Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Mac 2016

Khir Toyo Kini Di Luar Penjara.


Inila undang-undang versi Malaysia. Keadilan yang tersangatlah adil sampai aku nak ketawa terbahak-bahak!

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH!
KAH KAH KAH KAH KAH!

Kalau la yang ditahan itu Anwar Ibrahim, ko rasa pengkritik2 dia boleh terima tak andai kata Anwar dilepaskan dengan parol? Itupun ditahan atas isu merepek. Ini terang2 berlakunya salahlaku. Paling2 koman berhak dipertikaikan dari mana dia mempunyai wang jutaan ringgit untuk renovate..

So, renung-renungkanlah..

KAH KAH KAH

Laporan dari FMT ;

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Menurut rakan baik Mohamad Khir, Roslan Dian yang memberitahu FMT, Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah, di bawah pengawasan pegawai parol.

“Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan. Kini dia (Mohamad Khir) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah,” ujarnya.
Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.


Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Skandal Kewangan Najib Kini Dlm Bentuk Dokumentari - 1 Dunia Saksikan, Apa Kata Najib?


Aiyooo. 

Ini kalau Najib tak mengambil apa-apa tindakan juga maka jangan la heran kalau rakyat percaya bulat-bulat dengan laporan tersebut.

Skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Najib kini dilaporkan dalam bentuk dokumentari 45 minit yang mana boleh dilihat oleh semua golongan masyarakat di seluruh dunia walau di mana jua mereka berada.

Ia adalah terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan dilaporkan dalam program Four Corners. Tajuk bagi laporan tu pun gempak --> State of Fear : Murder and Money in Malaysia - ABC News.

Fuhh tak fuhh la juga. Paling koman berpeluh la juga Najib kau nak menepis serangan nanti. Bersilat la juga penasihat-penasihat kat sekeliling dia tu kejap lagi. Silap-silap Pak Lah berjaga terus nak fikir alasan untuk membantu Najib dari serangan terbaru lagi terbuka dari station berita antarabangsa ABC News. Almaklumla. Jawatan penasihat buka free-free dapat. Kena la juga menyumbang bagi nampak bermakna di mata Najib. Tak gitew ke?

KAH KAH KAH

Untuk menonton video boleh lihat kat bawah neh. Kalau tak dapat akses, boleh klik sini.



►►► VIDEO PENUH | State of Fear: Murder and Money in Malaysia - ABC News Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menyiarkan episod terbaru mengenai skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Posted by Suara Rakyat on Monday, March 28, 2016
   

Kat dalam laporan tersebut ada macam-macam isi. Kematian Kevin Morais pun ada. Bagaimana insiden pembunuhan Kevin dikaitkan dengan skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Najib, semua dorang kupas, ulas. Pemilik website Sarawak Report yang kena block dengan SKMM pun ada. Bagi ulasan dan laporan berkaitan skandal 1MDB dan dana 2.6b. Muka tak handsome Jho Low pun ada. Siap buat shot dekat pula tu. Keh Keh.

So ini secara tak langsung telah mewujudkan sesuatu persepsi dan mendatangkan sesuatu gambaran di pemikiran yang menonton laporan dokumentari berkenaan.

Jadi Najib, oleh kerana ko dah cop nak saman WSJ pada hari selasa, maka aku cadangkan hari khamis untuk ko saman ABC News pula kerana menyiarkan laporan berkenaan. Hari isnin dah guna, hari rabu pula hak milik Hishammudin, maka hari khamis yang paling terbaik sekali. Hari jumaat ko kan busy nak tawaf masjid untuk tunjuk perangai wasatiyyah. Mana dann' nak saman orang pada hari tu pun kan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Sabtu, 26 Mac 2016

Dan Dia Telah Dirogol Oleh Tengku Mahkota J.......

1992 - 1993.

Kekebalan kuasa raja dimahsuhkan pada tahun tersebut.
Bagi sesetengah pihak ia merupakan satu kedukaan.
Tetapi bagi kebanyakan golongan ia merupakan perayaan.

Berikut adalah hansard parlimen pada tahun 1993 untuk pembacaan anda semua.








** Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
 
Nampak?

Padan la Ali Abu Jalil asyik bagitau sultan tu rogol orang je kat status dia.

Huhu.

Bagaimana mencari dan mendownload hansard parlimen yang lepas?

1. Pergi ke portal http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-rakyat.html

2. Klik perkataan ARKIB.

3. Pilih tahun.

4. Untuk paparan lengkap berkaitan hansard parlimen tahun 1993 klik sini.

5. Untuk baca khusus mengenai perbahasan penghapusan kekebalan kuasa raja2 baca dari muka surat 13750.

6. Sila lihat juga pendirian pembangkang termasukla Mat Sabu pada ketika itu juga.

Kbai.

Jumaat, 25 Mac 2016

Wajah, Nama Suspek Songlap Dana 100j Terdedah.

Aku dapat tips menerusi email. Dia bagi klue. Aku check. Dan aku dapati aku sepatutnya dah tahu siapa suspek dalam skandal penyelewengan KBS tu.

Aritu Zaharin ada screenshot satu kali tapi aku terlepas pandang.


Aritu aku tak baca apa yang Zaharin screenshot. Sekadar baca nama dan status Zaharin je. Then tadi bila refer pada klue yang kawan tu bagi via email aku bandingkan maklumat dan teringat pada posting Zaharin. Rasanya gambar tu aku pernah tengok. Fikir punya fikir dalam 2,3 saat terus teringat apa yang Zaharin pernah taip 2,3 hari lepas.

Inila wajah dan nama yang dirahsiakan oleh pihak media yang mana aku pun tatau apa sebabnya sampai sekarang. Untuk rekod 2 suspek utama masih lagi ditahan reman. Tapi kan bila aku tengok wajah suspek di dalam gambar tak nampak macam dia sado pun.

Hehe.

Dalam pada itu ada satu posting lama di laman fb yang sedang viral sekarang. Ianya ditulis pada tahun 2011 tau.

Baca sat ;

Sangat Panas! Otman Bin Arsahd - Manusia inilah punca angkara merembat duit belia di KBS!!!



Siapakah Otman bin Arsahd? Ketua Penolong Setiusaha Kanan. Dialah Ketua di Cawangan Kewangan di Bahagian Kewangan di KBS. 

Soalannya? Bagaimana dia Merembat? Dia mestilah punya member kuat? Siapa member kuat dia? Sudah pastilah KETUA SETIAUSAHA KBS.... Siapakah KSU KBS? Namanya DATO' MOHID BIN MOHAMED. Lihat perjalanan perjawatannya di KBS???

2003 -2004
Timbalan Pesuruhjaya Sukan (Terbuka) ,
Pejabat Pesuruhjaya Sukan,
Kementerian Belia Dan Sukan
2004 -2006

Setiausaha Bahagian, 
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Kementerian Belia Dan Sukan
2006 - 2008

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) 
Kementerian Belia dan Sukan
2008 - 20.8.2010

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) 
Kementerian Belia dan Sukan
21.8.2010 - Sekarang

Ketua Setiausaha , 
Kementerian Belia dan Sukan

Wah! Wah! Pernah jadi TKSUP rupanya..... Anda tahukah apakah power TKSUP? Duit! Duit beb! Tukang sign cek la....

Mohid ni juga ada partner in crime nya? Siapa???? Inilah orangnya - Syed Abdul Rahman bin Tuan Kuning - Mantan SUA MAYC Kebangsaan.

Bagaimanakah modus operandi perembatan duit-duit KBS?

Mereka reka-reka apajua program (apa sajalah menatang) kononnya NGO KBS punya.... Otman prepare Waran... Mohid Sign Cek... Syed Rahman Bank in... Lepas tu bedak ramai-ramai....

Ini Penting! 

Otman sepatutnya sudah kena pindah ke JKR naik pangkat pada 3 Januari lepas! Tapi kenapa dia tak pindah yer? Oh! Mentang-mentanglah bos besar member dia... Podaaah!!!!

Sampai bila korang nak rembat duit belia ni! Patutlah duit tak sampai ke akar umbi.... Kerajaan dah peruntukkan duit. Tapi tak sampai!

Ini laporan eksklusif.... ada banyak lagi sambungannya... Tunggu!!!!!

---------------------

Oke, ini ditulis oleh PERAK BANGKIT. Klik je nama tu. Aku dah sertakan rujukan untuk korang semua refer.

Nota itu ditulis pada tahun 2011. Selepas aku check sikit aku dapati itulah satu2nya nota yang ditulis. Takde sambungannya dah. Kata ada banyak lagi sambungan. Mungkin via status. Payah kot nak godek status tahun 2011. Ini yang slacknya pada efbi. 

Aku dapati efbi berkenaan efbi dummy. Bukan real punya. Nak dedahkan skandal tapi taknak guna nama real. Biasanya orang apa macam neh. Samada pihak ketiga yang dapat maklumat ataupun terpaksa rahsiakan identiti sebab takut kena tangkap atas alasan kekononnya menfitnah.

Bila check-check ada 13 perkongsian. Baru 13 je orang yang share sebab tatau. Sekarang dah terconfirm benar pendedahan tersebut mao ramai yang share lepas neh.

Oke berbalik pada teori kenapa skandal berkenaan tiba2 terdedah ini ada satu penulisan yang aku petik dari Aduka.

Ketua Pemuda Selfie buat gerakan 2 kolam. 1 kolam baik dengan Naja. 1 kolam baik dengan Maha. Gerakan ini cross the line kata Naja. Kena pilih satu kolam sahaja. So, Naja ikat Ketua Pemuda Selfie dengan buka fail rasuah 100. Skang pilih kolam mana?
Ketua Dewa Selatan pun sebelum ini tak ngam dengan Naja. Tapi Naja ada dokumen pasir, pulau batu cerah terhadap Ketua Dewa Selatan. Silap2 tahta Ketua Dewa Selatan pun boleh turun sebab bukan keturunan. Sumbat ke dalam pula dengan dokumen2 tadi. Nak sumbat kena pegang Majlis Keselamatan dulu. Buat akta sikit. So, tak hairan Ketua Dewa Selatan tangguh serang Naja, dan u turn serang Maha.
Pihak kita pula lawaknya sokong Maha, atau Naja atau Dewa sebab seronok diorang ni serang pihak paling kita tak suka ketika ini. Pihak paling kita tak suka pula hanyalah semasa yang berubah2. Benda tetap sama. Paling kelakar hujah kalau bersama bini Naja untuk jatuhkan Naja pun, kita perlu bersama. Selamatkan Malaysia katanya. Tiada ideologi.
Apa pun, kelakar bagaimana pun, kawan2 kita juga. Jasa mereka silap2 lagi banyak dari kita yang asyik ideologi. So, apa tugas kita yang kononnya ideologi ni? Kurangkan musuh. Lebihkan pendidikan. Inilah cara kita untuk Selamatkan Malaysia. Ya memang jauh. Tapi revolusi bukan berlaku secara hari ni rempuh, besok berjaya. Keluarlah. Beroganisasilah. Belajar ini dulu.
Gua pesan untuk diri sendiri.

Ringkasnya korang faham-faham sendiri la. Ingat. Gajah sama gajah bergaduh pelanduk jangan sesekali dok kat tengah2 sampai kena pijak. Ada kaki kan, p lari jejauh sikit. Perati je siapa yang menang dan siap dengan meriam. Mana2 gajah yang menang kasik tembak dengan meriam. Biar dedua gajah tu mampos akhirnya dan takde sesiapa berani pijak pelanduk lagi. Muahahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...