Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Disember 2010

8 Perkara penting! Piala Suzuki : Malaysia VS Indonesia.

Ini ialah perkara yang korang kena amek tahu sebelum melangkah ke stadium bukit jalil malam neh [aku tak pergi, jauh dowh], untuk tonton malaysia vs indonesia malam neh sempena perlawanan final pusingan pertama bagi merebut piala suzuki.

Bagi korang yang belum beli tiket, neh aku nak khabarkan sket, tiket cuma tinggal
1,900 lebih je. Harga seat rm30. Untuk seat rm50 sold out. Tapi itu pun di jangka akan habis dalam masa 2,3 jam neh. Kaunter akan dibuka semula pada jam 3 petang neh. So pada yang tinggal berdekatan, pandai2 lah korang rebut peluang neh. Sapa cepat dia dapat. Ikut dari time aku tulis benda neh, lagi setengah jam dah nak masuk kol 3. [aku nak publish, tgk jam ada lagi 7 minit sebelum kol 3] Lepas tue bagi korang yang nak pergi tonton bola sepak malam neh pastikan korang amek tahu beberapa perkara neh bagi mengelakkan confusion.

1. Pasukan malaysia di seru oleh FAM untuk memakai baju kuning bagi memberikan sokongan padu kepada pemain bola sepak. Ingat tue warna kuning. Bukan merah. Bukan biru. Bukan hijau. Dan bukan pula oren. Semua kalah. Kuning gak yang menang. Kuning = warna diraja. Heh. Ada faham? Warna kuning taw. Jangan melalut pakai baju kaler len plak.

2. Jangan boooooo pemain2 kita. Kalau boooo pemain lawan takpe kot aku rasa. FAM cuma cakap jangan boooo pemain malaysia, so korang jangan booo pemain2 malaysia okeyh.

3. Jangan buat sampah, baling barang dan melayan provokasi. Tak kesahlah korang penyokong indonesia atau malaysia, apa yang penting jadilah penonton yang berhemah. Alamak, pandai makan pandailah buang. Pandai minum, pandailah campak tin kat dalam tong sampah.

4. Berkenaan provokasi pula, neh aku nak cakap sket, kita [sebenarnya korang je, aku tak.. jauhhh.. huh kesian] pergi sana nak tengok bola. Nak sokong pasukan masing2. Bukan nak cari gaduh ataupun cetuskan kontroversi. Ya aku tahu nanti mmg akan ada yg komen 'pelik2' kat fb masing2, twitter masing2, blog masing2 dan segala bagai, tapi pls control your word. Pls okeyh. Kita bukan nak mencari pasal. Disebabkan inilah pihak polis ditempatkan di kawasan stadium malam neh. Kalau boleh aku nak korang bagi pihak polis rileks malam neh. Aku percaya, kita masing2 dah matang dan boleh berfikir dengan bijak. Jangan buat provoke dan jangan layan provoke.

5. Bagi yang bawa kenderaan patuhi apa yang telah ditetapkan. Untuk penyokong malaysia korang kena park kereta/kenderaan kat kawasan
A, B dan C.

6. Manakala untuk pasukan indonesia pula di kawasan
D dan E. Jangan salah park pula okeyh.

7. Pintu masuk yang di khas kan untuk penyokong malaysia ialah
kuning, merah dan hijau.

8. Manakala untuk penyokong indonesia pula
biru dan ungu.

Aku dapat tahu pihak indonesia melarang wartawan malaysia menemuramah pemain indonesia, mungkin ini salah satu strategi gak aku rasa. Tapi aku tgk media malaysia tak henti2 asak ketua jurulatih dah tue siap dedahkan lagi ada beberapa pemain malaysia yang tercedera. Tak tahu lah berita neh beri kesan positif atau pun negatif. Mungkin juga salah satu strategi, tak siapa tahu.

Apa pun aku harap malaysia boleh menang 2-0 malam neh kat tempat kita sendiri. Harap2 kemenangan berpihak kepada kita.

Share this

6 Responses to " 8 Perkara penting! Piala Suzuki : Malaysia VS Indonesia. "

  1. yeah!! go malaysia..benamkn indon 2.ajar diorg sbb biadap ngn malaysia..haha

    BalasPadam
  2. dia baru je cakap 'control your words' and 'menjadi matang' -__-"
    go go MALAYSIA!!!! :)

    BalasPadam
  3. kuning? yes. kuning lawa. depa nmpk segak pakai kuning. i like~~ ;)

    BalasPadam
  4. kuning? yes. kuning lawa. depa nmpk segak pakai kuning. i like~~ ;)

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...