Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Oktober 2012

Jadi betul la CEO Tabung Haji dapat RM85,000 sebulan..


Berdasarkan kepada statement Jamil Khir ;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan beliau tidak menentukan gaji Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.

NONEJelasnya, bayaran gaji itu ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Gaji dan Lembaga Keputusan badan itu berdasarkan kepada "janji perkhidmatan" yang diberikan.

"Tabung Haji (membayar) mengikut janji perkhidmatan yang diberikan. Dan kita membayar gaji berdasarkan kepada profesionalismenya, kepakarannya, dan kadar pasaran yang ada.

"Jadi bukan secara sebarangan atau (ada perkara yang hendak) disembunyikan. Tidak ada. Ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub di Tabung Haji," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sebenarnya, pandangan aku ialah jika dia layak mendapat gaji rm85,000 sebulan so apa masalahnya? Takde isu langsung pun pada aku kalau dia layak. Apa yang penting dia layak. Layak tue maksudnya = buat kerja. Bukan setakat kelulusan tinggi tapi tak buat kerja. Kalau nak ikut kelulusan ramai jek menteri2 ada kelulusan tapi tak reti buat kerja.

Nama je ada ijazah apa seme tapi cara berfikir mengalahkan orang yang takde ijazah. Memalukan dowh.

Dan kata Mahfuz omar pula ;
Dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, MP Pokok Sena Datuk Mahfuz membangkitkan kebimbangan berhubung dakwaan gaji yang terlalu tinggi diterima oleh Ismee.  

NONEBeliau mendakwa pegawai tertinggi itu dibayar RM85,000 sebulan - meningkat daripada RM70,000 sebulan tahun lalu - dan menerima bonus sejumlah RM700,000 tahun lepas, selain ganjaran sebanyak RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.






Kalau kita baca angka2 neh terbuktilah yang TABUNG HAJI memang untung banyak. Kalau setakat untung cikai2 ko ingat boleh bayar gaji orang ribu riban? Mesti la untung besar. Sebagai pendeposit tabung haji aku seronok jek tabung haji untung besar.

Tapi oleh kerana tabung haji untung pun dah besar.. aku cadangkan kurangkan sikit kos menunaikan haji tue. Kesian kat kami neh hah. Nak kumpul duit g haji lagi. Nak hidup untuk makan lagi. Nak cekau duit bayar rumah dan kereta lagi. Nak bayar kos pendidikan lagi. Pendek kata banyak benda nak bayar dan banyak benda nak fikir. 

Bila tiba saat kami tak perlu bayar apa2 kami dah terlalu uzur dan tua untuk menunaikan haji. Time tue nak berjalan sikit pun dah sakit2 badan sedangkan alangkah indahnya kalau g haji dalam usia muda2. 

Ingat lagi pesanan opah belakang rumah aku neh dua tahun lepas. Kata dia opah menyesal p haji dalam keadaan begini.. [tua].. memang seronok anak bawa semua tapi opah tak boleh nak buat macam2 perkara sebab tak larat.. dah tua. Kalau kome ada duit lekaih la p jangan tunggu2 nanti menyesal macam opah.

Opah tue nasihatkan aku siottt..

So harap sangat tabung haji kurangkan kos untuk menunaikan haji. Biarlah kami yang muda2 p haji juga.. betul tak?

Sumber berita : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...