Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Jun 2012

Senjata untuk gulingkan kerajaan oleh peserta bersih didedahkan oleh Nazri Aziz !

Pftttttt..

Aku tatau nak cakap apa dah.

Ya Allah swt yang Tuhanku. Ampunilah dosa2 aku kerana terpaksa mempersendakan pemimpin aku. Nak buat macam mana dah dia bodoh piang sangat.

kah kah kah



Korang nampak tak dua gambar kat atas neh apa? Gambar pertama tue air botol. Dan gambar kedua pula garam. Korang nak tahu tak apa kaitan air mineral dan garam neh dengan apa yang didedahkan oleh nazri aziz ? Boleh. Tengok kat bawah. Tapi sebelum tue korang kena baca amaran dulu

ONLY FOR 21and above LK-ICU

Maksudnya sesiapa yang berumur 21 jek boleh tengok sebab lambang 21 LK-ICU merujuk kepada sesiapa yang bawah dari 21 tahun akan dimasukkan ke ICU kalau terus mengikuti lawak kritikal kat bawah neh. 

So please, pastikan anda berusia 21 tahun ke atas. Yang 21 tahun ke atas pun belum tentu selamat perut depa tapi ada larh sedikit ketahanan sebab dah hidup lama kan.

kah kah kah

Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.
"Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.
"Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim. -SH-


kah kah kah

Kerajaan dah cuak. Dengan botol pun takut. Patutlah pun. Ada ka dia kata kita nak gulingkan kerajaan berbekalkan botol? Logik arh sket. BERSIH perhimpunan aman. Kita nak membalon SPR yang lemau. Yang BN menyibuk tak tentu hala dah kenapa?

Kita takan gunakan keganasan dan kekerasan di saat kita sendiri berjuang menreformasikan sistem SPR. Itu bermaksud kalau pun kita ada niat nak gulingkan kerajaan, kita akan gulingkan mereka guna sistem pilihanraya.

Statement nazri aziz sebenarnya ada pro dan cons. Pro nya ialah, ini membuktikan kerajaan sedar bahawa mereka telah kehilangan sokongan yang amat2 besar sehinggakan dengan perhimpunan aman yang berbekalkan air mineral dan garam pun mereka takut. Rasa ketakutan itulah akhirnya memaksa mereka buat pelbagai tindakan bodoh bagi mencemarkan reputasi bersih.

Cons nya ialah, nazri seolah2 cuba menghalalkan tindakan PDRM ke atas peserta2 bersih hanya semata2 mereka berhimpun, bawa garam dan air itu tak bermaksud mereka mahu menggulingkan kerajaan melalui jalan demotransi.

Memang tak dapat dinafikan kerajaan yang zalim boleh tumbang pada bila2 masa. Memang tak dapat dinafikan juga bahawa bn boleh tumbang berbekalkan air mineral. Tetapi apa yang pasti, setelah 3 kali bersih berlalu, air mineral belum lagi berfungsi sebagai ikon penumbang barisan nasional. Akan datang mungkin, jika itu hasrat nazri, akan kami tunaikan.

kah kah kah

Ameno : Kerajaan memang lemah dengan air mineral pun depa cuak sey.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...