Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Ahad, 18 Disember 2016

Faiz Ditawan Polis Kerana Netizens Yang Emosi, Respon Pemimpin PAN Yang Bangang & Kenapa Saya Katakan Faiz Tidak Bersalah.

Padan muka Faiz. Yeyeh. 
Polis dah tahan Faiz. Yeyeh.
Kita kena ajar Faiz.
Supaya mulut (jari) dia tak lancang lagi.


Mukadimah.

Jam 11 malam aku dapat tahu Faiz dah ditahan polis dan dibawa ke IPD Klang. Atas isu hina Agong. Kononnya persoalkan solat Agong. Faiz minta Agong letak jawatan. Ini semua penghinaan.

Betul ke?

Babak satu.

Isu Faiz neh jadi kecoh bila dia update dua status di FB yang menyentuh tentang kelakuan Agong. Tindakan Faiz neh aku percaya bertitik tolak dari sikap masyarakat netizens yang secara tiba-tiba menjadi jakun tentang semua perlakuan-perlakuan Agong.

Pada awalnya. Ia oke. Smooth. Agong bersolat dan berserdahana bagai. Masyarakat memuji. Tetapi lama kelamaan tiba-tiba cerita tersebut menjadi keterlaluan. Kejap netizens update solat kat masjid tu. Kejap berita pula lapor Agong solat kat masjid neh. Selipar apa, baju apa semua dilaporkan secara beria-ria dan ini mengundang kemuakan. 

Aku tak salahkan Agong. Bukan dia yang suruh media lapor atau usung wartawan ke sana ke mari. Silap-silap Agong fikir masyarakat neh jakun ke apa. Tak pernah tengok orang solat eh? Sampai nak kecoh bagai?

Ia adalah salah netizens la. Yang berniat nak memuji tetapi kita nampak macam membodek dan menjilat tak tentu pasal. Over la senang cakap.

Babak kedua.

Orang screenshot statement Faiz sebab nak mengenakan Faiz. Sebab dia dipercayai PAN. Ini Sultan Kelantan - dan Faiz itu PAN kot. Dan aku nampak geng-geng PAS dan UMNO sepakat gile mengenakan Faiz dalam isu neh.

Lalu isu neh viral. Faiz dikecam. Padan muka dia la kot, ye tak?

Babak ketiga.

Netizens mula membahas isu Faiz sampai Faiz terpaksa tunduk pada tekanan dan akhirnya memohon maaf. Ada yang bengang juga. Kata mereka, nak minta maaf, minta maaf je la. Buat apa kasi ayat klasik bagai. Macam tak ikhlas pun ada juga.

Entahla. Aku sebenarnya tak rasa dia salah. Aku akan jelaskan kenapa kejap lagi.

Tapi kat sini aku nak menyatakan pada korang. Tindakan netizens ini akhirnya membuahkan hasil apabila polis tahan Faiz. Aku dapat maklumat ini dari wall Kak Hazlyn. Iye, kakak aku tu UMNO. Aku cakap neh dulu. Kejap lagi bila korang godek-godek link tersebut korang nampak dia UMNO kang fikir macam-macam pula. Ya dia UMNO tapi kami takde hal sebab musuh aku pemimpin UMNO bukannya ahli2 UMNO bawahan neh. 

Haha.

Faiz tidak bersalah, netizens terlalu tisu ahtinya.

Kenapa Faiz tak bersalah?
Lawan arus jap.

Netizens terlalu emosi tak bertempat.

Faiz tak bersalah tapi tak bermaksud pandangan dia benar. Dia tak bersalah - untuk nyatakan pandangan dia; tetapi tak bermaksud pandangan yang dia nyatakan itu betul dan kita ada hak untuk bersetuju mahupun tidak bersetuju. Pun begitu samada kita bersetuju atau tidak, kenapa nak heret dia ke balai polis?

Baca dulu status Faiz kita.


Status pertama ialah Faiz memberikan pendapatnya. Agong bersungguh-sungguh beribadat tetapi abaikan kepentingan rakyat. Ini point Faiz.

Kat sini Faiz bagi pendapat. Bukan hinaan, cacian, makian atau apa pun. Dia bagi pendapat. Di ulangi pendapat.

Ohh, pendapat dia salah eh?

Oke, korang betulkanlah. Bagitau dia bahawanya Agong baru je dilantik ma. Tatau nak kira macam mana untuk selesaikan masalah dalam 2,3 hari baru pegang jawatan neh. Silap-silap protokol rasmi pun tak hadam lagi. Relax ah Faiz.

Mungkin sesiapa yang arif boleh kemukakan hujah ketika Agong menjadi Sultan Kelantan. Bagi la abang Faiz kita neh baca dan fahamkan.

Dia nyatakan pandangan dan korang pun balas la pandangan dia dengan pandangan juga.

Tetapi nampak gayanya ada orang kafirkan dia dalam pendapat dia yang pertama lalu mendorong kepada status yang kedua.

"Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah lebih baik letak saja jawatan Agong".

Maksudnya - kalau nak jadi ahli ibadah je letak je la jawatan Agong tu - tumpu pada amalan soleh tu.

Itu kalau. Faham tak, kalau?

Faiz fikir, ah kalau Agong nak jadi ahli ibadah, baik letak jawatan je la. Ada jawatan besar tu kasi kawtim la masalah rakyat sikit. Ini yang dia mahukan.

Tapi macam aku sebut tadi la. Sekali lagi netizens patut sekolahkan PANDANGAN FAIZ dengan PANDANGAN KAMU.

Faiz, Agong baru pegang jawatan 2,3 hari. Kamu relax kejap eh. Lagipun Agong ada apa je kuasa pun dalam kerajaan. Terhad sangat kuasa dan campurtangan yang dia boleh buat itupun akan terikat dengan kekangan dan halangan-halangan tertentu yang diluar penglihatan kita.

Lagipun, hanya kerana kita tidak tahu bukan bermaksud Agong tidak pernah ada fikiran nak membantu kita dari dalam. Kita tidak tahu dia dan dia tidak tahu kita, Faiz.

Kesusahan rakyat neh berpunca dari pemimpin. Yakni nak ubah benda neh kita kena ubah mindset rakyat yang mengundi. Agong bukan lantikan undi jauh sekali Perdana Menteri. Baik kita focus educating pengundi la Faiz oi.

Meluat? Tengok netizens beria-ria up isu Agong pakai selipar jepun dan Agong zuhud? Netizens memang macam tu Faiz oi. Jakon. Abaikanlah orang yang jakon tu Faiz. Jangan kata AGONG, kalau pemimpin dia pakai baju beli kat pasar malam pun depa sebarkan kaw-kaw. Penah aku kutuk geng-geng pro Mat Sabu. Kemain depa puji Mat Sabu naik teksi. Aku ada la terfikir dalam ahti. Seriously? Naik teksi je pun.

Penah aku kena lauk dengan geng-geng pro DAP. Atas isu LGE pakai kasut buruk masa nak naik flight. Ya, yang itu pun aku ada terfikir dalam ahti. Kasut buruk pun, so? Gaji dia beribu la wei. Lagipun, itu je ke satu-satunya kasut yang dia ada? Hidup jangan jadi bangang tak tentu pasal la wei.

Dengan orang PAS pun aku pernah kena balon. Konon nak perjuangkan hak orang miskin. Konon zuhud. Konon tak kejar dunia. Padahal kereta mewah. Rakyat naik motor kasi derma. Ya mereka ikhlas tapi aku tak suka sebab PAS mempermainkan keikhlasan mereka. Cara PAS permainkan tu bukan dengan meminta derma tetapi kegagalan berbuat kerja melawan benda-benda bangang yang kerajaan buat dengan up masalah rakyat sungguh-sungguh. Senang cakap strategi perlawanan mereka hampeh. Kelaut.

Contoh-contoh yang aku bagi neh nak bagitau. Yang penyokong - netizens - bangang dorang kadang boleh tahan dan ahti tisu tak pasal-pasal.

Faiz tidak menghina. Hanya meluah perasaan. Hanya meluah pandangan. Jika tidak suka, bahas kepadanya, betulkan dirinya. Bukan dengan melapor polis.

Faiz tidak melakukan jenayah. Bukan mencuri, merogol mahupun menyeleweng 2.6b.

Respon netizens neh kadang melebih dari melawan benda-benda jenayah. Aku pelik juga neh. Kenapa?

Faiz hanya menyakiti ahti korang yang tak bersetuju pada pandangannya. Korang sakit ahti. Ohh oke. Lepas tu korang babitkan polis bagi melepaskan rasa sakit ahti korang. Sejak bila menyakiti ahti korang-korang yang tisu neh merupakan satu bentuk jenayah? 

Apa yang korang buat ini ialah satu bentuk intimidasi ke atas Faiz yang seharusnya boleh menyuarakan pendapat dia secara bebas dan terbuka.

Jika dia mencaci pun ada juga reasonnya korang babitkan polis. Nak report pun biarlah bercara sikit kesalahannya. Merompak ka membunuh ka. Ini menyakiti ahti korang. Lembik la korang neh. Lembik.

Ini tulis ayat elok-elok pun korang tisuwan. Ayat kritikan yang macam mana lagi yang korang boleh terima supaya korang semua boleh belajar untuk berbahas elok-elok tanpa merosakkan undang-undang, yang korang sesuka ahti guna bagi mendiamkan mulut pengsakit ahti emosi korang yang terlalu sensitif tak bertempat.

Aku harap Agong baca la penulisan aku neh. Harap-harap dia dapat menggunakan kuasanya selamatkan Faiz. Infact. Aku tak rasa pun Agong akan sakit ahti dengan pandangan Faiz. Silap-silap tertawakan netizens lagi ada. Emosi tak tentu hala katanya.

Btw, aku perhatikan juga. Gambar ini tersebar.


Nilai Islam dalam PAN tak berapa penting? Apa kaitannya Islam dengan point Dr Faiz kau neh? Haram ada kaitan kot. Faiz kritik soal pentadbiran dan ketirisan yang dia fikir ia boleh ditanggani dan diselesaikan jika Agong campur tangan soal urusan negara.

Dia nak Agong yang bersolat dan bantu selesaikan masalah rakyat. Itu penerangan ringkas kot-kot susah sangat nak faham point Faiz. Sebab tu tak faham jadah apa boleh timbulnya kesimpulan nilai Islam dalam PAN tak penting (btw, aku pun tak kisah PAN neh pentingkan nilai ISLAM ke tak, lantakla parti tu nak apa-apa pun asalkan tak menyusahkan rakyat sudahla).

Dan respon pemimpin AMANAH. Ntah hapa-hapa. AMANAH tak kenal pun dia sapa? Helo, agak-agak kau AMANAH memang jenis kenal semua ahli-ahli dia ke macam mana?

Ahli AMANAH neh ada 10 orang je eh?

Jangan la bagi respon bangang, ya, bangang. 

At least, check la dulu. Faiz neh ahli PAN ke. Bukan ke. Jika ya, bagaimana nak menyelesaikan masalah, mungkin perlu counterstatement untuk control damage ke, jika tidak, mungkin perlu beri penjelasan ke untuk betulkan kekeliruan.

Ini bodoh-bodoh pergi jawab AMANAH tak kenal dia. Takde langsung nak bagi ayat yang lunak pada dedua pihak. Diplomasi fail. Apa salahnya jawab, ya pihak kami akan periksa dulu keahlian Faiz dan kami akan ambil langkah yang sewajarnya selepas disahkan semua tu akhi. Bagi masa sikit untuk kami buat semakan ya. Kritikan akhi tu kami terima dengan terbuka dan terima kasih.

Katakanlah Faiz neh ahli PAN sekalipun, bagi la sangka baik sikit kat dia sebab ahli PAN neh ada berapa kerat je pun.

Tah hapa-hapa la perangai pemimpin PAN neh. Ada sambungan yang aku nak kutuk lagi neh wei.

Tengok.


Banyak pula masa dia nak check.

Taknak check maksudnya taknak tahu fakta, taknak tahu kebenaran. Ini perangai apa neh wei? Lepas tangan? Tapi dari gaya berhujah macam pasti je Faiz bukan ahli PAN, tapi maklumat tentang hal keahlian neh masih samar-samar. Padahal boleh je dia peduli untuk make sure betul-betul dan jawab betul-betul.

Anak muda mahu melihat Malaysia sebagai negara terhormat dan bermaruah? Sapa, kau? PAN?

Check fakta bab keahlian pun banyak bunyi takde masa tah betul tah tidak perjuangan PAN neh ke arah Malaysia yang lebih baik. Pecah kepala fikir. Tengok orang macam neh jadi pemimpin parti. Hahahahahampeh!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...