Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Mac 2016

Pimpinan PAS Hadir Untuk Kumpul Info Kata Nasruddin - Laaa Mengaku Nak Curi Maklumat Orang Rupanya..

Aku sebenarnya tengah karang point untuk kutuk Mat Sabu, Lim Kit Siang dan BERSIH. Tapi tersempatla pula baca satu berita yang kelakar. So, aku nak share dengan korang. Tak baik kot gelak sorang-sorang. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Pemimpin PAS yang hadir ke majlis tandatangan Deklarasi Rakyat adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat, kata ketua penerangannya Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, beberapa pemimpin dibenarkan hadir ke majlis tersebut supaya mereka boleh mengemukakan laporan kepada parti.

"(Kita) telah dimaklumkan sebahagian adalah kehadiran yang diizinkan untuk mengambil maklumat apa sebenarnya pertemuan itu, untuk apa. Jadi kita kena tahu juga.

“Jadi kita hantar wakil sebagai untuk mendapat maklumat. Dia balik, boleh beri laporan kepada kami apa benda, tindakan apa dibuat, perbincangan dilakukan, apa beza gerakan yang mahu dilaksanakan.

"Jadi kita dapat maklumat yang jelas dan tepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di parlimen.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Khairuddin Aman Razali, anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Setiausaha: Tak wakili parti

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, kesemua ahli parti itu yang hadir tidak mewakili parti Islam berkenaan.

"Pendirian kami adalah sangat jelas, kita bukan sebahagian daripada perjanjian itu dan kami mempunyai pandangan kita sendiri bahawa kita akan mengemukakan kepada pihak-pihak berkaitan," katanya.

PAS pada 3 Mac lalu mengumumkan tidak akan bersama dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib.

Takiyuddin berkata PAS mempunyai pendekatan tersendiri khususnya melalui “Blok Politik Ketiga” ke arah mengubah kepimpinan negara melalui “saluran yang demokrasi dan berperlembagaan”.

Sumber. 

- Memula PAS kita kata tak terlibat dengan deklarasi rakyat.

- Kemudian, PAS keluar statement bahawa jatuhkan BN itu yang sepatutnya.

- Tup-tup dua orang pimpinan PAS hadir dalam deklarasi rakyat. 

- Khairuddin kemudiannya menyatakan bahawa kehadiran dia adalah atas kapasiti individu.

- Kat situ je orang dah tertawakan PAS.

- Pimpinan A cakap lain, Pimpinan B buat benda lain.

- Sekarang neh pula Nasruddin kata kedua-dua pimpinan PAS hadir atas sebab nak mengumpul maklumat.

- Mungkin sebab kena troll kaw-kaw kot. Lalu malu. Maka diciptanya alasan. Untuk counter kritikan. Padahal dah kantoi flip flop. Cakap belit2 kot.

Yang aku tak tahan lawaknya tu. Terang-terang pula si Nasruddin declare depa nak collect info. Macam neh nak jadi perisik confirm fail. Nak tawan Malaysia? Strategi sure ke laut. Lepas neh kalau pimpinan PAS hadir apa-apa dalam majlis pembangkang/Mahathir yang bertujuan jatuhkan Najib tak memasal kena syak untuk intip dan kumpul maklumat. Silap2 dianggap untuk salur ke team Najib. Tak risau ke dengan persepsi macam tu wahai Nasruddin?

KAH KAH KAH

Jom gelakkan Nasruddin..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

Anak Najib Dilapor Buat Kecoh Di Zouk Singapura.

The night took a disappointing turn for patrons of Zouk Singapore when Fadi of Egyptian trance duo Aly & Fila was reportedly forced to end his set early to make way for the son of Malaysian Prime Minister Najib Razak.


The incident, which happened on Saturday night, started when Norashman Najib allegedly requested for Fadi's set to be cut short so that he could play instead, despite not being in the performers' bill that night.


Fadi, who is a respected figure among the trance community and a regular fixture at Zouk Singapore, announced that he "won't play for Zouk anymore" before playing his last track and stepping off the deck. 

Lapor Says.com

Insiden dilaporkan berlaku pada malam sabtu yang lepas. Dj jemputan yang sedang membuat persembahan terpaksa hentikan persembahan lebih awal disebabkan desakan oleh anak Najib supaya dia pula boleh membuat persembahan seterusnya walaupun anak Najib tidak dijadualkan untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Itulah intipati laporan Says. 

Kumpulan DJ tersebut dikenali dengan nama Fadi The Egyptian (Aly & Fila) dan memetik sumber Says.com, peminat2 kelab malam tersebut dikatakan tidak berpuas ahti dengan apa yang terjadi ke atas kumpulan Fadi yang terpaksa hentikan 'permainan setnya (dj-ing)' lebih awal untuk memberikan laluan kepada anak Najib. Tindakan itu turut menjejaskan imej Zouk Singapore di kalangan peminat-peminatnya apabila peminat2 Zouk mengecohkan insiden pada malam tersebut di laman sosial.

Satu video yang memetik statement Fadi tentang insiden tersebut turut viral di laman facebook di kalangan netizen Singaporeans menerusi ID Derrick Low.

Lihat sini (pengguna fb tidak publickan video berkenaan untuk perkongsian di laman blog)

"It seems that Zouk here wants someone else to play. Not only because of that, because apparently he's the son of a prime minister.

Thank you so much, enjoy my last track. I'll see you somewhere in the future. Not in Zouk anymore, because I won't play in Zouk any f***ing more. They've insulted me, but I love you guys.
"

Dialihbahasa ;

"Nampaknya Zouk mahukan orang lain buat persembahan. Mentang-mentangla dia anak perdana menteri. Terima kasih sesungguhnya kepada anda semua dan saya benar-benar terhibur dengan track terakhir ini. Kita jumpa lagi di lain masa di tempat lain. Tidak di Zouk lagi sebab saya tidak akan bermain di Zouk  f*** ini lagi. Mereka memperlekehkan saya tetapi saya sayang anda semua".

Zouk Singapore turut membuat kenyataan bagi mengulas insiden berkenaan dengan mengatakan apa yang berlaku hanyalah satu salah faham.

Baca ;



Walaubagaimanapun penafian berkenaan enggan diterima oleh peminat2 kelab malam Zouk Singapore.

Memetik sumber screenshot dari Says.com ;





** Klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih jelas.

Tidak hanya Zouk Singapore menerima tempias negatif kerana dikritik peminat2 apabila menghentikan persembahan Fadi lebih awal bahkan Najib, perdana menteri Malaysia turut menjadi sasaran kritikan netizen Singapore atas insiden di Zouk tersebut hanya semata-semata anaknya berbuat hal di kelab malam di luar negara..

Khamis, 3 Mac 2016

UMNO Wadah Terbaik Bela Agama Kata Menteri - Yeke Azalina?

Minum bodek banyak sangat sampai mabuk Azalina kau.

SH melaporkan ;
Keputusan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam parti menjadi bukti Umno adalah wadah terbaik untuk perjuangan membela agama, bangsa dan negara, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan MT Umno untuk menggantung Muhyiddin dibuat tanpa mengira kedudukan dan jawatan beliau dalam parti.

"Sesiapa sahaja yang menjadi ahli perlu akur dengan keputusan parti. Setiap ahli Umno juga perlu setia kepada kepimpinan di samping berkhidmat kepada bangsa, agama dan tanah air," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aku taknak ulas tentang keputusan Muhyiddin. Dia duduk dalam UMNO ke, keluar UMNO ke apa ke lantak dia la. Yang aku mahu tengok ialah UMNO karam. Sesiapa yang menyumbang ke arah kekaraman UMNO, aku tepuk tangan tanda gembira.

Aku cuma nak mengulas point tak sedar diri si Azalina neh je.

Aku bukan suka serang orang secara peribadi.

Tapi kalau kita tak betul buat cara kita tak betul. Tak perlu cakap sesuatu yang berbeza dari tindakan seharian kita.

Yeke UMNO wadah terbaik untuk bela AGAMA?
Yeke setiap ahli UMNO perlu berkhidmat kepada AGAMA?

Tak payah p jauh dengan sembang bab tindak tanduk UMNO. 

Kita fikir simple jer.

Sejauh mana kenyataan tersebut benar berdasarkan kepada tindak tanduk Azalina? Kalau bab kereta dan duit dikatakan kekurangan bukti, atau ketiadaan bukti, macam mana pula dengan penampilan Azalina? 

Ada nampak macam UMNO wadah terbaik bela agama?
Ada nampak macam Azalina berkhidmat untuk agama?

Duduk dalam UMNO bertahun2 dari zero to ... heh isi sendiri tempat kosong pun gagal menterjemahkan perkara2 wajib dalam ISLAM lagi mao sembang UMNO WADAH TERBAIK BELA ISLAM.

PIRAHHHHH MABUK. P detoxinkan air bodek yang ko telan banyak sangat tu. Tak baik untuk kesihatan tau.

KAH KAH KAH


Tutup Jalan Utk Mat Rempit Lumba Motor Bagi Elak Judi Haram Kata Menteri - Bodohnya Menteri Malaysia.

 
Yang undi Ku Nan sebagai wakil rakyat kat Putrajaya, tak terasa ke korang tu bodoh?
 
 
KAH KAH KAH
 
 
Sebelum ini menteri keluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan melaksanakan idea di mana beberapa jalan sekitar KL ditutup dalam beberapa hari seminggu bagi memberikan laluan kepada mat-mat rempit untuk berlumba. (rujuk)
 
Cadangan itu turut disokong oleh pemuda UMNO. (rujuk)
 
Walaubagaimanapun cadangan tersebut dikritik dan dibantah oleh pelbagai lapisan masyarakat disebabkan tidak menyelesaikan isu yang berbangkit.
 
Dan Ku Nan yang mengeluarkan cadangan itu dikritik teruk di laman sosial oleh netizens.
 
Tapi, Ku Nan bukan sahaja tidak memahami isi kritikan terhadapnya bahkan terus mengeluarkan alasan yang bodoh lagi membodohkan dirinya.
 
Keh Keh Keh
 
Memetik laporan portal TMI tadi ;
 
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangannya supaya "mat rempit" mengadakan perlumbaan di ibu negara adalah untuk mengelakkan berlakunya gejala judi haram yang sinonim dengan aktiviti itu.

Akhbar The Star hari ini melaporkan, cadangan yang diutarakan Tengku Adnan itu bagaimanapun menerima respons negatif ahli Parlimen Kuala Lumpur yang berpendapat isu membabitkan perjudian tidak akan diselesaikan dengan menghalalkan perlumbaan haram.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan untuk menutup beberapa jalan di ibu negara bagi penganjuran perlumbaan motosikal itu masih lagi akan dibincangkan.

"Itu salah satu cara untuk membolehkan mereka melakukan apa yang mereka suka," katanya dan menambah, terdapat sindiket yang menganjurkan perjudian ketika perlumbaan haram. 
The Star turut melaporkan, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng sebagai berkata, isu membabitkan perkara itu dibincangkan selama 15 minit dalam pertemuan Tengku Adnan bersama ahli Parlimen dari Kuala Lumpur tetapi butiran terperinci tidak didedahkan.

"Beliau berkata sedang berbincang dengan agensi seperti polis tetapi itu yang perlu kita lakukan.

"Saya tanya jika beliau serius. Beliau kemudiannya mencabar saya ke jalan di Maju Junction pada waktu malam untuk melihat sendiri," katanya.

Tengku Adnan, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, dengan membenarkan perlumbaan dilakukan, sindiket perjudian akan dapat dikawal.

Pemimpin pembangkang kata Lim bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

"Kami terkejut," katanya.

"Jika kita benarkan perlumbaan motosikal, lebih banyak perjudian akan berlaku, kerana ia sudah sah," katanya.

Lim berkata, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menawarkan kawasannya untuk menganjurkan perlumbaan motosikal jalanan namun ditolak Tengku Adnan.

The Star turut melaporkan, 92% kaji selidik yang dilakukan mereka menunjukkan responden tidak bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan.

Tengku Adnan sebelum ini mencadangkan jalan-jalan di ibu negara ditutup untuk membolehkan penganjuran perlumbaan motosikal jalanan yang mana turut menyaksikan trak-trak menjual makanan beroperasi ketika perlumbaan berlangsung.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menemui Tengku Adnan berhubung perkara itu.

Itulah akibatnya apabila melantik monyet jadi menteri maka cadangan semua kemonyetan belaka la jawabnya.

Tutup jalan = benar mat rempit berlumba di atas jalanan = untuk elak judi haram?

Macam la besar sangat jumlah yang dijudikan ketika perlumbaan haram di jalanan oleh mat-mat rempit yang otak tertinggal di laut tu. Nak kata ianya sudah menjadi industri pun tak layak lagi. Apa kata banteras dulu kegiatan pelacuran sekitar CHOWKIT dan lorong belakang sebelum sembang bab judi haram oleh taiko mat-mat rempit neh.

Menurut satu laporan di portal FMT yang aku pernah baca dulu, kegiatan mat rempit tak serancak dan sehebat dulu disebabkan kecekapan polis dalam membanteras kegiatan rempit.

Tambahan pula, beberapa kemalangan ngeri yang melibatkan mat2 rempit membuatkan ramai di antara mereka insaf dan menolak untuk merempit di jalanan lagi.

So, dalam erti kata lain, walaupun masalah rempit perlu diselesaikan tetapi ia tidakla meruncing sangat sampai menteri perlu tutup jalan pengguna untuk biar mat rempit berlumba. Silap2 ada benda yang si Ku Nan neh dapat sebab tu dia bagi cadangan biol macam tu.

Bercakap tentang judi haram pula. Ku Nan perlu faham isi kandungan perjudian. Atas siapa mereka berjudi? Atas kepala mat-mat rempit yang p merempit la. So, kalau pun ko tutup jalan macam la bebudak tu tak boleh berjudi sorok2. Dorang boleh je betting sapa menang, sapa menang. Sebab mereka betting ke atas perempit2. Bukannya betting ke atas jalan buka ke jalan tutup ke biol!

Dah alang-alang citer pasal perjudian haram kan, perjudian kalau dapat lesen kerajaan jadi halal ke disisi agama Ku Nan? Cuba ko tarbiah aku sikit. Almaklumla, korang kan dah bina banyak masjid. Mesti terer bab Islam neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...