Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Mei 2012

Isu no plat WWW : Nizar Jamaluddin Mohon Maaf.


Ramai yang marah nizar atas isu no plat WWW.  Dorang cakap nizar derhaka apa seme. Dorang juga cakap bahawa nizar terlalu celupar. Alamak aiii celupar meh? Dia tak cakap perkara yang salah pun. Itu kalau korang tanya aku yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat pro republic neh. 

Dan ramai orang ingat bahawa komen twitter putera mahkota johor neh ditujukan khusus untuk nizar. Lihat bawah neh ;


Dan ramai larh juga sebarkan dan berbangga2 dengan komen putera mahkota mengenai isu neh. Bangga meh? Kalau korang tanya aku sesiapa pun boleh bercakap dan menulis apa sahaja tetapi siapa boleh tahu apa benda yang dia cakap tue benar dan betul pula?

kah kah kah

Sebenarnya mesej twitter tue putera mahkota tujukan untuk seme orang yang pongpang isu pembelian no plat WWW. Asalnya mungkin berpunca dari luahan kat bawah neh ;


Well, macam biasa pemikiran aku republic aku tak nampak apa benda yang dia cakap kat atas neh ialah perkara yang salah. Biasalah mana dia nak tahu orang tue beli guna duit apa kan? Sebab dah biasa diberitahu bahawa sultan mendapat elaun bulanan melalui wang cukai. So persepsi dia sebenarnya tak salah.

Bagi aku isu neh mudah jek. Pembelian no plat WWW samada guna duit rakyat ataupun guna duit sendiri sememangnya merupakan satu pembaziran. 

Bezanya cuma ialah jika ko membazir guna duit rakyat memang ko layak dimaki tapi kalau ko membazir guna duit ko sendiri yang diperolehi atas usaha ko sendiri maka siapalah kami nak menegur ko pongpang2 melakukan pembaziran, betul tak?

Tetapi macam biasalah, mentaliti sesetengah orang tak boleh menerima perkara di atas neh. Mentaliti neh akhirnya terpaksa membuatkan nizar jamaluddin minta maaf. 

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tambahnya

Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi:  "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf". 

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada Sinar Harian.

Kadang2 bila kita melakukan pembaziran ada orang lain akan menerima faedahnya. Contoh dalam isu no plat WWW. Pembaziran yang dilakukan oleh sultan dan menteri2 tertentu memberikan pula pendapatan tambahan kepada JPJ. So ia impak yang baik kepada JPJ. 

Orang2 kaya berhak menggunakan wang mereka menurut cara yang mereka sukai sama seperti kita menggunakan wang kita menurut cara yang kita sukai. Siapalah kita untuk mengawal cara mereka berbelanja kan?

Namun dalam masa yang sama persepsi rakyat terhadap sesiapa pun sebenarnya ia bermula dari perangai dan kelakuan diri sendiri. Rakyat juga bukan sangat suka menyibuk dalam urusan orang2 kaya. Ada sesuatu yang membuatkan rakyat marah sangat dengan sikap sesetengah orang. 

Dan sesuatu neh sebenarnya semakin membesar. Ia tunggu masa nak meletup dan meletus jek. Sudah sampai masanya untuk orang2 tertentu kaji balik apa sebenarnya yang membuatkan rakyat panas ahti sangat. 

Jangan nak menyalahkan persepsi rakyat jek. Pokok tak bergoyang kalau takde angin. Rakyat juga takan marah kalau takde punca. Cari punca tue dan ketahuilah kenapa rakyat marah sangat bila isu2 macam neh timbul. Nanti ko akan faham kenapa dan mengapa. Bai.

Ameno : Contohi lah sultan kelantan..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...