Perhimpunan yang berlanjutan melebihi tempoh sebulan lebih ini akhirnya mengundang tragedi kali ketiga apabila tentera Mesir di bawah arahan Al Fattah Sisi mengambil keputusan untuk menanggani peserta2 perhimpunan dengan keras dan kasar untuk menyuraikan perhimpunan tersebut. Bagi mereka, selama mana perhimpunan tersebut berlaku, selama itulah Mesir akan berada dalam krisis pentadbiran dan ekonomi kerana pergolakkan dalaman.
Kali pertama sejurus selepas Morsi di tumbangkan. 50 maut di tempat perhimpunan yang berhampiran masjid. Lokasi Cairo. Sama seperti lokasi sekarang.
Kali kedua, 26 Julai. Lebih ramai yang terbunuh berbanding kali pertama. Nekad. Nampak sangat dorang benar2 nak melakukan pembunuhan dengan niat. Atas alasan nak menyuraikan perhimpunan. Dan kali ketiga rabu lepas. 13 Ogos. Yang paling kejam dan sadis.
Sebelum peristiwa kekejaman rabu lepas terhadap penyokong Mursi ini berlaku, beberapa penganalisis politik antarabangsa dan pemerhati ada memberitahu bahawa Mesir akan jatuh ke kancah perang saudara jika tidak menanggani kes ini dengan betul.
Nampaknya apa yang di ulas oleh pemerhati politik itu ada benarnya.
Menumbangkan Mursi, dan Mursi disorokkan sehingga kini, kedudukannya dirahsiakan, Mursi dibicarakan bersama beberapa pimpinan IM, beberapa menteri2 Mesir juga terpaksa berundur dan merampas kuasa secara melulu, bukan penyelesaian yang baik bagi protes yang pertama. Sepanjang Mursi memerintah, walaupun pengkritik2nya melakukan demo jalanan, belum la lagi sampai ke tahap menyiksa dan membunuh peserta2 demo.
Apa yang dilakukan oleh Alfattah Sisi memang melampaui batas kemanusiaan. Gambar2 di bawah neh akan membuktikan. Angka korban seperti yang dilaporkan AlJazeera adalah 281. Ini angka yang terkini. Tetapi yang dilaporkan oleh Utusan ialah 2,200. Menurut Utusan, angka ini diambil dari jurucakap yang mewakili Ikhwanul Muslimin yang dipetik dari account twitter.
Mana satu yang sahih aku tatau.
Manakala mereka yang tercedera pula sudah masuk ke angka berpuluh2 ribu. Laporan ini hampir selari dalam beberapa portal antarabangsa dan media tempatan.
Dalam laporan yang sama, turut melaporkan bahawa 43 anggota keselamatan dari pihak tentera terkorban dalam operasi terbaru menyuraikan peserta perhimpunan. Namun setakat ini tiada lagi gambar2 rakaman dari jurukamera berita yang berada di lokasi untuk membuktikan kenyataan tersebut sehingga ia dipersoalkan oleh beberapa pihak.
Ketika ini dunia sedang mendesak kedua2 pihak yang terlibat dalam kancah peperangan ini berhenti dan bertenang. Tapi dari apa yang aku perhatikan ialah pihak yang kena berhenti sekarang neh pihak tentera. Serangan mereka bermula pada hari rabu hari tue dan berterusan sepanjang hari.
Pihak yang berdemo pula mereka tak melakukan serangan pun. Mereka bertindak balas sebab diserang. Bukan di pihak yang melakukan serangan permulaan. Mereka sampai setup klinik kat tempat perhimpunan bagi merawat mereka2 yang tercedera.
Kekasaran dan kekejaman yang dilakukan ke atas peserta perhimpunan memang tidak masuk akal dan melampaui batas. Ini bukan caranya. Gas pemedih mata + penembak tepat + helikopter + kereta perisai + jentolak = alat2 yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan.
PENEMBAK TEPAT?
Mereka bukan tembak ruang udara bagi tujuan menakut2kan oke. Mereka tembak orang terus. Boleh nampak tak mereka punya gila macam mana? Yang lebih gila tindakan tersebut disokong pula oleh menteri Mesir. Dengan memberikan alasan bahawa keputusan tersebut [ untuk menyuraikan peserta perhimpunan ] bukan mudah. Ia diambil selepas mereka melalui proses meditasi yang panjang. Tindakan peserta perhimpunan [berdemo] tidak boleh diterima oleh mana2 kerajaan sekalipun..
Kepala hangok dia.
Bila penentang Mursi berdemo berhari2 lama nya, boleh pula?
Penyokong Morsi yang berhimpun sehari terus kena teargas dan dibunuh. Meditasi kepala bana dia.
Perintah berkurung telah dikeluarkan di 14 bandar di Mesir ketika ini. Larangan untuk keluar pada waktu malam dan waktu siang pula semua yang keluar akan diperiksa ID masing2. Tentera hanya akan melepaskan mereka2 yang layak keluar sebaliknya sesiapa yang tiada urusan tidak dibenarkan keluar dari tempat tinggal dan penempatan masing2. Dengan pemimpin utama Ikhwanul Muslimin ditahan sejurus serangan dilepaskan kepada penyokong2 Mursi yang buat dua kem perhimpunan di Cairo. Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah. Kedua2 kem tersebut telah terjejas teruk. Tempat letak makanan pun kena ambush. Jurucakap tentera mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pada rabu lepas adalah tindakan permulaan. Tindakan permulaan pun dah sekasar dan sekejam ini, apa pula tindakan susulan mereka?
Mari la sama2 kita mendoakan untuk saudara2 kita di Mesir sana. Jangan lupa sertai beberapa siri demo dan tunjuk perasan, aktiviti dan juga solat hajat dan doa untuk saudara2 kita di Mesir.
Ini antara dua aktiviti terkini yang diusahakan oleh beberapa pihak bagi menunjukkan kita bersama2 mereka yang teraniaya di Mesir.
Rujuk ;
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=548904905176929&set=a.101246699942754.1687.100001722723145&type=1&relevant_count=1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151894135992189&set=a.345091282188.188366.345034017188&type=1&relevant_count=1
Nota : Tolong sebarkan berita ini di wall masing2 memandangkan media massa kita kurang memberikan highlight kepada isu neh.
Terima kasih.
Rujukan :
https://twitter.com/QasimKahloon/status/367601894203461632/photo/1
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
https://twitter.com/iFalasteen/status/367514849418289152/photo/1
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2013/08/201381492232258172.html
http://www.aljazeera.com/indepth/inpictures/2013/08/2013814142336191647.html