Ada juga perangai baik yang Nazri Aziz buat ek. Aku macam tak percaya TGNA puji Nazri Aziz tapi itulah yang berlaku beb. Baca arh kat bawah neh ;
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang sering kali mengunjunginya setiap kali ke Kelantan.Menurutnya, Nazri Aziz satu-satunya menteri yang kerap mengunjunginya setiap kali datang ke Kelantan.Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu, di pejabatnya pagi tadi.Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.“Tindakan ini seolah-olah menafikan hak dalam demokrasi yang diamalkan dalam negara kita, apa salahnya datang dan bertanya khabar,”ujarnya.Sebelum ini, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kebudayaan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim adalah antara menteri dan timbalan menteri yang pernah menziarahi Tuan Guru.Sementara itu, Tuan Guru turut menyatakan kerajaan Pusat berjanji akan menyelesaikan segera pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok.Katanya, sebanyak RM6 bilion bakal diperuntukkan untuk kemudahan itu. “Saya ucapkan terima kasih banyak, moga ianya akan menjadi kenyataan,” ujarnya lagi.Pertemuan mereka yang memakan masa selama 40 minit berkisar kepada masalah banjir yang sering melanda Kelantan khususnya musim tengkujuh. -HD-
Benda baik. Aku takmo cakap apa. Baguslah kalau begini cara pemimpin2 dan menteri berfikir. Berbeza tak semestinya salah. Hopefully penyokong2 umno khususnya bloggers umno boleh tiru pendekatan Nazri Aziz. Bukan apa, punca penyokong umno dan pas, penyokong bn dan pr bertelagah, datang dari korang juga.
Korang tue kan suka fitnah, mengapi2kan, menghasut, menipu, me-reka2 cerita dan pelbagai lagi perkara buruk yang korang buat. Orang2 yang tak tau apa, mungkin baca dan terus percaya. Perangai buruk korang neh menteri2 korang sendiri pun benci. Kalau tidak, masakan korang kena sound dengan editor utusan sendiri. Buat kerja kerana duit, bukan kerana perjuangan.
kah kah kah