Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Februari 2021

Duit Dah Dapat, Sepatutnya Kerajaan Kelantan Selesaikan Masalah Air Penduduk.

SOSMED | Penulisan oleh Asraff Jeffery ini tular di Facebook kerana membawa suara penduduk Kelantan yang berdepan dengan masalah air sejak sekian lama.

Bagi yang berduit, mereka berkemampuan untuk memasang sistem penapisan sendiri setelah sedut air dari bawah tanah. Bagaimana pula yang kurang mampu dan tak berduit. Sampai bila nak berdepan dengan masalah serupa. Sebab itulah Asraff membawakan kisah ini supaya kerajaan Kelantan memahami keperluan asas rakyat dan segera merangka solusi bagi menyelesaikan masalah ini.

Asraff Jeffery | Bila baca komen di post sebelum ini,ada yang salah faham. Jadi saya ingin perbetulkan balik salah faham yang berlaku.

Rumah yang saya duduk ini memang ada masalah air tetapi tidak teruk. Tahap masalah itu, kalau basuh baju putih, boleh jadi kuning. Tapi boleh digunakan untuk mandi, good enough untuk kami.

Saya pun beli Filter. Alhamdulillah masalah selesai tapi saya pelik kenapa bil air saya setiap bulan cecah RM60 walhal dalam rumah saya ada 3 orang dewasa dan dua kanak-kanak. Saya abaikan.

Tapi kesabaran saya meletup apabila Januari sebelum PRU. Bekalan air di rumah saya terus terputus. Saya telefon pihak AKSB, mereka kata ada gangguan air. Perlukan 2 minggu untuk selesai penyelenggaran dekat tangki utama.

Lepas 2 minggu, masalah tidak selesai. Isteri saya terus telefon hingga satu tahap, mereka yang letak telefon bila dengar suara isteri saya. Biadap.

Saya tanya jiran hadapan rumah bagaimana dengan rumahnya, bagaimana dia selesaikan masalah air. Dia bagitahu boleh gali air (boring), saya pun minta nombor telefon syarikat yang mampu buat.

Saya bayar syarikat itu lebih kurang RM8k untuk buat sistem air bersih untuk rumah saya. Dari dalam tanah, sedut masuk ke dalam tangki pertama, lalu filter, pam ke tangki kedua, lalu filter, pam ke rumah. (Baca post sebelum ini). Itupun mereka nak upsell supaya saya buat menara tangki, katanya untuk elak santau.

Pada masa yang sama,jiran sebelah saya guna air dari telaga jiran sebelahnya. Kejiranan saya sangat harmoni.

Saya ambil keputusan untuk tutup terus air Kelantan sebab tiada guna. Tadi (27/2/21) isteri saya telefon jiran sebelah untuk tanya masalah air, dia pun sudah lama tidak guna air Kerajaan.

Ini kronologi hikayat air dan saya.

Kalau ada pihak kerajaan ingin pantau, boleh datang ke rumah-rumah belakang Dewan Harmoni, Kampung Belukar Tapang, jajahan Dato Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Apakah tujuan saya post? (Ada wakil Kerajaan PM dan tanya tujuan saya buat post tersebut).

Disebabkan kerajaan gagal menyalurkan air bersih kepada saya,saya terpaksa sediakan masa lebih kurang sejam selang 3 hari untuk cuci air (flush) dari filter. Jika tidak, air yang saya dapat walaupun sudah lalu dua filter pun kotor seperti dalam gambar.

Saya tulis post itu supaya kerajaan bersungguh-sungguh ingin selesaikan isu air di Kelantan. Dulu bila orang tanya bila,mereka kata tunggu wang Royalti. Bila wang sudah ada, banyak dilaburkan pada projek yang lain, kot.

Kawasan rumah saya boleh dikatakan di bandar, berdekatan dengan USM tapi masalah air tidak selesai. Restoran dan kedai saya di Berek 12 pun ada masalah yang sama, air kuning dan kadang-kadang teknan rendah. (Tidak seteruk rumah saya).

Akhirnya,penduduk ambil inisiatif gali air (boring) sendiri. Kos gali air bukan murah,kadang-kadang lebih mahal dari gaji bulanan.

"Alah, di luar Kelantan pun ada masalah air."

Betul tapi saya tidak menetap di sana.
Saya orang Kelantan, menetap di Kelantan dan bayar cukai pada Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi,saya ada hak bersuara dan bebas menulis tentang Negeri saya.

Bila berlaku semua masalah ini, sudah tentu saya tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri. Bagaimana YB boleh bermewah-mewah sedangkan sumber asas rakyat pun belum dipenuhi?

Dan,walaupun saya sudah tidak guna air Kelantan tapi sampai sekarang saya masih kena bayar sewa paip yang ada di hadapan rumah saya. Ketika Kerajaan Negeri gila nak buat E-Wallet sendiri, proses nak tamatkan subscription air masih lagi kena walk-in ke pejabat. Oh ya, pejabat BARU.

Saya harap post kali ini tidak menimbulkan salah faham. Saya rumuskan sekali lagi;

1- Saya sudah tidak guna air Kerajaan kerana bekalam air Kerajaan tiada.

2- Air teh yang anda lihat ialah air dari tanah (air boring).

3- Saya masih bayar sewa paip kepada Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad.

4- Pemimpin atasan Kerajaan naik Merc. (Ini bonus).

Saya akhiri post ini dengan cara pendokong teori konspirasi;

"Wallahua'lam."

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...