Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 November 2014

Giliran Gaji & Pencen Adun Pula Bakal Dinaikkan.


Cara wakil rakyat Malaysia buat kerja adalah sangat kuno dan keterbelakang.

Wakil rakyat Malaysia gila hadir majlis itu majlis ini dan bajet itu sebahagian dari kerja-kerja mereka.

Wakil rakyat Malaysia juga gemar buat kenyataan2 kontroversi untuk dikenali dan bajet itu yang rakyat mahukan.

Dan wakil rakyat Malaysia juga takut dedahkan no telefon sendiri kepada pengundi2 di kawasan mereka dan takut untuk menerima kritikan dan komen2 yang keras lagi lantang.

Itupun ada ahti nak naik gaji.

Buat kerja macam sial. Sibuk nak naik gaji aje. Wakil rakyat yang bodoh nak mampos. Buat kerja tak semegah mana sibuk sembang bab kenaikan gaji. Mengarut aje semua neh. Untuk rekod, selepas Sarawak, Selangor, Sabah bakal menyusul menaikkan gaji adun masing2. Dan negeri2 lain pun akan berbuat demikian kot bila usul kenaikan adun dibentangkan. Satu2 isu yang pembangkang mana2 negeri sekalipun takan membantah.

KAH KAH KAH

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berharap kerajaan negeri menaikkan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing susulan cadangan elaun anggota Dewan Rakyat dinaikkan dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata langkah itu akan memberi keselesaan kepada wakil rakyat berkenaan selepas bersara.

"Bila meningkat sahaja elaun wakil rakyat di peringkat Parlimen, dewan undangan negeri pun biasanya akan ikut sama. Jadi, pencen mereka juga akan meningkat.

"Ada negeri seperti Selangor dan Sarawak sudah pun berbuat demikian dan kita berharap negeri lain akan mengambil langkah sama susulan pembentangan Bajet 2015," katanya kepada Bernama ketika ditemui semalam.


Dalam Bajet 2015, elaun anggota Dewan Rakyat dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan Gred Jusa C, manakala elaun bagi anggota Dewan Negara dinaikkan daripada bersamaan Gred 48 kepada bersamaan antara Gred 54 dan Jusa C.

Ketika ditanya mengenai harapan dalam Bajet Negeri Sabah yang akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada 7 November ini, Yang Dipertua Mubarak Negeri Datuk Yussof Abd Manan berkata beliau difahamkan kerajaan negeri bersedia untuk menaikkan elaun Adun di Sabah.

"Kita nampak isyarat daripada ketua menteri beliau pun tengah membuat persediaan untuk menaikkan elaun Adun di Sabah. Tetapi tidak tahu berapa amaun.

"Mubarak negeri ada majukan cadangan kepada kerajaan negeri agar kenaikan elaun haruslah melibatkan pencen bekas wakil rakyat dan cadangan amaun kenaikan tidaklah terlalu rendah dan tidak juga terlalu tinggi sehingga membebankan kerajaan negeri," katanya.

Yussof juga berharap pencen bekas Adun pula tidak kurang daripada pendapatan golongan yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Agak janggal bagi bekas wakil rakyat, yang menerima pencen rendah, berbaris untuk menerima BR1M.

"Mereka juga segan kerana pernah dikenali sebagai 'Yang Berhormat' (YB) dan kita (Mubarak) juga mahu menjaga nama baik institusi YB ini," jelasnya. – Bernama, 2 November, 2014. - TMI

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...