Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Julai 2011

Updated: Urgent : Sila baca, periksa dan sebarkan ia!

STOP.


Ini dikira macam pentingkan diri sendiri. Apa benda yang taknak dihebahkan? Takut orang kenal siapakah yang dedahkan info pasal neh? Sorry, aku takley. Aku siyes tak ley buat macam tue. Nak tangkap, tangkap sama2 or nak selamatkan diri, kita selamatkan sama2. 


Baca bawah ;



Info penting drp **** [aku padam] ..ambil perhatian dari ****** [aku padam]  aku cuba sampaikan jelah ye? salam... saya baru dapat maklumat.. assalamualualikum sahabatku .. bermula dari tengah malam ini jam 1200am hingga 1200am = 24jam operasi lalang mengenai BERSIH akan dilakukan oleh pihak [aku padam] terhadap mana2 individu yg komen ttg politik [aku padam tapi start dari huruf b, fikir sendiri] dan tangkapan akan dilakukan dari rumah kerumah .. dimaklumkan jangan on fb n hp selama waktu itu .. saya mendapat info mengenainya daripada **** [aku padam] by call .. sila hebarkannya melalui chat group atau individu dan jgn dipamirkannya


Aku minta maaf, aku terpaksa pamerkan dia. Jangan marah, pasal aku sayang kawan2 seperjuangan aku. Aku akan off hp dan mungkin juga fb utk langkah2 pencegahan. Contact aku via email je pepehal. Thanks. Tolong periksa kesahihan info ini. Dan dalam otak aku ada macam2 andaian tetapi aku MALAS nak tulis lagi. Sekian.

Updated ;

Aku ada contact member ***** aku dia cakap belum lagi dengar pasal neh. Tapi tatau lah kalau akan datang. Memang betul kalau pakai baju bersih akan ditahan oleh polis sebab menteri dah keluarkan arahan bahawa baju bersih = haram dipakai = kerana ia mempromosikan perhimpunan bersih pada 9 julai 2011 kelak.


Kalau korang tanya aku, aku sekarang ada macam2 andaian. Bagi aku lah kan ;


1. SB = sebarkan info palsu = menakut2kan rakyat fb = stop cakap pasal bersih = tiada promosi pasal bersih = strategi mereka berjaya.


2. SB = sebarkan info = mencari mangsa = tangkap = dedahkan dalam media massa = takutkan rakyat = strategi berhasil.

Petikan mesej kat atas neh kalau korang perasan ianya tiada tarikh beb. Nampak nya permainan kat situ? Macam sms + mesej + panggilan berantai pun ada.


Member aku yang ***** cakap boleh jadi akan ada tangkapan ke atas bloggers dan facebookers termasuk pengtwitt yang aktif sebagai amaran keras kepada mereka yang mempromosikan bersih secara online. Tujuan nya nak takut2kan rakyat marhaen. Kerana strategi baju kuning berjaya. Ikut maklumat dia, orang memang takut pakai baju kuning sekarang. Takut kena tangkap. So maybe cara yang sama akan digunapakai untuk sekat apa2 promosi bersih via online. 


Tapi personally dia sendiri belum dapat apa2 arahan atau info pasal tue. Pangkat biasa aje pun. Sikit2 maklumat boleh lah dia sms sana sms sini tanya kan. Bukan semua ***** pro kerajaan bhai.


So benda kat atas neh boleh jadi palsu, boleh jadi benar dan boleh jadi strategi pihak lawan. Aku taktau. Cuma nya aku sendiri dah berfikir secara mendalam. Untuk aku stopkan promosi bersih segala bagai aku rasa aku tak mampu kot. Aku takmo kena tangkap tapi masalahnya aku takley stop diri aku daripada mempromosikan bersih. Macam mana?


Ada gak rakan blogger bagi info yg sama dengan bersumberkan kdn. Dia cakap kali neh ISA mungkin digunakan. Tapi aku entahlah, susah nak rasa takut. Macam mana neh? Bukan aku buat salah pun. Aku rasa kerajaan patut faham. Peserta bersih cuma mahukan perhimpunan aman dan kami akan elakkan sebarang provokasi. Ini janji kami. Takan kerajaan tak boleh kompromi sedikit pun? Sekian. 


Nota : boleh cakap pasal politik, cuma tak boleh cakap pasal bersih. <-- maksud mesej di atas lah.


Ameno : Ini bullshit lagi membullshitkan.

Share this

1 Response to " Updated: Urgent : Sila baca, periksa dan sebarkan ia! "

  1. Ini semua bohong. Saja taknak bagi org promote bersih.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...