Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Isu Lebuhraya KIDEX.


Bestnya tengok dorang bergaduh kat Selangor.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Apa pun kat bawah neh bukan gaduh. Tapi perbincangan dan perdebatan yang sihat. Aku taknak side mana2 dalam isu KIDEX. AKu nak tengok hujah dari kesemua pihak. Yang neh aku rasa wajar untuk dikongsikan bagi pembacaan semua pihak yang mahu peduli apa itu KIDEX. 

Dalam isu KIDEX. Aku masih blur2 tak faham kepada siapa aku patut berpihak.

Baca lah ;

Isu Lebuh Raya KIDEX

Salah seorang sahabat FB saya, saudara Nazri Abd Aziz, pos isu ini sebagai menunjukkan TSKI tidak mementingkan rakyat. Berikut ini fakta-fakta beliau:

Meneruskan Konsesi Lebuhraya Bertol

i) Sangat jelas keputusan PRU sejak 2008 dan 2013 adalah atas kempen berterusan meringankan beban rakyat termasuk pengecualian kutipan tol untuk lebuhraya peringkat pusat dan negeri yang telah mencapai “status breakeven”. Rakyat yang sudah cukup terbeban dengan kesempitan hidup meletakkan harapan sangat besar untuk PR melaksanakan perubahan tersebut tatkala berkuasa. Lebuhraya dengan konsep konsesi tol kepada pihak swasta yang rapat dengan UMNO BN adalah satu pengkhianatan kerajaan UMNO BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

ii) Ironi, apa yang dilakukan oleh TSKI adalah meluluskan secara prinsip 6 (enam) konsessi lebuhraya di Selangor sahaja, dengan mengguna pakai sistem konsesi sama seperti kerajaan UMNO BN lakukan. Atas nama pembangunan, beliau melaksanakan konsep yang jelas dibantah keras oleh PR sejak berzaman.

iii) Baru satu sahaja didedahkan kepada rakyat iaitu “projek KIDEX”, majoriti rakyat bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan. Tetapi TSKI dengan “keras kepalanya” menyatakan beliau akan tetap meneruskan project raksasa bersama Kerajaan Pusat tersebut dalam kadar segera.

iv) Lagi sekali langsung tiada perbincangan atau apa jua konsultansi peringkat MPR dalam perkara sangat besar dan penting yang berlawanan dengan dasar PR tersebut.

JAWAPAN SAYA:

1. Lebuhraya KIDEX ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri ke?

2. Kalau Kerajaan Persekutuan mengemukakan usul untuk bina Lebuhraya KIDEX kepada Kerajaan Negeri Selangor, sebagai sebuah kerajaan apa yang sepatutnya dilakukan? (Tolong jawab sebagai sebuah kerajaan bukan sebagai seseorang yang bermentaliti pembangkang)

3. Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang nak bina laluan bawah laut dari Pulau Pinang ke Seberang Perai yang ditentang hebat oleh dua NGO terkemuka dalam negara ini iaitu CAP dan SAM. Saya nak tanya ketika usul ini dibuat oleh LGE dia ada bawa ke konsultansi peringkat PR ke?

4. Kalau perkara itu tidak di bawa ke konsultansi peringkat PR, mengapa tiada usul gantikan LGE.

5. Kerajaan Pulau Pinang bawah LGE secara senyap-senyap meluluskan enakmen berkaitan Pilihanraya Majlis Kerajaan Tempatan, ada pernah dapat persetujuan majlis konsultansi PR ke? 

6. Kalau tidak pernah dapat, mengapa tidak turunkan LGE?

Mohon jawap balas pada hujah2 yang dikemukakan.

Yang tak terlibat tue dok tepi sudah la. Mari kita baca hujah2 depa dari jadi nasi tambah.

HA HA HA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...