Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 November 2015

Pekerja Bangladesh Lebih Setia & Amanah Kata Zahid Hamidi.


Itu jawapan menteri yang dipetik dalam sidang parlimen hari neh. Kenyataan itu dilaporkan oleh The Malaysian Insider ;
Malaysia memilih membawa masuk pekerja Bangladesh adalah kerana mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjawab kebimbangan susulan rancangan Putrajaya membawa 1.5 juta pekerja dari negara tersebut dalam tempoh 3 tahun, keputusan tersebut mengundang banyak kritikan khususnya daripada kesatuan kerja.

"Tanpa prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh adalah lebih baik, lebih amanah berbanding pekerja lain.

"Dan kita dapati, mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kalau jaga kaunter mereka lebih amanah. Mereka (majikan) yang minta, bukan KDN," katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
 
Katakan lah, just katakan lah..

Jika anak Zahid runding sistem pekerja China, maka adakah pekerja China yang akan dianggap lebih amanah & setia?

KAH KAH KAH

Jawapan Zahid neh memang membentuk prejudis sebab anak dia berbisnes yang berkaitan dengan pengambilan pekerja asing.

Rakyat mahu tahu. Dengan rekod dan angka. Apa bukti untuk 3 tahun mendatang neh, negara kita perlu kepada 1.5 juta pekerja asing dari BANGLADESH.

Setakat cakap setia ka, amanah ka memang la. Sapa-sapa pun boleh. Majikan? Memang la puji melambung pekerja asing sebab pekerja asing dorang kawal kaw2 sampaikan ada yang kena dera.

Bukan takde kes. Berlambak-lambak. Dorang dah la warga asing nak lari pun tatau ke mana, permit boss pegang, redha je la kena buli2 pun.

Macam tu majikan nak buat kat warga tempatan? Sesia jadi kes polis dan viral di media Malaysia.

Haha.

Apa pun di Malaysia, lambakan PATI dan PADI berlaku di mana-mana. KDN sepatutnya focus kepada apa yang ada dalam negara dan jangan bawa masuk yang di luar negara.

Banteras dulu semua PATI-PATI neh hah. Masalah2 yang dibawa PATI, kasi selesai satu kali. Borong sampai ada konklusi muktamad dan settle habis.

Warga asing neh kan, siap ada penempatan lagi.

Runsing lahai aku tengok. Khabarnya di area Selangor dan Wilayah, dah ada beberapa area memang puak2 warga asing neh conquer. Siap berlagak macam warga tempatan. Warga tempatan pula jadi cuak dan takut sama dia.

Bahkan, kononnya ada rumah kos rendah yang disewakan kepada warga asing oleh rakyat tempatan.

Ewah-ewah..

Masa apply kata ko nak duduk. Bila kerajaan tak bina rumah kos rendah siap marah-marah. Bila dah dapat sewa ke orang lain pula..

Apa yang tak kena kat sini?

Pasal penguatkuasaan dan pemantauan ka? Ataupun masalah kelulusan dan pengagihan? Memang diberi secara salah kepada mereka2 yang tak berkelayakan ka sehingga menafikan mereka2 yang memang berkelayakan untuk duduk/beli di rumah kos rendah, gitu?

Rosak negara kita.

Kalau yang tak amanah tu melibatkan pemimpin negara aje, kurang sikit beban nak hasut orang tukar kerajaan. Ini kalau dah yang kerja biasa-biasa, kat bawah-bawah neh pun sama juga meniru perangai buruk pemimpin, maonya kita kena bermatian2 sampai tahap berperang sesama sendiri nak betulkan negara kita dari atas ke bawah, bawah ke atas. Mao makan 3,4 generasi juga nak betulkan semua neh. Harap2 korang menyemai la benih banyak2 untuk menjadi pewaris kepada perjuangan korang kelak. 

KAH KAH KAH

Penasihat Komunikasi PM, Paul Stadlen Rupanya Penduduk Tetap Malaysia Dedah Zahid Hamidi.

Errrr..

Macam mana dia boleh menjadi penduduk tetap negara neh?

Baca jap ;

Paul Stadlen, ketua badan perunding APCO Malaysia yang dikatakan mengetuai pasukan komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang pemastautin tetap di Malaysia, kata menteri dalam negeri.
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen PKR Wong Chen, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata warga Britain berkenaan bebas bergerak dan bekerja di mana sahaja di negara tanpa permit kerja.  
“Untuk makluman, semua rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen seorang penduduk tetap di Malaysia.
“Maka beliau bebas bergerak dan bekerja di negara ini tanpa memerlukan permit kerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen,” kata timbalan perdana menteri.
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang pada Februari lalu mendesak Putrajaya mendedahkan butiran jawatan Stadlen dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Lim berkata butiran ini diperlukan kerana Stadlen didakwa mengetuai operasi komunikasi PMO dan mengeluarkan kenyataan awal semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas kesalahan meliwat, Februari lalu.

Sumber : The Malay Mail Online

Paul sebelum neh dihujani dengan pelbagai kontroversi. Antaranya, gaya hidup mewah dan bebas akibat dibayar mahal-mahal oleh kabinet Najib untuk mengetuai unit komunikasi antarabangsa, terlibat dengan APCO WORLDWIDE (sebuah syarikat berkait israel), dipersoalkan oleh bloggers UMNO bahawa kenapa Najib sanggup gunakan khidmat orang luar untuk mengetuai pasukan komunikasi Najib dan penglibatan firma-firma asing sebagai perunding kepada kerajaan selepas Paul dilantik dalam unit komunikasi Najib.

Dan, rupa-rupanya, malaon itu adalah penduduk tetap.

Macam pelik.

Dah berapa lama dia duduk di Malaysia untuk mendapatkan taraf penduduk tetap itu? Sejak bila dia menjadi penduduk tetap dan atas kapasiti apa yang melayakkan dia menjadi penduduk tetap?

Korang rasa fishy tak?

KAH KAH KAH

Selasa, 3 November 2015

Rahman Dahlan Rampas Mahkota Menteri Terbangang Dari Ahmad Maslan - Anugerah Dari Netizens.

Bangun awal untuk elak dari menggunakan laluan bertol. Keluar awal dan gunakan laluan alternatif supaya mengelak kesesakan jalanraya. Pengguna punya pilihan untuk berjimat jika mencari jalan ke arahnya. Itu sebab kerajaan menyediakan laluan alternatif kepada pengguna lebuhraya supaya mereka boleh membuat pilihan berdasarkan kepada kesuaian dan keselesaan diri mereka. 

Putrajaya masih menanggung sebahagian subsidi dalam kadar tol semasa. Tetapi Putrajaya tidak lagi boleh menyerap keseluruhan kos berkaitan tol oleh itu diserahkan sedikit kepada rakyat untuk menanggungnya.

Lebih kurang itu point menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang dipetik menerusi laporan pelbagai portal berita tempatan sejak petang tadi.

Susulan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut, netizens pelbagai lapisan tampil membidas saranan menteri berkenaan.

Ini hujah-hujah netizens tentang nasihat menteri tersebut ;

1. Jika bangun awal untuk keluar awal, perlu kah balik kerja awal untuk sampai awal bagi mengelak dari menggunakan laluan bertol?

2. Bukan hanya waktu pagi aje traffic jam, waktu tengahari, waktu pulang kerja sehingga jam 7,8 malam pun jalan tetap sesak.

3. Jalan alternatif memang sesak namun siapa kata laluan bertol tidak sesak? 

4. Kebanyakkan jalan alternatif tidak diselanggara dengan baik. Lampu jalan, traffic light rosak, jalan berlubang sangat lambat dibaiki. Itu tak masuk lagi jalan kecik dan terpaksa berhimpit dengan lori-lori besar yang juga mahu mengelak dari menggunakan laluan bertol.

5. Jika laluan bertol lebih dekat untuk tiba di tempat kerja, perlu kah pengguna memilih menggunakan laluan alternatif juga bagi mengelak tol? Jimat tol, tapi rugi masa dan & wang minyak?

6. Apakah setiap pengguna punya pilihan untuk mengelak tol dan mempunyai akses kepada jalan alternatif, menteri benar-benar pasti?

7. Jika ibu bapa bekerja keluar awal, maka kepada siapa yang harus diserahkan untuk menjaga anak-anak mereka yang mana taska, tadika, sekolah pun paling awal dibuka jam 6.00 pagi ke atas? Adakah menteri akan menyediakan kemudahan alternatif kepada golongan tersebut?

8. Kalau dah semua keluar awal, sama juga la akan berlaku kesesakan jalanraya bila semua dah sahut saranan menteri. Takde otak nak fikir ke?

9. Macam la kalau kerajaan bayar pampasan tu maknanya guna duit poket menteri. Sama juga rakyat yang keluar duit. Pampasan tu pun berlaku disebabkan kecuaian kerajaan dalam perjanjian bersama konsesi. Sendiri buat masalah, nak campak ke rakyat pula. Apahal?

10. Bagaimana dengan wanita yang bekerja? Perlu kah mereka keluar awal-awal pagi juga? Adakah menteri akan menjamin keselamatan mereka?

11. Sekarang neh rakyat memang keluar awal. Pukul 5 pagi dah bangun, sesetengahnya mula bergerak jam 6 pagi disebabkan tinggal di luar bandar kerana kos perumahan (kementerian yang menteri gila neh jaga) dalam bandar sangat mahal, pengguna tak mampu sewa apatah lagi beli. Jadi, awal pagi macam mana yang menteri harap rakyat bangun dan bersiap ke tempat kerja? 3 pagi? 4 pagi?

12. Apa kata menteri suruh rakyat tinggal aje kat tempat kerja dan jangan balik-balik langsung? Rasanya cara ini lebih jimat sebab bukan hanya bayaran tol bahkan bayaran petrol pun dapat dijimatkan sekaligus. Oke tak?

13. Tadi aku nampak menteri balas tweet orang. Menteri Rahman Dahlan cakap pukul 7 jam yang sesuai untuk keluar rumah. Memang dia bodoh. Orang sekarang pukul 5.30 pagi pun dah ada yang keluar ke tempat kerja 'min'. Adat orang senang dan berescort. Jam berapa rakyat bangun untuk ke tempat kerja pun dia tatau.

14. Itu kalau time kerja. Time musim cuti camna pula nak elak laluan bertol. Jalan alternatif dah tentu sesak. Tanya dia.

15. Kalau laluan alternatif ditutup sebab kerajaan buat event camna pula? Menteri nak cakap apa? BAHLOL!

16. Bukan semua laluan alternatif itu selamat. Ada yang takde lampu jalan pun. Bahaya pada pemandu wanita.

17. Kesian Malaysians dapat menteri bodoh macam neh. Bangun awal untuk elak tol, naik public transport untuk elak bayar petrol mahal, tukar kepada kenderaan cc kecil atau naik motor untuk jimat minyak, naik basikal untuk save bajet, makan ikan jangan makan ayam jika ayam mahal dan macam-macam lagi. Silap-silap, esok lusa menteri keluar nasihat kalau taknak menteri bodoh sila berambos dari negara ini.

18. Aku sampai sekarang tercari-cari ayam murah yang Najib beli ari tu. Tak jumpa-jumpa. Kalau jumpa memang aku nak campak kat menteri sakai neh. Jimat sikit dari beli ayam biasa. Ini la cara aku jimat belanja. Dan ini juga saranan aku kepada semua rakyat untuk jimat belanja semasa maki menteri kita.

Dan, macam-macam kritikan lagi yang Abdul Rahman Dahlan terima di laman sosial.

Susulan itu juga beberapa troll dibuat ke atas menteri berkenaan dan yang paling mendapat perhatian netizens ialah gambar yang dibuat oleh admin MalaysianGags.

Serentak dengan itu, warga maya mula mengatakan (merumuskan) bahawa Rahman Dahlan kini menjadi menteri paling bangang di Malaysia dan berjaya merampas mahkota yang disandang oleh Ahmad Maslan selama 2 tahun berturut-turut.

Tahniah aku ucapkan kepada menteri berkenaan.

Dan untuk Ahmad Maslan, sila usaha lagi. Tahun 2015 belum berakhir. YB boleh mencuba lagi dan lagi, jangan berputus asa sehingga tahun 2015 berakhir ya, sehingga itu salam membodek Najib kami warga netizens ucapkan pada menteri-menteri Malaysia sekalian..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

MP Dedah Senarai Penuh Syarikat Yang Dapat Projek Bauksit - 44 Syarikat, Patutlah Pencemaran Teruk!

Sebanyak 44 buah syarikat diberikan lesen (AP) secara sah untuk melombong bauksit di Kuantan. Itu yang dinyatakan oleh MP Kuantan, Fuziah Salleh dengan merujuk dari jawapan yang diperolehi dari menteri sumber asli & alam sekitar.

Senarai berkenaan turut diedarkan oleh ahli parlimen berkenaan untuk rujukan orang awam di laman facebook rasminya ;




44 syarikat itu yang pasti ada lesen. 

Kalau yang takde lesen, tatau berapa banyak pula kan.

Hihi.

Dan, kesan dari operasi 44 buah syarikat tersebut ;

 
Pencemaran bumi Kuantan. Bukan setakat pencemaran bahkan ada yang maut baru-baru neh apabila tapak perlombongan bauksit menjadi 'tarikan' pada anak-anak sekolah untuk bermandi manda. Tanpa kawalan keselamatan, papan tanda amaran dan juga peringatan, sudah tentu anak-anak ini kurang faham tahap bahaya untuk bermandi di kawasan seperti itu.

Selain daripada hakisan tanah, masalah berkaitan pernafasan akibat debu-debu bauksit, jalanraya juga menjadi rosak dan mendatangkan masalah kepada pemandu kenderaan lain. Bahkan, pencemaran bauksit kini sudah memasuki ke lautan berdekatan dan pemandu2 kecil perlu bersesak dengan pemandu2 besar lori yang membawa bauksit. Itu tak masuk lagi keselamatan pemandu2 lain apabila terpaksa berhimpit dengan kenderaan2 besar yang mengangkut bauksit keluar setiap hari apatah lagi bukan semua lori-lori berkenaan berada dalam keadaan yang 'selamat dan stabil'. Lori macam nak senget2 langgar orang pun keluar masuk angkut bauksit.

44 syarikat ini.

Yang diberi lesen oleh kerajaan.

Takde ke kerajaan pantau dan tetapkan cara bagaimana harus mereka melombong bauksit tanpa menyusahkan orang awam? Bukti terang2 ada. Jalanraya terang2 bertukar warna. Kerajaan mana kerajaan? Apa yang korang buat sampai tak nampak semua benda neh hah?

Fikir2kanla.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...