Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Oktober 2014

Ini Jawapan Wakil Ustaz Azhar Idrus Isu Skandal Video Intim.

Jawapan pun macam celaka. Tak perlu la babitkan program2 atau hal2 yang tak berkaitan. Terus ulas kepada topik yang dibahaskan sudah. Respon isu video dan jangan la dok heret perkara2 lain yang tak berkaitan sampai buat orang rasa meluat. Dari simpati terus orang jadi menyampah. Jangan nak mengarut sangat la.

Sapa yang dah tengok video tu akan fikir sendiri. Tulen atau edit. Tu aku taknak ulas. Cukup aku kata. Ini hal laki bini. Hal privacy orang. Hal dalam kain. Hidup jangan jadi bangang dok ceroboh orang punya privacy.

Titik.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini. "Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

 "Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini. “Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.

Video Seks Ustaz Azhar Idrus Pula Tersebar Meluas Di Wassap.

Oh my Allah. Macam setan puak2 neh. Macam setan.

Mula2 tengok gambar. Rasa trolling. Lepas tengok video. Aku memang dah yakin. Puak2 SETAN tue sebenarnya sedang MENYETAN lagi. 


Pertama. Video rakaman aksi seks mirip UAI tersebar di laman sosial sejak pagi tadi. Durasi rakaman 38 saat. Dipercayai ada rakaman penuh. Dipercayai jika UAI nafi, rakaman penuh akan tersebar untuk kritik kredibliti UAI.

Kedua. Wajah wanita tue pula mirip isteri dia yang no 3.

Ketiga. Selalunya, UAI kalau ke KL, akan sering check-in kat hotel yang sama.

Keempat. Zoom in dan zoom out boleh dibuat selepas rakaman asli di extract. Maksudnya ko boleh buat dalam proses editing. 

Kelima. Hidden camera ada kat mana2. Tak pelik kalau dia tertengok ke sesuatu arah tertentu.

Keenam. Privacy kehidupan UAI telah dicerobohi dengan begitu ganas dan zalim sekali.

Ketujuh. Perbuatan si penyebar perlu dikecam.

Video tue samada fitnah atau tulen. Kita kena kecam. Sebab kalau ia fitnah, ia mengaibkan dan fitnah. Kalau tulen sekalipun, ia bukan sahaja mengaibkan bahkan mencerobohi private life UAI.

Persoalannya. Kenapa sibuk nak sebar orang punya private life? Adat la orang bersuami isteri berada atas katil. Ada laki bini yang tak beromen ke? Yang bukan laki bini pun bersepah2 yang beromen woi.

Sudah2 la buat perangai SETAN. Yang mula2 sebar tue memang SETAN. POLIS kena bertindak atas SETAN2 tue. Ini SETAN punya KERJA. Motif takde. Matlamat tak jelas. Sejak bila kita sibuk urusan romen laki bini orang? SETAN betul la.

10 Kebaikan Program Pegang Anjing Yang Umat Islam Mesti Tahu.


Baru2 neh program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) telah mendapat kecaman dan kritikan melampau dari pejuang2 Islam (sekumpulan manusia yang tunjuk alim depan orang ramai untuk bajet bagus) dan berikutan itu ramai pihak mahu tindakan keras di ambil ke atas penganjur.

- Yang suruh taubat kaw2 pun ada

- Yang hukum melampau pun ada.

- Yang tuduh orang pegang anjing ada masalah akidah  pun ada.

- Yang nak siasat dan ambil tindakan tegas pun ada.

- Yang nak bunuh dan ugut macam2 pun ada.

- Yang kena label liberal, sesat, fikir guna akal, blbalbal pun ada.

Antara isi kandungan program I Want To Touch A dog yang mendapat kecaman orang ramai ialah ;

- Menerangkan pandangan Islam tentang anjing. Dari segi kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

- Menerangan kepelbagaian pandangan ulama2 Islam tentang anjing.

- Menganjurkan sesi soal jawab berhubung masalah berkenaan anjing dan bagaimana umat Islam harus menanggani anjing.

- Mengajar tentang kaedah sertu yang betul.

- Memberikan ruang kepada umat Islam yang risau, takut dengan anjing untuk mendekati anjing bagi memecahkan tembok fobia dan diskriminasi.

- Memberikan peluang kepada non muslim (yang bawa anjing2 peliharaan mereka) untuk memahami persepktif Islam tentang anjing dan kenapa sesetengah umat Islam memilih untuk menjauhi anjing.

- Memberikan peluang kepada muslim dan non muslim untuk saling faham memahami kepelbagaian hukum mengenai perihal anjing dan mematahkan salah faham non muslim yang kononnya Islam menganjurkan untuk benci anjing.

- Mendekatkan rakyat Malaysia yang berbeza agama dan bangsa untuk saling faham memahami mengenai cara hidup masing2.

- Memberikan peluang kepada umat Islam yang mahu membela anjing atas sesuatu tujuan (bukan sebagai haiwan peliharaan) untuk lebih memahami bagaimana dia harus menguruskan anjing agar konsep kesihatan, keselamatan dan kebersihan dapat dipatuhi selaras dengan apa yang Islam anjurkan.

Inila antara isi kandungan program yang buat orang marah. Lebih tepat. Orang Islam marah. Atau lebih lebih lebih tepat. UMAT ISLAM YANG BAJET ALIM. Marah.

Berikut adalah 10 kebaikan program pegang anjing yang perlu diketahui. Oleh kerana dia ada banyak kebaikan aku syorkan anjur tiap2 bulan di setiap negeri. Lagi ramai umat Islam yang tersentap tanpa usul periksa lagi bagus. Syiah. Komunis. Yahudi. Dan kini anjing. Benda yang umat Islam fobia. BEST KOT.

KAH KAH KAH

1. Program ini bagus sebab membuka mata rakyat betapa agensi2 penguatkuasa berkaitan agama bersikap double stantard dalam melaksanakan tindakan. Hal berkaitan rakyat ada je masalah di mata mereka. Selagi mana ia tak menyentuh golongan tertinggi di negara neh. Kalau hal ketua agama Islam anjurkan majlis hari jadi arak. Pergh. Krik krik krik.

2. Program ini bagus sebab membuktikan mufti2 di negara ini bersekedudukan dengan pemimpin tanpa kira betul atau salah sebaliknya mengabaikan rakyat walaupun dalam banyak hal tindakan rakyat adalah betul berbanding tindakan pemimpin.

3. Program ini bagus sebab mengalakkan perbahasan mengenai hukum dan pandangan Islam mengenai anjing. Sekaligus membantu kita mendalami, memahami dan memperkemaskan ilmu kita tentang Islam dari masa ke masa.

4. Program ini bagus sebab kita melihat ramai ulama2 yang tampil berhujah menyatakan terdapat kepelbagaian pandangan dalam Islam. Dan kepelbagaian itu harus diwajarkan secara terbuka seperti yang dianjurkan oleh MAZA dan UZAR.

5. Program ini bagus kerana kita melihat terdapatnya umat islam yang bersikap double standard dalam meraikan kepelbagaian. Kalau dalam hiburan, untuk halalkan tindakan sesetengah pihak, mereka bersikap terbuka meraikan pandangan dalam Maliki. Tapi kalau dalam perihal anjing, mereka menganggap kita murtad dan sesat kerana ikut pandangan Maliki. Jika 4 mazhab yang diiktirafkan oleh ulama Islam adalah sebahagian dari Islam kenapa ia menjadi satu masalah untuk sesetengah umat Islam mengamalkan salah satu mazhab darinya? Shafie' pun tak paksa orang ambil pandangan dia dan siapa pula penganut Shafie' untuk paksa kita amal apa yang dianjurkan oleh Shafie'?

6. Program ini bagus kerana mendedahkan kepada masyarakat bahawa hal2 picisan dan remeh seringkali mendapat tempat di media atas sebab itulah yang majoriti masyarakat inginkan. Mereka salahkan media yang lapor tetapi media juga bukan bodoh untuk terus lapor dan lapor isu2 yang tak mendatangkan hits ataupun pulangan yang tinggi dari segi feedback. Media lapor apa yang pembaca mahu. Pembaca mahu cerita bodoh kerana majoritinya masyarakat di negara neh memang bodoh.

7. Terdapat ramai aktivis yang sebar dan upload gambar2 perkampungan Chubadak hampir kena roboh, DBKL nak robohkan rumah, rumah baru  TAK diberi, pampasan tiada, main halau orang macam halau binatang2, tapi masyarakat tak peduli, JAKIM tak peduli, MAIS tak peduli, segala macam agensi penguatkuasa agama tak peduli, pejuang2 Islamis pun tak peduli, takde fatwa, takde kecaman, takde kritikan, media pun tak peduli, semua tak peduli. Sebab? Hukum orang yang pegang anjing lebih bermanfaat dari membantu umat yang tertindas. Itu perangai umat Islam Malaysia. Bagus kerana kita dapat lihat patern masyarakat kita berfikir.

8. Kegagalan umat Islam untuk analisa baik dan buruk satu2 perkara dengan tepat kerana kegagalan mereka untuk memahami apakah perkara2 yang mungkar ataupun apakah perkara2 yang khilaf dalam Islam. Dalam Islam. Bina kasino adalah perkara yang mungkar. Terbukti. Judi tidak ada tempat dalam Islam. Takde khilaf. Cari la ruang kebaikan judi waima atas nama mengutip cukai pun salah kerana ia menyuruh manusia untuk buang duit tanpa sebab, tanpa kerja keras dan menguntungkan kapitalis. Tapi penentangan dan perlawanan mereka terhadap kasino sangat kurang, sangat tidak mengalakkan, sangat tidak mendapat perhatian berbanding melawan umat Islam yang pegang anjing. Bagus. Kerana akhirnya kita tahu masalah sebenar kita mendapat pemimpin yang bodoh bermula dari rakyat yang bodoh.

9. Program ini juga bagus kerana akhirnya kita tahu apa2 perkara yang berkaitan perbezaan agama ataupun bangsa akan terus dijadikan alat politik untuk pemecahbelah bagi mengekalkan kekuasaan BARISAN NASIONAL.

10. Program ini juga tersangatlah bagus kerana kita nampak betapa mudahnya masyarakat muslim terperangkap dengan propaganda bajet alim geng2 UMNO. Beria2nya geng2 UMNO dok sembang bab hukum agama bila berkaitan anjing tapi bab judi, bab fitnah, bab menindas rakyat, bab kapitalis, bab polisi berat sebelah, bab penyelewengan, bab rasuah, bab ketidakadilan, dorang campak hukum Islam ke mana2 hala tah. Mereka hanya guna Islam bila mereka mahu. Islam ialah perhiasan untuk mencantikkan hujah. Islam adalah display untuk bajet alim. Dan ramai la malaon2 yang terperangkap dengan propaganda UMNO dalam mempolitikkan program anjing konon2nya atas nama agama. Ini buktinya malaon2 muslim senang kena jual beli hanya perlu selit2 dengan unsur2 islamis untuk memperdayakan dorang.

PERGH.

Aku rasa nak jual agama juga la. BORING kena maki kot. Buat2 alim dan dapat pujian pun bagus juga.

KAH KAH KAH

Apa2 pun teruskan sokong program pegang anjing. Pegang anjing bukan buat benda mungkar. Benda mungkar tue ialah kutip zakat tapi tak agih dengan telus, amalkan polisi double standard yang menindas rakyat miskin, amalkan rasuah dalam pentadbiran, tutup penyelewengan pemimpin2 negara, bazirkan wang rakyat untuk projek gajah putih atas nama nak mengkayakan kroni, agihan tender yang tidak telus dan tidak amanah, jual rumah mahal2 demi kayakan kapitalis dan mendapatkan cukai tinggi, menindas rakyat dengan undang2 yang berpihak dan macam2 lagi kemungkaran yang BARISAN NASIONAL buat kat negara neh. Setakat pegang anjing pun lue semua memekak. Pegang. Cium. Peluk. Pun tak guna tubuh badan lue. Itupun nak kecoh. Teruskan pegang anjing.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Selasa, 21 Oktober 2014

Saya Umat Islam Yang Sokong Program Pegang Anjing - JAKIM & MUFTI, Taknak Siasat Ke?


Umat Islam yang bodoh ialah umat Islam yang biarkan sentimen politik menguasai pemikiran dia berbanding menganalisa kronologi kejadian. Jika kita akalnya waras, otaknya cerdik, maka kita dapat tangkap sekali imbas bagaimana UMNO telah menggunakan isu anjing untuk menyerang pembangkang di Selangor.

Akidah tidak pernah menjadi penanda aras kepada UMNO dalam mengambil apa2 tindakan. Jika agama ialah guideline, kau takan nampak kasino dan kilang arak di Malaysia. Bahkan kelab malam dan amalan riba juga sesuatu yang mustahil di negara ini jika AGAMA ialah penentu kepada setiap keputusan yang diambil oleh pentadbiran di negara ini.

Kenapa benci sangat pada program I want to touch a dog?

Kerana sentimen. Ada pelbagai orang yang datang dengan pelbagai alasan.

- PAS dengan alasan nanti program neh jadi pembuka jalan kepada program maksiat yang lain.

- Umat Islam dengan alasan sindir dan perli. Ada yang sebut tentang kesihatan. Ada yang cakap tentang keselamatan. Tak kurang yang mengutuk kenapa taknak pegang anjing terbiar.

- Ada yang trolling dengan program i want to touch babi la, bra la, tetek la dan blabla..

Dorang semua neh mis-informed. Missing the real reason. Setiap kebencian, kalau ia perlu pun untuk benci program neh sekurang2nya faham dulu perkara sebenar sebelum tuduh melulu. 

Program ini bagus dan betul pada aku.

Ia untuk mendidik umat Islam apa itu perspektif anjing dalam sudut ISLAM. Bukan anjing yang Allah cipta itu Allah suruh kita benci. Allah tak suruh kita benci anjing. Tapi ada perkara2 yang berkaitan anjing yang perlu kita ambek peduli atas nama kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

Dengan mengetahui akan perkara2 yang dianjurkan oleh Allah berkenaan perihal anjing, maka kita tahu bagaimana patut kita uruskan product ciptaan Allah itu. Pengurusan yang betul tentang anjing akan mematikan salah faham dan kebencian melulu (tanpa pengetahuan) kita tentang anjing.


Kepada PAS.

Program pegang anjing takan jadi pembuka jalan kepada maksiat. Pembuka jalan kepada maksiat ialah mereka yang sembunyikan kemungkaran dan penyelewengan dalam parti sendiri seperti PAS. Bila kita gagal bersihkan dan betulkan kesilapan parti kita, itu adalah pembuka jalan kepada maksiat dan kejahatan kerana PAS mendorong orang ramai untuk undi PAS dengan bertopeng agama & memperdayakan masyarakat konon2nya kita pejuang agama tapi hakikatnya kita tak seperti yang kita cuba gambarkan pada orang awam. Orang2 awam yang terpedaya akan berperang dengan orang2 awam yang tidak terpedaya dan kita membuka jalan kepada permusuhan atas kemungkaran yang kita cuba tutup dalam parti kita.

Itu lebih teruk. Bahkan sangat teruk. Terlalu teruk. Kita tipu orang dengan nama Allah. Kita tipu orang dengan jual agama. Kita lakonkan watak depan orang seolah2 kita neh betul tapi hakikatnya kita tak betul. Kita munafiq. Kita hipokrit. Kita jual Islam untuk raih undi dan sokongan. 

Kepada UMNO dan mufti pelbagai negeri yang perasan alim nak mampos ;

Berhenti berpura2. Ia terlalu meluat untuk aku tenung sekalipun. Kerana terlalu lama. Semua tahu. Secara fakta. Hakikat. Dan realiti. Akidah bukan pakaian korang. Tak perlu tunjuk bagus dalam isu anjing sedangkan kemungkaran sebenar pun korang buat2 buta. Pegang anjing bukan kemungkaran. Ia adalah satu tindakan. Dan bagaimana tindakan itu akan memutuskan proses seterusnya adalah merujuk kepada kronologi tindakan itu berdasarkan kepada perkara2 yang telah diputuskan mengikut hukum Islam. Itu saja. Tapi rasuah, ialah kemungkaran. Riba, juga adalah kemungkaran. Kelab malam. Judi. Kasino. Judi lumba kuda. Jual arak secara terbuka. Pengadilan yang mendiskriminasi taraf. Itu semua kemungkaran. Tapi itu semua korang tak benci kuat2 macam kau semua benci anjing.

Korang semua benci orang yang pegang anjing sebab yang pegang itu rakyat. Rakyat. Rakyat yang berada di tangga paling bawah. Rakyat entiti yang paling senang kena bashing, kena hukum, kena tuduh, kena label kerana RAKYAT.

Cuba kalau yang pegang anjing tu Najib? Ataupun sultan. Ada tak korang semua nak memekak? Takan memekak. Beza rakyat dengan pemimpin ialah meletakkan seseorang di posisi tertentu. Rakyat takde kemampuan untuk letakkan siapa yang patut jadi mufti. Rakyat cuma ada kemampuan untuk mengundi pemimpin aje di negara ini. Atas sebab kemampuan yang terhad itulah rakyat kena buli dengan semua jenis parti politik. Dan kepada rakyat juga la yang harus dipersalahkan kerana mereka tak sedar betapa teruknya mereka dibuli kat negara neh.

Kita tengok banyak kali gambar anak sultan minum arak. Kita ada tengok video sultan menganjurkan majlis hari jadi dengan arak. Kita tengok ada kasino besar di Pahang. Kita tahu akan ada pembinaan kasino kedua atas nama pelaburan dan pelancongan. Kita nampak kelab malam bersepah. Tapi kita semua buat2 tatau perkara2 itu adalah lebih berat kesannya dalam masyarakat kita berbanding pegang anjing. Jika kita buat2 tau ko ingat mufti ada masa nak peduli tentang program pegang anjing? Baik dia pergi bashing ketua agama Islam yang memalukan nama jawatan lagi bagus.

Bila kita jual arak secara terbuka, dan tanpa kawalan. Anak2 kita dan anak2 kawan kita, anak2 jiran kita, anak2 adik beradik kita, anak2 sedara mara kita semua berisiko mendapatkan arak dan minum sehingga mendedahkan kepada kemungkinan menghilangkan kewarasan akal fikiran mereka yang mengakibatkan mendorong kepada tindakan yang di luar kawalan. Contoh kes atlet yang rogol pegawai SUKMA baru2 neh. Mereka semua adik2 yang masih muda remaja. Usia muda mereka mungkin pendorong kepada kegagalan untuk nafsu. Tapi jangan double standard. Ia adalah diri kita yang membenarkan keadaan itu kerana buat tatau aje dengan penjualan arak secara terbuka. Bukan kah ke begitu?

Undang2 tidak wujud kerana rakyat suka berbuat kebaikan. Ia wujud kerana rakyat memang cenderung melakukan kesalahan. Apa perkara yang kita buat untuk melindungi anak2 kita dari terjebak dengan semua kemungkaran2 itu? Oke. Anjing haram. Jangan dekat. Jangan pegang. Sila benci sampai mati. Ia berdosa besar. Dan kalau ko pegang, sila bertaubat nasuha.

Ini berlaku di Malaysia dan perkara ini sangat2 buat aku meluat. Meluat sampai taktau nak cakap macam mana dia punya meluat. Pokoknya aku memang meluat sebab kita gagal pecahkan, asingkan, tentukan apa perkara yang penting, wajib, patut kita cegah dan perbetulkan terlebih dahulu berbanding perihal anjing yang sebenarnya ia bukan la isu apa pun.

Kau cakap umat Islam yang pegang anjing2 comel mereka mengada2. Berapa ramai yang sanggup pegang ular? Berapa ramai yang sanggup pegang katak (untuk rekod aku pernah pegang ular dan katak)? Ko boleh geli dengan cacing. Ko boleh geli dengan buaya. Ko boleh geli dengan ulat? Orang lain tak boleh geli dengan anjing yang kotor? Orang lain tak boleh geli dengan anjing liar dan terbiar?

NAMPAK TAK BETAPA DISKRIMINASI DAN BIASNYA KORANG DALAM MEMBUAT HUKUMAN?

Konteks anjing liar dan terbiar. Jangan la salah faham. Ia tak boleh berlaku kat negara neh. Ia salah penguatkuasa. Mereka perlu diuruskan secara sistematik. Kita semua neh dah merampas habitat mereka. Kita musnahkan hutan. Kita bina rumah kita. Dalam masa yang sama, kita merampas rumah mereka. Dan bila mereka terbiar, kita benci, kutuk, tindas, ejek dan sindir. Itula kita. Manusia. 

Anjing2 tak boleh dibiarkan menjadi liar dan terbiar kerana ia boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang awam. Tak aneh mereka risau untuk dekat. Tapi untuk anjing yang dijaga, jika orang pegang ia bukan perkara yang pelik kerana mereka terjaga. Bersih. Lain la kalau ko tahu bagaimana nak menguruskan anjing2 yang terbiar. Maka memang la berani kau pegang atas sebab ilmu yang ada atas diri kau. Jika kau takde ilmu usah kata nak uruskan anjing, nak makan nasi pun belum tentu ko tahu.

Bukan kah begitu?

Lepas tue berlakon macam sayang Islam lebih2. Kononnya nak jaga akidah la sangat. Aku bukan pejuang Islam. Dan aku tak selesa nak mengaku begitu sebab memang bukan begitu pun. Aku tak la begitu cintakan Islam. Aku bukan berbangga tetapi aku mahu merealitikan sikap sebenar aku. Hanya jika aku berani terima realiti maka baru la aku tahu apakah ubat sebenar untuk membantu aku. Tak guna aku tipu diri aku, sebab Allah takan tertipu. Ada banyak tindakan2 aku yang sangat contradiks dari apa yang sepatutnya di anjurkan Islam dan ini perkara yang aku kena akui. Aku memang tak begitu cintakan Islam. Aku sedang mencari jalan bagaimana bukan saja perlu cinta bahkan faham serta amal apa perkara2 yang terkandung dalam Islam.

Itulah aku. Aku sedang mencari destinasi. Perjelaskan kefahaman. Jika salah, aku mahu ditunjukkan arah yang benar.

Sebab tue aku tak boleh terima umat Islam yang beria2 lawan isu anjing tapi meninggalkan kemungkaran sebenar yang kita sepatutnya kena lawan pagi petang siang malam tanpa henti. Kerana mereka penipu. Mereka penjual agama. Mereka bising atas nama sentimen politik dan menjaga kepentingan. Mereka tidak bermula dengan akidah. Islam bukan matlamat mereka. Mereka heret nama Allah sana sini hanya untuk tunjuk macam mereka tue betul.

Ini kerana. Jika kau benar2 cintakan Islam dan bencikan kemungkaran kenapa kau tak lawan benda yang terbukti jelas, salah, haram, berdosa dalam Islam berbanding PEGANG ANJING?

Hal berkenaan anjing mempunyai pelbagai pandangan dan ianya diraikan. Ia. Diraikan. Maksudnya ko tak boleh paksa orang untuk ikut apa yang ko sangka betul. Ia adalah hak setiap orang untuk ikut mana2 pandangan yang mereka mahu akur kepadanya.  

Jika kau mahu melawan. Dan perlu untuk melawan.

Kau lawan kasino tue dulu. Cakap banyak jangan. Lawan dulu rasuah dan penyelewengan dalam agensi kerajaan. Kembalikan hak rakyat tertindas. Betulkan perkara2 yang rosak kat negara neh ikut tangga kepentingan. Ada terlalu banyak penganiayaan dan perkara2 yang menyedihkan berlaku kat negara neh namun tidak mendapat perhatian yang begitu ketara berbanding isu2 tertentu. Orang susah dan tertindas kat negara neh bersepah. Ada orang yang bekerja tapi tak dapat gaji dekat 3 bulan. Masuk paper pun mufti buat tak peduli. Aku tatau nak tolong dorang semua macam mana. Dan aku marah diri aku kerana aku bukan pemimpin. Macam mana nak dorang nak bayar bil. Nak bayar duit makan. Nak tanggung anak. Bayar ansurans. Owh lupa. Mereka hanyalah pekerja yang mengutip sampah sarap kita. Jadi jangan la kita simpati atau kesian. Nanti settle la masalah tu. Kalau perlu, tunggu mereka mati baru kita buat2 simpati. Jika perlu, tunggu mereka merompak untuk makan, maka baru2 kita buat2 peduli dan cari jalan macam mana nak bashing kerajaan dalam hal berkenaan. Itulah kita. Diskriminasi dan bias gila.

Ia terlalu menyakitkan ahti aku untuk melihat kita tak bergaduh bagai nak rak demi mencari jalan untuk membantu yang tertindas, menyelamatkan yang terjejas, ataupun menghulurkan tangan pada yang memerlukan. Sebaliknya kita hanya bergaduh tentang anjing. Anjing. Dan anjing. Sampai bila atau apa benda yang aku boleh buat untuk ubah pemikiran korang bahawa di luar sana terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian yang khusus daripada korang semua memekak pasal anjing? 

Tolongla beri petunjuk. Tanpa kenakan faedah. Tanpa kenakan riba. Jika sekalipun kau mahu menuntut bayaran.

Kbai.  


http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/523925-menyentuh-anjing-hukumnya-haram-itu-kesimpulan-yang-cetek-dr-asri.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...