Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Julai 2014

Muhd Taib Kritik Presiden PAS, Sokong Anwar Ibrahim.

Aku tak pernah tulis di blog secara direct. Tapi di group wassap banyak kali aku tulis perkara neh. Dengan sebut nama la kan. Seseorang diarahkan oleh seseorang untuk masuk ke dalam sesuatu parti untuk memainkan peranan, memerhati, menghasut, menyampaikan maklumat dan memastikan kelebihan berpihak kepada sesuatu parti tu. Sesuatu parti itu tidak sedar dan ahli2 parti itu juga banyak bodohnya dalam memahami propaganda politik. Sampai sucikan kesalahan lampau seseorang yang baru masuk parti atas arahan seseorang. Kerana jika kita tinjau kecenderungan seseorang kita faham sangat baju yang sesuai dengan idelogi dia ialah biru muda dan bukannya hijau. Dan bila kita kritik betapa bangangnya ahli2 hijau dok sucikan orang maka pengikut2 ahli hijau meroyan nak mampos. Sekarang yang dibela dah lawan presiden parti bahkan tak sekufu dengan TGNA juga. Apa rasa pengikut hijau? Rasa oren ke? Sedap kena tipu?

KAH KAH KAH

Dan seseorang itu semakin memainkan peranan dia. Dan jika sesuatu parti itu mahu tahu, bukan hanya seseorang je yang duduk dalam parti hijau tapi mainkan peranan untuk parti biru muda.

Ha Ha Ha Ha

Selepas hanya setahun menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib secara terbuka menyalahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. Tegas Muhammad, Abdul Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan menyatakan sokongan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

 "Kenyataan Presiden PAS telah menimbulkan suasana tegang. Sepatutnya hal ini akan dibincangkan dahulu pada pada 10 Ogos akan datang.

 "Selepas itu barulah keputusan PAS dimaklumkan secara rasmi," katanya pada Selasa. Muhammad menyertai PAS pada April 2013. Beliau berkata demikian menerusi surat terbuka yang dikirimkan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk 'Mengapa Menteri Besar Selangor Perlu Ditukar'.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang turut menyokong Abdul hadi mempersoalkan alasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Sebelum itu, Dewan Ulama PAS Pusat turut menyatakan sokongan mahu supaya Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi.

 Selain itu, menerusi surat terbuka itu juga, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan daripada ahli PAS, PKR dan DAP. - mStar.com.my

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...