Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 September 2017

Hina Pak Jabit, Facebooker Tutup Account, Pro PH Mahu Cari & 'Ajar'.

Semalam, seorang pelakon dan pelawak veteran tanahair, Abdul Rahman Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit melalui filem komedi terkenal Hantu Kak Limah Balik Kampung disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 pagi di sebuah klinik yang bertempat di Lanchang.

Arwah dipercayai meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan dibawa untuk menerima rawatan di sebuah klinik di Lanchang bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir beliau ketika menerima rawatan. Laporan juga mengatakan arwah sememangnya mempunyai masalah di jantung. 

Dikala ramai artis tanahair, peminat dan orang awam mengucapkan takziah di atas pemergian arwah, ada di antara mereka yang memilih untuk menyindir kematian tersebut.

Ianya bermula dengan sebuah account fb yang dikenali dengan nama Uwais Al Qarni yang menulis, "Khadumb pandap rupanya Pak Jabit neh, eloklah mampos," dan kemudiannya menjadi tular di laman sosial dan menimbulkan kemarahan ramai orang yang membacanya.



Individu itu kemudiannya menjadi sasaran serangan di laman sosial dan PAS turut terpalit dengan insiden berkenaan apabila ramai pihak tampil mendedahkan individu itu ialah penyokong tegar kepada parti Islam itu.


Bagaimanapun dikalangan penyokong PAS, mereka menafikan sekeras-kerasnya menyokong amalan menghina mana-mana individu yang telah meninggal dunia dan menyifatkan kemungkinan pemilik account facebook tersebut ialah account fake yang menyamar bagi mencemarkan kredibliti dan imej penyokong-penyokong PAS. 

Menulis di laman facebooknya, Penyokong PAS Kedah menyifatkan tindakan Uwais Al Qarni ialah tindakan peribadi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan PAS. 

Akaun itu juga katanya telah pun ditutup selepas perkara berkenaan menjadi kontroversi di laman sosial.

"Alhamdulillah, akaun bernama "Uwais Al-Qarni" yang mengeji Allahyarham Pak Jabit telah ditutup.... Kepada semua rakan-rakan fb aku....mulai hari ini, kita ambik perhatian kepada mana-mana akaun yang dok buat posting yang nampak sokong PAS, tapi merosakkan PAS....perjuangan kita tak sama macam perjuangan puak2 lain.... Banyak contoh dah ditunjukkan oleh sejarah," katanya.

"Islam dikeji dan dihina bukan sebab ia agama yang hina, tapi kerana contoh yang ditunjukkan oleh pengikutnya....dunia tidak pernah kaitkan agama seseorang penjenayah jika dia bukan seorang beragama Islam, tapi seseorang pejuang yang berjuang mempertahankan diri sekalipun akan dilabelkan sebagai penjenayah, terroris dsb hanya kerana dia seorang Islam...itu sudah menjadi sunnah perjuangan," katanya lagi di status berkenaan.

"Maka begitulah halnya dengan ahli dan penyokong PAS....orang tidak akan kaitkan seorang pemaki hamun tegar dgn parti yang disokongnya kerana dia bukan seorang penyokong PAS....tapi semua orang akan kaitkan dia dgn PAS walaupun kesalahan dibuat itu bersifat individu kerana dia itu adalah sorang penyokong PAS.... 

Maka berhati-hati lah dalam sebarang tindak tanduk dan kelakuan...walaupun kita berada di pihak yang benar, ia bukan tiket utk kita bebas berbuat apa sahaja seperti memaki hamun, menghina atau mencaci sesiapa....malah dgn kebenaran yg kita pegang lah sepatutnya lebih memandu kita untuk menjadi seorang yang benar juga. Wallahua'lam....," tulisnya di akhir status.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati ada pihak-pihak di kalangan penyokong Pakatan Harapan mahu mencari Uwais Al Qarni disebabkan tindakan biadapnya menghina kematian Pak Jabit.


Namun tidak semua pihak bersetuju dengan tindakan mencari Uwais. Ada yang berpendapat agar tidak dipanjangkan hal ini kerana bimbang ia akan meleret kepada hal yang lain.

Individu itu juga sebenarnya menggunakan identiti palsu dengan mencuri gambar milik orang lain untuk dijadikan DP profilenya di Facebook.


Ia disahkan sendiri oleh tuan punya gambar yang bernama Ahmad Shari. Menurut Ahmad Shari, Uwais sebenarnya adalah orang Perak dan telah menggunakan gambar beliau di profilenya. Ahmad Shari adalah orang Kelantan dan mengaitkan tindakan Uwais dengan parti Amanah atau yang dipanggilnya sebagai PAN.

Sebenarnya, adalah menjadi kebiasaan ataupun trend di kalangan penyokong parti politik untuk memperlekehkan kematian musuh-musuh politik mereka di laman sosial. Ia bukan satu perkara yang baru pun. 

Tidak menyukai seseorang dan merasa 'aman' kerana seseorang itu mati bukanlah kesalahan jenayah, walaupun moralnya layak dipertikaikan namun siapa kata 'kegembiraan' meraikan kematian seseorang perlu dikongsikan di laman Facebook ataupun di media sosial? 

Pandai makan, pandailah simpan, jika 'pandai' rasa 'seronok' kerana seseorang meninggal dunia, patut pandaila juga berpura-pura sekurang-kurangnya di hadapan orang ramai. Raikan 'kegembiraan' tersebut, dalam hati. Anda selamat dari kecaman, orang pun tak mengeji-ngeji. Kan mudah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...