Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label isa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isa. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Pengalaman melawat ISA.






Aku rasa ramai kot yang dah tahu kes tahanan ISA mogok lapar. Tapi mogok lapar tersebut dah dihentikan tak berapa lama dulu. Dan kemudian nya dengan citer sambung balik. Dan status terbaru tahanan tue aku taktau. Samada masih mogok lapar lagi ataupun sebaliknya.

Baru2 neh aku ada pergi taiping. Saja jalan2. Aku tak pernah pergi taiping pun. Depa cakap bandar taiping redup dan sejuk jarang panas. Tapi time aku pergi hari tue demm panas siot.

Muahaha.

Dan selepas melawat zoo taiping, penjara isa di kamunting telah menjadi destinasi kedua pilihan aku. Saja aku nak tengok penjara neh. Apa yang special sangat sampaikan pembinaan dia mengalahkan penjara biasa? Sekuriti dia pun alamak aiii.. seolah2 macam penjenayah hebat duduk dalam neh walhal tahanan politik jek pun.

Antara info yang aku berjaya collect time melawat penjara tue ialah dorang cakap memang akta ISA sedang dalam peringkat pemahsuhan. Maksudnya apa yang najib sebut hari tue memang sedang dalam peringkat pelaksanaan. Bukan tipu2. 

Sebab tue larh pengawai2 yang bertugas di penjara ISA ada yang dah dipindahkan. Mengenai tahanan pula aku tak sure. Aku suspect dorang tak boleh leak info pasal tahanan. Aku ada gak bagi2 soalan perangkap tapi demm dorang taknak dedahkan satu apa pun.

Yang aku tahu dorang cakap tahanan dalam ISA memang tahanan politik. Aku ada gak argue bukan seme pasal politik kena tahan tapi dorang cakap memang pasal politik jek sebab tue seme kena tahan. Tah betul tah tidak, tahanan2 dalam ISA ibarat macam duduk di rumah sendiri. Aku diberitahu macam tue tapi aku tak pasti samada ia benar ataupun sekadar dipermain2kan.

Bagi aku, kalau pun duduk macam di rumah sendiri tapi terasing dari dunia luar buat apa? Dah larh bukan buat jenayah berat tapi hukuman kemain berat lagi. Korang tengok antara gambar2 yang aku berjaya tangkap time pergi kamunting ari tue.

Penjara ISA neh kukuh dengan 3 lapisan halangan bagi menghalang orang pecah masuk or pecah keluar. Karena ada di mana2. Bila aku membandingkan dengan penjara taiping aku dapati penjara ISA lebih kukuh dan ketat sekuritinya sedangkan dalam penjara ISA cuma tahanan politik bukan tahanan penjenayah.

Sebenarnya ikut plan aku, aku nak masuk dalam penjara ISA tue. Bukan sebagai tahanan oke tapi sebagai pelawat tapi takley. Ekekeke.

So dapat tangkap gambar luaran je larh. Harap2 lepas neh selepas akta ISA benar2 dimahsuhkan, penjara tersebut boleh dibuka untuk lawatan. Saja je nak tengok bagaimana kah keadaan banduan kat sana ketika berada dalam tahanan. Betul ke mereka dilayan macam tahanan rumah?

Tapi memang siyes cakap, besar siot tempat tue. Nak merayau satu hari memang tak lepas der. Silap2 boleh sesat.

kah kah kah

Nak sambung belajar di taylor university? Klik sini untuk info lanjut.

Nak belajar english percuma? Klik sini.

Ameno : Siap ada yang ternak lembu lagi tue.. 

Selasa, 4 Oktober 2011

Video nasihat najib kepada pejuang anti-ISA.

kah keh koh kih.

Najib bagi nasihat sambil buat lawak beb. Aku sampai tertongeng2 gelak bila dengar nasihat

kebabommm

dari najib neh. Aku rasa korang pun akan rasa

kebabomm..

bila dengar nasihat najib neh.

kah kah kah

Sila lihat video di bawah neh ;



Dah dengar nasihat najib neh? 

kah kah kah

Sebenarnya PR dah lama perjuangkan mahsuh ISA sebelum tahun 2009. GMI tak silap aku wujud semasa zaman mahathir lagi [mungkin masa tue nama lain kot, sorry ingat2 lupa].

Sekarang sapa yang lembu punya susu, sapi dapat nama neh?? Dia yang makan nama kita, kita lak kena dengar nasihat dia? Lawak gile dowh. Nampak sangat najib neh muka tak malu.

kah kah kah

Korang pernah nampak najib menyertai mana2 demo anti isa? Demo mahsuh ISA? Forum hapus ISA? Takde..?

kah kah kah

Hoittt najib. Ngaku je larh ko hapus ISA sebab nak raih undi dan sokongan rakyat. Bukan luak apa pun. Tak payah larh nak menipu segala bagai. Ko ingat cakap2 ko macam tue dalam tv majoriti rakyat nak percaya ke? Penyokong umno marah sebab ko hapus ISA sebab dorang cakap ko ikut nafsu pembangkang, dan rakyat pun menyampah tengok ko bangga2 mengaku memperjuangkan gerakan hapus ISA padahal sebelum2 neh ko dan geng2 ko gak yang mati2 pertahankan ISA. 

Aku ingat kita kena buka balik news lama pasal ISA neh. Kita perlu cari untuk refreshkan kembali ingatan najib neh. Mari kita sama2 cari komen2 najib pasal ISA. Kalau boleh start dari tahun 2009. Sapa2 then share sini or email aku kat sini => orderonline2010@gmail.com

Mari kita lihat sapa yang kena..

kah kah kah

Ameno : Ini bukan melayu mudah lupa.. tapi najib dan umno yang mudah lupa neh.. kah keh koh kih..

Jumaat, 16 September 2011

Najib mahsuh ISA - Diabetes atau Darah tinggi?

Semalam ramai rakan2 dari umno yang emosi bagai. Cakap sikit pun marah melantun. Marah sebab ISA dah dimahsuhkan padahal ISA belum lagi dimahsuhkan. Yang sebenarnya ramai tidak faham ucapan najib semalam. Dorang ingat kata2 najib tue boleh sah serta merta ka? Contohnya ;

Saya akan mahsuhkan ISA.. tiada lagi individu yang ditahan atas perbezaan politik.. <-- semalam

So hari neh ISA dah hapus ka? Mana ada.. ISA masih ada lagi. Belum hapus whoorrrr.. kalau hapus tahanan di kem kemunting tue dah release larh patutnya. Nak kuatkuasakan ISA pun kena ikut perlembagaan nak hapuskan pun kena guna sistem yang sama whoor.. apa yang najib cakap semalam ialah membayangkan bahawa pada sidang parlimen akan datang kerajaan akan buat usul untuk hapuskan ISA dan buat dua akta baru. 

Tapi jangan happy sangat. ISA mungkin hapus tapi dorang buat dua akta baru yang kita taktahu macam mana fungsi dia. Selain dari ISA, pm turut bercadang mahsuhkan akta buang negeri dan berjanji akan mengkaji undang2 yang tidak lagi relevant pada rakyat hari neh. Tapi penghapusan ISA bukanlah impian no 1 rakyat malaysia, najib. Rakyat malaysia ada macam2 impian dan ISA neh terletak no yang ke berapa tah.

Impian no 1 aku ialah nak melihat malaysia neh diperintah oleh parti selain dari umno dan bn. Aku mahu duduk di bawah parti lain supaya aku boleh merasai perbezaan. Aku sendiri mao merasai penghijrahan itu. Ikhlas dari ahti aku sebab tue samada bn mahsuh ISA ataupun tidak aku tidak akan lempar undi untuk bn. Muktamad. Bagi aku ISA cuma sebahagian kecil masalah di malaysia neh sedangkan kita ada banyak lagi masalah besar yang lain untuk difikirkan. 

BN sebenarnya tidak faham kenapa ISA perlu dihapuskan.  Sebab yang paling utama sekali ialah BN salahguna akta neh untuk kepentingan peribadi mereka bagi menahan ahli politik dan rakyat yang berbeza pandangan politik dari mereka. Itu sebab akta neh ditentang keras. Kalau ia digunakan bagi tujuan yang betul dan bersesuaian selaras dengan matlamat penubuhan akta neh aku fikir mereka yang complaint mungkin kurang ataupun hampir tiada. Contohnya individu yang menghina agama macam hajjahsitt dan ayahpin. Mereka sesuai duduk dalam akta neh sebab menimbulkan kecelaruan dan kekacauan. 

Tapi bila bn guna akta neh untuk sumbat seme yang berbeza pandangan dengan mereka.. of course larh rakyat akan marah seolah2 kita nak cakap beza sikit dah takley. Akal kita lain2. Pengalaman dan ilmu kita pun lain2. Macam mana pula bn expect pandangan kita terhadap sistem pentadbiran mesti seiringan dengan kerajaan? Itu bullshit beb.

Lagi satu berhubung isu permit percetakkan melalui akta mesin cetak dan penerbitan. Aku taktahu kenapa kita nak happy sangat pasal neh? Ini bukan ada apa2. Ini cuma pasal permit yang tak perlu diperbaharui dah. Yang neh takde effect pun pada akta kebebasan media di malaysia neh. 

Bagi aku media di malaysia, patut bebas dan telus. Bukan pro kepada mana2 pihak. Macam utusan, harakah, bh dan lain2 lagi.  

Bowwsaann dowh. 

Bowwwsaann

Ko kena baca seme info dari seme jenis paper untuk buat kesimpulan. Dari situ dah buang masa. Terpaksa membaca persepsi kerajaan dan pembangkang sebelum satu2 kes tue boleh kita muktamadkan persepsi kita pula. Sampai bila kita kena hidup dalam dunia "ini paper pembangkang yang punya... wa puji pembangkang.. kerajaan pergi mampos " ataupun "ini paper jilat kerajaan punya.. wa dah bertaklid kerajaan bn memang maksum dan pembangkang confirm geng setan" ?

Demm.. 

buang duit, buang masa dan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat. Aku tak salahkan pembangkang banyak dalam hal neh. Pasal trend neh disemai oleh bn. Pembangkang terpaksa ikut trend untuk bersaing sebab bn power ma. Semua media dia control. Semua media bawah political influence. So untuk jawab hujah nak taknak pembangkang kena setup their own media. Kalau tidak benda tak sampai ke rakyat. Tapi sampai bila?  BN takan bagi peluang selagi dorang berkuasa. BN harus dijatuhkan. Aku nak tengok pr boleh tak bagi impian aku jadi kenyataan? Media bodek bagi aku dah tak relevant.

So kalau larh media perdana boleh terbuka.. peergggh.. confirm berlari aku ke tv3 untuk menjadi pengutuk bn pertama di dalam tv secara live lagi tue.. 

KAH KAH KAH

Masih banyak lagi kezaliman dan kejahatan bn pada rakyat negara neh. Dengan meminda beberapa akta dan menghapuskan ISA.. ia tidak melenyapkan kezaliman. Kezaliman itu tetap dah berlaku dan tiada cara untuk bn mengubahnya melainkan mereka bertaubat dengan serah diri agar dihukum mengikut undang2 dan meminta pengampunan dari masyarakat dan Allah swt. Tapi perkara neh hampir mustahil kan? So.. vote bn out je larh..finish the game. Sekian.

Ameno : Pembangkang dapat gula.. penyokong dapat tekanan..   kalau banyak sangat jadi penyakit in the end pada dua2 belah.. hehehe.. yang untung orang yang bagi penyakit.. ha ha ha..

Khamis, 15 September 2011

Hot : Akta ISA dihapuskan !

Kemaskini ;

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
-mkini-

Najib umumkan penghapusan akta isa tadi ketika dia bagi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran tv sebentar tadi. Aku tak dengar kata2 dia cuma aku dapat info neh menerusi astro awani. Akta ISA akan hapus dan digantikan dengan dua akta khas.  

Dua akta khas neh aku masih tak faham lagi fungsi dia macam mana. Tengah dengar penjelasan dari awani neh. Hopefully akta2 baru neh bukan larh akta yang seakan2 ISA. Kalau ya maka takde beza larh antara akta isa dengan akta baru yer tak? So hapus tak hapus masih sama je. Tapi masih terlalu awal nak buat apa2 konklusi disini. Aku nak cari rakaman ucapan najib pasal neh dulu. Kalau ada aku share sini nanti.

Tapi kalau benar akta isa neh hapus terus ini bererti kita memperolehi kemenangan.. 

yahooo00OOOoooo.

boleh larh makin open menulis di blog kelak..

kah kah kah. 



Ameno : isa patut dah lama hapus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...