Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2013

Utusan Lapor Polis Page Facebook Isu Politik Semasa [IPS].

Mengamuk. 

Marah. Plus bengang.

First Utusan dipersendakan dalam isu Rosmah Mansur menabung. Isu tue pun aku dah explain banyak kali, hanya gurauan. Sehingga tahun lepas ada la seseorang email aku. Dia minta link. Link berita Utusan yang menyiarkan artikel Rosmah Mansur menabung untuk beli cincin. 

Well, aku cakap dengan dia. Berita tue tak wujud. Celah mana nya nak bagi ko link weh.

Dia cakap, ehh.. kat front page Utusan ada siarkan dulu. Yang ramai2 siap share lagi. 

Yelah, tue depa main2 je. TROLL la katakan.

Kalau betul citer tue, tak payah tunggu utusan online, dah lama siarkan gambar original yang depa dok captured terus dari akhbar versi cetakan der oii.

Hehe.


Tapi kan, aku macam percaya dan yakin. Ramai orang sedar benda kat atas neh troll. Maybe dorang share saja2. Cuma sebilangan kecik je tak faham trolling. Aku tak salahkan yang trolling juga tak salahkan yang tak faham trolling. Aku pun banyak kali gak sindir2 dan ada gak yang tak faham2. Aku redha je la. Kita kena terima, bukan semua orang faham apa yang kita terai nak sampaikan. 

Sekarang IPS versi PRO PAKATAN akan disiasat polis berikutan laporan yang dibuat oleh UTUSAN.

Rujuk gambar ;

 
Kenapa nak siasat? Sebab gambar kat bawah neh hah ;


Aku mengaku. Mula2 aku memang nak share gambar di atas neh. Aku ingatkan betul beb. So aku buka utusan. Aku nak baca berita dia. Buka punya buka owhh demmit. Aku takley buka utusan. Sentap gak aku. Siot punya Utusan. Kena DDOS ke apa?

So aku rilex dulu.

Rilex punya rilex, sampai terlupa aku dibuatnya.

KAH KAH KAH

Tapi aku nampak ramai admin2 page SHARE. Aku buat tatau je la. Aku ada terfikir benda neh troll. Sebab tue aku macam bersemangat sket nak check. Lagipun dalam jiwa aku, ada niat nak kutuk2 UTUSAN serba sedikit. Sebab tue aku kena pastikan source dulu. Sekali sampai aku terlupa. Tutp2 keluar kat facebook pro BN, ISU POLITIK SEMASA PRO BN, mengatakan bahawa IPS pro PR akan disiasat sebab POLIS dah terima laporan kes dari UTUSAN.

Marah UTUSAN kali neh. 

Depa trolling. Utusan sentap sebab kena troll. Bukan selalu ke korang buat citer tak masuk akal? Slumber je. Tak pernah bengkek pun. Neh dorang troll ko, sebab ko selalu buat benda tue. Ko buat tak salah? Depa tolong ko buat, salah?

KAH KAH KAH

Apa pun aku yakin admin2 page IPS bukan niat nak fitnah. Mereka nak trolling je. Tak sangka plak gurauan tersebut menyebabkan UTUSAN sentap. Kita doakan yang baik2 untuk admin2 page IPS tue. Dorang pun dah unpublish page. Sabar la ek. Tunggu keadaan tenang sket oke.

Bai.   

Kredit gambar : Blog UMNO.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...