Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Januari 2012

Orang kata muka aku macam aaron aziz, betul ke?

Entahlah.

Bukan nak bangga diri ke apa tapi sekadar bertanya. Betul ke tak betul. Kalau betul, katakan betul, kalau tak betul katakan tidak betul. Tidak larh aku terperasan2 ia benda yang betul. Lagipun sekadar bertanya jek. Takan bertanya pun korang nak ejek bagai?



 Lihat atas neh.

Rasanya ramai dah kenal dengan wajah samseng jalan kebun. Nama gelaran bob. Nama betul muhammad razali. Dari mana nama baharom timbul? Tah. Nama panggilan dia yang lain kot. Aku pun tak sure. Nak sure panggil dia.

Semalam, fb si bob neh dah terdedah. Sorry ye bob, gua panggil lue bob je sebab gua ingat gua nak kawan2 dulu ngan lue neh. Tengok boleh pergi ke tak boleh pergi. Kalau tak boleh pergi gua panggil lue razali, kalau boleh pergi gua kekal panggil lue bob, harap lue tak kesah.

Bob, 

Bob, ko kena faham kenapa gambar2 ko disebarkan. Ia salah ko sendiri sebab tak menjaga privacy fb ko selepas ko membuat onar di jalan kebun beberapa hari lepas. Orang sudah tentu akan memusuhi cara ko menimbulkan kekacauan di jalan kebun. 

Ia adalah cara yang salah. Tak kira ceruk mana pun ko pertahankan diri ko or beberapa ramai sekalipun yang defend ko, salah tetap salah. Salah tidak menjadi betul hanya kerana ko menganggap ia betul. Salah dan betul sesuatu perkara sebenarnya boleh ditetapkan mengikut apa yang berlaku dalam satu2 situasi ketika itu.

Kalau kita lihat versi video, kita dapati bahawa bob yang datang serang ceramah orang. Ini betul. Sebab dan kenapa ko serang bukan isu. Kenapa tidak boleh di anggap sebagai isu? Mudah. Ko kena belajar menghormati menyalurkan rasa kebencian ko dengan cara yang betul. Ko tidak suka orang india? Baik. Jangan pergi kedai india, jangan berkawan dengan orang india dan jangan ada apa2 kaitan dengan orang india. Lakukan apa sahaja cara yang berada di dalam kawalan ko.
Tetapi bila satu2 hal berada di luar kawalan ko contohnya orang2 india yang mahu berdiskusi sihat dengan abu di jalan kebun, ko tidak boleh mengawal ia seolah2 ia berada di dalam kawalan ko. Ko boleh tidak pergi kerana benci. Hak ko. Tiada sesiapa paksa kaki ko melangkah ke arah ceramah tersebut.

Ko juga boleh berkempen dengan kekawan ko bahawa jangan pergi sana. Mungkin ada kekawan ko yang boleh terima hujah ko. Langkah terakhir yang ko boleh ambil ia pergi ke sana dan berdebat cara sihat dengan mereka. Ini antara beberapa perkara yang ko boleh buat bagi menyalurkan rasa benci gile ko terhadap orang india. Ia masih cara yang betul bagi menyampaikan apa yang ko rasa. 

Perasan adalah hak memasing. Tiada mana2 manusia berhak dan boleh mengawal apa yang ko rasa sebab ia adalah kawalan masing2. Bagaimana aku boleh mengawal apa yang ko suka dan apa yang ko tak suka? Cara mana ko melepaskan perasaan itu sahaja boleh menimbulkan isu. Jika ko melepaskan perasaan ko dengan cara yang salah sehingga menjejaskan orang lain maka ia adalah isu yang sangat besar.

Maka itulah apa yang ko buat beberapa hari yang lepas. Ko melepaskan perasaan ko dengan cara yang salah dan biadap. Menyerang orang lain dan menunjukkan gengsterism adalah cara yang salah dan biadap. Jangan pongpang di wall ko pasal akidah pasal islam bagai kalau ko sendiri tidak mencerminkan apa yang ko cakap.

Kita neh bukanlah baik sangat. Hal kecik2 memang sering kita terperangkap dengan dosa. Tapi menyerang orang ialah hal yang besar2. Bagi seseorang yang gemar pongpang pasal akidah tak sepatutnya melibatkan diri menyerang orang2 yang berbeza pendapat dengan dia.

Ia sama seperti seseorang yang tidak bersolat tetapi pongpang nasihatkan orang pasal dosa bersolat. Ada logik meh? Walaupun apa yang dia cakap itu memang benar tetapi jika dia sendiri tidak amalkan apa yang dia cakap, benda benar akan menjadi benda tidak relevant bagi orang yang dinasihatinya. Ini yang bob dan kekawan bob pada malam itu tidak faham.

Jadi, jangan pernah marah dan persoalkan kenapa orang serang peribadi kamu. Sesuatu seperti neh ialah sesuatu yang korang sendiri cari. Usah kata bob, ramai lagi gambar2 dan info kekawan yang lain juga telah diketahui oleh aku. Tetapi bukan menjadi cara aku mendedahkan gambar2 mereka bersama perempuan itu neh. Mungkin ada orang lain yang akan lakukan tetapi aku tidak akan lakukan dengan tangan aku sendiri.

kekawan pr,
Memang bob menyalurkan rasa marah dia dengan cara yang salah. Ini diakui oleh aku sepenuhnya. Tetapi bukan pula bererti bahawa cara korang menyalurkan rasa benci kepada bob ialah betul.

Menyebarkan gambar2 dia dalam nak menempelak cara gengsterims, okey. Aku nampak ada point disitu. Motifnya nak bagitau, inilah mamat yang kekonon gengster tue. Aku sendiri pun tergelak2 bila online guna mobile semalam. Tapi kenapa pula ada orang2 yang sebar gambar dia bersama perempuan?

Sejak bila perempuan itu harus menjadi mangsa dan isu disini? Siapakah perempuan tersebut sehingga kita perlu attack dia bersama perempuan itu? Perempuan itu dari awal lagi takde kena mengena dengan perbuatan bob di jalan kebun. Oleh kerana nak serang bob, korang sanggup gunakan isu2 yang langsung takde kaitan disini pun.

Aku boleh faham bila korang ejek dia gemuk, hitam, buncit, huduh, hidung itu neh dan blablabla. Yang sebenarnya bukan lah niat korang nak ejek batang tubuh dan rupa dia tetapi disebabkan sikap buruk dia maka korang cuba nak mengaitkan apa2 yang tidak elok di batang tubuh dia dengan sikap buruk dia. Okey. Aku boleh faham.

Tapi jangan over sangat bhai. Jangan over sangat. Ko takde meh kawan yang gemuk dan buncit? Ko takde meh kekawan yang hidung macam dia or hitam? Ko takde meh kekawan yang rupanya tak berapa elok dipandang? Ada kan? Kita semua ada malahan mungkin kita sendiri termasuk dalam kategori itu.

Sebab tue jangan over sangat nak mengeji dan mencerca orang lain. Apatah lagi mengheret ahli2 keluarga or kenalan dia dalam isu neh. Ahli2 keluarga or kenalan2 dia sebenarnya tiada kaitan dengan isu neh. Jangan serang orang yang salah dan orang yang tiada kaitan disini. Ini ialah serangan2 peribadi yang kita tidak perlu buat.

Oleh kerana korang sendiri tidak pernah alami apa yang bob neh alami, maka ko tidak akan memahami apa perasan dia. Aku dah pernah alami dulu, orang2 bn bila takde hujah, dorang serang peribadi aku. Dorang serang cara aku berpakaian dan melabel aku dengan pelbagai label yang tidak elok hanya semata2 mereka tiada hujah bagi mematikan hujah2 aku. Itu beberapa tahun yang lepas. 

Banyak juga orang2 pr yang diserang peribadi sehingga memaksa sebahagian dari mereka membalas semula dengan menyerang peribadi lawan tetapi cara mereka dah semakin tersasar. Objektif asal ialah menyerang peribadi orang yang menyerang peribadi kekawan kita. Bukan serang peribadi orang yang tidak pernah serang peribadi kekawan. 

Maksudnya disini, bila dia main kasar, dia main peribadi, maka kita balas dengan niat nak defend dan buktikan bahawa dia cakap kosong. Bukannya kita yang pergi buka langkah dan serang peribadi lawan. Cara neh sebenarnya tiada beza dengan cara bn yang menyerang peribadi aku dulu. 

Bezanya aku bagi fakta dorang balas serang peribadi. Yang neh, kita ada fakta dan hujah, apa perlu kita serang peribadi lawan lagi? Kenapa nak buat benda yang sia2? Jangan susahkan diri kita dengan benda2 macam neh. Apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Cepat dan lambat sahaja.

untuk rekod, printscreen neh bukan hak aku, ada org bagi kat email dan word pencacai tidak ditulis oleh aku. tq

Nasihat aku kepada kekawan pr, jangan serang orang yang salah dalam isu neh. Jangan kait dan babitkan orang2 lain hanya semata2 nak balon bob. Dan bob pula, aku jemput ko mai blog aku untuk berhujah secara rasional. Jangan maki hamun dan menjerit2 macam orang gila bagai. Aku ialah orang islam. Ko pun orang islam. Eloklah kita berakhlak sebagaimana orang islam patut berakhlak.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...