Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Disember 2010

Must read!! ABIM Sokong IFF! Yesss..! Sekularisme menang akhirnya!

Apa itu ABIM? ABIM ialah Angkatan Belia Islam Malaysia. Apa kaitan ABIM dengan IFF? ABIM dan IFF ialah dua perkara memang ada kaitan secara tidak langsung. Tengok betul2 apa yang saya nak sampaikan neh.

1. ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia

2. IFF = Islamic Fashion Festive.

Baik ABIM, baik IFF kedua-dua nya ada perkataan Islam dan Islamic.

Apa itu islam? Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt. Manusia di tuntut untuk hidup mengikuti aturan islam tanpa mengira bangsa, keturunan, negara dan darjat. Dalam erti kata lain seluruh manusia di dunia ini patut menganuti islam sebagai agama, bukan agama lain.

Apa itu islamic pula? Islamic ialah ciri2 keislaman. Perempuan yang pakai tudung meskipun dia bukan orang islam, tetapi dia mengambarkan ciri2 islam, so di sini dia ialah islamic.

Disebabkan ABIM ialah islamer's yang islamic maka tidak hairan kalau ABIM sokong IFF. Saya tidak bohong. Boleh lihat gambar kebenaran kata2 saya di bawah ini.


Sudah lihat bukan? Jadi adakah saya pendusta? Saya bukan pendusta dan saya terkilan jika dituduh sebagai pendusta. Memang perkara benar ABIM sokong IFF. Apakah di balik kerasionalan ABIM sokong IFF neh? Mari saya terangkan. Mungkin korang rasa ABIM salah langkah tetapi saya rasa ABIM langkah besar. Bukan salah langkah tetapi langkah besar. Faham betul2 ya.

IFF dinaungi oleh Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Najib ialah perdana menteri malaysia. Dan perdana menteri malaysia berkuasa keluarkan apa2 peruntukan dan dana untuk membiayai apa2 program.

Oleh itu jika ABIM sokong IFF pun, ia bukan nya tak logik. Ini memang logik. Ada rasionalnya disitu. Di sini saya berikan anda contoh agama islamic fashion show. Pakai baju yang ada kalimah Muhammad saw juga adalah salah satu ciri islamic. Tengok sini.

Mau lagi? Klik sini

Sudah tgk? Sudah faham? Kalau pakai tudung, buka leher juga islamic. Kalau pakai skirt, tutup rambut juga adalah islamic. Islamic tak semestinya memenuhi tuntutan hukum yang termaktub dalam Alquran. Asalkan ada unsur2 islam sudah cukuplah membuktikan yang ianya islamic.

Dalam erti kata lain kalau pun ABIM nak bodek rosmah, maka biarkanlah dia. Jangan dengki tak tentu pasal macam perangai orang ini.

Orang ini dengki sebab rosmah taknak keluarkan apa2 peruntukan dia. Itulah hakikatnya. Manusia memang suka saling dengki mendengki. Auw.



Ameno : WOW.. i am shocked!

Share this

9 Comments to " Must read!! ABIM Sokong IFF! Yesss..! Sekularisme menang akhirnya! "

budak kecil berkata...

aihh.
rindu kat sekolah abim.
haha.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

TERKEDU AKU..BENDE TERANG TERANG SALAH..DIKATAKAN BETUL..HALAMAKK WEH..ISH ISH ISH..

Tanpa Nama berkata...

tidak mungkin abim menyokong perkara mungkar seperti ini. Mungkin presiden tidak tahu apa yg sbnrnye diperagakan dalam festival tersebut.

salah beliau adalah tidak peka yg BH sedang cuba mempergunakan beliau utk menegakkan perkara yg batil..

mas berkata...

ini sy copy paste dr fb abim pusat..

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada rencana yang ditulis oleh Presiden ABIM, saudara Muhamad Razak Idris bertajuk "Festival Fesyen Islam tangkis persepsi pakaian menutup aurat ketinggalan" pada 24 Disember 2010, di ruangan Berita Harian, [m/s 37].



Masyarakat Islam di Malaysia umumnya mengetahui tentang kontroversi penganjuran Festival Fesyen Islam yang tidak mencerminkan tata pakaian wanita Islam yang sepatutnya. Ini tercerna melalui penganjuran acara ini di Morte Carlo beberapa bulan dahulu, penganjur telah melakukan kesilapan dan keterlanjuran dengan membenarkan penyertaan rekaan fesyen yang bertentangan dengan aturan syariah, dipersembahkan. Beberapa Fesyen tersebut yang menjadi punca kontroversi telah diketahui dan dilihat.



ABIM bersama-sama NGO Islam lain telah mengambil sikap menegur dan membidas kelalaian penganjur di dalam mempamerkan fesyen yang tidak mengikut standard fesyen dalam Islam di Morte Carlo. Ketua Helwa ABIM

telah mengeluarkan kenyataan rasmi ABIM bertarikh 21 oktober 2010, bagi menunjukkan ketidaksetujuan ABIM sebagai badan dakwah.



Baru-baru ini, siri festival ini telah diteruskan dan dilangsungkan lagi di Kuala Lumpur. Di dalam satu pertemuan ABIM dengan Raja Shah Rezza di satu acara bersama, ABIM telah memaklumkan sikap ABIM dan masyarakat Islam secara keseluruhan iaitu penganjuran Festival Fesyen ini ialah satu usaha murni yang baik, tetapi menasihatkan beliau

supaya lebih teliti dalam pemilihan pakaian/fesyen yang ingin dipertontonkan supaya sejajar dengan tuntutan syariah.

Dalam reaksinya, beliau berjanji tidak akan mengulangi kesilapan di Morte Carlo dan akan lebih teliti.



Semasa penganjuran festival ini di Kuala Lumpur baru-baru ini, ABIM mendapati penganjur telah mengambil pengajaran dari teguran ABIM dan beberapa NGO Islam yang lain. Nampaknya, tidak ada kontroversi baru

berlaku setelah lebih sebulan berlangsung. Sekurangnya tiada pakaian yang cuba memalingkan mesej yang songsang seperti penganjuran sebelum ini.



Walaupun ABIM tidak bersetuju secara keseluruhannya tentang penganjuran Festival tersebut yang seperti mengekploitasi wanita dan menjustifikasikan pakaian Islam menurut reka bentuk yang belum pasti

sesuai dengan Syariah, sekurangnya ABIM sebagai badan dakwah telah menyampaikan nasihat dan teguran kepada pihak penganjur secara langsung. ABIM tidak mahu mengambil pendekatan menghukum yang akhirnya juga tidak selari dengan tuntutan dakwah.



ABIM menjelaskan bahawa ABIM tidak sama sekali kompromi dengan apa jua kegiatan mahupun acara yang cuba meremehkan kemuliaan dan kesucian Syariah. Apa yang cuba dipertahankan ialah usaha nasihat menasihati

dan tegur-menegur atas dasar Islam dan jalan keluar untuk memperbaiki keadaan, yang perlu disampaikan kepada sesiapa sahaja sama ada yang Islam atau bukan Islam demi menegakkan kebenaran dan keadilan.



Mohd Hilmi Ramli



Ketua Biro Penerangan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

lilacfla berkata...

terima kasih mas atas info. ^_^

org ugama tidak selalunya suka-suka menukar pendirian kerana ketakutan mereka pada Allah adalah lebih. kalaupun ada, mungkin khilaf manusia.. usaha mempolitikkan agama adalah sgt kotor, dan tidak wajar digunapakai dalam bentuk apapun.

Syaza berkata...

"Rosmah ialah suami Najib." <--- Hahaha! patut laa~

Tanpa Nama berkata...

bca ni..
http://www.facebook.com/note.php?note_id=188040574544907&id=100001096367331

Syaza berkata...

"Rosmah ialah suami Najib." <--- Hahaha! patut laa~

░♥si lampu neon♥░ berkata...

TERKEDU AKU..BENDE TERANG TERANG SALAH..DIKATAKAN BETUL..HALAMAKK WEH..ISH ISH ISH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...