Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2012

Cukai tinggi di Selangor.

Salam kepada para blogger, saya memohon jasa baik pihak tuan2 untuk ketengahkan isu ini. ia berkaitan dengan isu cukai yang kami rasakan amat membebankan dan berlakunya ketidakadilan ke atas kami. Berikut adalah beberapa fakta kes secara point

1-taman kami adalah kawasan rumah semi-D terletak dikawasan kampung iaitu olak lempit, Banting.

2-tiada kemudahan bertaraf 3-10 bintang..hatta traffic light untuk keluar masuk taman juga tiada..ia amat menyukarkan penduduk untuk keluar masuk taman

3-Cukai taksiran yg dikenakan ke atas kami adalah sebanyak 12%.sedangkan kawasan yg lebih maju seperti Bandar Baru Banting hanya 11%.

4-Bantahan secara rasmi telah dibuat, dan kami telah menghadiri sesi bantahan bersama MDKL. Kami membantah kenapa kawasan kami yg dikategorikan kawasan pedalaman masih 12% sedangkan kawasan maju seperti kajang dan bandar baru bangi hanya sekitar 7%-8%.Tapi keputusannya tetap GAGAL

5-Alasan yg diberikan oleh pihak MDKL ia kerana telah ditetapkan oleh AHLI EXCO dan MENTERI BESAR..dan JIKA pihak kami tidak pertikaikan soal kadar (12%) pihak MDKL akan berikan sedikit pengurangan atas dasar "budi bicara".

6-Jika benar dakwaan ini, dimana ke prihatinan pihak MB yg mewakili pakatan rakyat?

7-Seandainya pihak MDKL tidak benarkan kami pertikaikan tentang kadar sekalipun ternyata pihak MDKL silap dari segi penilaian tahunan..Saudara bayangkan  banglow 2 tingkat di bangi, nilai tahunannya HANYA rm4440.00 tetapi rumah saya semi-D 1 1/2 tingkat nilai tahunannya sebanyak RM3420.00.Bahkan kadar yg dikenakan di bangi ini hanya 7.7% sedangkan saya 12%..

8-Bersama2 ini saya sertakan beberapa dokumen untuk pihak tuan. Cukai atas nama siti Fatimah Jaafar(isteri) adalah kepunyaan saya.

9- Kami benar2 berharap agar para blogger yg ada hubungan dengan para pemimpin PR dapat ketengahkan isu ini. Kami tak mahu isu ini dijadikan bola tanggung untuk BN..Tolonglah kami!!

Yang Benar,
Mohd Saiful Ahmad.



Nota : Dokumen 1 dan 2 adalah bukti cukai yang dikenakan adalah bawah 8% bagi kawasan yang lebih membangun daripada kawasan yang diduduki oleh saudara Saiful. Manakala dokumen 3 adalah bukti bahawa cukai yang dikenakan kepada saudara Saiful adalah berjumlah 12% setahun.

Persoalannya betul ka ahli exco dan Mb yang tetapkan kadar cukai neh or MDKL saja2 bagi alasan tersebut? Apa pun kita tunggu jawapan balas berkenaan isu neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...