Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Januari 2018

Nak Mengata Mahfuz? Airmatanya Lebih Banyak Tumpah Kerana PAS Berbanding Airmata Timbalan Presiden - Ustaz Amanah Sound TITM Kaw-Kaw.

Oleh : Ustaz Zolkharnain Abidin

KALAU NAK MENGATA MAHFUZ PUN, PANDANGLAH KIRI KANAN DAN SELAKLAH DIRI SENDIRI DULU

Kalau ia pun Timbalan Presiden Pas nak komen Mahfuz keluar Pas, komenlah dengan lebih manis. Mahfuz bukan anak kecil dalam Pas. Dia masuk Pas bukan pada era gemerlapan seperti era Timbalan Presiden Pas masuk Pas.



2. Mahfuz bergelumang dengan Pas jauh lebih awal daripada Timbalan Presiden Pas. Ketika Timbalan Presiden Pas masih bersandiwara agama dalam Forum Perdana RTM, Mahfuz sudah pun makan gas pemedih mata FRU.

2. Ketika Timbalan Presiden Pas makan elaun forum perdana ribu-ribuan, Mahfuz ke hulu ke hilir berceramah dengan saguhati RM30. Dia sara hidupnya dengan saguhati itu.

3. Ketika Timbalan Presiden Pas tidur di hotel berbintang-bintang sediaan penganjur forum perdana, Mahfuz tidur di bawah meja mesyuarat di bilik mesyuarat Pejabat Pas Taman Melewar.

4. Ketika Timbalan Presiden Pas masih berlembut lidah bercakap agama jaga hati Umno dalam forum perdana mengikut skrip RTM, Mahfuz sudah pun hentam BN berapi-rapi dalam ceramahnya.

5. Ketika Timbalan Presiden Pas berforum perdana di bawah lampu limpah stadium di hadapan ramai orang, Mahfuz sudah pun berceramah berdepan pokok kelapa sawit dan tengah hujan (ini pengalaman aku bersama Mahfuz).

6. Pendek kata, pedih, payah, susah, lelah Mahfuz bersama Pas jauh lebih awal daripada Tim Pres Pas. Air mata Mahfuz tumpah kerana Pas lebih banyak daripada Timbalan Presiden Pas. Peluh Mahfuz kerana Pas lebih lencun berbanding Timbalan Presiden Pas.



7. Tiba-tiba apabila Mahfuz keluar Pas, Timbalan Presiden Pas kata Mahfuz ibarat buah busuk yang tak berguna. Fuhh... Sedapnya mulut. Buah busuk tidak berguna itulah yang mengusung Pas ke sana sini sehingga nikmatnya dirasa oleh Timbalan Presiden Pas sekarang.

8. Jangan lupa, jasa Mahfuz dalam politik diiktiraf apabila dia dianugerah datuk. Anugerah itu kerana jasa dalam politik bukan jasa dalam Forum Perdana RTM seperti Timbalan Presiden Pas itu.

9. Nak mengata orang pun, tengoklah kiri kanan dulu.

Walaupun Anda Bergaji RM750.10 Sebulan Anda Tetap Tak Layak Duduk Di PPR Penang...

Oleh : Jefry Musa / Akvitis Rakyat Penang
Kenapa kita perlu menyokong dan mengundi Developer Action Party (DAP)?
Saya bergitu kagum dengan kesungguhan parti pemaju ini mempertahankan tindakan mereka. Maka hari ini saya akan kongsikan kepada teman-teman kenapa kita perlu undi parti pemaju ini dan menolak agenda sosialis.

Pertama.
Diantara janji dalam menifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihanraya akan datang adalah menaikkan gaji minimun kepada RM1500. Makna kata logik mereka pada waktu ini seseorang yang hidup dibawah kadar gaji tersebut adalah orang miskin/susah.
Tapi bagi parti pemaju, syarat untuk seseorang yang miskin memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bukan bawah RM1500 ataupun bawah RM1000 (kadar terkini) tapi RM750 (rujuk https://erumah.penang.gov.my/index.php/ms/syarat-mohon).
Maka walaupun anda miskin tetapi bergaji RM750.10 sebulan, anda tidak layak untuk memohon rumah ini. Lebih baik dibiarkan kosong untuk tikus atau jin daripada diduduki oleh orang-orang miskin.
Kedua.
Selain daripada berjanji macam anak haram, parti pemaju ini juga bersifat patriaki/perkauman. Wanita miskin bukan sahaja perlu ditipu bulat-bulat, tapi juga perlu dihalang daripada memilih pasangan hidup mereka.
Maka bagi wanita yang memilih untuk berkahwin dengan warga asing secara automatik tidak layak lagi untuk menduduki rumah PPR.
Diskriminasi ini hanya untuk wanita miskin saja, untuk yang kaya takpa, mereka pun tak ingin duduk rumah sempit satu/dua bilik ini. Makna kata, P*ki orang-orang miskin bukan untuk warga asing!
Ketiga.
Segalanya salah persekutuan (Barisan Nasional). Ketika parti ini memerintah negeri ini dahulu, mereka yang bertangungjawab memindahkan orang-orang miskin ini ke PPR selepas merampas tanah mereka untuk pembangunan.
Maka jika tidak kerana BN, orang-orang miskin ini tidak tinggal di PPR ini dan perlu dihalau lagi buat kali kedua oleh parti pemaju.
Keempat.
Tidak perlu berunding dengan orang-orang miskin seperti mereka semua ini. Jika mereka berhutang, perlu bayar tunai/cash bukan beransur-ansur. Macam mana mereka mahu cari duit itu bukan urusan parti pemaju.
Parti pemaju tidak mahu tahu, yang parti pemaju mahu tahu macam mana nak tambak laut bina rumah-rumah untuk orang kaya.
—�—�—�—�—�—�—�—�—�—
Inilah sebab-sebab yang saya fikir kenapa saudara/ri perlu mengundi Parti Tindakan Pemaju ini.
Setuju?

Selepas Nurul Izzah Memaafkan, Mahathir Kata Minta Maaf Adat Melayu.. - Sekali Kena Troll Pula..

Semalam ketika mengakhiri ucapan dasar di Perhimpunan Agung PPBM yang sulung di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka. 


Bagaimanapun selepas beberapa jam mengeluarkan kenyataan itu, Mahathir menegaskan kenyataan maaf adalah perkara biasa yang dilakukan oleh adat melayu.

“Seperti saya kata, adat kita (orang Melayu) untuk memohon maaf untuk apa-apa kesalahan yang orang kata saya buat. 

“Sama ada saya mengaku saya buat salah atau tidak itu hal yang lain. Apa yang penting kita mesti selalu rendah diri, dan apabila berkata-kata, anda memohon maaf sekiranya menyakitkan hati sesiapa," katanya.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab persoalan rakan media yang bertanyakan apakah tindakan memohon maaf oleh bekas Perdana Menteri itu bertujuan untuk meredakan desakan pihak-pihak yang memintanya memohon maaf. 

Mahathir turut mengatakan tidak timbul isu samada beliau mengaku bersalah ataupun tidak kerana beliau memohon maaf andai sekiranya telah menyakiti hati sesiapa, ujarnya.

Selepas Mahathir dilaporkan meminta maaf, Nurul Izzah pula menulis di facebooknya telah memaafkan individu yang pernah menjadi musuh ketat bapanya itu.


"BIARLAH NAJIB MENJADI DIKTATOR TERAKHIR BUAT MALAYSIA... 

Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, kita merupakan pakatan yang terbina atas dasar prinsip reformasi dan keadilan, bukan atas dasar harta, kebendaan, ataupun kepentingan mahupun kesengsaraan peribadi. 

Sebahagian daripada prinsip menuntut keadilan memerlukan pengakuan kesilapan lampau, penerimaan agenda reformasi demi merubah sistem bobrok yang melahirkan diktator demi diktator. Kita perlu mengorak langkah yakin ke depan, demi memacu harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan. 

Nurul turut menyifatkan permohonan maaf Mahathir telah melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.

"Tindakan Tun Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai. 

Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepadaNya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman. Reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator. Kita mulakan langkah ke depan berbekalkan semangat 1998, demi menuai kemenangan 2018 dengan memastikan PM Najib Razak menjadi diktator terakhir buat Malaysia. 

Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia. Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia. Jadikan masa depan, milik kita," katanya lagi.


Bagaimanapun apabila Malaysiakini melaporkan kenyataan susulan Mahathir mengenai permohonan maaf adalah satu bentuk 'gesture' yang merujuk kepada adat orang melayu, Nurul Izzah telah menjadi mangsa troll di laman sosial. 

Tidak hanya Nurul Izzah, penyokong-penyokong Mahathir khususnya dan penyokong pembangkang turut menjadi sasaran ejekan di laman sosial.

Mungkin Najib Tidak Tahu Tentang Kehilangan Tanah Felda.. - Harakah Daily

Oleh : Subky Latif / Harakah Daily
 
MUNGKIN Perdana Menteri Najib benar-benar tidak tahu tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang nilai semasanya kini sekitar RM270 juta telah ditukar milik kepada satu syarikat yang dikatakan orang penting Felda ada kepentingan.

Dia adalah bukan sekadar Perdana Menteri bahkan pegawai besar paling berkuasa di Felda yang statusnya boleh dikira seperti raja Felda. Cuma ladang negara itu tidak distatuskan sebagai Felda Diraja.
 
 
Maka amat ajaiblah jika sungkelap tanah Felda itu tidak diketahuinya. Bukan pula mustahil dia tidak tahu seperti sindiran cerita rakyat barat yang popular iaitu Raja Berbaju Baharu. Raja tidak menyangka dia ditipu penyangak yang mengaku boleh sediakan pakaian ajaib yang tidak dapat dilihat oleh orang bebal.

Digayanya pakaian yang tidak nampak oleh semua di badan raja. Maka yang tak nampak raja berpakaian kata ajaibnya pakaian itu. Pakaian itu sebenar dongeng dan raja tidak sedar dia ditipu.

Dalam keadaan raja tertipu seperti ini saja Najib boleh ditipu oleh penyangak mencuri tanah Felda itu. Sebagai pemimpin berwibawa, Perdana Menteri dibekalkan dengan semua maklumat dan nasihat oleh sekalian pegawainya. Maka tiada sesuatu dirahsiakan kepadanya. Jika mungkin PM ditipu seperti pencurian dalam 1MDB, maka amat rendah wibawanya unuk menjadi Perdana Menteri dan hilang kelayakan menjadi Raja Felda.

Tidak tahunya itu mungkin, tetapi tarafnya sudah sama dengan raja yang sangka dia berbaju tadi.

Tanah Felda itu dalam usaha untuk diambil balik. Semua setuju siasatan diambil dan penyangak mesti dikenakan tindakan. Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu siasatan hingga ke akar umbi. Jika siasatan demikian, Najib tentu tidak terlepas daripada disiasat. Setujukah menteri itu dan sekalian pacal dalam UMNO memasukkan Najib dalam siasatan?

Jika boleh disiasat dan ditakdirkan ada kes setujukah dia dikenakan tindakan?

Setakat ini Najib bebas daripada tohmah. Sama ada dia bersubahat atau penipuan dirahsiakan daripadanya, tidak terlepaslah dia daripada pertanggungjawaban dan akauntabiliti.

Bagi mana-mana pemimpin yang bermaruah dalam amalan politik yang bermaruah akan mengambil tanggungjawab memelihara maruahnya dengan melepaskan jawatan.

Willy Brandt, Censelor kafir Jerman Barat tahun 1970 meletak jawatan kerana skandal seorang menterinya. Bukan salahnya. Demi menjaga maruah politik, dia letak jawatan.

Malulah Melayu/Islam tidak peka dengan maruah politik. Orang kafir pekakan maruah, orang Islam persetankan maruah.

Najib telah banyak mencatutkan maruah yang dikira rendah. Menggelapkan tanah Felda ini adalah yang terakhir daripada banyak kekacauannya. Sama ada dia selamat atau tidak, dia patut lepaskan jawatan atas nama maruah Melayu/Islam/UMNO dan lain-lain. Biarlah ada dalam UMNO itu seorang Perdana Menteri yang bermaruah.

Biar TPM Zahid Hamidi teruskan pimpinan menghadapi PRU.

Sekalian Melayu/Islam dan Malaysia sudah penat dengan politik kacau bilau PM Najib dan tipuan demi tipuan, skandal demi skandal. UMNO tidak mampu selamatkan Melayu dengan timbunan skandal. Jika UMNO rasa hendak selamatkan Melayu, mesti setuju dulu gantikan Najib.

Tengok dulu apa Zahid boleh buat bagi menyelesaikan kecurian tanah Felda dan hadapi Dr. Mahathir dalam PRU14.

Bukan kita hendak menghukum sesiapa. Tetapi Malaysia perlu keluar daripada timbunan skandal. Tidakkah kecurian tanah di Jalan Semarak itu satu puaka semua. Maka kita mahu keluar daripada puaka itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...