Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 April 2012

Tipiem tipu aku..

Sohai. 


Buta2 gua kena kencing dengan tipiem. Dah larh ketika gua potpet2 pasal neh penyokong2 umno pun ikut balon gua. Chi shing punya tipiem. Dah tua2 pun nak menipu. Bukan aku kata orang muda boleh menipu cuma agak2 lah beb. Lue tue tipiem please lah behave sket.


Kalau stock tipiem pun slumber menipu tak agak2 apa lagi kita nak anggap stock yang lebih rendah dari tue kan? Lihat bukti penipuan tipiem kat bawah neh sekaligus membuat aku kecewa ;






Kat atas neh apa? Meh aku explain sket ;


Penipu punya Muhyiddin
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm 
"Hakikatnya, jelas Timbalan Perdana Menteri, generasi muda di negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman. 

Menurut beliau, fakta tersebut berdasarkan laporan Daya Saing Global 2011/2012 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang meletakkan kualiti pendidikan negara berada di tangga ke-14 dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara-negara ASEAN." 
Ok, fakta dia ambil dari World Economic Forum. Jadi...
Download PDF dari WEF, buka m/s 21, tengok ranking Malaysia 
http://www.weforum.org/s?s=global+competitive
http://www3.weforum.org/docs/WEF_GCR_Report_2011-12.pdf
Malaysia RANK ke-38, Singapore RANK ke-4.

Check m/s 19, column Health & Primary Education, malaysia rank - 33, singapore rank-3
Akhir skali, cuba check ranking US, Britain dengan German. -Alang KBSB-

Maksud nya apa? Maksudnya ;


1. Tipiem telah memanipulasikan angka. Dia ingat matematik aku stock 52 tue maksudkan pemikiran aku pun standard 52 jek kot? Waklue.


2. Kalau duduk no 2 bawah asean tapi jurang no 1 dan 2 tue jauh berbeza baik toksah bangga2 sebut no 2 di kalangan negeri asean der.


3. Lepas tue kalau hanya amek satu point jek dan mengabaikan point2 lain baik toksah bangga gak der.


4. Yang ingin tipiem bangga2 ialah angka 14. Konon nya sistem pendidikan di malaysia neh lebih baik dari UK, GERMANY dan US. Padahal setelah mengabungkan kesemua hasil kajian dan laporan hasil penyelidikan, pencapaian malaysia takde lah baik mana pun. 


5. Perbandingan dengan US, germany dan UK dibuat dalam semua aspek. Mereka tak kalah hampir seme juga hampir menang seme tapi terbukti mereka memang lebih bagus dalam banyak perkara berbanding malaysia. 


Yang menjadi persoalan nya kenapa tipiem memanipulasikan angka? Hanya perlu buka satu laman web telah menafikan pembohongan tipiem der.


Lihat bawah ayat yang aku copy paste dari laman tersebut ;



Switzerland tops the overall rankings in The Global Competitiveness Report 2011-2012. Singapore overtakes Sweden for second position. Northern and Western European countries dominate the top 10 with Sweden (3rd), Finland (4th), Germany (6th), the Netherlands (7th), Denmark (8th) and the United Kingdom (10th). Japan remains the second-ranked Asian economy at 9th place, despite falling three places since last year.  The United States continues its decline for the third year in a row, falling one more place to fifth position.


Kat atas neh secara keseluruhan. Yang tipiem tekan kan ialah kualiti pendidikan. Betul ke angka 14 tue der? Betul. Aku sendiri dah check di laman web terbabit. Mohon korang buka page 248 dan 249. Aku tak tipu der. Klik sini ==> 


http://www3.weforum.org/docs/WEF_GCR_Report_2011-12.pdf


Jadi sekarang neh boleh berbangga kah angka 14 neh? Kalau nak baca satu2 benda kena faham gak cara mana nak baca benda tue kan? Bukan main baca jek. Memang kalau ikut pecahan malaysia ada lah mendapat no 14 tue. Kalau ikut mata 5.1. Kalau 5.1 dari per 10 itu maksudnya tahap sedang = tengah2 lebih sedikit.


Kalau yang no 14 pun hanya tengah2 apatah lagi no 15 dan seterusnya kan? Germany sendiri berada di kedudukan 17 dengan mata 4.9 der. Kurang 0.2 mata dari malaysia. So kalau ini yang tipiem nak bangga aku takley nak kata apa larh.


Apakah kriteria yang digunakan untuk mengadili hal neh? Yang paling penting apakah yang dimaksudkan kualiti sistem pendidikan neh? Ini yang aku tak jelas. Ia boleh dinilai dengan macam2 aspek, dan setelah membaca pelbagai perbandingan dengan negara2 lain aku percaya korang juga akan rasa malu nak berbangga dengan angka 14 tue der. Siyes.


Kalau tak percaya sila baca sendiri. Baca sampai habis der. Maksud aku yang malaysia punya bab jek. Yang neh tv3 pun takan keluarkan der. Siyes.


KAH KAH KAH


Ameno : Buat lawak je pandai. 

SPM 2011 : Sains 52 pun boleh dapat A?


Sains antara subjek yang aku minat. Dan selalunya bila kita minat subjek neh kita memang akan score baik punya dalam subjek neh. Sains aku standard 80 ke atas setiap kali ujian. Tak kiralah ujian mengejut ke ujian berjadual ke apa ke. Aku memang terer dalam subjek sains dan sejarah. Sekarang aku dah menyesal sebab terer sejarah. Aku tak menyesal sebab suka sains. Nasib baik bien tak boleh menipu dalam sains sebab ia subjek yang satu dunia belajar. 

Kalau bien boleh menipu dalam sains aku percaya sangat dorang akan memandai2 cakap manusia di malaysia neh, dorang larh yang cipta. Ini boleh jadi der. Siyes. Berdasarkan kajian ilmiah aku beberapa tahun neh ke atas pemimpin2 bien aku sangat2 percaya dorang boleh bertindak sejauh itu kalau mereka boleh memandai2 me-reka2 isi pembelajaran sains di dunia neh.

Sekarang neh aku bukan nak cakap pasal sains dan bien. Itu satu gabungan yang sangat tidak ilmiah. BN lebih sesuai digabungkan dengan perompak dan pencuri tapi bukan dengan sains. Kalau rujuk paper kat atas neh, di mana ianya telah tersebar meluas ke serata wall fb dan twitter, aku dapati semakin lama semakin rendah markah yang diperlukan untuk mendapat A. Demm.

Kalau sains 52 boleh dapat A time neh, maka matemarik aku pun dah lebih2 layak dapat A der. Tue standard markah matematik aku jek. Aku memang lemau matematik der. Cakap terus terang. Aku tatau larh apa masalahnya aku dengan matematik tapi aku tak pernah benci pun subjek matematik neh. Cuma aku lemau gila dalam subjek neh. Aku sendiri pun rasa tak boleh blah der.

kah kah kah

Sekarang neh kalau sungguh lah dokumen kat atas neh benar2 mewakili pengiraan markah
untuk SPM 2011, bukan kah semakin lama semakin rendah tahap kepandaian budak2? Bukan nya semakin pandai?  Tapi aku tak berapa kesah sangat der dalam isu neh. Kalau dalam matematik apa seme aku berpendapat tahap pengiraan markah memang penting. Tapi kalau dalam subjek sejarah dan perlukan daya hafalan apa seme, itu seme tak penting. Sistem pendidikan di malaysia neh lebih kepada menghafal,ini sebenarnya satu sistem yang aku sendiri kalau mampu ubah memang nak ubah. 

Kalau bercakap pasal sistem pendidikan impian aku, aku impikan sistem pendidikan yang terbuka. Maksudnya sejak kecil lagi budak2 harus diberikan pilihan apa yang dorang minat nak belajar dan apa yang dorang tak minat nak belajar. 

Aku fikir perkara neh akan memudahkan mereka lebih mahir dalam satu2 bidang. Ia akan membantu mereka menguasai satu2 perkara dengan mendalam dan seterusnya membantu mereka menjadi kreatif dan inovatif. 

Biasanya bila mereka dah jadi kreatif dan inovatif mereka akan mampu mencipta apa2. Itulah pendidikan yang aku ingin sangat diamalkan di malaysia neh. Bagi aku mana2 pelajar tak perlu dipaksa untuk belahar apa2 subjek yang mereka tak minat dan tak pandai. Daripada buang masa dok study benda yang tak minat kan better study subjek2 yang memang minat dan boleh pergi? Akal, bakat dan kecenderungan setiap manusia neh berbeza2 tapi apahal mereka perlu belajar perkara yang sama sepertimana orang lain?

Tapi perkara neh akan memakan masa yang sangat lama. Mula2 kena tumbangkan bien dulu. Selepas tue baru boleh fikir macam mana nak propose idea neh kat pr untuk dilaksanakan. Kena buat kajian mendalam bagaimana kita boleh laksanakan benda neh. Apa pun selagi bien kerajaan selagi itu perkara2 macam neh takan terlaksana. Percayalah.

 

Ameno : Bukan main cerdik walaupun makin banyak dapat A.. kah kah kah

Persatuan kontraktor Melayu atau Persatuan kontraktor BN?

Ceh.

Nama jek persatuan kontraktor melayu tapi nak buat mesyuarat pun kena tunggu kelulusan dari bien. Tah hapa2. Better tak payah letak nama NGO apa seme. Better ko mengaku je persatuan kontraktor bien. Buang title melayu dan buang title ngo. Jangan berlakon sampai menyusahkan orang.



Lihat surat kat atas neh. Nama dia NGO tapi NGO pun bn boleh kawal sebab NGO neh dikatakan bergabung dengan bien. Patutlah selalu sangat orang cakap tender2 kerajaan neh kalau tak sokong bien dan umno tak boleh dapat. Kalau bukan kroni apa seme pun tak boleh dapat. Walhal bien tue parti, yang diberikan mandat untuk menjadi adil kepada semua tak kira lah sapa2 pun yang rakyat sokong sebab bien naik pun atas undi rakyat, kalau rakyat tak undi depa tak merasa lah jadi pemimpin.

Neh terbalik pula depa buat. Dah larh yang undi tue rakyat, bien siap buat bantuan terpilih lagi. Kalau ada yang bagi alasan penyokong2 bien memang larh wajar mendapat manfaat sebab dah undi bien tapi kalau dah gitu jangan lah kutip cukai dari penyokong2 pr der. Kalau sungguh nak cakap pasal adil kat sini kan? Kita buat betul2, bagi adil betul2. Jangan lue pongpang2 pasal adil tapi bila cukai lue cekau juga dari penyokong pr. Dasar bullshit lah seme neh. 

Ameno : Tukar nama.. takde lah ada yang terpedaya dengan ngo2 macam neh. Memana ngo yang pro bien elok letak kami blablabla dan pro bien. Senang sket nak jauhkan diri dari ngo2 macam neh..

Selasa, 10 April 2012

Kerajaan benar bersih 3 berhimpun.

Bagus.




Ini namanya dorang dah belajar dari kesilapan lepas. Ini satu perkara yang bagus. Oleh kerana tiada yang melarang dan menghalang maka ramai2 orang patut turun berhimpun pada bersih 3 kali neh.


Bagaimana pula dengan mahasiswa dan mereka2 yang bekerja kerajaan? Adakah kerajaan juga sanggup mengizinkan mereka menyokong perhimpunan bersih 3? Adakah kebenaran neh tertakluk kepada semua rakyat malaysia ataupun ada beberapa pengecualian yang lain ?


Apa pun, aku ucapkan syabas sebab kerajaan benarkan perhimpunan bersih 3. Cuma diharapkan buletin utama dan utusan toksah provoke dan fitnah yang bukan2 terhadap bersih 3 oke. Dan kepada anti bersih, lue jangan cakap banyak, perhimpunan neh telah diizinkan oleh hishammuddin sendiri, faham?


Baca bawah ;


Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini. -MKINI


Apa pun jangan pula kenakan orang last2 minit ye. Di mulut jek beria2 pongpang setuju apa seme kang tiba hari yang dijanjikan tiba2 roadblock sana sini.. apa seme.. tue seme aku taknak.


Kalau sungguh dah benarkan, maka sila benarkan sehingga ke saat2 terakhir. Jangan nak tipu2 orang macam yang korang buat kat bersih 2 dulu ek.


Ameno : Lain maciamm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...