Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2013

Persoalan2 Yang SPR Kena Jawab.

Jawab la. Jangan lari. Aku dah tekan kan banyak kali. Kalau salah mengaku aje. Jangan nak spin ayat sana sini. Orang dah muak dengan penipuan korang oke. Dah muak. Menipu satu hal. Terkantoi satu hal. Cubaan melakukan pembodohan satu hal lagi. Apa ko ingat rakyat Malaysia neh seme bebal2 belaka ke apa? Takde ahti dan perasaan ke apa lepas kena tipu je tak henti2?

Silap besar la ko weh SPR.

Silap besar oke.

Rasanya aku dah sebut banyak kali neh. Kita orang sebagai rakyat bukan lah mengharapkan SPR mestilah maksum dan perfect 100%. Tapi at least bila ada benda2 meragukan, bila ada aduan, amek positif akan aduan2 tersebut dan tanggani dengan telus. Ini setiap kali kita report, korang spin cakap kita orang fitnah. Ingat, korang yang bentuk kita orang untuk bersikap menyerang korang.

Kalau la dari awal lagi korang amek seriyus dengan semua aduan2 kita orang, kita takan saling bergaduh macam neh. Masalah utama berpunca dari sikap korang sendiri yang tak layan tuntutan BERSIH dengan IKHLAS dan tidak menyelesaikan aduan berbangkit secara telus dan amanah. 

Semalam menteri dah dedahkan 3 isu besar yang membabitkan SPR. Sekaligus membuktikan korang terkantoi menipu rakyat marhaen yang sebenarnya paksa diri bagi peluang untuk SPR membuktikan ketelusan mereka dalam PRU yang lepas. 


Sebelum neh SPR menyebut kandungan dakwat kekal ada silver nitrate. Rujuk sini. Lepas tue bagi alasan yang kandungan silver nitrate dah dikurangkan atas nasihat kementerian kesihatan kerana mementingkan kesihatan para pengundi. Kata Ahmad Maslan, penggunaan dakwat kekal yang tidak memenuhi protokol boleh menyebabkan kanser. 

Sabar.

Ini bukan timing untuk korang gelak oke. Kita kena seriyus sekarang neh. SPR tengok kita gelak sana gelak sini dia ingat kita main2 kot bila desak dorang pikul tanggungjawab.

Sekarang semua yang pernah SPR sebut dulu pasal dakwat kekal 100% tak betul. Daripada dakwat kekal yang sepatutnya kekal 7 hari sampai la kepada dakwat kekal rupa2nya pewarna makanan, semua pun hanyalah penipuan semata2.

6.9 juta digunakan untuk beli pewarna tiruan dari pembekal yang dirahsiakan atas nama keselamatan negara.

7.1 juta kos keseluruhan untuk proses dakwat kekal dari A sampai Z.

Sekarang rakyat mahu SPR jawab persoalan2 neh ;

1. Siapa yang mahu bertanggungjawab memulangkan semula wang negara sebanyak 7.1 juta apabila dakwat kekal yang dibeli sebenarnya bukan la dakwat kekal tetapi sebenarnya pewarna tiruan?

2. Siapa yang mahu bertanggungjawab atas beberapa tekanan dan penganiayaan2 yang di alami oleh penjawat awam dan pengundi biasa bila mereka mendedahkan kepincangan dalam dakwat kekal. Bukan setakat maki hamun bahkan ada yang kena pecat, kena keluar dari negara Singapore, kena tukar dan diturunkan pangkat dan sebagainya?

3. Bila SPR bersedia mendedahkan nama syarikat yang membekalkan pewarna tiruan kepada rakyat marhaen untuk proses pengadilan yang menyeluruh? Apakah SPR mahu menjadi punching bag kepada syarikat ini? Apa maksud SPR bila ia dirahsiakan atas nama KESELAMATAN?

4. Dalam PRK yang akan diadakan di Kuala Besut, apakah SPR akan menggunapakai kembali pewarna tiruan ini?

5. Bila SPR nak minta maaf secara terbuka akibat kepincangan isu dakwat kekal dan meletak jawatan tanda memikul tanggungjawab?

Ingat SPR. Ia terlalu menyakitkan ahti untuk melihat BN menang lagi. Dan lebih menyakitkan ahti bila ia dibantu oleh agensi yang di amanahkan oleh rakyat untuk berlaku adil tetapi mereka tidak adil sepertimana yang kita harapkan. 

Jadi, bertanggungjawab la. Berundur la dari jawatan itu. Berikan peluang pada mereka yang mampu memikul amanah untuk jalankan tugas. 

Sekian. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...