Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label sinar harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinar harian. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2012

Sinar Harian kalut bekap Najib Razak.

Alah. Lepak larh sinar harian. Pasai pa kalut sangat? MSTAR rileks jek sampai sekarang tak tukar artikel asal pasai pa hang tukar artikel asal hang tue sinar? Sapa sound tue? Habaq mai sat..

kah kah kah

Korang tengok kat bawah neh beb.  Bukti sinar harian tukar artikel asal mengenai pengakuan najib bahawa tun hussien onn pm pada tahun 1986..


Ini artikel asal tau. Tapi sayangnya artikel asal neh dah berubah. Kenapa? Sebab dipercayai ramai orang sebarkan artikel asal neh dengan tujuan memerli kenyataan Najib Razak mengenai PM malaysia pada tahun 1986.

Lihat artikel yang di ubah kat bawah neh ;



Tersasul.

Ramai orang umno cakap benda neh tersasul. Alah lepak larh beb. Tersasul punya pasal pun lue nak isu lebih2? Kata orang umno kat aku.

Sebenarnya memang betul aku pun setuju gak benda tue isu remeh. Biasalah tersasul sekali sekala. Tapi nak buat macam mana time nizar tersasul hari tue tv3 kemain kaw masuk dalam tv apa seme. So apasal ko boleh dan kami tak boleh pula?

kah kah kah

Tambahan, ketersasulan neh memang kelakar habis. Takan pm tak takktahu pasal ex pm kot? Logik arh sikit.. fakta tue.. sejarah umum. Bukan isu privacy beb.

Apa pun kalau nak tengok PM tersasul live korang tengok jek video kat bawah neh. Disediakan khusus oleh apek kbsb untuk korang. Jom gelak2 beb.

kah kah kah


Gambar printscreen sumbangan ASD. 

 Ameno : Muzik tak boleh blah beb.. ekekek..

Rabu, 7 Mac 2012

Mana perginya tulisan fitnah Ustazah Mashitah terhadap tuan guru dalam sinar harian?



Dah delete ek?

Kenapa ek? Takut? Tahu fitnah ek? Takpe. Minta maaf lah. Kalau dalam sinar harian online hilang versi cetakan masih ada kan? Masih ramai orang yang dah baca kan? So ini mungkin akan menyebabkan ada orang yang terpengaruh dengan penulisan2 tersebut kan? So minta lah maaf secara terbuka ustazah Mashitah. 

Jangan ingat dengan memadamkan penulisan itu bererti perkara tersebut tidak wujud. Ia wujud, cuma dihilangkan oleh ko tetapi ia still pernah berlaku. Apa yang ustazah tulis boleh baca disini bagi yang belum membacanya. 

Nasihat aku kepada ustazah, minta maaflah secara terbuka untuk menutup ruang salah faham. Terutamanya kepada kedua2 tuk guru dalam pas dan adun selising. Apa yang ustazah tulis dalam sinar harian terbukti adalah fitnah dan ia mendatangkan persepsi dan sangkaan buruk terhadap dua ulama tak pasal2.

Masih belum terlewat untuk ustazah minta maaf secara terbuka. Jangan malukan title ustazah tue. Masih ada kesempatan untuk berubah. Nak dengan taknak jek. Kalau masih berdegil takmo minta maaf memang sewajarnya ustazah dikritik kerana menabur fitnah. Ingatlah, seseorang belajar ilmu agama bukan sekadar kena belajar je.. kena praktikkan gak sekali ilmu yang dia tahu tue, kalau tak sia2 jek belajar tapi tak amal. Bai.

Ameno : Ada perasaan takut bagus, tapi kena ada semangat berani nak mengaku salah dan minta maaf gak der..

Jumaat, 1 April 2011

Hot! Pegawai JKM layan orang susah macam anjing!

Ini ialah email yang aku terima. Dan email neh ada sedikit suntingan sebab pengirim email neh guna nama sebenar. So aku dah edit bahagian nama sebenar. Manakala bahagian ** tue pula aku sembunyikan nama syarikat, nama tempat dan nama pegawai tersebut atas beberapa sebab. Pengirim email TIDAK menyuruh aku menyembunyikan perkara tersebut. Cuma aku sembunyikan atas faktor-faktor tertentu. 

Saya nak berkongsi satu cerita dengan ameno. Saya harap ameno boleh tulis tentang ini di blog ameno. Kebetulan semalam saya ada online dan terbaca satu artikel mengenai gaji pekerja estet [korang baca sini] dan saya rasa terpanggil nak bagitau ameno beberapa kebenaran yang ameno perlu tahu.

sebenarnya pekerja di estet tidak layak mendapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat walaupun mereka termasuk dalam kategori orang susah. saya cakap mcm ni sbb saya pernah memohon bantuan utk abg saya yang susah. Kebetulan waktu itu mmg dia bekerja di estet **** *****. Tapi kehidupan nya sangat daif dan gaji pula sedikit. Macam dia ni, gaji ada juga cecah rm1k sebulan ttp itupun setelah berkerja 16jam sehari. Kerjanya berat dan penat. mcm ameno cakap tak setimpal dengan upah yang diterima.

disebabkn gaji nya sikit dan anaknya pula ramai, saya pernah menolong abg saya ni pergi minta bantuan di jkm dan baitumal. ttp jawapan yang diterima benar2 menguris perasan abg saya. pegawai jkm datang ke rumahnya di estet dan melihat ada peti ais dan mesin basuh. Katanya org miskin mana ada peti ais dan mesin basuh. kira dah kayalah ni. nasib baik sy di kl ketika itu, kalau tidak mmg saya tampar2 mulut perempuan tu. setelah menunggu 2,3bulan surat dari jkm sampai memberitahu bahawa abg saya tidak berkelayakan dapat bantuan sbb anak sulung dah mencecah umur 13 tahun dan blh berusaha cari pendapatan utk tolong keluarga. Apa jenis alasan ini?

jawapan di baitulmal pula mengatakan abg saya tidak berkelayakan. ttp salah seorang anak dia ada mendapat bantuan baitulmal menerusi yuran persekolahan. itupun baru tahun lepas dapat setelah di usahakan oleh cikgu sekolah dia. kadangkala anak2 dia yang lain malu nak kesekolah sbb yuran sekolah tak bayar2. namun cikgu di sana tidak pula mendesak utk anak2 dia bayar yuran kerana tahu ibu-bapa budak2 tersebut susah.

setelah hampir 19 tahun berkerja di estet, abg saya akhirnya buat kptsn utk berhenti. katanya tidak sanggup terus berkerja dengan upah yang sedikit tetapi waktu kerja yang panjang disamping badan pula kerap sakit. dia berhenti dan kami adik beradik ada usahakan utk cari sebuah rumah kampung utk di diami oleh dia. rumah kampung tersebut agak uzur. kami adik beradik pun ada tanggungan masing2.. kami telah cuba sedaya upaya. kami ada belikan enjin dan sampan agar abg kami blh pergi tangkap ikan utk cari pendapatan sendiri.

ttp mcm yg saya sebutkan tadi, bantuan kami terhad. kebetulan kakak ipar saya, isteri kpd abg saya pandai menjahit. jadi isteri saya telah mendaftarkan kakak ipar saya ke sebuah pusat utk belajar jahitan agar jahitannya lebih kemas supaya dia blh ambil upah.

Dan alhamdullilah, dia dah mula ambil upah jahitan sekarang. Bolehlah digunakan utk tampung apa2 yg kurang. cuma apa yang dikesalkan ialah rumah abg saya tiada bekalan air paip dan tandas. saya sendiri dah turun naik macam2 pejabat utk dapatkan geran agar rumah abg saya blh sambung paip. ttp gagal. kalau tiada geran, mmg tak blh masuk air sampai bila2. saya pernah pergi ke jabatan kesihatan utk adu masalah ini sehingga sekarang sudah setahun tiada respon balas dari mereka. saya buntu nak tolong abg saya mcm mana?

anak2 pula terpaksa mandi di sungai. air sungai tahu2 je lah bukan bersih mcm dulu. sebenarnya saya pernah juga pergi jkm utk mohon bantuan masuk air dan buat tandas buat abg saya. ttp gagal. alasan yang diberikan oleh jkm ialah abg sy masih sihat dan blh usaha sendiri. namun jkm berikan bantuan lain sebanyak rm100 sebulan selama setahun dan bantuan tersebut telah pun tamat pada bulan lepas.

pegawai jkm datang ke rumah abg saya pada bulan february yang lepas dan menyuruh kakak ipar saya belajar menjahit baju dalam dan seluar dalam di pejabat jkm. bayangkan nak pergi balik sudah tentu kena keluar tambang bas. mereka org miskin nak makan pun kadang2 bajet apatah lagi dengan beban kenaikan harga barang. Ini kan pula nak suruh keluar duit pergi ke sana ke mari?
apa yang amat dikesalkan ialah kakak ipar saya sambil menangis bercerita kepada isteri saya ttg insiden yang brlaku di jkm ***** ***** oleh seorang pegawai yang bernama ****** ****** yang mengherdik kakak ipar saya sebagai pemalas, mengharapkan bantuan kerajaan je, tiada usaha sebab itulah miskin.

pegawai tersebut marahkan kakak ipar saya sambil menunjuk satu keratan akhbar sinar. keratan akhbar tersebut memaparkan kesusahan keluarga abg saya yg mendapat perhatian adun pas ketika itu. kebetulan abg saya mendapat bantuan jkm atas usaha adun pas pada tahun lepas. dan jika berkesempatan mmg saya nak jumpa adun pas ***** ***** untuk adu masalah ini kepada dia. biar pegawai yang bernama ****** ****** sedar yang dia sepatutnya berkerja utk bantu org susah bukan herdik org susah.

disebabkan insiden itu kini abg sy mmg putus harapan nak minta bantuan dari kerajaan lagi. saya pada awalnya bercadang nak bawa abg saya pergi ke jabatan kesihatan utk tanya status permohonan geran dan masuk air serta bantuan bina tandas ttp abg saya mati2 menolak ajakan saya. katakannya lebih baik begini tidak mengharapkan belas ihsan org. rupa2nya setelah diceritakan oleh isteri saya ttg apa yang berlaku pada bulan lepas, baru saya tahu puncanya kenapa keluarga abg saya enggan mengharapkan bantuan lagi.

kalau inilah kesusahan yang orang susah terpaksa lalui, saya tak hairanlah kenapa kebanyakkan org susah lebih suka cari sampah dari minta pertolongan kerajaan. minta pertolongan kerajaan umpama minta sedekah.

Ameno : Aku sokong penulis email. Jabatan kebajikan masyarakat patut bantu orang susah bukan herdik orang susah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...