Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 April 2013

Umno nafi edar video seks, mahu saman Harakahdaily.


UMNO dah bengang.

Bukan kah AMK patut amek tindakan yang sama? Apa AMK tak kisah ke fitnah ;

1. Menyebarkan video Mustafa Ali?

2. Dua ahli AMK ditahan polis.

3. Wanita tersebut upahan AMK/PKR?

AMK patut desak pihak2 yang terlibat minta maaf sebab babitkan dan tuduh PKR dan AMK terbabit dalam penyebaran perkara di atas. Jika tidak AMK akan amek tindakan yang serupa sepertimana UMNO yang mendesak PAS minta maaf ataupun berhadapan dengan SAMAN.

Ini pula AMARAN UMNO untuk HARAKAHDAILY jika masih insist TUDUH UMNO penyebar video tersebut.

Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily agar memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Pas.
Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa  Umno terlibat'.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik
Harakahdailly, hari ini.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video
lucah dan lain-lain tafsiran lagi."

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu. -SH-

Pendapat aku UMNO harus amek langkah yang serupa juga.

1. Berhenti tuduh PKR nak menghancurkan PAS dengan mengaitkan PKR yang sebarkan video tersebut. Benda neh tiada kaitan dengan PKR pun.

2. Berhenti menyebarkan kandungan video tersebut melalui facebook, twitter, download link, sms, wassap, email dan inbox. Apa neh? Budak2 tengok la. Tak malu ke?

3. Berhenti sebarkan kenyataan fake dari account fake Mustafa Ali dan seangkatan waktunya. Ini kerja2 cyberclown berbayar .. ingat orang tatau ke? 

Sepatutnya umno keluarkan straight order kepada pemblog2 mereka, ahli2 mereka dan penyokong2 mereka. Dah kalau tiada ahli umno yang berkata2 pasal video tersebut akan terbit kah persepsi bahawa UMNO penyebar bahan lucah?

Ia berlaku bertitik tolak dari tindakan ahli2 dan pemblog2 anda sendiri. Kedua2 belah pihak akan hentikan tuduh menuduh, sebar menyebar dan biarkan polis selesaikan kes ikut prosuder undang2. Habis citer. Apa la..

Isu Video Mustafa Ali : Rujuk Ke Jawatankuasa Disiplin Pusat - Harun Din.


Ini ialah pendapat Harun Din. Maksudnya TGHD minta selesaikan ikut saluran parti yang official. Keluar report, analisis cantik apa seme supaya tidak menimbulkan keraguan dan was2 di kalangan ahli2 PAS dan penyokong2 mereka.

Which is satu statement yang unbias. 

Apabila keluar satu2 isu yang dilihat agak berat dan boleh menyebabkan perpecahan, maka siasatan perlu. Ia adalah baik. Jika fitnah maka Mustafa Ali akan berlapang dada kerana bakal dibersihkan menerusi saluran parti sementara tunggu hasil siasatan polis dan peguam yang Mustafa Ali telah lantik.

Jika sebaliknya, maka satu keputusan perlu dibuat bagi membersihkan PAS dari individu2 seperti ini. Apa pun aku harap sangat video itu adalah fitnah. Aku kesian kat orang2 yang beria2 bekap Mustafa Ali contohnya TGHH.

Walaupun aku bukan fans TGHH pehh.. fans lah plak tetapi aku respect semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh TGHH terhadap Mustafa Ali. Aku tengok disebabkan TGHH defends Mustafa Ali strongly la puak2 UMNO mula balon dia bertubi2. Dasat kaw.

Tiada keperluan untuk menghentam Harun Din dalam isu neh dan juga tiada keperluan untuk melayan propaganda UMNO yang saat ini sedang memperhebatkan serangan memecahkan PAS dengan melaga2kan Harun Din dengan TGHH.

Ingat, pandangan Harun Din ialah pandangan yang mana boleh membantu membersihkan Mustafa Ali secara fakta dan bukti.

Bukan bermaksud Harun Din mengesahkan bahawa VIDEO ITU TULEN sepertimana yang disebarkan oleh penyokong2 UMNO.

Ia adalah prosuder biasa apabila terjadinya sesuatu perkara yang kontroversi.

Kalau setakat cakap itu fitnah, ini fitnah, seme fitnah, setakat cakap saja siapa yang akan percaya, jadi Harun Din secara tidak langsung mengusulkan agar Mustafa Ali dibersihkan dengan keterangan dan bukti yang jelas lagi sahih.

Ini saja.

Dan Harun Din dengan TGHH tidak berlaga. Ia adalah idea yang Harun Din usulkan bagi meredakan suasana, bukan nak bergaduh dengan sesiapa. Mohon jangan menokok tambah cerita yang tidak wujud. Harap maklum.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=75975   

http://www.malaysiakini.com/news/226827 

Dr. Juanda Jaya Nafi Calon Parti PKR Di Parlimen Kangar.

Adoi.

Kelam kabut. Ini seme satu info yang disebarkan oleh orang PKR kepada pihak media. Adakah orang pkr ini mahu sabotajkan imej parti? Tue la aku tak berapa percaya kat parti pkr neh. Di dalam nya terdapat banyak calon katak dan rasuah. Nak percaya bab idelogi pemimpin tertentu boleh la. Nak percayakan secara 100% tanpa was2? 

Makan kuaci lagi sodap.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.

Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.

"Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/politik/dr-juanda-tanding-di-kangar-1.150215?localLinksEnabled=false

Dan 

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F4%2F15%2Fnation%2F20130415123550&sec=nation&utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter 

Namun terdapat penafian dari tuan punya badan. 

Ini kemaskini dari malaysiakini ==> http://www.malaysiakini.com/news/226855?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Ini twitter Dr. Juanda Jaya sendiri ;

  
Rujukan : https://twitter.com/DrJuandaJaya

Dalam twitter yang sama Dr. Juanda Jaya turut memperkatakan begini ;



Berdoa hamba Allah kerana difitnah utusan. Utusan memang GAMPANG. Seme orang dia nak fitnah tak kira sapa dah. Hatta pokok, kucing, binatang, udara pun dah terkena gamaknya. Bezanya depa tak boleh bersuara bagitau je yang depa kena fitnah.

Ini link fitnah : 
http://m.utusan.com.my/Rencana/20130410/re_02/Calon-oh-Calon-Dr.-Juanda-Ghani-Papa-Gomo


Dengan penafian ini maka artikel mengenai penyertaan Dr. Juanda Jaya sebagai calon PKR di Kangar akan ditarik balik serta merta.

Ampun dan maaf kerana siarkan berita yang tidak tepat. Jangan marah geng. 

Hehe.     

Dokumen Rahsia Huru Hara PAS Tersebar?

Ini yang orang tengah sebarkan now. Lihat bawah geng ;


Amboi..

Jangan tuduh2 dulu oke. Rilex2. Aku pasal neh aku percaya kat PAS. Pasal apa? Pasal aku dah bercampur dengan orang2 PAS. Dorang bab taktik2 kotor, propaganda murahan, ke apa ke dorang memang tatau langsung. Jenis dorang lawan depan2. Kalau marah pun, marah depan2. Kalau berstrategi pun setakat hijaukan sana sini ataupun jenis sebarkan kempen2 yang memang suci murni.

PAS ialah parti yang tak reti nak main2 kotor neh.

Aku tahu. Aku dah bergaul dengan seme parti. PAS parti paling bengap bila bab propaganda lebih2 lagi kalau ko gunakan taktik2 kotor dan keji.

Kelemahan PAS yang paling utama ialah bab strategi. Kelebihan pas yang paling utama ialah bab usrah dan kepercayaan.

Kepada individu yang dinamakan di atas, A SHAKOR M TAHIR, boleh la tampil buat report polis sebab sewenang2nya mempergunakan nama anda untuk sebarkan fitnah.. thanks.

Rujukan :  https://twitter.com/AbdArshad/status/323695185122959360/photo/1 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...