Dari wakil rakyat kepada promoter arak syarikat kapitalis pro BN. Bila aku sebut kapitalis ada sebab kenapa aku sebut kapitalis. Aku rasa semua orang tahu aku bukan jenis orang yang akan cakap lebih2 isu moral dan akhlak.
Isu arak pada aku bukan sekadar isu moral tetapi ia merujuk kepada satu industri. Aku akan terangkan citer tentang industri kejap lagi.
Tapi.
Kita buka citer tentang kronologi kejadian terlebih dahulu ;
- Octoberfest bermula tahun 2010. Tahun di mana Selangor sudah bernaung di bawah Pakatan Rakyat.
- Octoberfest ketika dahulunya mengadakan promosi secara tertutup kerana kita semua tahu pesta arak bukan untuk tujuan promosi dan galakan.
- Pesta arak tarafnya sama seperti pesta seks, pesta dadah dan segala macam pesta2 yang memudaratkan. Kita semua setuju arak memudaratkan tubuh badan. Kita juga semua setuju sebarang promosi ke arah perkara yang memudaratkan ditegah. Sebab tue ko takan jumpa iklan ajak kau merokok atau iklan ajak kau buat seks bebas, atau iklan ajak kau hisap dadah atau iklan yang suruh kau beronani dan sebagainya.
- Jika dahulu ia dibuat secara tertutup tetapi tahun neh ia bermula secara terbuka dengan menjadikan beberapa negeri sebagai lokasi promosi.
- Ia mula menjadi kecoh apabila satu bandar yang dihuni majoriti umat Islam menjadi lokasi untuk mempromosikan pesta arak tersebut. Bukan soal sensitiviti tapi soal kenapa promosi satu gaya hidup yang tidak sihat secara terbuka?
- Iklan tersebut menjadi polemik antara PAS vs PAS pada mulanya sebelum menjadi kontroversi antara PAS vs sesetengah pimpinan dalam PAS, PKR & DAP pada akhirnya.
- Yang kita tekankan banyak kali ialah soal galakan dan gaya hidup yang tidak sihat.
- Tidak kita larang non muslim untuk minum arak. Mereka bahkan pada bila2 masa, di mana2 saja kawasan yang sepatutnya, boleh minum arak sesuka ahti biarpun sampai mabuk2 hingga memudaratkan diri sendiri tidak menjadi halangan kepada kita. Ia menjadi isu andaikata perbuatan mabuk mereka ini menyusahkan orang ramai. Tetapi dari 0 kepada mabuk, kita umat Islam tidak pernah marah. Yang kita runsing dari mabuk kepada kacau orang. Jika mabuk tak kacau orang kita umat Islam juga tak pernah peduli hak privacy masing2.
- Kemudian wakil2 rakyat dari DAP khususnya seolah2 mengambarkan pesta arak dan gaya hidup tidak sihat ialah cara hidup non muslim. Ini boleh dilihat bagaimana mereka mislead dari subjek sebenar.
Subjek sebenar gaya hidup yang tidak sihat. <-- ini yang umat Islam tekankan.
Subjek mislead oleh DAP ialah umat Islam larang non muslim minum arak. <-- ini yang wakil rakyat DAP serapkan supaya non muslim jadi benci dan marah kepada muslim sekaligus membangkitkan elemen2 perkauman bagi mengapi2kan umat islam dan non muslim.
Kenapa DAP begitu bertegas sekali mempertahankan satu event anjuran kapitalis arak yang kita semua rata2 tahu proksi kuat kepada Barisan Nasional di Selangor? Adakah syarikat arak kapitalis pro BN itu telah atau pernah melaburkan dana bagi tujuan politiking di negeri Selangor?
Kenapa daripada seorang wakil rakyat yang sepatutnya menekankan ciri2 hidup yang sihat dan bermoral bertukar menjadi seorang promoter arak dan promoter kepada pesta mabuk2?
Berapa agaknya jumlah wang yang DAP terima/mendapat manfaat dari peniaga2 kapitalis arak sehingga sebegini rendah mereka pergi untuk mempromosikan satu event gaya hidup tidak sihat?
Atau sepertimana yang dikatakan oleh editor Malaysiakini versi BM, abang Fathi Omar ketika aku berbahas dengan dia pada semalam di wall abang Arif Atan, bahawa tindakan PKR dan DAP promosi pesta arak adalah untuk secure undi dan sokongan dari kalangan non muslim yang merasakan cara hidup mereka telah dihijack oleh umat2 Islam dalam PAS?
Adakah sebegini rendah nya taraf pemikiran non muslim yang lebih mementingkan kelangsungan mereka untuk mabuk2 berbanding jika ahli2 parlimen mereka menyediakan solusi untuk menyelesaikan masalah2 berbangkit seperti isu perumahan, tangga gaji, kos sara hidup, sistem pengangkutan yang cekap, patahkan tembok diskriminasi, hapuskan elemen2 racist dan prejudis dalam sistem pendidikan negara dan sebagainya? Ia sesuatu yang sukar untuk aku percaya kerana bagi aku non muslim sejujurnya tahu mereka boleh berpesta arak sekalipun tanpa promosi di mana2 pub dan disco2 yang disukai walaupun dengan halangan dan kritikan PAS. Jadi apa yang ingin ditunjukkan oleh DAP bukan la untuk SECURE votes dari non muslim.
Aku tidak percaya.
Penaakulan aku ialah DAP sedang melakukan ;
- PROVOKASI kepada PAS, UMAT ISLAM dan ISLAM.
- Yang menjadi masalah bila DAP gagal fahamkan bahawa bukan semua umat Islam itu terlibat dan terbabit dengan arak macam monarki dan mereka2 yang bina kilang arak dan mengutip cukai darinya. DAP sikit pun tak jaga sentimen pada sesetengah umat Islam yang benar2 patuh pada larangan agama. Jika sekalipun ada umat2 Islam yang jahat, racist dan bias, tetapi dalam waktu yang sama disitu juga ada umat islam yang baik.
- DAP mungkin atau telah mendapat maafaat berupa dana/sokongan/atau apa2 sahaja dalam PRU yang lepas hingga memastikan mereka perlu SECURE HAK kapitalis2 arak di Selangor.
Gaya hidup tidak sihat adalah bukan untuk tujuan promosi. Satu komen kawan aku Benz Ali yang aku suka nak kongsikan disini ;
Jika apa yang dilakukan oleh wakil2 rakyat PKR & DAP itu bagus apa kata lepas neh kita biar aje iklan2 yang mengalakkan budaya merokok, mabuk2, melacur, meliwat, hisap dadah tersiar di kaca tv dan terpacak atas jalan.
Why double standard? Cara hidup wakil rakyat DAP ialah mabuk2 dan ia diraikan. Atas sebab apa cara hidup orang yang hisap dadah tidak boleh diraikan?
Nampak?
Yakni. DAP harus terlebih dahulu mengambil satu ketetapan yang konsisten. Pesta arak baik atau tak baik. Jika baik kita promosi satu Malaysia dan biar ia masuk kat tv, dan kat sekolah2 sampai ke dalam kelas2 sekolah venacular kesayangan ahli2 DAP ini. Perkara yang baik jangan kita simpan makan sendiri ia adalah untuk promosi dan mari la kita semua mabuk bersama2. Jika ia tidak baik kenapa wakil2 rakyat DAP dan PKR lancau sangat pergi promosi satu gaya hidup yang tidak sihat kepada masyarakat sedangkan kamu itu wakil rakyat?
Oke. Bercakap tentang industri. Kita semua kena berbalik kepada sistem kapitalis apabila berbahas isu tentang perniagaan arak. Perniagaan arak ini telah dijenamakan sebagai satu perniagaan yang tidak sihat sebab arak tidak ditarifkan sebagai minuman. Tarifan bagi arak ialah sama seperti tarifan bagi rokok. Minum atas hak sendiri. Kerana ia memudaratkan tubuh badan. Risiko tanggung sendiri macam kau tanggung risiko hisap rokok.
Sebab itu di mana2 sahaja kau boleh tengok kempen2 kesedaran tentang pengambilan alkohol tak kira la dalam negara atau luar negara kerana ia berkait langsung dengan kesihatan dan kempen gaya hidup sihat. Malaysia telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan pesakit2 alkoholic. Meskipun Malaysia juga mendapat cukai / manfaat dari kapitalis2 arak tetapi lebih banyak yang dilaburkan untuk rawatan dan kempen kesedaran. Cukai yang diterima sebenarnya tidak berbaloi malahan merugikan. Ada orang mati dan terjejas dengan arak. Sesuatu yang kau tak boleh betulkan walau berapa banyak duit yang kau ada.
Bagi memastikan perniagaan arak ini laris, maka kapitalis2 arak ini telah membina satu jaringan industri hiburan untuk menarik perhatian orang ramai bagi mendapatkan arak. Ingat. Arak akan mati tanpa pembeli. Maka kapitalis2 arak ini aimnya ialah wang ringgit. Apa guna arak jika tiada pelanggan. Maka mereka bina kelab2 malam, pub2 hiburan dan menggunakan wanita2 ataupun lelaki2 sebagai daya tarikan seksual bagi mendorong masyarakat untuk mengunjungi perniagaan mereka. Ini la cara mereka cari makan.
Dan bila ada yang terlalu ketagihan sehingga merosakkan tubuh badan sendiri dan akhirnya berpenyakit, peminum2 arak ini akan berubah daripada bergantung kepada kapitalis arak kepada kapitalis perubatan.
Kapitalis2 arak neh tak peduli pun jika akhirnya kau sakit, merosakkan tubuh badan sendiri, merosakkan sistem masyarakat ataupun menyusahkan orang ramai. Mereka hanya peduli bila kau bagi mereka duit ketika kau minum arak.
Punya la gila sesetengah masyarakat yang beria2 membela perniagaan2 kapitalis arak dan itupun perniagaan kapitalis2 arak pro BN.
Sudah la begitu mereka tatau bagaimana perniagaan kapitalis2 arak ini juga digunakan untuk menyebarkan budaya2 yang tidak sihat seperti pelacuran dan dadah. Ini semua satu jaringan industri yang merosakkan kelas masyarakat yang sihat. Supaya kita semua menjadi rosak dan berpenyakit. Belajar la dari zaman candu ketika China berada di era penjajahan BRITISH. Bagaimana BRITISH melalaikan masyarakat CHINA agar tidak bangkit melawan penjajahan apabila mengalakkan budaya khayal dengan candu (sejenis dadah). Melemahkan masyarakat CHINA agar mereka tiada daya untuk berjuang mempertahankan tanah air. Seperti itulah kapitalis2 arak ini menyuburkan industri penjualan arak bagi merosakkan kelas masyarakat yang sihat.
Urusan kapitalis arak dengan kita adalah wang semata2.
Jangan la berfikir lebih2 sampai nak sayangi arak sampai mati. Mereka tidak berada di sana ketika kau semua sakit atau mati. Mereka juga tidak peduli jika mabuk2 kau akan merosakkan diri kau ataupun orang lain. Jauh sekali mereka kesah jika kau terlibat dalam kegiatan jenayah akibat perbuatan mabuk2 tadinya tue. Berhentilah bekap syarikat kapitalis arak macam dorang nak peduli apa yang akan jadi dengan hidup kau pula.
Dan orang2 Islam tak payah nak ceramah pongpang2 pasal kaitan sultan dengan arak blabla.. kilang arak UMNO rasmi, jadikan isu neh isu politik dan buka subjek2 yang tiada kaitan dengan topic perbahasan.
Memang bodoh korang neh. Bodoh. Merogol jenayah, membunuh pun jenayah. Kita lawan jenayah kerana dia jenayah bukan kita peduli siapa pelaku jenayah. Hanya kerana sultan buat majlis arak2 kau rasa pesta arak2 neh tak boleh dikritik? Kita kena lawan majlis arak dan pesta arak2. Kita tak perlu bodoh2 berada di antara salah satu kalau sebenarnya kita boleh buat pilihan untuk tidak menyokong kedua2nya.
Umat2 Islam di negara neh terlalu ramai yang bodoh2 kalau mereka sanggup memperbodohkan diri mereka bukan sahaja untuk mempertahankan tindakan bodoh wakil2 rakyat DAP dan PKR bahkan sanggup mempertahankan syarikat kapitalis arak pro BN. Bodoh dan layak la pergi mati. Jauh2 dari aku. Aku taknak tercemar dengan kebodohan korang semua.
Tambahan pula. AKu tak sanggup bela politikus2 PR dan BN lebih2 sampai perlu pecah otak depan Allah di akhirat nanti pula. Bukan dorang nak bagi aku makan atau tanggung kehidupan aku selama neh sampai aku perlu berlebih2an membela kebodohan mereka.