Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Mei 2013

Penjelasan Isu Ahmad Said Hanya Mahu Berkhidmat Di Kawasan BN Menang.


Yer, neh penjelasan dari wakil dia. Sila baca terlebih dahulu.

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua warga Terengganu.

Berhubung isu fitnah dan khabar angin yang dilemparkan kepada Dato' Seri Ahmad Said, Admin memohon kepada semua terutama warga Terengganu agar menyelidik dahulu sebarang maklumat sebelum diterima bulat-bulat. Sikap segelintir pihak yang terus menerus cuba menjatuhkan kredibiliti Dato' Seri Ahmad Said amat dikesali.

Kenyataan Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas Majlis Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar & Portfolio EXCO Negeri Terengganu semalam, telah diputar belit dan disalah tafsir oleh sesetengah pihak terutamanya oleh pembangkang.

Kenyataan sebenar yang ditekan oleh Dato' Seri Ahmad Said sendiri ialah semasa kekalahan Barisan Nasional Terengganu di kawasan DUN yang kalah, Barisan Nasional telah mengambil inisiatif mewujudkan Pegawai Pembangunan DUN (PPD) yang dilantik melalui Kerajaan Negeri BN bagi membantu rakyat kawasan DUN yang kalah bagi menyalurkan segala bantuan kerajaan negeri serta menyelesaikan segala masalah rakyat di kawasan pembangkang.

Tetapi di sebabkan sikap cakna PPD melalui kerajaan Barisan Nasional ini menyebabkan wakil rakyat PAS yang menang di kawasan PPD ini TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KERJA YANG TELAH DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.


Rakyat di DUN berkenaan diabaikan. Pembangunan tidak dilaksanakan sedangkan wakil rakyat PAS ini dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat di DUN berkenaan.

Contoh yang jelas boleh dilihat di Rhu Rendang, Manir, Wakaf Mempelam. Apa pembangunan yang dibawa oleh wakil rakyat PAS, sedangkan mereka dibayar gaji. Ramai rakyat di kawasan berkenaan walaupun dari penyokong PAS sendiri mengadu pada wakil Pegawai Pembangunan DUN bukan pada wakil rakyat PAS yang dipilih. WAKIL RAKYAT PAS yang dibayar gaji dengan duit rakyat ini perlu melaksanakan tanggungjawab yang diberi bukan meletakkan tanggungjawabnya pada Barisan Nasional sahaja.

Rakyat telah memilih wakil rakyat di kalangan PAS. Oleh itu, kita mahu melihat biar wakil rakyat ini memainkan peranan yang lebih untuk membantu rakyat di kawasan mereka, langkah ini bagi memberi ruang kepada semua wakil rakyat dapat melaksanakan tugas kepada DUN masing-masing, bekerja untuk rakyat, supaya rakyat dapat menilai sendiri keupayaan wakil rakyat yang mereka pilih pada PRU 13 baru-baru ini.

Walaupun Barisan Nasional kalah di 15 kawasan DUN dalam negeri, tetapi 'AKU JANJI BARISAN NASIONAL' Terengganu tetap dijalankan di seluruh negeri ini untuk rakyat Terengganu dan mencapai Negeri Terengganu maju pada tahun 2020.

Berkenaan dengan peruntukkan untuk pembangunan setiap DUN yang kalah akan sentiasa disalurkan tapi bukan lagi melalui Pegawai Pembangunan DUN tetapi melalui agensi-agensi kerajaan yang terdapat di kawasan berkenaan seperti Pejabat Daerah & Majlis Daerah yang akan diamanahkan untuk mengantikan PPD.

Jika Pegawai Pembangunan DUN ini diteruskan, wakil rakyat PAS tidak akan bekerja untuk rakyat, jika perkhidmatan PPD ini diteruskan seperti tiada fungsi kepada DUN yang kalah kerana mereka seperti tidak dihargai dan diperlukan lagi oleh rakyat.

Rakyat boleh menilai sendiri prestasi wakil rakyat di kawasan mereka sepanjang 4-5 tahun yang akan datang. Sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan rakyat negeri Terengganu malahan pucuk pimpinan Barisan Nasional berterusan memberi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

Diharapkan dengan penjelasan ini, tidak timbul lagi sebarang fitnah dan khabar angin yang cuba memutar belitkan perkara sebenar. Diminta semua 
pihak untuk menyelidik terlebih dahulu sebarang maklumat yang diterima dan jangan mudah untuk membuat sebarang spekulasi.

Semoga kita semua bersatu hati demi kesejahteraan negeri ini. Amin.

Terima Kasih.

Rujukan BERNAMA disini ==>  http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=948966

Pendapat PAS disini ==> http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=949090

"Sepatutnya peruntukan kepada Adun pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat.

PEMBANGUNAN.

Ingat nak buat bangunan neh macam main rumah kotak2? Ko ada kotak, ko buat rumah dan siap rumah kotak2 ko dan boleh main dengan kawan2?

Kemon la admin. Cerdik sikit dalam berhujah. Tiada sesiapa pun salah tafsir apa2 sebab memang terbukti korang bagi hujah budak2 sebab beremosi tak tentu hala. Adun PAS bergaji so PPD tak bergaji? Adun BN tak bergaji? MB Terengganu tak bergaji?

SEMUA PUN BERGAJI.

Sebenarnya secara halus korang sebenarnya MERAJUK dan melakukan UGUTAN.

Dengan tidak melantik semula PPD di kawasan itu bermaksud tiada pembangunan. Wakil rakyat PAS sekalipun setakat boleh concern permasalahan rakyat disitu tetapi tidak la sampai tahap boleh keluarkan wang DENGAN JUMLAH YANG BEGITU BESAR untuk buat pembangunan dan apa2 projek sebab seme tue memerlukan kelulusan dan protokol tertentu. Jauh sekali menyelesaikan masalah berbangkit jika ia memerlukan satu kos yang tinggi.

Ini simple math. Seme orang faham.

Pendapat aku, berhenti berbolak balik. Kalau taknak lantik PPD takde hal. Kalau wakil rakyat PAS bawa masalah, bawa usul, bawa aduan, bawa pelan dan projek cadangan, sejauh mana korang akan menilai tanpa rasa BIAS dan DOUBLE STANDARD? Sejauh mana korang akan membantu dan mengeluarkan peruntukan jika keadaan [rakyat di situ] memerlukan? 

Semua orang bayar cukai. Tak kira partisan atau non partisan. Tak kira bangsa warna kulit dan apa2 saja la. Tapi yang dilayan hanya melibatkan golongan tertentu seolah2 mereka je memenuhi kewajipan sebagai rakyat, yang lain tak buat apa2?

Hah, ini tanya la sikap masing2 ya. Sejauh mana korang ADIL dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jangan lepas neh meroyan cakap orang fitnah pula.

Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...