Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 September 2011

Najib mahsuh ISA - Diabetes atau Darah tinggi?

Semalam ramai rakan2 dari umno yang emosi bagai. Cakap sikit pun marah melantun. Marah sebab ISA dah dimahsuhkan padahal ISA belum lagi dimahsuhkan. Yang sebenarnya ramai tidak faham ucapan najib semalam. Dorang ingat kata2 najib tue boleh sah serta merta ka? Contohnya ;

Saya akan mahsuhkan ISA.. tiada lagi individu yang ditahan atas perbezaan politik.. <-- semalam

So hari neh ISA dah hapus ka? Mana ada.. ISA masih ada lagi. Belum hapus whoorrrr.. kalau hapus tahanan di kem kemunting tue dah release larh patutnya. Nak kuatkuasakan ISA pun kena ikut perlembagaan nak hapuskan pun kena guna sistem yang sama whoor.. apa yang najib cakap semalam ialah membayangkan bahawa pada sidang parlimen akan datang kerajaan akan buat usul untuk hapuskan ISA dan buat dua akta baru. 

Tapi jangan happy sangat. ISA mungkin hapus tapi dorang buat dua akta baru yang kita taktahu macam mana fungsi dia. Selain dari ISA, pm turut bercadang mahsuhkan akta buang negeri dan berjanji akan mengkaji undang2 yang tidak lagi relevant pada rakyat hari neh. Tapi penghapusan ISA bukanlah impian no 1 rakyat malaysia, najib. Rakyat malaysia ada macam2 impian dan ISA neh terletak no yang ke berapa tah.

Impian no 1 aku ialah nak melihat malaysia neh diperintah oleh parti selain dari umno dan bn. Aku mahu duduk di bawah parti lain supaya aku boleh merasai perbezaan. Aku sendiri mao merasai penghijrahan itu. Ikhlas dari ahti aku sebab tue samada bn mahsuh ISA ataupun tidak aku tidak akan lempar undi untuk bn. Muktamad. Bagi aku ISA cuma sebahagian kecil masalah di malaysia neh sedangkan kita ada banyak lagi masalah besar yang lain untuk difikirkan. 

BN sebenarnya tidak faham kenapa ISA perlu dihapuskan.  Sebab yang paling utama sekali ialah BN salahguna akta neh untuk kepentingan peribadi mereka bagi menahan ahli politik dan rakyat yang berbeza pandangan politik dari mereka. Itu sebab akta neh ditentang keras. Kalau ia digunakan bagi tujuan yang betul dan bersesuaian selaras dengan matlamat penubuhan akta neh aku fikir mereka yang complaint mungkin kurang ataupun hampir tiada. Contohnya individu yang menghina agama macam hajjahsitt dan ayahpin. Mereka sesuai duduk dalam akta neh sebab menimbulkan kecelaruan dan kekacauan. 

Tapi bila bn guna akta neh untuk sumbat seme yang berbeza pandangan dengan mereka.. of course larh rakyat akan marah seolah2 kita nak cakap beza sikit dah takley. Akal kita lain2. Pengalaman dan ilmu kita pun lain2. Macam mana pula bn expect pandangan kita terhadap sistem pentadbiran mesti seiringan dengan kerajaan? Itu bullshit beb.

Lagi satu berhubung isu permit percetakkan melalui akta mesin cetak dan penerbitan. Aku taktahu kenapa kita nak happy sangat pasal neh? Ini bukan ada apa2. Ini cuma pasal permit yang tak perlu diperbaharui dah. Yang neh takde effect pun pada akta kebebasan media di malaysia neh. 

Bagi aku media di malaysia, patut bebas dan telus. Bukan pro kepada mana2 pihak. Macam utusan, harakah, bh dan lain2 lagi.  

Bowwsaann dowh. 

Bowwwsaann

Ko kena baca seme info dari seme jenis paper untuk buat kesimpulan. Dari situ dah buang masa. Terpaksa membaca persepsi kerajaan dan pembangkang sebelum satu2 kes tue boleh kita muktamadkan persepsi kita pula. Sampai bila kita kena hidup dalam dunia "ini paper pembangkang yang punya... wa puji pembangkang.. kerajaan pergi mampos " ataupun "ini paper jilat kerajaan punya.. wa dah bertaklid kerajaan bn memang maksum dan pembangkang confirm geng setan" ?

Demm.. 

buang duit, buang masa dan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat. Aku tak salahkan pembangkang banyak dalam hal neh. Pasal trend neh disemai oleh bn. Pembangkang terpaksa ikut trend untuk bersaing sebab bn power ma. Semua media dia control. Semua media bawah political influence. So untuk jawab hujah nak taknak pembangkang kena setup their own media. Kalau tidak benda tak sampai ke rakyat. Tapi sampai bila?  BN takan bagi peluang selagi dorang berkuasa. BN harus dijatuhkan. Aku nak tengok pr boleh tak bagi impian aku jadi kenyataan? Media bodek bagi aku dah tak relevant.

So kalau larh media perdana boleh terbuka.. peergggh.. confirm berlari aku ke tv3 untuk menjadi pengutuk bn pertama di dalam tv secara live lagi tue.. 

KAH KAH KAH

Masih banyak lagi kezaliman dan kejahatan bn pada rakyat negara neh. Dengan meminda beberapa akta dan menghapuskan ISA.. ia tidak melenyapkan kezaliman. Kezaliman itu tetap dah berlaku dan tiada cara untuk bn mengubahnya melainkan mereka bertaubat dengan serah diri agar dihukum mengikut undang2 dan meminta pengampunan dari masyarakat dan Allah swt. Tapi perkara neh hampir mustahil kan? So.. vote bn out je larh..finish the game. Sekian.

Ameno : Pembangkang dapat gula.. penyokong dapat tekanan..   kalau banyak sangat jadi penyakit in the end pada dua2 belah.. hehehe.. yang untung orang yang bagi penyakit.. ha ha ha..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...