting tersebut, admin FOBN kena bash kaw2. Padan muka.

KAH KAH KAH

Untuk rekod, gambar neh kita orang dok troll kawan2 dulu yang dok tegar PR dan DSAI. Tak sangka plak si admin FOBN sanggup p sebarkan. Padahal itu isu lampau. Yang sekarang individu di atas sudah tidak tegar PR lagi. Bahkan baru2 neh DAP lapor SKMM atas kenyataan seksis seorang pensyarah UNITAR kan? Hah, facebooker itu la yang kena report. Tension kot. Ada salah faham sikit. Di pihak geng2 DAP (yang juga kawan2 aku, dorang rasa ayat politik onani itu berbaur seksis) tetapi di pihak dia pula, terma politik onani ialah salah satu terma yang terdapat dalam sains politik. Oleh kerana ini kawan vs kawan, so aku taknak masuk campur. Bikin serabut aje. Satgi campur karang aku yang kena katok. Buat bodoh dah la.

Yang keempat.

Gambar kat bawah neh aku dapat dari Papa Gomo. Laju gak aku dapat. Then aku rembat p upload kat FACEBOOK dan tag seseorang yang aku syak admin FOBN follow facebooker tersebut. Ataupun aku syak admin FOBN follow aku then mana2 posting yang aku response dia akan dapat notification automatik dia ter-update dengan jejak aku di facebook. Ataupun memang dia follow aku dan kawan aku dan beberapa individu yang dia rasa nak follow.

Gambar yang aku upload ; 
 

Dan selang beberapa minit. Sekali dia pula upload laju2 kat page FOBN. What the hell? Nampak sangat dia macam follow kami salah seorang ataupun semua.

KAH KAH KAH

FYI. Aku syak admin FOBN memang anti aku. Tak pasti semua ataupun salah seorang dari mereka. Ini kerana kemain ramai kot orang2 PR ataupun non partisan dok kritik, sindir, spam ataupun kutuk BN, dia tak delete. Atau BAN. Tapi.. aku yang baru komen sekali, itupun sekali aje, hanya sekali terus dia ban. 

Kenapa dia ban? 

Sebab dia tahu account tue aku dan dia memang sengaja nak ban aku.

Fack!

Kesimpulan dari sesi umpatan FOBN kali neh ialah bila kau nak unban aku oi setannnnnnnnnnnnnnn.. aku pun nak merapu gak kat wall ko tue.

KAH KAH KAH

Kbai.

Isi Kandungan Lengkap #Bajet2015.

Berikut kat bawah ialah isi kandungan bajet bagi tahun 2015 seperti yang dibentangkan oleh Najib Razak pada 10/10/2014 pada jam 4 petang di bangunan parlimen.

Baca la ;
































 













































































Analisis.

1. Walaupun BRIM dinaikkan dan diberi sebanyak 3 kali ia tak mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

2. Walaupun kerajaan umum GST tidak akan dikenakan terhadap

PETROL
DIESEL
GAS

Tetapi bukan bermaksud ia selama2nya akan begitu. Boleh jadi tidak akan dikenakan pada ketika ini, pada masa akan datang kita tak tahu. GST ke atas barangan makanan dan perkhidmatan asas pun sama. Benda tue bukan permanent. Ia hanya tidak dikenakan ketika ini. Bukan untuk selama2nya.

3. Masalah perumahan masih gagal diselesaikan oleh kerajaan dengan adil. Skim perumahan belia limited dan longgar. Kerajaan tak tumpu pada harga rumah dan ketamakkan pemaju yang membina rumah mahal2. Bagaimana pula dengan penduduk luar bandar yang tiada rumah? Projek perumahan kat kawasan luar bandar bukan sahaja kurang bahkan di sesetengah kawasan langsung takde projek perumahan. Apa citer?

4. Kerajaan juga tak tumpu kepada permasalahan rakyat yang bergaji bawah 3k tetapi tiada rumah tanpa kira had usia dan status. Samada ibu tunggal ke bapa tunggal ke warga emas ke.. OKU ke.

5. Projek perumahan PRIMA yang diumumkan oleh kerajaan hanyalah wayang. Daftar je laju2 kat website. Sampai sekarang projek perumahan PRIMA di beberapa negeri tak jalan. Apa citer? Buat wayang lagi.

6. Projek rent to buy tidak meliputi rumah2 lelong yang terdapat banyak di pasaran tempatan. Sedangkan rumah2 lelong lagi la rendah/murah bayaran ansurans bulanan memandangkan harga rumah tue dah murah/rendah (akibat lelong dan sudah dibayar selama beberapa tahun oleh pembeli sebelumnya). Patut kerajaan tumpu pada rumah2 macam tue untuk bantu rakyat yang tertindas. Jangan biarkan agent hartanah main harga dan pelelong lobi pasaran (sengaja main2 harga masa jualan lelong). Ini mesti geng2 hartanah geng2 depa juga. Takan nak rosakkan bisnes geng sendiri. Alahai.

7. Tak dengar pun kerajaan turunkan harga kereta. Bukan itu ada dalam manifesto ka?

8. BRIM untuk anak muda dikekalkan sedangkan BRIM untuk anak muda la orang paling banyak komplain suruh mahsuhkan. Najib neh dengar tapi tatau dia dengar apa. Buat2 dengar ataupun telinga dia tue perhiasan aje? Yang sebenarnya dia mungkin pekak badak.

9. Yang banyak2 pasal perumahan tue wayang atas kertas. Yang peruntukan itu ini dan blabla tue pun semua peruntukkan atas kertas. Tak guna puji apa bagai. Buang masa. Ia hanya betul2 berjaya andaikata apa yang terbit atas kertas terlaksana atas realiti. Tapi ikut pengalaman lampau, bajet tahun neh juga macam bajet2 tahun lepas iaitu bajet macam bagus tapi apa pun takde. Sembang je lebih.

Kla.

Bai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...