Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label slip gaji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label slip gaji. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Meletup: Kisah sebenar pekerja estet !

Ini adalah kisah sebenar pekerja estet. 

Fakta yang korang mesti tahu.

1. Pekerja tersebut telah kerja selama 15 tahun.

2. Pekerja tersebut ialah melayu muslim.

3. Tinggal di kawasan perumahan estet ketika berkerja di estet.

4. Duduk bersebelahan orang india.

5. Di kawasan estet, mereka memiliki gaji yang sangat rendah, sehingga orang india di sana terpaksa makan anjing dan ular untuk teruskan kehidupan mereka. Kesusahan mereka semakin mencengkam sejak kenaikan barang berlaku dari penghujung tahun 2007 sehinggalah kini.

6. Di bawah ini ialah gaji pekerja estet ;




Dan di bawah ini ialah kenyataan presiden MIC ;


7. Pekerja estet kena bayar elektrik. Kepada mereka yang cakap tak perlu bayar, boleh tengok bukti di atas.

8. Setelah melakukan pemotongan itu dan ini gaji pekerja estet tinggal rm400 ++ sebulan.

9. Memang mereka ada rumah, tetapi bukan hak milik kekal. Apabila mereka berhenti kerja, mereka terpaksa pulangkan rumah tersebut.

10. Persekitaran estet juga tidak selamat dan kebanyakkan anak-anak india di estet tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Ramai di antara mereka tercicir dan ketinggalan atas pelbagai sebab. Namun, ini tidak berlaku di semua kawasan estet.

11. Dengan gaji sebanyak itu, mampukah mereka membeli kenderaan ataupun rumah?

12. Jika mereka mempunyai 7 tanggungan dengan 5 anak yang bersekolah mampu kah mereka meneruskan kehidupan ini?

13. Oleh kerana gaji semakin lama semakin terasa kecik, dia [penyumbang slip gaji di atas] bertindak brhenti kerja dan menjadi nelayan. Ini perlu, kerana pernah tiba di suatu saat dia, isteri dan anak2 nya hanya makan nasi kosong selama 2,3 hari. Keadaan lebih teruk bila mereka makan bubur sahaja. Mereka sudah tidak mampu bertahan dengan gaji yang begitu rendah dari estet.

14. Dengan menjadi nelayan, gaji dia lebih sedikit, tetapi tiada potongan. Sekurang-kurangnya dia boleh menjadikan ikan dan udang sebagai lauk kalaupun tiada duit.

15. Beban kerja di estet teruk dan berat dan mendatangkan masalah kesihatan.

16. Pihak syarikat estet tidak pula mahu bertanggungjawab andaikata pekerja2 mereka mengalami masalah kesihatan yang kronik. Sekadar sediakan klinik kesihatan yang ubat-ubatan nya pun low quality, inikah pula nak tentukan halal atau haram.. lagilah jauh.

17. Mereka, GLC sime darby hanya mengaut keuntungan dengan mengerah tenaga orang miskin yang kurang berpendidikan. Perbuatan mereka sangat hina. Sehina pengerusi sime darby itu sendiri.

Updated :

 
Sorry nak tambah skit. Aku harap aku boleh share experience aku keje dgn ****, aku masuk as Cadet Planter. Masuk keje pukul 6.30pagi utk morning roll-call. Kekadang masa roll-call tu pagi2 pekerja2 estate dah kene maki dgnMgmt. Aku pun sedih memikirkan nasib diorng yang dah pagi2 kene sound. Pastu keje diorng teruk. Ambil contoh collection loose fruits. Sapa yg penah kutip loose fruits (buah yg gugur dari tandan kelapa sawit)? Try kutip loose fruits satu jam. Gerenti sakit pinggang..Pastu tgk gak cuaca. Kalau hujan, gaji confirm kurang. Nak tak nak, keje la terik2 panas tu. Itu belum lagi yg pakai sickle yg mmg berat. Salah kait buah, silap2 bulan potong gaji. Itu baru isu berkaitan buah kelapa sawit. Belum lagi cakap pasal field maintenance, equipment, etc. 

Lagi satu, aku tak sampai hati bila diorang panggil aku Tuan (walaupun masa tu aku Tuan Kecil je). Aku gerenti teringat kat ayah aku bila ada uncle2 ni greet aku dgn panggilan tu.

So, kesimpulannya aku nak bagitau memang kerja estate ni teruk, tapi kena ingat kalau takde pekerja2 estate yg tanam racun, kait buah, bawak pegi mill, etc jangan harap ekonomi Malaysia membangun.

Komen neh aku petik dari facebook KBSB. 

Anda buat, anda dapat. Dunia atau akhirat. Allah swt ada. Ingat tue.


Ameno : Kerja di sime darby menguntungkan ka? Pekerja2 estet dikerah bagai kuli yang tidak berharga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...