Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Oktober 2014

Sesi Mengumpat Shahidan YG Cover Rosmah Dan Abdul Wahid Isu Kos Sara Hidup.

Tadi baca kat berita. Ada laporan tentang menteri yang enggan dedahkan perbelanjaan yang ditanggung oleh rakyat jelata ke atas penerbangan Rosmah Mansur ke Indonesia dan lain2 kawasan.

Ini apa yang dilaporkan ;

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.

Adakah ini SOP yang betul? Maksud aku apa hak menteri merahsiakan perbelanjaan yang digunakan ke atas Rosmah dalam parlimen? Adakah ini dibenarkan? Untuk apa merahsiakan perkara tersebut sedangkan perkara itu melibatkan wang pembayar cukai.

Shahidan Kassim tak menjawab soalan. Dia hanya perlu dedahkan butiran perbelanjaan yang digunakan ke penerbangan tersebut apabila ditanya. Seterusnya ia adalah hak rakyat untuk tentukan samada ia anggaran yang bersesuaian dengan kosnya ataupun tidak.

Kenapa dia perlu buat keputusan bagi pihak kita?

Dan kenapa seseorang menteri diberikan hak untuk merahsiakan sesuatu perkara seperti ini? Bukannya ia terletak di bawah akta OSA pun. Rakyat berhak tahu setiap tahu sen yang dibelanjakan oleh kerajaan kerana ia melibatkan wang pembayar cukai. Shahidan Kassim tiada hak untuk merahsiakan perkara itu.

Dan tadi. Agak terlewat. Baca ulasan Ahmad Wahid kat BH online.

Ini apa yang dia sembang bajet bagus ;


Dan dia kata lagi ;

"Masih ramai keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 walaupun ada peningkatan sebanyak 10 peratus jumlah isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke atas sejak 2009 hingga 2014 berdasarkan kajian baru-baru ini.

Abdul Wahid berkata berdasarkan kajian yang sama, purata pendapatan isi rumah meningkat daripada RM4,025 sebulan pada 2009 kepada RM5,000 sebulan pada 2012 dan RM5,919 sebulan pada tahun 2014 berdasarkan data awalan kajian itu.

Pendapatan menengah atau median meningkat daripada RM2,830 pada 2009 kepada RM3,636 pada 2012 dan RM4,258 pada 2014 iaitu peningkatan lapan peratus sepanjang lima tahun.

"Bagi 40 peratus isi rumah terendah ia meningkat daripada RM1,440 pada 2009 kepada RM1,847 pada 2012 dan RM2,312 pada 2014 iaitu peningkatan 10 peratus setahun dalam tempoh yang sama," katanya.

Sehubungan itu katanya kerajaan akan terus melaksanakan usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah negara ini termasuk pelaksanaan gaji minimum, meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), meluaskan inisiatif seperti Kedai 1Malaysia (KR1M), dan menyediakan peluang perniagaan kepada mereka.



---------------------




Aku faham dia cakap purata. Tapi kan aku dah sebut. Pengiraan purata itu bersifat tidak adil sebab ko kira sekali miskin kaya. Tak adil. Tak tepat untuk gambarkan situasi sekarang.


Dalam gambar di atas dalam kotak merah tue agak2 korang, korang faham tak point si Abdul Wahid neh? 

Modal insan blablablablaa.. kreativiti blablaa.. apa semua neh merungsingkan kepala hotak aku la setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

Aku rasa Abdul Wahid neh tak tumpu pada masalah sebenar. Masalah sebenar golongan yang berpendapatan bawah 3k ialah ;

PEMBELIAN RUMAH.
SUSAH NAK BELI RUMAH.
RUMAH MAHAL NAK MAMPOS.
HARGA RUMAH MAHAL GILA KAW.
RUMAH.RUMAH.RUMAH.RUMAH.RUMAH.RUMAH.RUMAH. DAN SEKALI LAGI. RUMAH.

RAKYAT di negara ini susah nak beli rumah. Sebab harga rumah mahal nak mampos. Yang boleh beli rumah pula belum tentu mampu bertahan. Banyak rumah2 yang dibeli selepas beberapa tahun kena lelong sebab tak mampu nak cover bulanan. Mungkin hilang pekerjaan. Bisnes drop. Kematian. Kerugian. Kena tipu. Dan macam2 situasi lagi.

So masalah utama rakyat kat negara ini ialah MENDAPATKAN KEDIAMAN YANG BOLEH DIANGGAP KEDIAMAN.

PEMAJU kat Malaysia berlumba2 bina rumah kedai. Bangunan. Perumahan mewah.

Rumah rakyat yang kerajaan bina pun kerajaan sasarkan rumah PRIMA yang tah bila tahun nak siap projeknya. Ada yang langsung tak bergerak2. 1 juta rumah? 1 juta rumah my foot. Lepas tue letak harga rm100,000 paling rendah. Satu lagi kepala bana. Bila tahun nak habis bayar hutang? Takde ahti perut ke korang semua tengok orang lain terpaksa merempat sana sini sebab takde rumah?

Rumah + pinjaman campur riba = masa pemaju jual rumah pemaju dah masukkan harga untung = pinjam bank pula bank cekik darah kenakan riba terlampau = dah beli rumah plak kena bayar cukai hartanah = nampak tak betapa terjerutnya leher rakyat semata2 hanya mahu mendapatkan satu tempat untuk dia berlindung dari panas, sejuk, binatang, malam dan hujan untuk mendapatkan tidur dan rehat yang selesa?
 
Apakah menteri2 Malaysia tak nampak lagi betapa pentingnya penyediaan rumah untuk rakyat tanpa mengira kelas dan pendapatan? Focus la pada masalah sebenar. Selesaikan dulu masalah perumahan. Ini la masalah utama rakyat. Modal insan blablabla kreativiti apa semua kepala bana susun ayat elok2 pun haram jadah takde point la bangang. Bengang aku.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...