Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Mac 2021

Penyatuan Ummah Dah Hilang, Kini Pro PAS, PPBM Bergaduh Dengan Pro UMNO.

NURUL ASYIKIN | Nampak gayanya sosial media hangat dengan pergaduhan pro UMNO vs PAS + PPBM = PN.

Ini kita boleh perhatikan apabila cybertroopers kedua-dua belah parti itu saling serang menyerang antara satu sama lain, kali ini secara terbuka.

Anehnya, mereka yang saling bercakaran tetapi Wan Saiful menyalahkan DAP dan PH yang sedang elok parking tepi sambil mengunyah Super Ring.

Macam post dibawah ini;


Shahrul Nasrun adalah EXCO Pemuda UMNO. Tapi yang Wan Saiful petik DAP dan PH. Sejak bila Shahrul tu pimpinan DAP?

Disebabkan pandangan di atas, Shahrul kini berdepan dengan serangan peribadi. Habis semua gambar-gambar dia bersama isterinya kena korek dan diviralkan. Siapa viralkan tu? Kalau bersedia ditanamkan dalam jirat cina, bolehlah petik nama.

Kemudian, sepertinya tak ada nombor telefon untuk berbincang cara baik, serangan balas datang dari pimpinan PAS.


Mungkin perasaan marah itu perlu dipublikasikan supaya penyokongnya sedar dan memahami mesej disebaliknya, yang sedang disampaikan KP PAS.

Kemudiannya, cybertroopers kedua-dua kem sambut menyambut peperangan tersebut dan saling serang menyerang balas. 

Kini mereka boleh pula bergaduh sesama sendiri, dengan lantang dan terbuka, tak timbul soal melayu bergaduh dengan melayu cina tepuk tangan. Kerana apa?

Kerana yang bergaduh dan bakal dapat manfaat ialah geng-geng sendiri. Kalau yang bergaduh tu musuh mereka dan yang mendapat manfaat bersama itu ada bangsa selain melayu dan umat Islam, maka ketika itulah mereka akan mainkan kad rasis dan fasis.

Jika kita perhatikan ada ayat perkasakan perpaduan ummah. Disini mesejnya ialah sesiapa yang mengkritik PN yang didalamnya ada PPBM dan PAS bermakna menolak perpaduan ummah. Ini namanya doktrinisasi.

Doktrinisasi berlaku atas sebab strategi. Strategi mereka ialah mahu memberikan gambaran bahawa apa-apa yang bersama PAS dan PPBM ialah penyatuan ummah, yang menolak mereka ialah anti penyatuan ummah.

Sebenarnya tidak salah kita anti kepada penyatuan ummah malah jangan kita rasa takut dengan label itu.

Ummah merujuk kepada umat Islam. Dan kalau kita anti penyatuan umat Islam pun ia bukannya salah, atau dosa. Kita beri contoh. Sajat umat Islam. Pembunuh isteri dengan senapang ialah umat Islam. Mereka juga ummah, dan jika ikut konsep penyatuan ummah, kita kena paksa diri kita untuk bersatu dengan spesis-spesis melayu dan umat Islam seperti mereka. Adakah kita perlu terima paksa konsep sedemikian kerana takut dilihat berbeza? 

Tidak perlu. Jangan takut untuk menyampaikan perbezaan kita secara terbuka dan lantang selagi mana kita tidak mengajak kepada perbuatan jenayah dan dosa.

Anti penyatuan ummah bukan bermaksud anti Islam. 

Jangan salah faham dengan anggap penyatuan ummah = Islam. Ia adalah sejenis gerakan dan pendapat tetapi ia bukan agama dan kepercayaan.

Kita sepatutnya mendorong kepada rakyat perlu bersatu menolak penindasan, kezaliman dan undang-undang yang menyeksa rakyat.

Kita tak perlu spesifikan bangsa dan agama untuk bersatu.

Ini kerana orang jahat mereka tak kenal bangsa dan agama.

Ada orang Islam yang jahat. Ada orang Buddha yang jahat demikian juga Hindu dan atheis.

Mereka jahat kerana sikap dan keputusan yang mereka buat ketika itu.

Jadi bilamana parti-parti ini bercakap pasal penyatuan ummah, beringatlah, hakikatnya mereka bercakap pasal kuasa dan manfaat yang mereka boleh dapat kesan dari doktrinisasi tersebut. 

Sudah tentu konsep doktrinisasi ini terpakai ke atas semua jenis parti-parti politik tak kira di kem kerajaan ataupun pembangkang.

Ia terserah ke atas diri kita untuk menilai baik buruk, samada satu-satu pemimpin itu benar-benar mahu memperjuangkan hak kita ataupun tidak, ia harus dinilai secara individual; bukan secara partisan. - 10 Mac 2021.

Ahad, 28 Februari 2021

Duit Dah Dapat, Sepatutnya Kerajaan Kelantan Selesaikan Masalah Air Penduduk.

SOSMED | Penulisan oleh Asraff Jeffery ini tular di Facebook kerana membawa suara penduduk Kelantan yang berdepan dengan masalah air sejak sekian lama.

Bagi yang berduit, mereka berkemampuan untuk memasang sistem penapisan sendiri setelah sedut air dari bawah tanah. Bagaimana pula yang kurang mampu dan tak berduit. Sampai bila nak berdepan dengan masalah serupa. Sebab itulah Asraff membawakan kisah ini supaya kerajaan Kelantan memahami keperluan asas rakyat dan segera merangka solusi bagi menyelesaikan masalah ini.

Asraff Jeffery | Bila baca komen di post sebelum ini,ada yang salah faham. Jadi saya ingin perbetulkan balik salah faham yang berlaku.

Rumah yang saya duduk ini memang ada masalah air tetapi tidak teruk. Tahap masalah itu, kalau basuh baju putih, boleh jadi kuning. Tapi boleh digunakan untuk mandi, good enough untuk kami.

Saya pun beli Filter. Alhamdulillah masalah selesai tapi saya pelik kenapa bil air saya setiap bulan cecah RM60 walhal dalam rumah saya ada 3 orang dewasa dan dua kanak-kanak. Saya abaikan.

Tapi kesabaran saya meletup apabila Januari sebelum PRU. Bekalan air di rumah saya terus terputus. Saya telefon pihak AKSB, mereka kata ada gangguan air. Perlukan 2 minggu untuk selesai penyelenggaran dekat tangki utama.

Lepas 2 minggu, masalah tidak selesai. Isteri saya terus telefon hingga satu tahap, mereka yang letak telefon bila dengar suara isteri saya. Biadap.

Saya tanya jiran hadapan rumah bagaimana dengan rumahnya, bagaimana dia selesaikan masalah air. Dia bagitahu boleh gali air (boring), saya pun minta nombor telefon syarikat yang mampu buat.

Saya bayar syarikat itu lebih kurang RM8k untuk buat sistem air bersih untuk rumah saya. Dari dalam tanah, sedut masuk ke dalam tangki pertama, lalu filter, pam ke tangki kedua, lalu filter, pam ke rumah. (Baca post sebelum ini). Itupun mereka nak upsell supaya saya buat menara tangki, katanya untuk elak santau.

Pada masa yang sama,jiran sebelah saya guna air dari telaga jiran sebelahnya. Kejiranan saya sangat harmoni.

Saya ambil keputusan untuk tutup terus air Kelantan sebab tiada guna. Tadi (27/2/21) isteri saya telefon jiran sebelah untuk tanya masalah air, dia pun sudah lama tidak guna air Kerajaan.

Ini kronologi hikayat air dan saya.

Kalau ada pihak kerajaan ingin pantau, boleh datang ke rumah-rumah belakang Dewan Harmoni, Kampung Belukar Tapang, jajahan Dato Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Apakah tujuan saya post? (Ada wakil Kerajaan PM dan tanya tujuan saya buat post tersebut).

Disebabkan kerajaan gagal menyalurkan air bersih kepada saya,saya terpaksa sediakan masa lebih kurang sejam selang 3 hari untuk cuci air (flush) dari filter. Jika tidak, air yang saya dapat walaupun sudah lalu dua filter pun kotor seperti dalam gambar.

Saya tulis post itu supaya kerajaan bersungguh-sungguh ingin selesaikan isu air di Kelantan. Dulu bila orang tanya bila,mereka kata tunggu wang Royalti. Bila wang sudah ada, banyak dilaburkan pada projek yang lain, kot.

Kawasan rumah saya boleh dikatakan di bandar, berdekatan dengan USM tapi masalah air tidak selesai. Restoran dan kedai saya di Berek 12 pun ada masalah yang sama, air kuning dan kadang-kadang teknan rendah. (Tidak seteruk rumah saya).

Akhirnya,penduduk ambil inisiatif gali air (boring) sendiri. Kos gali air bukan murah,kadang-kadang lebih mahal dari gaji bulanan.

"Alah, di luar Kelantan pun ada masalah air."

Betul tapi saya tidak menetap di sana.
Saya orang Kelantan, menetap di Kelantan dan bayar cukai pada Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi,saya ada hak bersuara dan bebas menulis tentang Negeri saya.

Bila berlaku semua masalah ini, sudah tentu saya tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri. Bagaimana YB boleh bermewah-mewah sedangkan sumber asas rakyat pun belum dipenuhi?

Dan,walaupun saya sudah tidak guna air Kelantan tapi sampai sekarang saya masih kena bayar sewa paip yang ada di hadapan rumah saya. Ketika Kerajaan Negeri gila nak buat E-Wallet sendiri, proses nak tamatkan subscription air masih lagi kena walk-in ke pejabat. Oh ya, pejabat BARU.

Saya harap post kali ini tidak menimbulkan salah faham. Saya rumuskan sekali lagi;

1- Saya sudah tidak guna air Kerajaan kerana bekalam air Kerajaan tiada.

2- Air teh yang anda lihat ialah air dari tanah (air boring).

3- Saya masih bayar sewa paip kepada Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad.

4- Pemimpin atasan Kerajaan naik Merc. (Ini bonus).

Saya akhiri post ini dengan cara pendokong teori konspirasi;

"Wallahua'lam."

Tebrau Dedah Sebab Sokong Muhyiddin Kerana Nak Bantu Rakyat.

KENYATAAN MEDIA | Hari ini saya mengisytiharkan sokongan saya kepada YAM Perdana Menteri oleh sebab beliau faham dan setuju dengan keperluan saya untuk ada akses kepada dan berjumpa dengan semua menteri dan ketua agensi Kerajaan untuk membangkitkan dan cuba menyelesaikan isu-isu rakyat yang selama ini disampaikan kepada saya melalui pelbagai saluran. 


Isu banjir kawasan, Isu pembuangan sampah haram, Isu along yang bertambah teruk, Isu scam yang bertambah teruk, Isu PPR dan Rumah Pangsa Kos Rendah/Murah, Isu perlesenan berjenis-jenis di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menghalang kemasukan pelaburan asing, isu pencemaran sungai, Isu dan masalah perusaha kecil dan sederhana, isu pekerja asing dan tempatan semua harus ditangani dengan secepat mungkin.

Saya berharap dengan pengalaman saya sebagai akauntan, juruaudit luar dan dalaman, agen cukai dan perunding perniagaan selama 40 tahun, saya boleh bekerjasama dengan semua menteri dan agensi Kerajaan untuk mencari penyelesaian untuk isu-isu tersebut.

Saya sudi membantu mana-mana pihak Kerajaan khususnya di dalam bidang kepakaran saya. Sekiranya dipanggil, saya sudi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mencari atau merancang atau merangka sistem percukaian supaya hasil kutipan cukai akan meningkat dan pada masa yang sama tidak membebankan kumuniti perniagaan dan rakyat.

Saya berharap juga menjadi orang tengah atau jambatan (bridge) di antara Kerajaan dan komuniti perniagaan supaya isu-isu rakyat dapat perhatian Kerajaan.

Steven Choong
Ahli Parlimen Tebrau

2 MP PKR Julau, Tebrau Sokong Muhyiddin Yasin.

POLITIK | Dua Ahli Parlimen PKR keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dua Ahli Parlimen itu ialah MP Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong.

Perkara itu diumumkan oleh Hizwan menerusi Facebooknya tadi.

"Selepas 1 tahun menilai prestasi Kerajaan, hari ini 2 ahli parlimen PKR buat keputusan sokong YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Perikatan Nasional.

Tahniah Julau dan Tebrau. 

Ke arah kerajaan stabil dan negara yang selamat. Sah, Perikatan Nasional untuk semua, untuk rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan itu.

Dengan tambahan sokongan ini menjadikan Muhyiddin Yassin kembali dengan sokong 111 Ahli Parlimen selepas 2 dari UMNO mengumumkan menarik diri dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Sebagai rekod, Julau ditandingi wakil bebas pada PRU14, dan dimenangi Larry Sng. Larry kemudiannya menyertai PKR Sarawak selepas itu.

Manakala Tebrau adalah kerusi PKR dan dua hari sebelum ini, pada 25 Feb, Steven Choong sendiri menafikan akan keluar PKR dan menyokong PN tapi nampak gayanya penafian itu adalah satu lakonan semata-mata. - 28 Februari 2021.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...