Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 April 2017

Konon Berintergriti Tetapi Tak Ambil Tindakan - Pegawai Khas Rosmah Sindir DAP Isu ZD.

Pegawai Khas kepada Datin Seri Rosmah Mansur, Rizal Mansor mempersoalkan DAP yang tidak mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap dua tokoh melayu dalam DAP, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea berikutan penyebaran beberapa gambar intim mirip wajah mereka berdua.

Pegawai Khas Rosmah
Rizal Mansor - Sumber Rizal Mansor
Beliau yang dipetik bercakap menerusi dinding Facebook menyebut, DAP seringkali mendakwa parti mereka berimej BERSIH, membandingkan dengan BN namun apabila ahli-ahli parti terlibat dalam skandal, tidak pula diambil sebarang tindakan.

"DAP sering mendakwa parti mereka bersih, berintegriti dan moral tinggi tapi kenapa tak ambil tindakan ke atas dua pelaku tersebut kerana melakukan perbuatan tak bermoral di khalayak dan salah di sisi agama Islam".

"Inikah parti yang mendakwa mereka lebih baik daripada BN untuk mentadbir apabila pemimpin yang melakukan perbuatan tidak bermoral dilepaskan begitu sahaja", katanya dalam kenyataan itu.

Beliau juga sempat menyindir Dyana dan Zairil dalam kenyataan itu. Menasihati agar kedua-dua pasangan itu berkahwin, jangan sampai terjadinya episod habis madu sepah dibuang.

"Walaupun Ahli Parlimen tersebut tak mengaku manakala pasangannya tak menafikan namun persepsi orang ramai termasuk penyokong pembangkang percaya 100% bahawa kedua-dua pelaku dalam gambar tersebut adalah pemimpin DAP.  

Kalau dah tahap macam tu elok kawinlah.. jangan pulak habis madu sepah dibuang..", katanya lagi.

Dyana pada minggu lepas tidak memberikan sebarang pengakuan samada menafikan atau mengiyakan kesahihan gambar tersebut namun memberikan gambaran secara tidak langsung; seolah-olah beliau adalah wanita dalam gambar yang tersebar.

Zairil pula menafikan sekeras-kerasnya penyebaran gambar itu dan mengatakan ia satu lagi percubaan untuk menjejaskan reputasi beliau.

Ia adalah penyebaran gambar intim kali ketiga bagi pasangan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...